19 May 2014

My Angel Part 1



Salam semua…

Rindunya nak menulis. Tapi buat masa sekarang Sha agak terbatas waktunya. Sukar nak fokus untuk penulisan. Siangnya dengan tugas hakiki di pejabat. Malam sibuk dengan home tuisyen. Balik tu dah penat. So yang nampak hanyalah tilam dan bantal, hihikk.

Jadi kisah Ammara dan Zaim serta Sarah dan Rifqi tertangguh sudah. Tup tup petang ni datang pula idea menulis cerpen ni. Kisah pendek sahaja..hihik dah namanya pun cerita pendek kan. Hope enjoy reading ya dengan kisah yang tak seberapa ini.

Okay selamat membaca!

Salam sayang,
Sha




MY ANGEL Part 1



LANGIT YANG BIRU DITATAP LAMA. Desiran ombak yang tidak putus-putus menyapa pantai dipandang sepi. Sang bayu yang bertiup lembut menampar pipinya. Tudung yang dipakai sesekali beralun ditiup angin. Dia lebih tenang di situ. Jauh dari wajah-wajah yang dikenalinya. Telefon bimbitnya juga sudah dua hari tidak berbateri. Dibiarkan sahaja. Hanya sewaktu dia tiba di pulau itu, sempat juga dia menghubungi ibunya. Kepada ibunya dikhabarkan dia perlu ke luar kawasan atas urusan kerja.

Jauh dia memandu. Lebih dari empat jam. Sudahnya dia tiba di Pulau Pangkor. Sudah dua hari dia melarikan diri. Dikelilingi dengan laut, suatu yang sentiasa memberinya ketenangan.

            Sekejab lagi matahari akan masuk beradu. Malam pula akan menjelma. Begitulah kitaran hidup. Siang pasangannya malam. Begitu juga kita sebagai manusia. Perempuan itu pasangannya lelaki.

‘Ah lelaki,’ jerit Qisha di dalam hati. Hatinya masih sakit.
“Maafkan I Qis,” ucap Imran dengan wajah sayu.

Qisha sudah tidak mampu berkata-kata. Rasa terkejut menguasai diri. Tidak dia duga dia ditipu oleh Imran selama ini.

“I tak boleh nak tolak permintaan family I. Malah I tak boleh tolak permintaan perempuan tu,” ujar Imran dalam wajah yang jelas serba salah.

“Sejak bila Im? Since when?” soal Qisha yang sudah merah matanya menahan tangis. Apa pun alasannya dia sudah tidak kisah. Lelaki itu bukan miliknya. Dia langsung tiada hak ke atas lelaki itu.

“Qisha, please forgive me. I tak berniat nak sembunyikan apa-apa dari you. Tapi I tak sampai hati nak inform you. You tahu kan how much I love you,” kata Imran mahu meraih jemari Qisha.

“Huh,” segera Qisha menepis tangan Imran.

Hati Qisha sungguh sedih. Namun apakan daya perkara itu sudah berlaku. Malah Imran sudah menunjukkan bukti yang sahih. Sijil nikah Imran dan wanita yang dikatakan pilihan keluarga.

Itulah pertemuan terakhir mereka. Sedaya boleh Qisha mahu melupakan lelaki itu. Lelaki yang pernah bertakhta di hatinya. Dahulu, bersama lelaki itulah dia mahu menghabiskan hari-harinya sehingga ke usia tua mereka. Nampaknya semua angannya sudah musnah. Berita yang dibawa oleh lelaki itu sudah menghancur luluhkan semua impian yang dia harap akan mewarnai hidupnya.

Jarinya menyentuh hujung tubir mata. Ada air hangat di situ.

Aunty, why are you crying,” tegur seorang anak kecil.

Qisha yang sedikit terkejut disapa tiba-tiba begitu segera berpaling. Seorang anak kecil seusia empat tahun barangkali berdiri rapat mengadap ke arah Qisha.

No dear. I’m not crying. Just a little dust in my eyes,” ujar Qisha mahu menutup malu dilihat menangis di hadapan seorang kanak-kanak.

Really? Let me see,” si kecil menawarkan diri. Kakinya dijengket sedikit. Tangan kecilnya menarik wajah Qisha rapat. Mulut kecilnya meniup lembut ke arah mata kanan dan mata kiri Qisha.

Oh thank you,” ucap Qisha. “What is your name dear?”

Angel,” suara seorang lelaki mendekat. “Buat apa kat sini?”

“Papa, Angel teman aunty ni. Ada habuk masuk mata. Angel tolong tiup macam yang papa selalu buat untuk Angel tu,” petah sekali si kecil berkata-kata. Angel sudah berada di dalam dukungan papanya.

“Pandai anak papa,” ucap lelaki tinggi lampai itu.

“Maaflah jika anak saya mengganggu errr… puan..cik,” terputus-putus ayat lelaki itu.

“Oh tak apa. Tak adalah mengganggu. Saya Qisha. Just call me Qisha,” ujar Qisha malu-malu.

Aunty Qisha, this is my papa. My lovely Papa Ehsan.” Angel tersenyum manja.

“Encik Ehsan, saya minta diri dulu,” kata Qisha. Dia tidak mahu berlama-lama dengan lelaki berstatus suami orang itu. Bimbang jika si isteri melihat dan salah faham. Sudahnya dia juga yang dicap sebagai perempuan jahat. Perempuan gedik atau perempuan gatal. Oh, mohon dijauhkan semua itu.

Lelaki itu hanya menggangguk. Pandangan matanya redup memerhati Qisha berlalu.

“Aunty Qisha,” panggil si kecil.

Sudah beberapa langkah Qisha berjalan, dipaling juga badannya mengadap si kecil yang memanggil namanya.

“Nanti kita jumpa lagi ya aunty. Angel tunggu aunty kat sini tau. Bye aunty,” ucap si kecil sambil melambai tangan.

Tanpa sedar Qisha menggangguk. Tangan turut membalas lambaian Angel.

Encik Ehsan turut melambai ke arah Qisha. Entah mengapa Qisha merasa ada debaran yang melanda hatinya saat dia melihat pandangan redup lelaki itu. Segera dia mengatur langkah. Mahu segera kembali ke chalet. Cadangnya tadi mahu melihat matahari terbenam. Tidak jadilah dia mahu menunggu. Bimbang Encik Ehsan turut mahu menunggu bersama. Kalau Angel sahaja tidak mengapalah juga.

‘Esok-esoklah tengok matahari terbenam,’ ujar Qisha di dalam hati.



p.s Macam mana kawan-kawan kisah yang sedikit ini. Kalau mahukan sambungannya sila komen ‘SILA SAMBUNG’.

10 comments:

  1. MOHON SAMBUNG eheh sila sambung... Hee~


    Sambung cpt2 sis... He he *pandai ckp Kat org lain je, cerpen sendiri terbengkalai... Huhuhu*

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Suha. Insya-Allah My Angel Part 2 akn menyusul. Ni kisah sesuka hati jer..tetiba idea datang. Terus taip...ilham dariNya...

    Hari-hari dok jengguk blog Suha..hihikk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai Kak sorry membuatkan akak terjenguk2... Latest cerpen dah siap 3/4 sebenarnya... Tapi baki tu laa yang susah nak habiskan... Hehehe

      Delete
    2. aha tu yang dok jengguk hari-hari tu Suha..ooo lagi 1/3 je lagi kan..kan... okay2 akak tunggu...

      Delete
  3. Replies
    1. Terima kasih Kak Norihan sudi singgah dan membaca kisah My Angel ini.. insya-Allah...drafnya sudah ada cuma mahu dizahirkan dalam bentuk tulisan sahaja...

      Delete
  4. Lagiiiiiiiiiii.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi singgah dan meninggakan komen. Insya-Allah nantikan sambungannya sedikit masa lagi :)

      Delete
  5. nak nunggu sambungan mr right..terjangkit yang lain hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terjangkit eih..saya suka..saya suka...

      Terima kasih sebab singgah dan baca tulisan Sha yang lain..& terima kasih juga atas sokongan yang diberikan.

      Delete

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim