06 April 2014

Cinta Milikmu Selamanya 8


TOK! TOK! TOK

            Kirana membuka pintu. Dia berdiri di ambang pintu. Nafas ditarik dalam. “Err…Cik Isha.”

            Yes Kirana. Is Zaim around?” Delisha menggangkat muka.

            Kirana menelan liur. “Cik Isha, Tuan Zaim baru call. Dia tak masuk office petang ni. Lepas jumpa client dia terus balik rumah.”

            “Oh…” satu keluhan terbit dari bibir merah delima Delisha. Jelas ada riak kecewa di wajahnya.

            Kirana mempamerkan wajah tidak bersalahnya. Di dalam hati rasa bersalah juga menipu. ‘Maaflah Cik Isha.’

            Delisha bangun. Tas tangan di atas meja dicapai kasar lalu disangkut ke bahu. Laju Delisha melangkah ke arah pintu. Kirana berundur sedikit. Memberi laluan kepada Delisha melepasi pintu bilik yang dibuka luas.

            Sebelum berlalu Delisha meninggalkan pesanan kepada Kirana. “Kira tolong inform Zaim, I nak jumpa dia esok.”

            “Baik Cik Isya. Nanti saya sampaikan. Bye-bye Cik Isha.” Kirana mengurut dada tanda lega melihat langkah Delisha yang laju meninggalkan ruang pejabat. 

            Delisha tidak terus ke arah pintu keluar. Langkahnya membelok ke kiri.

“Cik Isha nak ke mana?” Kirana sudah panik.

“Saya nak ke tandas.” Delisha menjawab sambil pantas berjalan.

“Err…Cik Isha. Tandas tu rosak. Esok baru ada orang datang betulkan.” Kirana sekali lagi membuat ayat palsu.

Really? Then semua orang kat office ni guna toilet kat mana kalau yang ini rosak?” soal Delisha.

Toilet kat tingkat bawah.” Kirana sudah pun mendekati Delisha. Bimbang juga kalau Delisha tiba-tiba membuka pintu pantri. Pasti pecah tembelangnya. Silap hari bulan mahu dia dipecat kerana menipu anak saudara bos.

“Hmm..” Delisha berjalan ke arah pintu keluar tanpa pamitan.

            Kirana mengurut dada lega. Dia pantas membuka pintu pantri. Zaim yang sedang duduk di kerusi di situ sedikit terkejut. Kehadiran Kirana yang tiba-tiba muncul di muka pintu.

“Ya Allah Kirana. Buat saya terkejut saja.” Zaim memegang dada yang tiba-tiba berdegup laju.

Kirana membuat isyarat bagus dengan ibu jari kanannya. Zaim tersenyum lega.

            “Maaflah Zaim. Tindakan refleks saya terlalu cepat. Nasib baik saya sempat tahan Cik Isha daripada pergi ke toilet. Kalau tidak mungkin dia akan jumpa you kat sini,” ujar Kirana.

            Thanks Kira. Jemput minum,” ucap Zaim.

            You are welcome Zaim. Now you are safe,” Kirana sudah ketawa kecil.

            “Delisha dah balik? Dia tak soal siasat awak macam polis pencen?” soal Zaim sebelum meneguk baki minuman di tangan.

            “Dah.” Kirana menjawab sepatah.

            Zaim senang hati. Sekurang-kurangnya dia tidak perlu berhadapan dengan Delisha buat masa ini.

“Tengok dia macam tak ada mood je. Tapi dia ada cakap nak jumpa you esok,” ujar Kirana.

            “Hah! Apa dia nak?,” Zaim sudah bangun berdiri.

            Kirana senyum melihat gelagat Zaim. Sudah bermacam-macam cara Zaim lakukan untuk mengelak dari bertemu Delisha. Nyata Delisha tidak pernah kenal erti berputus asa. Malah Zaim sendiri tidak mampu menahan Delisha berkunjung ke pejabat. Sementelah Delisha merupakan anak saudara kepada Datuk Harris. Jadi Delisha bebas datang ke situ. Apa daya dia mahu menghalang kedatangan gadis itu.

            Can I apply for leave tomorrow?” Zaim bertanya soalan yang tidak wajar ditanya. Dia agak sibuk kebelakangan ini. Mana mungkin dia memohon cuti.

            “Saya rasalah, better you layan aja Cik Isha tu. Lagi you lari, lagi kuat dia berusaha mahu bertemu dengan you,” nasihat Kirana lembut.

            Zaim sudah mengurut dagu. Dia cuba merangka apa alasan terbaik untuk mengelak. Bukan tidak mahu bertemu Delisha, tetapi gadis itu agak keterlaluan di pejabat. Tidak langsung menghormati waktu kerjanya. Paling dia tidak tahan sikap manja gadis itu. Belum kira dari segi pakaiannya lagi. Zaim sungguh tidak selesa setiap kali Delisha singgah ke pejabatnya. Kerusi yang disediakan untuk duduk tapi di atas meja juga dia mahu bertenggek. Terseksa matanya, melihat pandangan yang menjolok mata. Dia cuba menegur namun Delisha cepat membela diri dengan alasan dirinya masih muda. Bila lagi mahu merasa berpakaian begitu. Akhirnya Zaim sudah tidak kuasa menegur.

            “Apa yang menung panjang tu Zaim?” tegur Kirana.

            “Pasal esoklah.” Zaim sudah bangun menuju ke singki. Gelas yang digunakan dicuci dan diletakkan kembali di rak.

            Kirana senyum geli hati.

“Kenapa senyum ni?” soal Zaim.

“Pasal esok tu, fikir kemudian. You balik office nak siapkan kerja kan. Baik lupakan dahulu pasal esok tu. Yang lebih penting siapkan kerja,” ujar Kirana.

“Yalah.” Zaim melangkah perlahan ke arah biliknya. Dalam fikirannya masih terfikir apa akan berlaku esok hari. Manusia mampu merancang, tetapi siapa tahu perancangan Yang Maha Esa.

“Selamat meneruskan kerja ya,” kata Kirana mahu kembali ke ruang kerjanya.

Zaim berpusing ke belakang.

“Kira, esok kalau by 9 o’clock I tak sampai office mean I buat kerja di rumah. Bagi tahu my boss. Nanti I call Datuk inform hal ni sendiri,” pesan Zaim.

Kirana senyum. Dia tahu Zaim sengaja berkata begitu demi mengelak bertemu dengan Delisha.

“Betul ke ni? Esok new staff  masuk tau,” Kirana sengaja berkata begitu.

Langkah Zaim terhenti. Dia kembali semula ke kedudukan tadi. Berpusing mengadap Kirana yang masih tersenyum.

New staff who had attended the interview recently?” soal Zaim.

“Ya betul.” Kirana menjawab ringkas.

“But you said dia akan masuk next week,” sambung Zaim.

Nope. Encik Hafiz cakap Datuk minta new staff lapor diri lebih awal.” Kirana memaklumkan hal itu kepada Zaim.

Why?” tanya Zaim ingin tahu.

I have no idea. May be sebab new project tu. Selepas Arkitek Khairul quit, project dia ada a few yang tertangguh. Tu cuma pendapat saya saja. The real reason tu tak pasti pula,” luah Kirana.

“Kira siapa new staff tu?” soal Zaim.

You will meet them tomorrow. Itu pun kalau you datang office esok,” Kirana senyum lebar.


p.s. Them - siapakah mereka? Nantikan kisah seterusnya. Maaf juga Sha ambil masa untuk post new entry ini. Kepada pembaca yang mengikuti kisah ini terima kasih.

No comments:

Post a Comment

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim