05 August 2012

Kasihmu 2

Hari dinanti telah pun tiba. Shaheen dan Afzan sama-sama menuju ke Kuala Lumpur dengan bas Metro nombor 10. Tiba di Hentian Kotaraya, mereka turun dan menanti pula bas Metro nombor 17 atau nombor 18 untuk menuju ke UPM Serdang.

“Ijan.. penat la,” bisik Shaheen. Manik-manik jernih memercik di dahi. Rambut yang menutupi dahi diseka ke belakang. Tangan mencari botol air mineral yang dibawa bersama. Nikmatnya apabila air jernih itu menyusuri ke tekak yang ternyata dahaga. Puas diteguk lalu botol air disimpan semula.
“Aku pun Sha. Berat la beg ni. Dahaga lak tu,” balas Afzan.

Lama mereka menunggu. Akhirnya bas yang ditunggu tiba. Ramai rupanya yang turut sama menanti bas untuk ke Serdang. Perjalanan selama 45 minit itu tiba di destinasi terakhirnya. Tidak sampai 10 orang pun yang turun di hentian terakhir tersebut.

Shaheen dan Afzan turun dengan hati-hati. Mata masing-masing memerhati sekeliling. Bertentangan dengan mereka adalah kolej kediaman paling lama di UPM, Kolej Mohammad Rashid yang lebih dikenali sebagai KMR dalam kalangan warga universiti.

“Sha kita kena ke Bangunan Pentadbiran ambil surat tawaran. Kat tingkat 3. Lepas tu baru bleh masuk kolej kediaman,” beritahu Afzan.

Shaheen hanya angguk. Mereka melangkah laju ke arah Bangunan Pentadbiran setinggi 4 tingkat. Mujurlah bangunan tersebut tidak jauh dari tempat mereka turun bas tadi. Laluan mereka lebih mudah dengan adanya penunjuk arah yang jelas. Sampai di kaunter pertanyaan, mereka disapa mesra oleh petugas kaunter. Sampul surat masing-masing diserahkan selepas mereka menurunkan tandatangan pada senarai pelajar yang bakal mendaftar pada keesokkan harinya.

“Ijan, kau kat mana? Aku kat Kolej Keenam,” tanya Shaheen selepas sampul dibuka.

“Eh sama la. Best la camni..tak la aku takut sangat, “ balas Afzan dengan nada gembira. Bibirnya menguntum senyuman. “Camana nak ke sana. Kolej Keenam tu kat mana,” soal Afzan sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Entah la labu,” gurau Shaheen. “Cuba kau pegi tanya pakcik guard tu,” tunjuk Shaheen pada Afzan yang masih terpinga-pinga. Lantas kedua-dua gadis itu pun berjalan bersama-sama ke arah pengawal keselamatan yang berdiri di muka pintu laluan utama Bangunan Pentadbiran.

“Assalamualaikum Encik,” ucap Afzan sopan. “Kami nak ke Kolej Keenam. Kat mana ya kolej tu?” soal Afzan.
“Awak berdua ambil ni,” pengawal keselamatan tersebut menghulurkan sekeping kertas kepada mereka.

‘Orang tanya, dia bagi kertas je.’Shaheen mengomel di dalam hati. Shaheen memandang Afzan sambil mengangkat kening. Isyarat agar berlalu dari situ.

 “Terima kasih Encik,” ucap Shaheen dengan senyuman. 

“Hey Sha, apa yang tersenyum-senyum tu?” sergah Afzan tiba-tiba. Shaheen mengurut dada yang berdegub laju lantaran terkejut dengan tindakan Afzan. Lamunannya terhenti. Tangan kiri masih mengusap dada. “Ni mesti ingat pada Ari kan,” teka Afzan sambil senyum.

Berkerut dahi Shaheen sambil mengecilkan mata bundarnya. “Eh tolong sikit yer..apa kes nak ingat si mamat tu,” balas Shaheen.

Afzan hanya ketawa dengan reaksi Shaheen setiap kali nama Ari Iskandar disebut-sebut. Dia faham benar dengan sikap Shaheen. “Ari kirim salam pada kau Sha. Kirim salam rindu katanya,” ucap Afzan.

Shaheen menjuihkan bibir namun salam tetap dijawab. ‘Eeee…bosan betul la mamat tu, bisik Shaheen di dalam hati.

“Sha, aku rasa memang ya la Ari tu dah angau giler dengan kau. Pantang nampak aku, mesti tanya pasal kau. Naik letih dah aku nak jawab. Kau layan je la si Ari tu. Senang hidup aku,” usul Afzan.

“Pleaseee. Tak kuasa la aku Ijan. Kalau kau bosan and letih, ha aku lagi la. Terseksa tau tiap kali terserempak dengan si Ari tu.” Shaheen tersenyum.

 “Lagi pun aku ke sini bukan untuk bercintan-cintun ya Cik Ijan. Aku ada misi menimba ilmu tau,” sambung Shaheen. Dia bangun lalu duduk di sebelah Ijan. “Bukan aku tak suka Ari, setakat berkawan aku tak ada masalah. Lebih dari itu, sorry I’m not interested,” ucap Shaheen lagi.

Afzan hanya tersenyum mendengar jawapan Shaheen. Sudah acap kali kata-kata itu didengarinya. Dia sangat kagum dengan ketegasan Shaheen. Biarpun ramai yang menghulurkan salam kasih, namun semuanya dilayan sama sahaja seperti kawan-kawan lain. “Sha kau tak ada kelas ari ni?”

“Tak ada. Naper?”

Afzan tersenyum. “Sha..aku..”terhenti di situ kata-kata Afzan.


Shaheen yang tadinya leka membelek majalah Jelita, memandang ke arah Afzan sambil mengangkat kening. Isyarat untuk Afzan meneruskan bicara.

“Aku nak..nak pinjam kereta,”ucap Afzan lambat-lambat.

Shaheen diam sambil matanya memandang tepat ke arah Afzan. “Nak ke mana.”

“Pegi SS.”
“Ok tapi kau kena belikan aku cendul pulut sama rojak untuk aku, boleh?” tanya Shaheen. “Satu lagi..tolong isi minyak yer, risau pulak kalau nanti kawan aku ni kena tolak kereta tu,”sambung Shaheen. 

“Ok kawan, no problem punya. Thanks” ucap Afzan dengan senyuman manisnya.

2 comments:

  1. heee... tersilap.. ingtkan ijan tu lelaki.. >.<

    ReplyDelete
  2. :) ijan tu best fren shaheen

    ReplyDelete

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim