15 December 2016

Mr. Right Forever 30

Assalamualaikum/Salam Sejahtera semua rakan-rakan pembaca,
Lama juga Sha tidak mengemaskini blog ni. Maaf sangat pada yang merindui kisah-kisah yang dipaparkan di sini. Sebagai pengubat rindu, Sha up sikit untuk tatapan pembaca setia Sha sebelum ini. Terima kasih atas sokongan semua. Selamat membaca sedikit kisah Sarah & Rifqi. Andai ada kekurangan di mana-mana, mohon rakan-rakan beri teguran & komen untuk penambahbaikan. Sudah baca, silalah tinggalkan komen atau cadangan.
Terima kasih.
Salam sayang,
Sha Hashim
16 Disember 2016
@}-;------- @}-;-------@}-:-------

“I tau you mesti tertanya-tanya siapa Marina.” Rifqi merenung lama wajah Sarah. Satu keluhan dilepaskan.
               “It’s okay if you’re not ready to share.”

07 May 2016

Selamat Hari Ibu/Happy Mother's Day

Assalamualaikum dan Salam sejahtera, 
Buat semua rakan-rakan pembaca blog Sha yang bergelar ibu, emak,ummi, bonda, mama, mummy serta bakal ibu

Sha doakan kalian semua sentiasa dalam lindungan dan rahmatNya sentiasa, aamiin





Aina Izz Zara vs Adam Najmi 5

Assalamualaikum/Salam Sejahtera,

Apa khabar rakan-rakan pembaca yang sentiasa berkunjung ke blog Sha ni? Semoga semuanya dalam lindungan dan rahmatNya sentiasa, aamiin.

Jom baca sambungan kisah Aina dan Najmi yang sedikit ini. Andai ada kesilapan bahasa boleh saja tinggalkan komen mahu pun cadangan agar Sha leih berhati-hati pada masa akan datang.

Happy reading :)

Salam sayang,
Sha Hashim
7 Mei 2016

@}-;--- @}-;--- @}-;---


AINA masuk ke pantri bersama Hanim dan Imran. Langkahnya laju ke arah rak pinggan. Diambil sebiji pinggan sederhana besar. Langkahnya maju ke meja makan. Sebungkus nasi lemak diletakkan di atas pinggan. Kuih keria dan kuih kuih cucur badak diambil dua biji setiap satu. Dimasukkan juga ke dalam pinggan.

            “Amboi banyaknya, lapar sangat ke Aina,” tegur Hanim.

            “Bukan untuk Aina la Kak Hanim.”

            “Terima kasih Aina, ambilkan untuk saya,” sengih Imran seraya mahu mencapai pinggan di tangan Aina.

            Sepantas kilat Aina menarik pinggan. Mujur tidak jatuh nasi lemak dan kuih di pinggan.

            “Ini untuk bos.”

            Hanim senyum. “Melepas la Imran.”

            Don’t give up. Keep it up,” balas Imran.

            Semua yang berada di pantri tidak dapat menahan tawa. Riuh rendah jadinya. Tiba-tiba semua senyap. Pantri sunyi sepi.

05 March 2016

Cinta Milikmu Selamanya 17

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Rakan-rakan Pembaca,
 
Terima kasih masih mengikuti kisah-kisah yang Sha kongsikan di sini. Andai ada kesilapan bahasa, silalah tinggalkan komen dan cadangan.
 
Lama juga CMS menyepi. Alhamdulillah jari-jari ni rindu mahu menaip dan menyambung kisah Ammara dan Zaim. Selamat membaca. Terima kasih.
 
Salam sayang,
Sha Hashim
5 Mac 2016
 
@}-;--- @}-;--- @}-;---
 
 
PERJALANAN ke Nilai berjalan lancar. Sesekali Zaim menoleh ke arah Ammara yang duduk di sebelahnya. Gadis itu diam membisu.

            Thanks,” sepatah kata terucap dari bibir Zaim. Dia mahu memancing perhatian Ammara.

            Pantas Ammara menoleh ke kanan. “Thanks for??”

Breakfast tadi. Mama you masak, sedap,” puji Zaim ikhlas. “Kalau you yang masak mesti lagi sedap.”

Sekali lagi Ammara menoleh ke sisi kanan. Matanya bertembung dengan sepasang mata Zaim yang turut memandang ke arahnya.

            “Awak, drive pandang depan,” pesan Ammara.

            “Macam mana nak pandang depan kalau pemandangan di sebelah kiri I ni lebih menarik perhatian I,” ujar Zaim sambil tersenyum.

14 February 2016

Aina Izz Zara vs Adam Najmi 4

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Rakan-rakan Pembaca,
 
Maaf sangat-sangat, lately ni Sha ambil masa yang lama untuk update entry kisah-kisah di blog Sha ni. Ada sebabnya. Selain memberi priority terhadap kerja hakiki, Sha juga sedang menyiapkan manuskrip penuh Mr. Right Forever (MRF). Sha rancang untuk menamatkan kisah MRF di blog sahaja, tetapi ada perancangan lain yang menyusul apabila terdapat permintaan agar kisah ini dihantar untuk penilaian daripada penerbit. Selain MRF, Sha juga sedang menyiapkan satu lagi manuskrip untuk tujuan penilaian juga. Jadi doakan perancangan ini berjalan lancar dan Sha diberi keazaman yang kuat untuk menyiapkan kedua-dua manuskrip ini. Jika ada rezeki, semoga MRF melepasi penilaian penerbit. Insya Allah. 
 
For now selamat membaca kisah Aina. Jika ada kekurangan di mana-mana, silalah tinggalkan komen dan cadangan untuk Sha baiki. Terima kasih.

Salam sayang,
Sha Hashim
14 Februari 2016
 
@}-;--- @}-:--- @}-;---


MATA yang tertutup rapat perlahan-lahan dibuka. Udara pagi disedut dalam-dalam. Tangan di sisi diangkat tinggi. Nikmatnya dapat menggeliatkan badan.       

“Aina, bangun. Dah pukul berapa ni?” laungan Puan Mariam sayup-sayup sahaja kedengaran di telinga.

“Alhamdulillah. Aku masih bernyawa pada hari ini. Semoga semua urusanku pada hari ini dipermudahkan olehMu ya Allah,” mulut Aina mengucap syukur kepada Yang Maha Esa.
This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim