26 December 2013

Keabadian Cinta 3

“Amboi rajinnya, apa mimpi ni,”  tegur Nina.

Shakirana sibuk menyukat tepung, gula, mentega dan serbuk koko. Dia senyum sahaja mendengar teguran Nina. “Nak keluar ya?”

“Ya Nina nak keluar. Ada date dengan encik tunang,” ceria sahaja nada suara Nina.

Shakirana memerhati Nina yang sudah cantik berdandan. Sudah bertahun dia menyewa bersama Nina. Gadis dari negeri Jelapang Padi itu sentiasa ceria. Seolah-olah hidupnya tiada langsung masalah yang membelenggu.

“Kau nak buat apa ni Kira?” soal Nina sambil mendekati Shakirana yang nyata sibuk di dapur.

Muffin Day!” Shakirana menunjukkan resepi di komputer riba yang terpasang.


“Wah beria-ria dengan your Muffin Day, anything special? Something yang Nina tak tau? Wanna share with me?” soal Nina bertalu-talu.

“Nina nanti sampaikan salam aku pada encik tunang kau tu?” kata Shakirana tiba-tiba.

“Lari topik nampak?” Nina senyum lebar sambil memerhati Shakirana menyusun semua bahan di atas meja.

Shakirana senyum.

“Ni mesti buah hati suka muffin kan,” tebak Nina.

“Mana tahu?” soal Shakirana malu-malu.

Nina yakin tekaannya tadi tepat mengenai sasaran. “Baik Kira cakap. Since bila?”

“Nanti kau akan tahu juga,” Shakirana masih belum mahu berterus terang. Hubungannya dengan Razzif masih baru. Malu dia mahu menghebahkannya. Bimbang hubungan itu kandas di tengah jalan.

Why nanti? Why not now?” soal Nina tidak mahu kalah.

Because now i’m busy,” balas Shakirana sambil menyenyit mata ke arah Nina. Dia memasukkan tepung, serbuk koko, baking powder dan garam yang sudah disukat ke dalam pengayak lalu diayak. Selepas itu Shakirana masukkan satu cawan gula perang. Campuran tersebut digaul dan diletak di tepi.

“Nak aku tolong? Sambil tu kau cerita kat aku pasal encik buah hati kau tu, boleh?” pujuk Nina.

Shakirana hanya mengoyangkan jari telunjukknya beberapa kali. “Boleh, tapi tolong rasa ya. Ni dah pakai cantik-cantik takkan nak menolong di dapur. Nanti orang cakap si comot mana la yang keluar dengan si kacak Emir ni,” usik Shakirana.

Nina sudah ketawa. “Berani orang tu cakap macam tu ya,” Nina sudah mencubit kedua-dua pipi Shakirana.

“Ouchh, sakit la Nina,” Shakirana sudah terjerit menahan sakit.

“Sorry la Kira. Tak sampai hajat aku nak tolong kau. Emir dah sampai tu. Malam nanti aku tolong rasa ya. For now Happy Muffin Day!” kata Nina sebelum meninggalkan Shakirana di dapur.

Shakirana melambai tangan. “Bye.”

*******

Geram dia rasa bila muffin yang dicubanya petang tadi kurang menjadi. “Macam mana ni?” Shakirana tidak puas hati melihat muffin coklatnya sedikit keras. Tiba-tiba teringat emak di kampung. Dia tahu emaknya pandai membuat kek. Tentu emaknya ada resepi untuk muffin kesukaan Razzif.

“Itulah siapa suruh berjanji. Pandai-pandai saja mulut ni cakap nak buatkan muffin untuk Razzif. Sekarang siapa yang susah?” Shakirana menampar mulutnya perlahan-lahan beberapa kali.

Shakirana duduk diam di meja makan. Muffin coklatnya dipandang sepi. Dia sudah rasa sebiji tadi sebaik sahaja muffin tersebut dikeluarkan dari ketuhar pembakar.

“Rasa ok. Rupa not bad. Emm tekstur je keras sikit,” Shakirana menilai hasil kerja sendiri. Dicapai sebiji lagi muffin coklat. “Ok la ni. Not too bad right. Boleh makan. Sedap juga.” Shakirana memujuk hati sendiri. Dikunyah perlahan sambil menikmati rasa muffin yang pertama kali dia hasilkan. Macam hari ini dalam sejarah saja bunyinya. Shakirana senyum sendiri.

Berkelip telefon bimbit Shakirana. Lagu Ajari Aku bergema. Segera Shakirana senyum melihat nama pemanggil yang tertera. Muffin yang tinggal separuh diletak semula. Segera dia menekan butang Answer.

“Assalamualaikum Sunshine,” sapa Razzif.

“Waalaikumsalam awak. Dah sampai?” tanya Shakirana.

“Belum. I baru lepas Hentian Seremban,” kata Razzif.

“Hati-hati drive tau,” pesan Shakirana.

Ok I will. I call sebab I miss you, my sunshine,” luah Razzif tanpa berselindung.

I miss you too,” balas Shakirana.

So macam mana muffin coklat I? Tengok pictures Sha sent tu elok je naiknya. Tak sabar I nak rasa muffin air tangan you Sha,” kata Razzif teruja selepas menerima kiriman gambar muffin coklat Shakirana di WhatsAppnya.

“Ok je,” balas Shakirana.

“Tak semangat je bunyinya. Tell me what’s wrong dengan muffin tu?” pujuk Razzif.

Actually muffin tu tak jadi sangat. Keras,” kata Shakirana sedikit hampa.

“Terlebih tepung ke? Sha salah sukat?” Razzif membuat andaian.

“Sha dah ikut exactly macam dalam resepi. Tapi tak pastilah apa yang tak kena. Rasa ok, presentation pun ok,” kata Shakirana.

“I nak rasa juga cubaan pertama Sha buat muffin tu. Malam nanti I singgah ya. So please pack it for me,” pinta Razzif bersungguh.

Shakirana senyum. Hatinya berbunga bahagia. Terasa dihargai. Walau pun dia sudah katakan muffin yang dibuat sedikit keras, Razzif masih beria-ia mahu merasa hasil usahanya.

“Ok Sha. Jumpa malam nanti, in shaa Allah. I nak pergi outstation, Sha jangan nakal-nakal ya,” pesan Razzif.

Shakirana sudah tergelak di talian. Dia rasa seperti anak kecil sahaja bila Razzif berpesan seperti itu. Dia suka bila Razzif mengambil berat akan dirinya. Lelaki itu penuh sifat penyayang.

“Baik. Sha akan ingat pesan awak. Hati-hati ya drive. Take care,” balas Shakirana.

“Ya i will. You too take care. I love you. Assalamualaikum,” Razzif menamatkan perbualan mereka.

I love you too. Waalaikumsalam,” balas Shakirana. Telefon bimbit di tangan direnung, seperti wajah Razzif terpampang di situ. Dia senyum mengingatkan Razzif.

*******

“Bahagianya orang tu nak pergi picnic,” tegur Nina.

Shakirana sedang sibuk memasukkan mihun goreng ke dalam bekas. Sandwich pun sudah siap dimasukkan ke dalam bekas makanan. Semuanya sudah dia siapkan.

“Bila nak kenalkan cik abang awak pada kita?” soal Nina.

One day Kira kenalkan,” janji Shakirana.

“Ok Nina tunggu one day tu,” kata Nina. “ Semua dah siap ya. Tikar jangan lupa.”

“Thanks Nina. Nasib baik Nina cakap. Nyaris Kira lupa pasal tikar,” balas Shakirana.

Nina memerhati Shakirana yang sibuk memasukkan semua makanan, sudu garfu, air minuman, pinggan dan piring ke dalam bakul. Dia yakin lelaki itu pasti istimewa sampaikan Shakirana sanggup bersusah payah belajar memasak, menyediakan hidangan kesukaan lelaki itu. Satu perkembangan yang baik, bisik Nina. “Pukul berapa nak keluar ni?”

“Lepas maghrib nanti my sweetheart datang ambil,” kata Shakirana.

Picnic di ambang merdeka, sambil countdown di tasik, oh how sweet. Jealous Nina tau?” luah Nina.

“Jealous ke? Jangan la gitu. Ajaklah encik tunang keluar. Macam Kira susah sikit nak dating selalu. Tugas dia yang tak tentu masa tu satu limitation untuk kami keluar selalu,” Shakirana berkata jujur.

“Malam ni tak boleh keluar. Encik tunang tak sihat. Dengan selesema, then batuk. So Nina suruh dia rehat kat rumah. Kalau ikutkan memang dah plan nak keluar juga. Tapi tak apalah,” kata Nina.

Bunyi laungan azan berkumandang, jelas sementelah masjid yang begitu hampir dengan taman perumahan Shakirana.

“Dah masuk waktu. Kira masuk solat jab. Kejab lagi sampai cik abang Kira tu, Kira pula belum siap,” Shakirana senyum sebelum berlalu ke biliknya.

Nina memerhati langkah Shakirana. Dia turut gembira melihat wajah ceria Shakirana. Maklumlah mahu bertemu buah hati.

Dua puluh minit berlalu. Shakirana keluar dari bilik. Dia sudah siap. Langkah dihayun ke dapur. Bakul berwarna merah diangkat dan dibawa ke ruang tamu. Bakul sederhana besar itu diletak di atas meja kopi. Dia kembali ke dapur untuk mengambil tikar.

“Kenapa pandang Kira macam tu?” tanya Shakirana.

You’re so simple. Tapi cantik,” kata Nina sambil memerhati penampilan ringkas Shakirana. Seluar jeans biru dan kemeja lengan panjang yang juga berona biru kotak-kotak hitam nampak cantik. Dikenakan pula tudung tanpa corak dwiwarna rona biru navy dan biru laut. Tanpa solekan tebal, Shakirana tetap tampil menarik.

Bunyi pesanan masuk ke WhatsApps Shakirana.

Assalamualaikum I dah sampai                                             

7.25pm

“Ok Nina, Kira pergi dulu ya,” kata Shakirana sebelum meninggalkan Nina.

Enjoy your picnic and take care,” balas Nina yang sedang duduk di sofa sambil mengunyah kerepek pisang.

Thanks Nina. Mihun, sandwich dan cupcakes tu makan ya,” pesan Shakirana. Dia membuka pintu. Tangan kanan menjinjing bakul makanan dan tangan kirinya memegang tikar.

“Assalamualaikum,” ucap Razzif yang sudah pun menunggu di luar kereta. Dia segera menyambut bakul dari tangan Shakirana. Pintu kereta dia buka lalu memasukkan bakul dan juga tikar yang dibawa oleh Shakirana.

“Waalaikumsalam. Cepat awak sampai?” kata Shakirana.

Razzif senyum sebelum dia membuka pintu kereta di sebelah kiri. Shakirana melangkah masuk ke dalam Vios Razzif.

“I memang dah sampai sini dari pukul 6.45 tadi. Singgah masjid dan solat maghrib terus. So cepatlah I datang jemput Sha,” jawab Razzif sebaik dia masuk ke tempat duduk pemandu. “Ok pakai seat belt.”

“Elok la gerak awal. Takut nanti spot terbaik dah penuh. Tak dapat tengok bunga api,” Shakirana teruja mahu melihat bunga api di Tasik Titiwangsa. Inilah kali pertama dia mahu menyaksikan persembahan bunga api pada malam merdeka.

“Mana lagi penting? Tengok bunga api ke tengok I?” tanya Razzif.

Shakirana terdiam. Tidak sangka soalan tu akan ditanya oleh Razzif.

“Tentulah Sha nak tengok bunga api,” kata Shakirana tanpa ragu-ragu.

“Sampainya hatimu,” Razzif sudah berlagu sendu menyanyikan sebaris lirik lagu Sampai Hati dendangan kumpulan Spring.

Shakirana tidak dapat menahan tawa. Dia menutup mulut agar tidak terhambur ketawa besarnya. Razzif menjeling sekilas Shakirana di sebelahnya.

“Sukanya dia,” tegur Razzif.

“Mestilah suka. Sha kan nak pergi picnic dengan awak, sambil tu boleh tengok bunga api,” balas Shakirana.

“Habis tu bunga api lagi penting,” kata Razzif seolah-olah orang yang sedang merajuk. Razzif sengaja berkata seperti itu. Dia tahu di mana kedudukannya di hati Shakirana.

Shakirana senyum melihat wajah Razzif yang sedikit keruh. “Bukan macam tu. Awak lagi penting. Cuma Sha teruja nak tengok bunga api sebab bukan selalu kan Sha boleh tengok bunga api tu.”

Razzif memandang sekilas Shakirana di sisi.

“Cuba awak senyum. Awak lebih handsome bila senyum,” pujuk Shakirana.

Yes madam,” balas Razzif diiringi ketawa kecil. Dia tahu Shakirana tidak suka dia berkata seperti itu.

Rajuk Razzif tidak lama. Shakirana sudah maklum itu. Dia lega Razzif mudah dipujuk. Tidak perlu kata-kata berbunga.

“Sampai sana nanti awak nak makan dulu atau nak jalan-jalan dulu?” soal Shakirana.

“Kita tengok orang main RC dulu. Lepas tu baru kita cari port terbaik tengok bunga api  dan countdown merdeka, boleh?” Razzif memberikan cadangan.

“RC??” tanya Shakirana.

“Remote Control Car,” balas Razzif.

“Ada ke malam-malam macam ni orang main kereta kecil tu?” soal Shakirana.

“Tak pasti pula. Sebab ada a few places port mereka ni racing. Kita tengok je la kalau ada, kita lepak situ dulu. Kalau tak then kita cari tempat baik punya, untuk picnic kita ni, boleh gitu?” Razzif mencadangkan usul buat kali kedua.

“Boleh,” sepatah sahaja jawapan Shakirana.

Razzif memandu dengan hati-hati. Dia memasuki Jalan Tun Razak. Jalan sedikit sesak dengan kenderaan. Namun laluan masih bergerak lancar. Sesekali terdengar bunyi hon motosikal tanda memberitahu kehadiran mereka di celah-celah kenderaan beroda empat.

“Awak ada payung tak?” soal Shakirana tiba-tiba.

“Payung? Nak buat apa?” giliran Razzif pula bertanya.

“Yalah mana tahukan hujan turun tiba-tiba,” kata Shakirana.

“In shaa Allah tak,” Razzif yakin malam itu tidak akan hujan.

Shakirana senyum.

Why?” tanya Razzif.

Shakirana menjongket kening saat Razzif menoleh kepadanya.

“Maksud I kenapa Sha senyum?” tanya Razzif sekali lagi.

“Awak ni kan macam peramal cuaca pula. Tau aja malam ni tak hujan kan,” kata Shakirana dalam tawa kecil.

“Nasib baik tak jammed teruk kan,” Razzif menukar topik perbualan mereka.

“Malam ni KL kurang jammed sebab countdown tu buat di Putrajaya. Jalan ke arah sana memang sesak la jawabnya,” balas Shakirana.

“Tu sebab I ajak Sha ke TT.” kata Razzif sambil berhati-hati memasuki lorong kanan untuk membuat u-turn sebelum bulatan Jalan Pahang.

Razzif segera memasuki lorong paling kiri sebaik sahaja tiada kenderaan lain di lorong tersebut. Dia memandu melepasi bangunan Istana Budaya sebelum memasuki laluan ke Tasik Titiwangsa.

Shakirana berasa gembira. Dia terbayangkan suasana romantis yang akan dilaluinya. Jarang dia dapat menghabiskan masa bersama Razzif. Suasana malam ini juga istimewa. Malam merdeka yang ke-56.

“Sha,” dua tiga kali Razzif menyebut nama Shakirana.

“Hah!” baru Shakirana sedar apabila Razzif memetik jarinya di hadapan wajahnya.

“Sempat berangan ya,” usik Razzif.

Shakirana malu ditegur Razzif di saat dia mengelamun sebentar tadi.

“Kita dah sampai?” soal Shakirana apabila dia sedar mereka sudah pun berhenti di tempat letak kenderaan.

Razzif senyum melihat Shakirana yang seperti baru tersedar dari lena. Kiri dan kanan dipandang. Seperti mahu melintas jalan pun ada.

“Ya sayang. Kita dah sampai,” lembut tutur Razzif.

Terbuai rasa Shakirana. Panggilan sayang itu sedap dia dengar. Shakirana tersenyum malu bila Razzif memandangnya lama.

“Jom keluar. Kita tengok RC,” ajak Razzif bila Shakirana belum menunjukkan tanda mahu keluar dari kereta.

Mereka sama-sama keluar dari kenderaan. Razzif segera membuang pandang ke arah litar kereta lumba di hadapannya. “Malam ni tak ada pula orang main RC kat sini.”

“Tu ada satu,” balas Shakirana apabila sebiji kereta kawalan jauh melintasi di hadapan Shakirana. Laju matanya mengekori kereta bersaiz ‘serama’ berwarna putih itu. Seperti model kereta Honda sebenar sahaja. Shakirana ralit memerhati pergerakan tangkas kereta mini tersebut. Dia merapatkan badan ke pagar yang memisahkan litar dengan tempat meletak kenderaan.

“Jom masuk kat situ,” ajak Razzif. Dia mahu melihat dari dekat.

Mereka berdua berjalan seiring menuju ke arah kawasan berbumbung. Di situ mereka duduk di kerusi batu sambil memerhati seorang lelaki Melayu mengawal pergerakan kereta kawalan jauhnya.

“Tak ramai pun racer,” kata Shakirana.

Razzif angguk, “Mereka main kat tempat lain agaknya malam ni. Di Shah Alam mungkin atau Subang. Kat sana pun ada litar macam ni juga.”

“Oh ya ka,” kata Shakirana yang masih leka memerhati kereta mini itu bergerak dengan lajunya. Sesekali kereta mini tersebut terbabas juga. Namun tiadalah kemalangan jiwa yang berlaku. “Hobi macam ni lagi bagus. Lebih selamat.”

“Tau tak apa. Kat rumah I ada dua biji RC ni,” kata Razzif.

“Awak pun minat kereta lumba macam ni?” soal Shakirana teruja. “Kenapa Sha tak tau pun?”

It’s not a secret anymore,” balas Razzif sambil tersenyum manis.

Shakirana turut membalas senyuman Razzif.

“Sha tengok kereta tu corner je dia buang-buang,” kata Razzif.

“Buang-buang? Apa tu,” berkerut dahi Shakirana tidak faham apa yang dikatakan oleh Razzif.

“Tak stabil,” kata Razzif. “You see dia dah keluarkan tool box.”

What happen?” soal Shakirana masih tidak faham.

“ Sha tengok jab lagi mesti dia akan tukar drive rear belt,” balas Razzif.

Shakirana menganggukkan kepala walau pun dia belum benar-benar faham apa yang Razzif terangkan tadi.

“Kena tukar belt tu. Sha nampak tak drive belt dia putus? Bila drive rear putus atau haus kereta akan jadi ‘over steer’ dan sebab tu la bila selekoh membuang-buang,” terang Razzif.

“Bahasa apa buang-buang tu?” tanya Shakirana.

Razzif sudah ketawa. “Itu bahasa kampung.”

“Awak pandai tukar belt?” soal Shakirana lagi.

“I? Expert maa,” balas Razzif dengan yakin. “Nak tukar belt tu agak rumit kerjanya Sha.  Just perlukan dua alat yang penting, allen key nama alat tu. Saiz allen key tu 2mm dan 8mm.”

Sekali lagi Shakirana menganggukkan kepala. Matanya memandang lama ke arah pemain kereta kawalan jauh yang sedang membetulkan kereta mininya.

“Aii tekun nampak. Sampai lupa orang kat sebelah ni,” usik Razzif.

Shakirana segera memalingkan wajahnya ke arah Razzif, “ Tak lupa la.”

“Kalau nak tau I expert ke tak, Sha kena ikut I nanti. Boleh jadi pit crew I. Sha pun kena main RC,” cadang Razzif.

Shakirana sudah teruja mendengar usul Razzif.

“Kalau Sha minat nak join, you can use mine. Tapi sebelum tu I kena lekat ‘L’ besar-besar kat ‘body shell,” usik Razzif lagi. Razzif tidak dapat menahan ketawa.

Satu cubitan manja hinggap di bahu Razzif.

“Ha dah keluar sepit scorpion dia ya?” Razzif masih mahu mengusik.

Shakirana sedar sifat Razzif yang memang suka bergurau. Ada sahaja akalnya mahu mengusik Shakirana. Usikan begitu membuatkan hubungan mereka makin berseri dan menimbulkan rasa bahagia di hati Shakirana. Hubungan mereka sentiasa ceria. Tidak pernah mereka bergaduh atau bermasam muka sepanjang perkenalan mereka. Masing-masing tahu cara untuk menjaga hati masing-masing. Doa Shakirana pada Ilahi, “Mudah-mudahan hubungan ini akan kekal seperti ini hingga ke hujung nyawa, aamiin.”

Razzif merenung lama gadis di sisinya yang begitu khusyuk memerhati pemain RC tadi menukar belt. Di dalam hati Razzif memuji, “Manis juga Shakirana aku ni.” Perasaan sayang makin bercambah dan membuak-buak buat gadis yang berjaya bertakhta di hatinya.

Apabila terasa dirinya diperhatikan, Shakirana menoleh ke sisi. “Kenapa pandang Sha macam tu?”

“I pandang sebab I dah mula sayangkan Sha,” ucap Razzif dalam nada romantis.

“Sebelum ni tak sayang?” tanya Shakirana ingin tahu.

Razzif tersenyum manis. “Sayang..tapi sekarang makin sayang. Sayang banyak-banyak,” ucap Razzif jujur tanpa berselindung.

Shakirana terharu mendengar pengakuan Razzif. Dia yakin Razzif benar-benar maksudkan apa yang dikatakan oleh lelaki itu. Air matanya seperti mahu menitis. Segera dia tahan agar saat bahagia itu tidak terganggu dek air matanya. Dia senyum bahagia menatap wajah Razzif di sisi.

“Sha, I dah lapar ni. Bila kita nak picnic?” tiba-tiba Razzif bersuara sambil memegang perutnya.

“Awak lapar ya, kalau macam tu jom kita cari tempat untuk picnic kita. The best spot untuk kita lihat bunga api juga,” kata Shakirana.

“Apa kata kita ke tapak Eye of Malaysia? Atau Sha ada tempat lain yang lebih sesuai,” cadang Razzif.

“Ha kat situ dah ok. Sha suka,” balas Shakirana setuju dengan cadangan Razzif.

“Kalau macam tu jom,” ajak Razzif. “Next time I bawa Sha join I main RC ya.”

Shakirana angguk. Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke kereta. Razzif membukakan pintu kereta untuk Shakirana. Dia segera berlalu ke arah tempat duduk pemandu. Dia memandu perlahan menuju ke arah tempat meletak kenderaan berhampiran bekas tapak  Eye of Malaysia. Dia mencari parkir yang kosong. Mujur sebuah kereta mahu keluar. Segera Razzif memberikan lampu isyarat sebelah kiri tanda dia mahu berhenti di situ. Sebaik sahaja dia masuk ke tempat parkir, Razzif mahu keluar dari kereta dan membuka boot kereta untuk mengambil tikar. “Sha tunggu kejab,” kata Razzif tiba-tiba.

“Kenapa?” soal Shakirana.

“Tunggu sekejab. Dengar tak?” soal Razzif dalam nada teruja.

Shakirana mengangkat keningnya.

“Tu lagu Ajai dan Nurul kat radio. Lepas lagu ni habis baru kita cari spot picnic ya,” saran Razzif. “Sha, I tujukan lagu ni untuk Sha tau.”

Shakirana diam sambil meneliti lirik lagu Aku Cinta Aku Rindu. “Oh so sweet. Thank you Razzif.”

Habis sahaja lagu duet Ajai dan Nurul, Razzif mematikan enjin. Dia dan Shakirana keluar dari kereta. Mereka berjalan seiring dan mencari tapak yang sesuai untuk memerhati bunga api pada malam itu. Di tangan masing-masing menjinjing bakul makanan dan tikar.

Razzif teringat kembali suasana malam itu seperti saat dia di England, ketika melanjutkan pengajian di Loughborough Technical College, London beberapa tahun yang lalu. Di sana permandangan keluarga berkelah di malam hari sering dilihatnya. Suasana yang tidak asing bagi Razzif.

Malam itu suasana begitu meriah. Sudah ramai yang duduk memenuhi kawasan sekitar bekas tapak Eye of Malaysia. Kanak-kanak paling gembira. Mereka berlari-lari sambil bermain sesama mereka.

“Kat sini ok?” tanya Shakirana. Dia memilih untuk tapak yang betul-betul mengadap bangunan Istana Budaya. Dari permukaan tasik terbias bebayang bangunan Istana Budaya. Sungguh cantik.

“Boleh, hmm perfect spot Sha” jawab Razzif. Dia lalu membentangkan tikar di situ.

Shakirana duduk sambil mengeluarkan bekas berisi makanan dan diletakkan di atas tikar.

“Banyaknya Sha bawa,” tegur Razzif.

“Tak banyaklah. Ni untuk kita berdua,” balas Shakirana.

“Sha bawa apa untuk picnic ni?” tanya Razzif.

Shakirana membuka bekas makanan yang berisi kek cawan. Ada mihun goreng dan sandwich juga.

“Wah ada cupcakes. I suka cupcakes,” Razzif begitu teruja.

Shakirana senyum melihat telatah Razzif. Macam budak-budak pun ada apabila nampak kek cawan.

Razzif membantu Shakirana mengeluarkan flask air. Dua biji cawan juga dikeluarkan sama. Dia menuang air teh panas ke dalam cawan. Dihulur kepada Shakirana yang sedang mencedok mihun ke piring untuk Razzif.

“Terima kasih awak,” ucap Shakirana.

“I yang patut ucap terima kasih. Sha susah-susah masak ni semua untuk picnic kita kan,” kata Razzif.

Mereka duduk di situ seperti tiada orang lain di sekeliling mereka. Sebelum menikmati makanan, Razzif mengangkat tangan membaca doa memohon keberkatan rezeki yang diberi olehNya. Mereka makan bersama-sama.

“Sha jam dah hampir ke pukul 12 malam,” kata Razzif. “Sekejab lagi fireworks show dah nak mula, Sha.”

“Ya, cepatkan masa berlalu,” balas Shakirana.

Tanpa kata, spontan mereka sama-sama bangun untuk menikmati persembahan bunga api sempena menyambut 31 Ogos sebentar lagi. Shakirana berdiri di hadapan Razzif.

“Awak, boleh Sha tanya sikit?” soal Shakirana.

“Tanya la,” jawab Razzif .

“Kenapa awak tujukan lagu tu pada Sha?” soal Shakirana lagi.

Bunga api yang pertama mula memancar di ruang angkasa. Mata masing-masing memandang betapa cantiknya percikan bunga api di langit. Razzif memandang ke arah bunga api namun telinganya dapat mendengar soalan Shakirana tadi. Mulutnya menjawab dengan soalan juga, “Sha betul nak tau kenapa saya tujukan lagu tu?”

Shakirana mengangguk.

“Sebab saya selalu rindu awak... sayang awak,” mata Razzif masih lagi melekat di kaki langit. Seolah-olah wajah Shakirana terlukis di situ.

Razzif perlahan-lahan merangkul pinggang Shakirana dari belakang. Walau pun terkejut dengan tindakan Razzif, Shakirana turut meletakkan tangannya di atas tangan Razzif. Razzif sempat berbisik, “Sha sayang Razzif?” Shakirana menggengam erat tangan Razzif. Mereka dalam posisi itu sehingga persembahan bunga api selesai.

Mereka berdua kembali duduk di tikar. Shakirana tertunduk malu. Tidak mampu dia melawan renungan Razzif yang bersahaja. Merona merah wajahnya menahan malu. Soalan Razzif tadi belum dia jawab.

“Sha, tolong hulurkan sandwich tu,” Razzif menukar suasana agar Shakirana kembali selesa bila bersamanya.

Shakirana menghulurkan bekas berisi sandwich kepada Razzif. Matanya memerhati Razzif di bawah sinar lampu neon yang agak suram.

“Awak, boleh Sha panggil awak abang?

“Boleh, cuba try, test” jawab Razzif berbunga gembira.

“Abang,” kata Shakirana sepatah.

Razzif terdiam. Dia memandang Shakirana tidak berkelip.

“Kenapa?” soal Shakirana sedikit panik dengan reaksi Razzif.

Razzif malu-malu. “Ni kan first time Sha panggil abang. Rasa lebih dihargai.”

“Maaf buat abang tak selesa,” ucap Shakirana.

“Tak apa. Nanti-nanti biasa la,” jawab Razzif masih malu.

Shakirana senyum mendengar jawapan Razzif.

“Sha, abang akan panggil Sha, sayang. Bukan Sha lagi lepas ni,” kata Razzif.

Shakirana terdiam. Dia dibuai rasa bahagia apabila Razzif memanggilnya begitu. “Why abang panggil Sha sayang?”

Razzif memandang wajah Shakirana lama. “Abang mahu semua ni jadi kenangan manis kita. Walau pun esok-esok kalau ada perselisihan faham between us, abang masih boleh panggil sayang, sayang. Kan bagus tu. Marah-marah pun still boleh panggil sayang.”

Shakirana angguk. Dia puas hati dengan jawapan Razzif. Saat itu dia terlihat sisi romantis Razzif. Lebih terserlah sifat romantis Razzif malam itu. Senyuman terukir di bibirnya. Manis sekali.

“Abang mahu sayang ingat kenangan kita ni sampai bila-bila,” ucap Razzif tidak lepas merenung Shakirana yang sedang tersenyum manis.

“In sha Allah, Sha akan ingat?” balas Shakirana.

“Siapa akan ingat?” Razif pura-pura tidak mendengar kata-kata Shakirana lalu mencuit hidung Shakirana.

Shakirana tidak sempat mengelak. Hidungnya menjadi mangsa. Menyedari kesilapan diri, Shakirana membetulkan kata-katanya, “Maaf Sha tersasul. ”

“Hah siapa tersasul?” soal Razzif sambil mendekatkan wajahnya ke arah Shakirana.

“Opps sorry abang. Sayang...sayang tersasul tadi,” segera Shakirana menjarakkan sedikit dirinya dari wajah Razzif.

Razzif sudah ketawa kecil melihat Shakirana yang sudah pun gelabah digertak seperti itu. ‘Comelnya dia,’ bisik Razzif di dalam hati.

“Abang cuba rasa cupcakes sayang ni,” Shakirana cuba mengalih perhatian Razzif dari terus-menerus mengusiknya. Bekas berisi choclate cupcakes itu diunjuk kepada Razzif.

“Errm sedap cupcakes sayang,” puji Razzif. “This time your cupcakes is much better.”

(Imbas kembali)

“Ni apa mimpi tiba-tiba Ira nak belajar buat kek?” soal Puan Raihan hairan.

“Mana ada mimpi apa-apa mak,” balas Shakirana dengan senyuman di bibir. Dia tahu emaknya pasti akan terus bertanya sehingga mendapat jawapan pasti darinya.

“Dah tu, tiba-tiba je anak dara mak ni nak belajar buat kek. Mestilah mak pelik kan,” ujar Puan Raihan sambil meletakkan tanggannya ke dahi Shakirana.

Shakirana sudah tergelak melihat telatah emaknya. “Mak, orang tak demamlah.”

Puan Raihan tidak dapat menahan rasa ingin tahu. Dia yakin pasti ada sebab anak gadisnya beria-ia mahu belajar membuat kek. “Nak belajar buat kek ada pengerasnya.”

Sudahnya Shakirana mengalah. “Orang akan story-morry kat mak lepas mak ajar orang buat kek, boleh?” Shakirana bermain tarik tali dengan emaknya sambil membuat janji. Dia menghadiahkan seulas senyum buat emaknya. Dia turut meletakkan kepala ke bahu emaknya, tanda mahu memujuk emaknya.

(Imbas kembali tamat)

“Sayang,” sudah dua tiga kali Razzif memanggil sambil memetik jari di hadapan Shakirana.

“Hah, abang panggil sayang?” tersipu malu Shakirana. Kali kedua dia mengelamun di hadapan Razzif.

“Ya abang panggil. Dah sampai mana? London, Italy, Jepun,” usik Razzif.

“Taklah. Sayang baru sampai Taiping,” ujar Shakirana.

“Bukan ker...,” Razzif tidak menghabiskan kata-katanya. Baki kek cawan di tangan dimasukkan ke mulut.

“Ya. Taiping is my hometown,” Shakirana menyambung kata-kata Razzif.

Razzif mengambil kek cawan yang kedua dari bekas yang berada betul-betul di hadapannya. Disuap ke mulut, selepas pembalut kek cawan dibuang.

“Mak nak jumpa abang,” ujar Shakirana.

“Uhuk...uhuk,” tersembur kek cawan dari mulut Razzif. “Air...air.”

Shakirana segera menghulur air minuman kepada Razzif.

“Sayang, biar betul?” kata Razzif selepas meneguk sedikit air bagi meredakan perit di kerongkongnya. Pucat wajahnya. Terkejut dengan perkhabaran yang dibawa oleh Shakirana.

Shakirana angguk. “Biasalah bila mak dengan anak gadisnya di dapur, adalah program edisi siasat.”

“Edisi siasat?” soal Razzif sambil mengangkat keningnya.

“Puas sayang disoalsiasat oleh mak sebagai upah belajar buat kek ni tau,” adu Shakirana.

“Ekekeke,” Razzif sudah ketawa. “Abang ingat polis je ada kuasa menyoal siasat pesalah, rupanya mak sayang pun ada kuasa. Hebat.”

Shakirana turut ketawa. “Kan abang kata tak nak tunggu lama-lama. Tak nak bercinta lama-lama. Cepat-cepat nak nikah.”

Razzif akui dia pernah berkata begitu semasa pertemuan bisu, janji temu pertama mereka. “Ya itu memang betul.”

Shakirana lega bila  Razzif masih ingat kata-kata yang pernah diucapkan sebelum ini.

“Ok bila mak sayang nak jumpa abang?” tanya Razzif dengan semangat yang berkobar-kobar.

“Hujung minggu ni,” ucap Shakirana.

“Uhuk-uhuk,” tersedak lagi Razzif. Kali ini bukan tersedak dek kek cawan tetapi tersedak liur sendiri.

Shakirana segera menghulur sehelai tisu. Dia jadi panik bila Razzif tiba-tiba tersedak begitu.

Razzif senyum. Wajah Shakirana ditatap lama.

“Kenapa pandang sayang macam tu?” tanya Shakirana.

“Sayang juga sayang pada abang kan,” luah Razzif sambil matanya tidak lepas meneliti setiap inci wajah Shakirana.

Membahang jadinya wajah Shakirana. Rasa malu menerpa ke muka. Sudah merah wajahnya. Shakirana tidak tahan direnung lama begitu. Sudahnya Shakirana menutup muka.

Razzif senyum lagi. Dia suka benar melihat aksi malu-malu Shakirana. Razzif membuka kedua-dua tangan Shakirana. Satu ciuman hinggap ke dahi Shakirana. “Sayang abang akan datang hujung minggu ni.”

Tindakan spontan Razzif menambahkan lagi rasa malu Shakirana. Dia sudah tertunduk.

“Malu ya, macam mana nak kahwin kalau malu macam ni,” usik Razzif. “Sayang tahu tak sayang comel sangat buat macam tu tadi.”

“Sayang tahu, sayang memang comel. Kalau tak comel, takkan abang terpikat kan,” giliran Shakirana pula menyakat Razzif.

Geram Razzif rasa lalu dia mencubit hidung Shakirana.

“Sayang tahu la hidung sayang mancung. Kalau ya pun jangan la cubit,” Shakirana segera meraba hidungnya. Dia ketawa kecil.

Razzif semakin geram apabila Shakirana sudah berani menjawab. Sudahnya Razzif merenung Shakirana yang galak ketawa.

Apabila tersedar wajahnya sedang direnung tajam oleh Razzif, automatik mati terus tawa Shakirana. Tidak mahu terus-menerus direnung oleh Razzif, Shakirana melirik jam di tangan kanannya.

“Abang dah pukul 1.30 pagi. Jom kita balik,” ajak Shakirana.

Razzif turut memandang jam di tangan kirinya. Dia menganggukkan kepala tanda setuju.

“Sayang, terima kasih ya teman abang malam ni. Masak makanan kesukaan abang,” ucap Razzif.

“Sama-sama abang. Sayang happy malam ni. Terima kasih abang,” balas Shakirana.

“Kasih sayang abang terima,” ucapan Razzif membuatkan Shakirana tersenyum bahagia.

Shakirana segera mengemas semua bekas makanan lalu dimasukkan ke dalam bakul.

“Biar abang gulung tikar ni,” Razzif segera mengibas tikar yang digunakan untuk membuang sisa makanan jika ada.

Selesai mengemas, mereka berdua berjalan bersama-sama menuju ke kereta yang diparkir tidak jauh dari situ. Mereka berdua masuk ke dalam kereta. Razzif menghidupkan enjin kereta. Shakirana di sisi dipandang sekilas sebelum dia mengundur kereta dan keluar dari petak parkir.

Sepanjang perjalanan masing-masing diam melayan perasaan dan mengimbas kenangan mereka malam itu. Razzif memegang tangan Shakirana sepanjang perjananan pulang. Kasih sayangnya buat Shakirana semakin menebal. Dia akan sentiasa membuatkan Shakirana bahagia. Itu janjinya.

No comments:

Post a Comment

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim