11 March 2014

Mr. Right Forever 9

       Rifqi memerhati seluruh ruang biliknya. Kemas dan tetap sama. Sama seperti tiga hari sebelum pemergiannya ke Terengganu. Yakin emaknya membersihkan bilik tersebut. Kalau tidak, mahu berhabuk dibuatnya. Masakan tidak berhabuk, kalau sudah tiga hari ditinggalkan.

Melihat sahaja katil dengan cadar berlatar hijau cupid, ringan sahaja Rifqi mahu melabuhkan tubuh sasanya ke tilam empuk yang menanti. Namun niatnya tertunda bila minda sedarnya menegah. ‘Sebentar lagi azan Asar akan berkumandang.’

Langsung Rifqi menarik laci paling bawah almari pakaiannya. Dikeluarkan sehelai tuala yang juga berwarna hijau lalu disangkut ke bahu. Kata orang peminat warna hijau ini orangnya bersifat harmonis dan seimbang. Lebih bersifat terbuka. Mungkin benar, mungkin tidak. Seperti mana hijau sering dikaitkan dengan alam semulajadi, begitu jugalah dengan Rifqi. Dia sangat sukakan alam yang dipenuhi kehijauan bersama flora dan fauna.
Beg sandang yang terdampar di bucu katil ditarik perlahan zipnya. Pakaian kotor yang tidak sempat dia basuh, dimasukkan ke dalam bakul baju kotor. ‘Malam sikit acara mendobi.’ Tersengih Rifqi melihat pakaian kotornya.

Rifqi senyum sendiri. Matanya ralit memerhati sehelai baju–T  berwarna putih dengan gambar dan tulisan Pulau Redang. ‘Muat ke tak agaknya?’ omel Rifqi memikirkan saiz baju-T dan saiz badan penerima. Sementelah dia belum pernah bertemu bakal penerima baju-T tersebut.

Rifqi bangun lalu menghamparkan baju-T putih itu di atas katil. Dia membandingkan saiz baju-T tersebut dengan bentuk badan gadis yang ditemui di LCCT tadi. ‘Kalau dengan gadis itu memang padan.’ Rifqi menepuk dahi sendiri.

‘Apa kena ni? Kenapa wajah itu juga yang menerpa di mata.’ Rifqi seolah-olah sudah terkena sihir. Wajah gadis manis dengan senyuman sewaktu mengucapkan terima kasih masih terbayang di ruang matanya.

‘Iqi, hentikan. Entah-entah dia sudah berpunya. Tunangan orang barangkali. Paling tidak sudah ada buah hati. Orangnya cantik manis, tidak mungkin masih belum ada yang istimewa di hatinya,’ minda sedar Rifqi memberi amaran.

‘Kalau sudah jodoh awak, tentu akan bersatu juga,’ kali ini emosi Rifqi yang bersuara. Memberi sokongan.

Rifqi menggeleng-gelengkan kepala sambil matanya terpejam. Segera perbalahan minda dan hatinya berhenti di situ. Tuala di bahu bertukar posisi. Tuala diikat kemas ke pinggang. Seluar jeans hitamnya sudah melorot ke lantai. Diangkat dan disangkut ke tempat menyangkut baju. Baju-T berbelang rona hitam hijau ditarik pantas. Dimasukkan baju-T tadi ke dalam bakul baju kotor. Jam tangan dibuka lalu dipandang sekilas. Waktu sudah menjengah ke pukul 4.10 petang. Waktu Asar semakin menghampiri. Segera dia melangkah ke bilik mandi. Badan yang lesu sedikit melekik dengan peluh terasa nyaman disiram air pancuran. Segar rasa badan. Sebaik selesai mandi dan menyucikan diri, Rifqi segera mengambil wuduk.

Keluar dari bilik mandi, dia melangkah laju ke arah almari baju. Ditarik keluar sehelai baju-T putih dan sehelai seluar panjang dari kain kapas yang juga berwarna putih. Rambutnya yang masih basah dikeringkan dengan menggunakan tuala. Disikat kemas. Songkok hitam di atas meja bercermin sederhana besar itu dicapai. Diletak elok di atas kepala. Puas hati dengan penampilan sendiri.

Tidak lama selepas itu, laungan azan jelas kedengaran dari masjid yang tidak jauh dari rumah mereka. Rifqi mencapai sejadah. Sejadah yang juga dengan rona hijau dihampar mengadap kiblat. Tanggungjawab sebagai hambaNya segera dilaksanakan. Tidak elok menangguh-nangguhkan solat.

Usai solat dan berdoa, Rifqi meletakkan kembali sejadah dan songkok di tempat asal masing-masing.. Rambut disikat rapi. Sedikit pelembab muka dioles ke wajah. Haruman pelembab Garnier For Men menusuk ke hidung. Wangi. Sekali lagi imej wajahnya yang terpantul di cermin ditilik. Puas hati.

‘Apa khabar agaknya dia?’ Rifqi duduk di kerusi komputernya. Dia membuka emel yang sudah tiga hari tidak dibukanya.

“Banyaknya,’ guman Rifqi saat dia melihat inbox emelnya. Semuanya berkaitan kerja. Namun satu emel berjaya menarik perhatian Rifqi. Dia senyum sambil membuka dan membaca kiriman emel di depan mata. Segera dia membalas emel. Dia yakin emelnya berjaya dihantar lalu dia menutup komputernya.

Kaki melangkah ke pintu. Aroma keropok lekor goreng sudah menyapa deria bau Rifqi sewaktu menuruni anak tangga. Langkah diatur ke ruang dapur.

“Pekena dengan teh panas bagus juga ni,” tegur Rifqi mendekati Qairina.

“Adik dah siapkan teh,” balas Qaisara.

“Terbaik.” Rifqi membuat isyarat bagus.

“Banyak abang beli keropok lekor,” kata Qairina yang sibuk menggoreng keropok lekor.

“Ada hantu keropok kan dalam rumah ni. Siap pesan dengan abang. Tak ingat,” ujar Rifqi menjeling ke arah Qaisara.

“Oppss,” Qaisara sudah menutup mulutnya yang penuh dengan keropok lekor.

“Saraaa,” Qairina sudah membulatkan matanya yang sedia bulat dan besar. “Tunggu la habis goreng baru makan.”

Sorry cannot stand,” balas Qaisara seraya tangan mencapai sepotong lagi keropok lekor.

“Ha kan dah terjawab soalan Rina tu,” kata Rifqi sambil mengenyit mata ke arah Qairina. “Mak dengan abah belum balik?”

“Kejap lagi baliklah. Rindulah tu,” usik Qaisara.

Rifqi senyum lebar.

Okay done,” selesai tugasan menggoreng. Qairina memasukkan semua keropok lekor yang sudah digoreng ke dalam pinggan besar.

Thanks Rina, Sara.” Rifqi menghadiahkan seulas senyum kepada adik-adiknya.

“For what?” pantas Qaisara bertanya.

“Ni,” balas Rifqi sambil jarinya menunjuk ke arah keropok lekor yang sudah siap digoreng.

“Small matter je tu abang. Terima kasih juga sebab tak lupa pesanan Sara ni,” kata Qaisara. Qairina turut mengganggukkan kepalanya.

Let me help you.” Qaisara menghulurkan bantuan.

Thanks sis. Ni bawa sekali sos,” pinta Qairina.

Rifqi sudah berlalu ke ruang tamu. Dia menjengguk ke luar melalui jendela.

“Sabarlah abang. Kejab lagi balik la mak dengan abah,” pujuk Qaisara.

“Abang risaukan abah. Macam mana kaki abah?” soal Rifqi.

“Tengok macam okay je. Abah boleh berjalan, tapi slow dari biasa.” Qairina memaklumkan keadaan abah mereka..

Rifqi sudah meluru ke muka pintu apabila terdengar bunyi pintu pagar dibuka.

“Mak, abah,” laju sahaja Rifqi keluar menyambut kepulangan kedua-dua orang tuanya.

“Iqi, bila sampai,” tegur Puan Ruziah.

“Dalam pukul tiga lebih tadi mak. Mak dengan abah apa khabar?” tanya Rifqi sambil bersalam dan mencium tangan kedua-dua orang tuanya. Tubuh emaknya dipeluk erat.

“Kami sihat, Alhamdulillah,” balas Puan Ruziah bagi pihak suaminya.

“Kalau ya pun rindu masuklah ke dalam,” tegur Qairina.

Rifqi senyum mendengar usikan adiknya. Dia memimpin tangan abahnya.

“Rina ambil ni.” Puan Ruziah menghulurkan kiriman lauk-pauk dari jiran mereka.

Bungkusan plastik berisi makanan bertukar tangan. “Amboi siap berbungkus lagi. Baiknya jiran kita tu ya,” ulas Qairina.

“Memang ada banyak makanan yang lebih. Sengaja dibuat lebih katanya. Mahu sedekahkan kepada jiran-jiran dan dihantar ke rumah anak-anak yatim juga.” Encik Qamaruzzaman mencelah.

“Oh ya. Bagusnya. Mudah-mudahan murah rezeki dia kan abah,” ujar Qaisara.

“Aamiin.” Encik Qamaruzzaman senyum dan mengganggukkan kepala tanda setuju dengan kata-kata anak gadisnya.

“Amboi siapa yang rajin ni,” tanya Puan Ruziah. Matanya memerhati meja makan yang sudah siap berhidang. Ada keropok lekor dan air teh panas.

“Jom mak, abah kita makan sama,” ajak Qaisara.

Rifqi memimpin tangan abahnya hingga ke meja makan. Masing-masing sudah mengambil tempat. Bagi memperoleh keberkatan, Rifqi menadah tangan membacakan doa makan.

“Patutlah Sara tak berhenti mengunyah tadi,” kata Qairina selepas kunyahan pertama sudah ditelan. “ Sedap, lembut, full of fish.”

“Tahu tak apa.” Qaisara memandang wajah  Qairina.

            “Iqi minggu depan kamu ada ke mana-mana?” tanya Puan Ruziah.

            Rifqi berjeda sebelum menjawab. “Tak ada apa-apa mak. Kenapa?”

            “Tolong hantar abah dengan mak ke majlis doa selamat di rumah kawan abah,” pinta Encik Qamaruzzaman.

            “In sha Allah abah.” Rifqi bersetuju.

            “Kamu pun kena ikut. Kita sekeluarga dijemput,” tambah Puan Ruziah.

            “Majlis siapa tu mak?” soal Qaisara.

            “Yang datang rumah kita hari tu,” kata Puan Ruziah.

            “Majlis tu di rumah Kakak Sarah ke mak?” tanya Qairina pula.

Puan Ruziah mengangguk.

Best! Abang kena kenal Kakak Sarah. Dia baik,” Qaisara sudah mula melobi.
“Sarah?? Who?” soal Rifqi.
“Nanti abang tengoklah sendiri,” ujar Qairina tersenyum-senyum memandang abangnya. Dia berbalas senyum dengan Qaisara di sebelahnya.



 
p.s.: Hope terhibur semua ya dengan sambungan yang sedikit ini. Sila beri komen, respon untuk entry kali ini. Terima kasih in advance ya..



4 comments:

  1. yeah~! entry baru...
    wahhh tak sabar tunggu part rifqi dan sarah jumpe lagi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) in sha Allah akak akan post bila siap ya..sabar tau tunggu, sebab kekangan masa.

      Terima kasih Suha yang selalu singgah dan memberikan komen.

      Delete
    2. faham kak... no worries... orang pun tangan dah lama gatal nak taip cerpen ke-4... tapi kekangan masa jugak... hehe :P

      Delete
    3. :) tak sabar tunggu cerpen ke-4 Suha

      Delete

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim