25 July 2015

Mr. Right Forever 24

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
 
Lama juga Sha tak update kisah MRF ni. Akan cuba tamatkan kisah ini di blog sahaja, insya Allah. Hope rakan-rakan pembaca  yang sentiasa beri sokongan dan semangat untuk Sha menulis berpuas hati dengan kisah ini.. Jangan marah tau. Ya entry ni pendek je.
Enjoy reading & as usual please leave comments or suggestions. I really appreacite it!
Salam mesra,
Sha Hashim
25 Julai 2015
@}-;--- @}-;---


PAGI yang ditunggu. Hari terakhir kursus.

            “Assalamualaikum. Selamat pagi Epoi,” ucap Rifqi.

            Dengan senyuman Saiful menjawab ucapan yang diterima.

            Mereka berdua segera menguruskan diri. Mandi, solat dan urus diri. Semuanya berlaku dengan lancar. Barang-barang dan pakaian semuanya sudah siap dikemas.
“Jom makan dulu. Perut dah lapar ni.”

            Mereka berdua berjalan serentak. Perut yang sudah memberi isyarat perlu diisi, harus didahulukan. Jangan perut masuk angin. Sebu jadinya. Sendiri yang susah.

            “I miss my mum’s cooking,” ujar Saiful tatkala kunyahan mihun goreng melepasi kerongkong.

            “Ya. Me too.” Rifqi turut mengiakan kata-kata Saiful tadi. “You know what?”

            Saiful menjungkit kening. Tangan menyuap mihun goreng ke mulut.

            “Masakan mak ni yang tersedap di dunia. Ke mana pun kau pergi, even tukang masak tu chef terbaik dunia sekali pun, still tak kan dapat lawan masakan mak,” kata Rifqi melontarkan pandangannya.

            “Aku setuju.” Saiful sudah menganggukkan kepala. “Kau rasa apa rahsia mama-mama ni ya. Masakan yang dimasak memang sedap even mama buat cokodok pisang atau jemput-jemput bilis je pun.”

            “Kau rasa?” soal Rifqi.

            Saiful sudah tergelak. “Aku tanya kau kan. Kau tanya aku balik.”

            Rifqi turut senyum. “Aku percaya masakan mak ni sedap sebab mak masak dengan penuh kasih sayang.”

            “Ya aku setuju. Lagi pun mama kalau masak dia mesti akan ingat apa lauk atau kuih yg kita suka. So bila mama masak hasilnya memang terbaik.” Saiful mengucup jari sambil membuat aksi sedap. Rifqi senyum.

            Dari jauh Marina memerhati dua sahabat yang sedang berbual tidak jauh dari tempat dia berdiri. Jelas dia nampak Rifqi tersenyum. Tenang dan sejuk mata memandang raut wajah lelaki itu. Senyuman yang pernah mencairkan hati perempuannya, malah kini senyuman itu masih mengusik hatinya. Dia rindu ucapan dan kata-kata Rifqi yang lembut dan berbaur nasihat buatnya. Rifqi begitu sempurna di matanya. Lelaki itu begitu mengambil berat akan dirinya suatu masa dahulu. Malah lelaki itu lebih kerap menjengguk ibu dan ayahnya jika dibandingkan dengan dirinya yang ketika itu sedang menyambung pelajaran di utara tanah air. Entah mengapa rasa rindu itu tidak pernah menjauh.

Namun Marina sedikit kesal. Jika tidak disebabkan dia yang tersalah langkah, pasti kini hidupnya bahagia di sisi lelaki sebaik Rifqi. Marina juga kesal kerana Rifqi tidak mahu lagi berbaik-baik dengannya selepas mereka memutuskan hubungan. Marah sungguh dia. Marina segera sedar. Lelaki mana tidak marah apabila gadis yang akan dinikahi ternyata curang. Salah diri sendiri. Nafsu tidak terkawalnya memudarat diri. Dia sungguh kesal tetapi sesal kemudian hari tidak lagi ada gunanya. Dia kehilangan lelaki itu disebabkan khilaf diri sendiri.

Pertemuan semula dengan Rifqi benar-benar membuatnya gembira. Cuma dia sedar siapalah dirinya. Rifqi langsung tidak mahu berbual panjang dengannya. Dia sudah cuba mendekati Rifqi namun sedikit pun tiada peluang yang dia nampak untuk mendapat perhatian lelaki itu. ‘Hari ini hari akhir kat sini. Macam mana aku nak bercakap dengan dia?’

Marina melangkah ke meja lain. Walau pun hatinya meronta mahu duduk semeja dengan Rifqi. Dia tidak mahu merosakkan mood Rifqi pagi itu. Nanti tidak semena-mena hilang selera makan lelaki itu.
*******
            “Saiful tolong aku,” pinta Marina.

            Saiful bukan tidak mahu menolong tetapi dia tahu apa reaksi Rifqi nanti. Sudahlah dua hari lepas Rifqi sudah menyuarakan ketidakselesaannya terhadap Marina. Ini hendak menemukan pula dengan Marina. Bimbang Riqi melenting pula. Rifqi walau pun peribadinya lembut, tetapi dalamannya sangat tegas. Dia kenal sahabatnya itu.

            “Aku tak janji ya,” balas Saiful. Bukan tidak kasihan mendengar permintaan Marina. Dia tahu apa jawapan yang bakal dia dengar daripada Rifqi.

“Kau sorang je yang aku boleh harapkan sekarang ni. Aku tahu dia akan dengar cakap atau nasihat kau. Pleaseee…,” rayu Marina.

“Kalau ya pun jangan la buat macam tu. Orang lain tengok apa kata orang,” tegur Saiful. ‘Kalau beginilah gayanya, bukan sahaja Rifqi, aku pun rimas dengan sikap Marina.’

*******

Saiful menyerahkan satu kertas kecil kepada Rifqi sebaik sahaja dia duduk di kerusi bersebelahan Rifqi. Berkerut Rifqi melihat kertas kecil itu di atas mejanya. Saiful menyembunyikan senyum di bibirnya. ‘Macam zaman sekolah dulu. Sampai sekarang aku jadi posmen.’

            Rifqi tidak segera membaca nota yang diterima. Dia biarkan sahaja di atas meja. Tumpuannya masih lagi pada pembentangan peserta dari kumpulan lain.

*******

RIFQI segera menemui Saiful.

“Kau tak nak lunch dulu ke?” soal Saiful.

“Baik aku gerak dulu.” Rifqi tidak mahu berlengah lagi.

“Abis tu macam mana?”

“Macam mana apa?”

“Nota yang aku bagi tadi tu?”

“Aku dah baca. I’m not interested.” Tegas nada suara Rifqi.

Saiful sudah jangka Rifqi tidak akan setuju. “So ni kau nak balik terus ke? Tak nak lunch dulu?”

Saiful diam melihat gelengan Rifqi. Dia tidak lagi mahu memujuk Rifqi. Sebetulnya dia tidak mahu mengundang marah Rifqi. Dia tahu sahabatnya itu benar-benar tidak mahu bersua muka dengan Marina. Bertemu wanita itu di tempat mereka berkursus sahaja sudah membuatkan Rifqi hilang semangat berkursus. Yakin Rifqi tidak langsung menjangkakan untuk bertemu wanita yang pernah menjadi ratu hatinya dan menghancur luluhkan hatinya.

Saiful memerhati langkah Rifqi yang semakin menjauh.

“Saiful, Rifqi nak ke mana tu?” soal Marina mendekati Saiful.

“Err…dia ke…toilet. Ya dia ke toilet,” kata Saiful.

Marina turut memandang kelibat Rifqi yang telah pun keluar dari dewan kursus.

*******

TIBA di ruang parkir Rifqi segera memasukkan beg dan barang-barang peribadinya ke dalam kereta. Dia mahu segera beredar. Hatinya dilanda rindu. Wajah pencuri hatinya berlegar manis di ruang mata. Automatik bibirnya tersenyum.

‘Nak balik rumah atau singgah ke sana dulu?’ Sambil memandu, Rifqi asyik memikirkan sesuatu.

‘Baik call dulu. Kalau ke sana macam tu je, kalau dia tak ada macam mana?’

‘Patut ke aku call?’

‘Kalau jumpa dia nak cakap apa? Apa alas an aku nak jumpa dia? Rindu, nak cakap aku rindu dia? Dia percaya ke?’

Fikiran Rifqi berlegar bermacam rasa. Dia sudah lupa perihal Marina yang menyesakkan fikirannya selama seminggu ini.

Better balik rumah dululah. Have a good plan. Have a good reason. Then meet her.’

Rifqi memandu dengan tenang. Di dalam fikirannya masih lagi memikirkan idea untuk bertemu Sarah. ‘Sabar Rifqi. Tak lari gunung dikejar.’

6 comments:

  1. Yeah, akhirnya ada update cerita ni :)
    Tapi pendek sangatlah Kak, tak puas baca... Semoga lepas ni lagi panjang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jaza-Killah Khairan katsiiraa Suha sentiasa mengikuti MRF ni dan komen Suha sangat akak hargai.
      Sorry sangat sebab ambil masa untuk update. Insya Allah sambungannya nanti akan lebih panjang.

      Delete
  2. Tak puas baca laa. Lama sungguh menanti.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Eifa yang masih mengikuti kisah2 di blog Sha ni..Taip pendek-pendek lately ni...sorry sangat...nantikan entry akan datang ...Sha akan taip panjang sikit...

      Delete
    2. yes akhirnya ada sambungan setelah sekian lama menunggu. Suka dengar Sha nak habiskan cite nie kat blog.. Good luck and waiting for the next episode.

      Delete
    3. Terima kasih Rozita singgah & membaca kisah MRF. Insya Allah next episode in d'making..

      Delete

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim