10 January 2014

Mr. Right Forever 3

            “Sarah malam ni kita berfutsal,” ajak Raina.

“Malaslah, penat,” balas Sarah. “ Tak suka la berebut sebiji bola macam tu.”
“Ala Sarah jomlah. Main futsal bagus apa. Keluar peluh badan jadi ringan. Sihat badan sihat la minda.” Raina tidak mahu mengalah memujuk Sarah.
“Faris kan ada. Kau ajak la dia. Mesti Faris berbesar hati nak temankan kau ke sana,” luah Sarah mahu melepaskan diri.


“Faris memang confirm akan ikut. Sekarang ni aku nak ajak kau ikut sama. Lagi ramai lagi meriah. Tak gitu?” Raina mengangkat keningnya beberapa kali.
“Raina rentikanlah buat cenggitu. Dah macam Minie Mouse aku tengok,” kata Sarah.
“Oklah tu, Minie Mouse comel kan,” ucap Raina dalam nada bergurau sambil tergelak kecil.
“Comel ke??” usik Sarah lantas ketawa. “Malam ni tak boleh la Raina. Aku ada hal sikit,” kata Sarah selepas tawanya reda.
“Ala tak best la kau tak ada,” kelat wajah Raina memandang Sarah.
“Ala-ala tayang, ala-ala bucuk, ala-ala tomei, jangan la buat muka macam ni Raina.” Sarah sudah memegang pipi Raina. “Serius, sangat tak comel ok.”
Wajah kelat Raina serta-merta berubah ceria. Dia tertawa akhirnya.
“Sarah jom la,” sekali lagi Raina cuba memujuk.
“Kalau hal aku tu habis awal, aku pergi. Boleh gitu?” tanya Sarah.
“Kau cakap dulu hal kau yang sikit tu. Baru aku cakap boleh ke tak?” kata Raina.
Sarah sudah serba-salah. Kalau dia luahkan dia yakin sangat Raina pasti berang. Sudahlah semalam sudah berbakul-bakul marah Raina pada Rifqi. Dia tidak  mahu Raina naik angin lagi petang ini.
“Nanti aku cerita ya.” Sarah cuba mengelak.
Raina berasa pelik. Dia dapat rasakan ada perkara yang Sarah rahsiakan daripadanya. ‘Tapi apa ya.’ Raina berkata di dalam hati.
“Oklah kalau macam tu. Kalau kau datang lewat sikit pun tak apa,” Raina masih mahu menunggu kehadiran Sarah malam nanti.
“Aku tak janji tau. Kalau cepat habisnya hal aku tu, aku singgah ya. If aku tak sampai, then sampaikan salam aku pada Faris tau,” pesan Sarah.
“In shaa Allah,” tidak bersemangat sahaja Rania menjawab.
*******
“Ya Allah, macam mana aku boleh lupa.” Rifqi sudah menggaru kepalanya. Timbul rasa bersalah tetapi di antara abahnya dan kawan yang baru dikenali, siapa yang lebih penting? Dia perlu utamakan abahnya. Abahnya lebih penting.
“Hope Sarah tak marah aku,” doa Rifqi di dalam hati. Dia bukan sengaja mahu memungkiri janji.
Rifqi semakin gusar. “Dah la aku tak ada contact number dia. Kenapa la aku tak minta? Dah jadi macam ni baru la haru.”
Rifqi teringat kembali bagaimana dia mengenali Sarah. Semuanya bermula daripada sebuah blog milik Sarah yang memaparkan tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di luar negara. Catatan perjalanan Sarah di Istanbul paling terkesan di hatinya. Sarah turut memasukkan kisah Sultan Muhammad Al-Fateh yang telah menawan Kota Konstantinopel. Kota Konstantinopel yang kini dikenali sebagai Istanbul. Tempat lain yang turut dilawati oleh Sarah adalah Sepanyol. Rifqi cukup suka melihat gambar-gambar permandangan cantik serta bangunan-banguna bersejarah. Bangunan yang tersergam itu penuh dengan nilai sejarah dan berbentuk Islamik. Dengan kisah-kisah suka, duka, manis, pahit serta pelbagai kenangan di sebalik bangunan mampu membuatkan kita belajar dan menghargai setiap apa yang kita miliki.
Punca Rifqi boleh terjumpa blog Sarah adalah apabila dia mahu mencari blog berbentuk travelog  untuk dijadikan contoh kepada pelajar di dalam kelasnya. Dia mahu memberikan tugasan kepada mereka berkenaan cara membina blog. Blog yang boleh dijadikan panduan dan rujukan kepada orang ramai yang ingin mengembara ke seluruh dunia.  Membaca mengenai tempat-tempat menarik di seluruh dunia merupakan cara yang paling jimat untuk melancong. Daripada situ Rifqi mulanya hanya memberikan komen hinggalah dia mengambil alamat emel Sarah yang tertera di laman blog Sarah. Adakalanya dia turut meninggalkan jejak di kotak Chatbox Sarah.
Selain memuatkan kisah-kisah pengembaraan, Sarah turut berkongsi kisah-kisah sahabat Rasulullah SAW. Kisah tauladan yang sangat menyentuh jiwa. Ada satu kisah yang telah membuatnya menitiskan air mata. Kisah Saidina Bilal Bin Rabah yang menolak untuk mengumandangkan azan setelah kewafatan Rasulullah SAW.
Rifqi termenung sejenak. Kisah sedih Saidina Bilal seolah-olah baru dibaca semalam. Kisah ini berlaku setelah Malaikat Izrail menjemput kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW. Akibat terlalu sedih, Saidina Bilal Ibnu Rabbah telah berhijrah ke Syam. Suatu hari Saidina Bilal telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah yang seolah-olah memberi petanda agar Bilal menziarahi baginda di Madinah. Esoknya, Bilal pun berangkat ke Madinah. Tiba di Madinah, Bilal bertemu semula dengan para sahabat. Saidina Abu Bakar bersama Saidina Umar Al Khatab telah meminta Saidina Bilal untuk melaungkan azan. Sudah lama bumi Madinah tidak mendengar suara azan Saidina Bilal.  Namun Saidina Bilal menolak permintaan mereka. Saidina Bilal tidak dapat melupakan setiap kenangan bersama Rasulullah.

Kemudian, setelah permintaan sahabat ditolak, datang dua orang cucu kesayangan Rasulullah SAW, Hasan dan Husin. Mereka berdua berlari-lari anak mendapatkan Saidina Bilal. Senang hati dan sejuk pandangan Saidina Bilal melihat Hasan dan Husin lalu dipeluk cucu kesayangan Rasulullah SAW itu dengan erat. Mereka dicium seperti mana Saidina Bilal mencium Rasulullah ketika masih hidup. Tiba-tiba Hasan dan Husin meminta Saidina Bilal melaungkan azan. Disebabkan kasihnya Saidina Bilal kepada Baginda Rasulullah SAW dan mengenagkan Hasan dan Husin itu keturunan Baginda, Saidina Bilal pun bersetuju untuk melaungkan azan.
Saidina Bilal melaungkan satu persatu kalimat azan sampailah kepada kalimat ‘Asyhadu anna Muhammadarrasulullah.’ Kesemua sahabat dan penduduk Madinah menangis. Saidina Bilal apatah lagi. Beliau terus terduduk dan menangis teresak-esak. Beliau tidak mampu lagi hendak menyambung azannya. Para sahabat datang kepada Saidina Bilal dan bertanya kenapa beliau menangis. Saidina Bilal menjawab, "Aku amat merindui Rasulullah. Dan sewaktu aku menyebut ‘Asyhadu anna Muhammadarrasulullah’ aku seperti ternampak-nampak Rasulullah sedang datang untuk solat bersama-sama kita."
Apabila penduduk Madinah mengetahui perkara sebenar, mereka terus menangis kerana perasaan rindu yang teramat sangat terhadap junjungan Nabi Muhammad SAW. Laungan azan Saidina Bilal yang merdu dan indah mengembalikan setiap detik serta setiap saat bersama Rasulullah SAW suatu ketika dahulu. Mereka teringat kembali perjuangan Rasulullah yang agung dan suci, Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW, iman yang dibawa oleh Rasulullah SAW, akhlak mulia yang dibawa oleh Rasulullah SAW, kehidupan yang mulia yang dibawa oleh Rasulullah SAW, perngorbanan yang dicurahkan oleh Rasulullah SAW, penderitaan yang Rasulullah SAW tanggung untuk membawa manusia ke jalan Allah dan pembelaan Rasulullah kepada umatnya. Semua itu terimbas kembali di dalam ingatan para sahabat dan penduduk Madinah. Mereka seperti baru sahaja berpisah dengan Rasulullah SAW.
Itulah azan terakhir yang dilaungkan oleh Bilal. Hatinya tidak dapat menahan sedih mengingatkan kenangan manis bersama manusia paling agung, nabi akhir zaman.
Begitulah kasihnya mereka kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Biar pun selepas baginda wafat, kenangan bersama baginda tetap kekal di ingatan para sahabat. Bukan sahaja kaum muslimin yang rindu dan cintakan Rasulullah SAW, malah di kalangan bukan Islam dan dunia Barat turut memperakui kehebatan Baginda. Baginda telah diletakkan pada kedudukan teratas di dalam sebuah buku yang ditulis oleh Michael H Hart yang merupakan seorang sejarawan, pakar matematik dan ahli astronomi terkemuka di Barat. Di dalam bukunya, Nabi Muhammad SAW berada di kedudukan pertama 100 orang tokoh dikagumi. Sesungguhnya Rasulullah SAW merupakan insan hebat di dalam sejarah peradaban manusia.
*******
From:Rifqi<rifqi_qamar@gmail.com>;
To: sarah@yahoo.com
Subject: Maaf
Sent: Mon, Apr 22, 2013 1:30:08 PM


Assalamualaikum Sarah,

First of all i'm so sorry. Tengahari semalam saya tak datang. Tentu awak fikir saya tipu awak. Saya tak sengaja. Ada hal penting yang perlu saya uruskan. Eloklah saya berterus-terang. Tak nak saya, kalau awak berprasangka yang bukan-bukan.

Semalam ada hal yang berlaku pada abah saya. Tiang besi penyidai baju terjatuh atas kaki abah saya. Luka di ibu jari mulanya tu. Dah ajak abah pegi klinik. Biasalah abah mana mahu pegi klinik. Dah teruk camtu pun takut nak jumpa doktor. Sudahnya saya jadi doktor. Cuci luka dan balut jari tu. Saya ingat dah ok la macam tu. Sekali bila dah malam, abah dah menggigil tahan sakit. Bila buka bandage tu, rupanya kaki abah bengkak. Risau sungguh saya. Malam semalam saya paksa abah saya pergi klinik. Then buat x-tray sekali. As a result daripada tu, rupanya jari kaki abah tu ada tulang yang retak.

Semalam memang saya tak teringat langsung nak emel awak. Kalut-kalut dengan abah terus saya terlupa janji saya dengan awak tu. Sekali lagi saya minta maaf.

Hope to hear from you.

Best regards,
Rifqi Qamaruzzaman

p.s next week saya ke Terengganu, ada seminar

Sarah berasa simpati di atas apa yang berlaku kepada abah Rifqi selepas membaca kiriman emel daripada Rifqi. “Kan betul. Ada sebab kenapa dia tak datang.” Sarah lega.
Dia segera membalas emel Rifqi. Di akhir emelnya, dia memberikan nombor telefon bimbitnya. Dia juga berpesan agar Rifqi menghubunginya selepas membaca emel yang dikirimnya.
*******
“Ni kenapa pula ni?” soal Raina.
“Kenapa?” soal Sarah kembali. Bahunya terjongket sedikit.
“Yelah. Aku tengok kau macam tak ceria je.” Raina memerhati wajah Sarah yang nampak keruh.
Sarah menggeleng-gelengkan kepala. “Tak ada apalah.”
“Habis tu? Dah macam cencurut pun ada ni,” tawa Raina pecah juga. Tidak mampu dia menahan tawa lebih lama.
Sarah turut ketawa bila mendengar Raina menyamakannya dengan cencurut. “Yang pasti, aku lagi comelkan.”
“Ha kan bagus kau gelak-gelak macam ni. Ini tidak, muka cong je. Tak selera aku nak hadap,” luah Raina.
“Betullah tu Raina. Elok juga kau tak ada selera. Selamat duit aku. Tak yah belanja kau lunch hari ni.” Sarah sudah senyum meleret.
“Siapa kata aku tak selera nak makan?” Raina membela diri." Yang tak selera tu bila tengok muka kau tu macam tertelan besi saja. Sungguh tak selera aku.”
“Hihihikk.” Sarah sudah ketawa besar.
“Bak kata orang, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Sarah, kalau kau nak belanja for sure selera aku membuak-buak.”
“Hmmm... dah tau dah,” balas Sarah.
“Sarah, kau belum jawab soalan aku lagi.” Raina mengingatkan Sarah.
“Kau ada tanya soalan ke tadi? Yang aku dengar tadi pasal kau tak berselera. Tu je,” Sarah berkata perlahan.
“Ada la Sarah. Kau saja kan, tak nak jawab soalan soal selidik aku kan,”  Raina pula menarik muncung.
“Raina aku jumpa cencurut besar la,” kata Sarah.
“Mana-mana?" Raina sudah berdiri di atas kerusi.
Rania takut apabila diusik begitu. Kalau dia yang mengusik orang lain, elok  sahaja. Siap bergelak tidak ingat.
Sarah ketawa besar melihat gelagat Raina.
“Raina, tak ada tikuslah. Cencorot kaki dua ada la,” Sarah masih belum reda mahu mengusik.
Raina mengurut dada.
“Sarah kau belum explain kat aku kenapa kau nampak sedih saja pagi ni?” Raina masih menunggu Sarah untuk memberikan jawapan.
“Tak ada apalah, aku penat agaknya,” balas Sarah.
Raina masih tidak puas hati. “Betul ke ni?”
“Betul,” sepatah sahaja perkataan yang keluar dari mulut Sarah. Mulutnya sahaja mengatakan dia baik-baik sahaja, sedangkan hatinya seperti turut sama dibawa ke Negeri Pantai Timur.

6 comments:

  1. yay!! habis baca sudah.. next kak sha... hehe ;p

    ReplyDelete
  2. Fara <3 terima kasih..next entry :) in progress lagi

    ReplyDelete
  3. teruskan usaha kak sha :)

    practice make perfect right? heee best2

    ReplyDelete
  4. :) terima kasih Nurul atas sokongan..

    ReplyDelete
  5. sedey baca pasal bilal... walau sikit je disentuh...
    kena pulak sis post ni nak dekat maulidur rasul...
    thanks sis :)

    ReplyDelete
  6. Suha, terima kasih singgah ke sini dan meninggalkan komen.

    Sama juga, memang sedih apabila membaca kisah-kisah Rasulullah SAW dan juga para sahabat Baginda.Boleh menitis air mata.

    Terima kasih kembali Suha :)

    ReplyDelete

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim