31 August 2014

Cinta Milikmu Selamanya 14

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Buat Semua Pembaca,
 
Dah lama juga Sha tak update kisah Zaim & Ammara ni. Ada yang menunggu sambungan kisah ini? Maaf ya buat awak tunggu lama..

Jemput baca ya. Mana-mana yang kurang tu, berilah komen. Sha akan perbaiki kekurangan atau kelemahan yang ada.
 
Selamat membaca & terima kasih.
 
Salam sayang,
Sha Hashim


14
 
TOK! TOK! TOK!

            Zaim sudah memulas tombol pintu. Kepala sudah dijenggah ke dalam.

            Yes Zaim. Come in. I memang tunggu you.” Dato’ Harith menjemput Zaim masuk.

            “Ya Dato’,’ dilabuhkan punggung di kerusi di hadapan Dato’ Harith.

            Dato’ Harith memerhati lama dokumen di dalam fail di tangan. Wajahnya nampak serius. Zaim diam menunggu kata-kata mukadimah daripada Dato’ Harith.


            “How is work?” soalan pertama yang diajukan oleh Dato’ Harith.

            “Semuanya baik setakat ini Dato’.” Jawapan ringkas Zaim membuatkan Dato’ Harith menggangguk perlahan.

            “Begini Zaim,” jeda Dato’ Harith. Wajah Zaim dipandang sejenak.

            Zaim sabar menunggu ayat seterusnya.

            You tau kan projek di Kota Damansara yang dikendalikan oleh Khairul.”

            “Ya saya tahu Dato’. Kenapa dengan projek tu?” soal Zaim pula.

Since he was no longer our architect, then that project tak ada yang menyelia. I nak serahkan projek tu untuk you monitor Zaim. I trust you.” Dato Harith menyerahkan satu fail untuk rujukan Zaim.

PROJEK PERUMAHAN TERES BERKEMBAR

            Zaim memerhati tulisan di muka hadapan fail. Dibuka fail di tangan. Segala dokumen seperti lakaran awal konsep reka bentuk, pelan terperinci untuk kelulusan pihak berkuasa, lukisan-lukisan kerja, dokumen pengiraan kos projek serta dokumen perbincangan bersama kontraktor diteliti sekali imbas.

            “Nampaknya projek ini sudah pun berada di peringkat ketiga. Meaning to say, I have to manage the final touch for the project.” Zaim memberikan pendapatnya.

Dato’ Harith menggangguk. “Selain mengawasi dan menyelia kerja-kerja semasa pembinaan, you must ensure all the specification is exactly the same as what we had been discussed and agreed before. Check  juga mutu kerja dan sijil pembayaran.”

“Baik Dato’. Saya akan pastikan projek ni seperti mana yang dijadualkan,” janji Zaim.

“Oh ya Zaim. Do not forget to bring along Ammara into the project. This will be a good exposure for her. I believe you will be a good mentor.” Pesanan Dato’ Harith disambut dengan senyuman.

“Dato’, bagaimana dengan projek-projek lain yang dikendalikan oleh Ar. Khairul?” tanya Zaim.

Some of the project I had passed to Danny and Imran. Luckily majority of the project he handled, are at the final stage. So kita tak kelam kabut untuk serahkan pada staf kita yang lain untuk ambil alih,” ujar Dato’ Harith.

“Baik Dato’. Kalau tak ada apa-apa saya keluar dulu Dato’,” ucap Zaim sudah bangun. Fail yang diserahkan kepadanya dikepit di sisi.

“Zaim, do not forget the task yang I gave you,” peringatan daripada Dato’ Harith.

“Insya-Allah Dato’. Saya akan selia projek ni sehingga selesai.” Zaim memberikan janjinya.

Aha not this one. Tapi task mentoring,” sekali lagi Dato’ Harith mengingatkan Zaim.

Zaim senyum. Baharulah dia faham maksud Dato’ Harith. Langsung dia teringat Ammara.

No worry Dato’. She is at the right hand,” ujar Zaim yakin.

I know you can do this. Groom her and I want to see her shine like a diamond,” kata Dato’ Harith mahukan hasil yang terbaik..

“Ya Dato’. I will do whatever it takes to polish her. Not only knowledge but skill and experience as well.” Zaim senyum. Dia bangun dan meninggalkan Dato’ Harith di kamarnya.

“Good Zaim. I am waiting for the time to come.” Dato’ Harith senyum..

Sebelum membuka pintu keluar, “Oh ya Dato’ sekejap lagi saya akan bawa Ammara sekali ke site meeting di Putrajaya. Projek tandas awam.”

You mean project with Perbadanan Putrajaya tu?” soal Dato Harith.

“Ya Dato’.” Balas Zaim ringkas. Pintu kamar dikuak dan ditutup semula.

Dato’ Harith memandang kelibat Zaim sehingga pemuda itu hilang di sebalik pintu.

*******         

AMMARA KEMBALI KE RUANG KERJANYA. Tiada kelibat Zaim di situ. Dia menuju ke meja dan duduk di kerusi hi-back kulit berwarna hitam. ‘Apa nak buat hari ini?’

            Matanya tertancap pada satu nota yang ditulis pada post-it-note berwarna kuning. Elok sahaja diselit di atas papan kekunci komputer di atas meja. Matanya ralit melihat tulisan sambil membaca isi keseluruhan nota. Tanpa sedar dia memuji tulisan yang tertera. ‘Kemas.’

Nota yang berbunyi;

I di bilik Dato’. Get ready.

See you later
Zaim Mokhtar’

            Ammara mengerutkan wajah sebaik habis membaca nota yang ditinggalkan oleh Zaim. Hatinya tertanya-tanya, bersedia untuk apa. Apa lagilah akal Zaim untuk mengenakannya.

Tidak sampai lima minit selepas itu, pintu kaca diketuk dari luar. Ammara memanggung kepala. Wajah Zaim bersama senyuman muncul di situ. Zaim tercegat di hadapan pintu bilik mereka. Dengan satu fail yang dikepit di ketiak.

            “Jom ada site meeting,” kata Zaim apabila Ammara masih diam. “I will drive.

            Fail yang dibawa dari bilik Dato’ Harith ditinggalkan di atas meja bulat. Tangan mencapai iPad miliknya. Zaim melangkah keluar dari bilik itu.

            Segera Ammara menolak daun pintu kaca. Tas tangan dicapai. Dia cepat-cepat menuju ke pintu. Langkah Zaim diekori dari belakang.

            “Pintu dah kunci?” soal Zaim.

            “Err...,” Ammara berpatah balik ke arah pintu berkaca. Anak kunci dikeluarkan dari tas tangan. Cepat-cepat dikunci pintu tersebut.

            “Kat bilik tu banyak harta berharga I tau,” ujar Zaim. Mereka berjalan menuju ke pintu utama.

            Zaim menyapa Kirana di kaunter hadapan.

            “Kira, we are going to a site meeting, in case my boss looking for us” kata Zaim.

            Okay noted,” balas Kirana ringkas. Dicatat ke dalam To Do List di atas meja. Takut lupa nanti. “Kat mana?”

            “Putrajaya.”

            Zaim dan Ammara berjalan seiring keluar ke lobi. Mereka menunggu lif. Sebaik sahaja pintu lif terbuka, mereka disapa oleh Delisha.

            “Zaim, you nak ke mana ni?” soal Delisha mahu tahu pergerakan lelaki itu. Ammara di sebelah Zaim dijeling tajam.

            “Putrajaya. Ada site meeting.” Zaim sudah melangkah masuk ke dalam lif.

            I nak ikut you,” tiba-tiba Delisha mahu meloloskan diri ke dalam lif.

            “Isya, tadi Dato’ cari you,” kata Zaim.

            “Eh! Betul ke? Ala matilah I. Dah la I datang lambat hari ni,” luah Delisha sedikit risau.

            Better you look for him. Dato’ kalau dah marah susah nanti,” gertak Zaim.

            Tidak jadi Delisha mahu mengikut Zaim. Walau pun tidak puas hati, namun terpaksa dia relakan hati. Pintu lif yang tertutup dipandang lama. Lambat-lambat dia melangkah ke pintu masuk Harris Architects Sendirian Berhad.

            “Assalamualaikum, selamat pagi Cik Isya,” tegur Kirana.

            Delisha membalas salam Kirana. Wajahnya kelat. Tiada senyuman di bibir.

            “Kira betul ke Dato’ cari I?” soal Delisha.

            Kirana menggangguk. “Dato’ pesan sebaik sahaja Cik Isya sampai, Dato’ nak jumpa di bilik Dato’.

            Delisha diam. ‘Betullah cakap Zaim tadi. Ingatkan saja dia cakap macam tu sebab tak nak bagi aku ikut dia.’

            Tanpa sebarang kata, Delisha meninggalkan Kirana. Bilik Dato’ Harith ditujunya. Hatinya berdebar juga. Entah apa yang hendak disampaikan oleh bapa saudaranya itu. Dia sudahlah datang lambat. Alamatnya kena bebel lagilah nampaknya. ‘Tahan sajalah. Your fault kan.’
*******

AMMARA DIAM SEJAK MULA MASUK KE DALAM CR-V KELABU ZAIM.  Tiada idea yang melintas di fikirannya untuk berbual.

            “Awak okey ke ni?” soal Zaim. Dia perasan Ammara diam sahaja sejak tadi. ‘Tak kan merajuk sebab usikan pagi tadi.’

            “Ammara okey.” Hanya itu yang meluncur di bibir Ammara.

            “Awak marah sebab pagi tadi. Saya minta maaf.” Zaim berasa bersalah pula. Disebabkan hal itu, hilang mood Ammara hari itu.

            “Bukan macam tu. Hal pagi tadi Ammara dah lupa pun. Cuma tak tau nak berbual pasal apa,” ujar Ammara berterus terang.

            Zaim tidak mahu terus Ammara menjauh. Ligat mindanya berfikir. Sudahnya Zaim hanya diam sehinggalah mereka berdua tiba di perkarangan tempat kenderaan di Perbadanan Putrajaya.

No comments:

Post a Comment

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim