24 June 2014

Cinta Milikmu Selamanya 12



Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua,
Terasa lama juga kisah ini tertangguh.
Sekiranya ada kekurangan, maaf dipinta.
Thank you for reading…
Salam sayang,
Sha

                *************************************

SAGA FLX HITAM MELUNCUR MASUK KE GARAJ. Ammara berhati-hati memakir keretanya. Tas tangan dicapai sebaik sahaja enjin kereta dimatikan. Ammara keluar dan melangkah ke arah mamanya. Puan Marissa yang sedang menyiram bunga disapa.

            “Assalamualaikum mama.” Ammara memerhati mamanya yang masih sibuk menyiram bunga-bunga kesayangannya.

            “Waalaikumsalam sayang. Macam mana hari pertama di pejabat?” soal Puan Marissa.

            “Okay ma. Tapi penat la,” kata Ammara tanpa berselindung.

            Puan Marissa segera menutup paip air. Getah hos disangkut kemas berhampiran paip air. Langkah diatur ke meja bulat yang diduduki oleh Ammara. Dia turut melabuhkan punggung di kerusi bersebelahan Ammara. Wajah anak gadisnya ditatap lama. Nampak letih dan kurang bermaya.

            “Apa yang penatnya tu? Tak kan first day dah banyak kerja,” kata Puan Marissa.

            Ammara senyum. “Ma ari ni Ammara pergi Puchong Perdana.”

            “Buat apa ke sana?” tanya Puan Marissa.

            “Kena siapkan measured drawing ma,” balas Ammara sambil bersandar dengan selesanya.

            “Maksudnya Ammara pergi site lah ya. Pergi mengukur dan lepas tu kena transfer ukuran tu dalam bentuk lakaran. Untuk project renovation ya,” teka Puan Marissa.

            “Pandai mama. Mana mama tau?” tanya Ammara.

            “Mestilah mama tahu. Tu semua kan kerja abah. Selalunya abah akan share dengan mama apa yang dibuatnya di pejabat atau apa sahaja aktiviti abah sepanjang hari,” jawab Puan Marissa.

            “Oh ya ke? Mama pun minat bidang senibina rupanya,” kata Ammara senyum memandang wajah mamanya.

            “Mama ambil tahu sebenarnya, sebab itu kerjaya abah. Jadi sebagai isteri mama kenalah beri sokongan. Jadi bila abah bercerita hal-hal kerja, tak adalah mama tercenggang. Tak faham hujung pangkal,” ujar Puan Marissa.

            Ammara kagum dengan usaha mamanya. Walau pun mama hanya seorang surirumah tangga, namun mama tetap mengambil tahu akan pekerjaan abahnya.

            “Mula-mula tu memang mama kurang faham. Mujur juga abah rajin bercerita. Lama-lama mama tahu sikit-sikit pasal architecture. Abah pun sabar melayan pertanyaan mama. Mana-mana term yang mama tak faham, abah akan terangkan sampai mama faham,” kata Puan Marissa.

            “Sampai macam tu sekali?” Ammara kagum akan hubungan kedua-dua orang tuanya. Mereka saling berkongsi. Saling melengkapi antara satu sama lain.

‘Bertuahnya mama mempunyai abah. Hmmm… abah pun bertuah juga memiliki mama,’ kata hati Ammara.

“Ammara pergi dengan siap tadi?” soal Puan Marissa.

            My mentor and student practical. Nasib baiklah pergi tiga empat orang. Jadi cepatlah sikit kerjanya siap. Client nak renovate rumah banglo sedia ada. Almost 90 percent ruang yang terlibat. Bilik tidur, ruang tamu, dapur, toilet dan kolam renang.” Ammara memberi makluman.

            Puan Marissa mengangguk.

            Half day saja dah abis di sana. Then balik office buat lagi admendment.” Ammara mengingatkan semula kerja-kerja yang dilakukan sepanjang hari itu.

            “Puan, Ammara jemput minum.” Kak Limah datang membawa minuman.

            Gracias kak,” ucap Ammara.

            De nada,” balas Kak Limah.

            Ammara menuang air oren ke dalam gelas. Segelas diunjuk kepada mamanya.

            “Terima kasih,” ucap Puan Marissa.

            “Sama-sama ma. Abah mana ma?” soal Ammara apabila tidak nampak kelibat abahnya.

            “Abah ada di atas. Solat,” kata Puan Marissa.

            “Ya Allah ma. Lupa pula. Ammara pun belum solat Asar. Ammara masuk dulu ya.” Ammara terkocoh-kocoh melangkah masuk ke dalam rumah.

            Puan Marissa menggeleng-gelengkan kepala melihat Ammara yang seperti lipas kudung berlari masuk ke dalam rumah. Dia duduk di situ sambil menunggu suami untuk minum petang bersama-sama.

*******

ZAIM MASIH TEKUN DI MEJA KOMPUTERNYA. Lakaran yang dilakukan oleh Ammara dan pelajar praktikal yang mengikutnya ke tapak projek petang tadi semuanya disemak semula. Lakaran yang dihasilkan disemak silang dengan ukuran yang telah diambil. Tangannya laju sahaja membuat lakaran pembetulan sekiranya ada yang tersalah lukis.

TOK! TOK! TOK!

“Boleh ibu masuk?” terjengah Datin Nora di sebalik pintu.

“Masuklah ibu.” Zaim senyum melihat ibunya masuk ke bilik sambil membawa segelas susu dan sepiring biskut lemak manis.

“Im jangan tidur lewat sangat ya,” pesan Datin Nora. Gelas di tangan dihulur kepada Zaim.

Seperti malam-malam sebelumnya, Datin Nora tidak pernah gagal menghantar susu ke bilik anak bujangnya. Sebelum masuk tidur pasti dijenggah ke bilik Zaim.

“Im buat apa ni belum tidur,” soal si ibu. Datin Nora berdiri di sebelah Zaim.

“Ni Im tengah semak lakaran untuk home renovation. Jika semua okay, Im nak transfer ke autoCAD software.

“Dah hampir midnight, ibu nak masuk tidur dulu. Im jangan tidur lewat sangat. Esok Im kerja kan,” pesan Datin Nora.

“Baik ibu. Dah siap nanti Im tidur,” janji Zaim.

“Yalah. Habiskan susu tu.” Datin Nora sudah menuju ke pintu yang terbuka luas. “Selamat malam Im. Assalamualaikum.”

“Selamat malam, waalaikumsalam ibu,” balas Zaim. Seulas senyuman dihadiahi kepada ibunya. Datin Nora menutup pintu bilik.

Zaim kembali meneruskan kerjanya. Dia mahu menyiapkan semuanya malam itu. ‘Lots more to do tomorrow morning.

Malam sudah menginjak ke dinihari. Zaim sudah tidak mampu menahan kantung matanya.

Almost done. Sikit lagi Zaim.’ Zaim memujuk diri untuk menyiapkan juga kerja yang dibawa balik dari pejabat.

Sudahnya, pada pukul 2.30 pagi baru Zaim mampu melelapkan mata. Letak sahaja kepala di bantal, dia sudah terlelap. Mujur juga dia sempat membaca doa sebelum tidur, surah Al-Fatihah, surah Tiga Qul dan juga suratul Kursi sebelum betul-betul terlena.
*******
SELEPAS MAKAN MALAM, AMMARA DUDUK DI RUANG TAMU BERSAMA ABAH DAN MAMANYA. Walau pun matanya lurus memandang ke skrin televisyen, namun fokusnya tidak ke situ.

“Ammara,” tegur Encik Ammar.

“Ya abah,” sahut Ammara.

“Pergilah tidur. Penat kan hari ni,” kata Puan Marissa.

“Ammara dah solat Isyak kan. Naik atas. Go to sleep. Esok nak kerja kan.” kata Encik Ammar.

Ammara akur. Dia bangun bersalaman dengan mama dan abahnya.

Good night abah, ma. Assalamualaikum,” ucap Ammara.

Encik Ammar dan Puan Marissa membalas ucapan Ammara serentak. Mereka memerhati langkah Ammara menaiki anak-anak tangga.

‘Esok kena keluar awal. Tak naklah tempuh jammed.’ Ammara sempat mengingatkan dirinya sendiri.

2 comments:

  1. Best bila bca sekali. X la trasa menunggu haha.

    ReplyDelete
  2. terima kasih singgah ke sini. Maaf lately ni masa agak terhad untuk menulis..insya Allah Sha akan usahakan sambungan kisah ini..

    ReplyDelete

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim