28 May 2014

Cinta Milikmu Selamanya 11




SEORANG DEMI SEORANG MENINGGALKAN BILIK MESYUARAT. Hanya tinggal beberapa orang sahaja lagi di bilik mesyuarat. Kirana awal-awal lagi sudah meminta diri. Kalau bukan kerana pesanan Kirana yang memintanya menunggu Zaim, yang akan menunjukkan bilik dan persekitaran pejabat, sudah lama Ammara mahu angkat kaki.

            “Shall we?” tegur Zaim yang sudah berdiri di sebelah Ammara.

            Perlahan-lahan Ammara bangun. Dia hanya menggangguk. Diekori langkah Zaim hingga ke pintu.


            “Lady first,” ucap Zaim seraya membukakan pintu.

            Ammara melangkah melepasi Zaim yang sedang memegang tombol pintu. Dia menunggu di luar. Zaim melangkah perlahan ke arah kanan. Ammara mengikut sahaja.

            “Err… kenapa nak keluar?” soal Ammara pelik apabila Zaim berjalan menuju ke arah pintu utama. Hanya beberapa langkah sahaja mereka akan melewati meja Kirana.

            “Nak balik bilik ya,” tegur Kirana sewaktu dia berpaling ke arah suara di belakangnya.

            “Ya Kira. Besides I nak tunjukkan bilik pembantu I,” ujar Zaim dengan senyuman.

            “Cik Ammara, for the time being ni kenalah Cik Ammara berkongsi ruang kerja dengan Tuan Zaim. Bilik Cik Kirana masih in progress. By end of this week siaplah renovation tu. Sorry for that,” ucap Kirana memaklumkan hal sebenar.

It is okay Kirana. Dato’ pun ada mention tadi,” balas Ammara.

“Bilik Cik Ammara di sebelah bilik Tuan Zaim.” Kirana menjeling Zaim yang sedang menyeluk poket seluar hitamnya.

“Kirana, just call me Ammara, tak perlulah panggil cik. Formal sangat rasanya,” pinta Ammara.

            “Yes, I strongly agree,” celah Zaim.

            “Di pejabat memanglah formal. Kalau di luar waktu kerja bolehlah saya panggil macam tu.” Kirana senyum.

            “No excuse ya Kirana,” kata Zaim yang berdiri hampir dengan meja kerja Kirana di kaunter berhadapan pintu masuk. “Okay Kira. We have to go.”

             “Selamat bertugas Cik Ammara…oppss Ammara,” kata Kirana membetulkan panggilan nama yang diucapkan saat melihat Ammara sudah membulatkan matanya.

Zaim memerhati sahaja telatah Ammara.

“Terima kasih Kirana. See you later,” ucap Ammara.

Kirana memerhati langkah Zaim dan Ammara meninggalkan mejanya. Dia kemudiannya kembali menyambung kerjanya, memasukkan salinan dokumen yang akan dibawa ke mesyuarat petang nanti ke dalam fail Sampul Kecil.

*******

LET’S GO,” UJAR ZAIM MELIRIK KE ARAH AMMARA YANG MENGEKORINYA. Zaim membelok ke kanan.

Sewaktu melepasi satu bilik berkaca, Ammara tertarik melihat bilik tersebut yang hanya dimuatkan dengan satu meja bulat dan tujuh kerusi di dalamnya. Di atas meja penuh dengan kepingan-kepingan LEGO. Satu arca separa siap berada di atas meja. Bentuk seperti binaan jambatan. Namun Ammara tidak dapat memastikan dengan tepat bentuk yang ingin disiapkan oleh pembuat LEGO tersebut.

Tidak sampai 100 meter, Zaim menolak pintu kaca di sisi kanannya. Dia melangkah masuk. “Here we are. For now we share the room.”

Zaim menjemput Ammara masuk ke ruang kerjanya. Ammara memerhati ruang kerja Zaim. Ada sebuah meja bulat. Terdapat beberapa skrol pelan yang elok bergulung di atas meja. Satu kabinet yang pastinya dimuatkan dengan pelan-pelan yang direkabentuk oleh Zaim, fikir Ammara.

Ammara diam. Dia tidak tahu topik apa yang sesuai dibincangkan bersama Zaim. Sudah bertahun dia tidak bercakap, malah tidak pernah bersua muka dengan lelaki itu.

 “Ammara you boleh guna meja I. Temporarily I boleh guna this table,” kata Zaim merujuk meja bulat di sudut kiri bilik. “Biasanya kat sini dibuat small discussion. I lebih selesa guna my own room daripada pergi ke bilik meeting. Tak perlulah I nak usung semua floor plan or any other necessary documents from this room.

“Then how about meeting with clients?” tanya Ammara yang sudah pun melabuhkan punggung ke kerusi hi-back hitam. Selesa.

“Dengan clients I lebih suka meet up outside. I give freedom for them to choose the convenient venue.

Ammara menggangguk. Matanya masih lagi memandang ke arah bilik yang dipenuhi kepingan LEGO tadi. Kebetulan bilik itu berhadapan dengan bilik Zaim.

Sir, bilik yang depan tu bilik apa?” soal Ammara.

Zaim sudah ketawa kecil.

“Kenapa? Apa yang kelakar?” soal Ammara lagi. Dia berpaling ke arah Zaim yang sedang ketawa.

Zaim memerhati Ammara. Ralit. Segaris senyum masih terukir di bibir.

“Ammara, you are now my colleague. Stop calling me Sir,” ucap Zaim.

Ammara baru tersedar akan itu. Lelaki itu bukan lagi pensyarah yang pernah mengajarnya dahulu. Lelaki itu sudah menjadi rakan sekerjanya. Siapa sangka. Dia akan bekerja satu bumbung dengan lelaki itu. Hari ini dia di bilik kerja lelaki itu. Berkongsi ruang kerja.

“But… I used to,”balas Ammara.

“Aaaha no but. I am no longer your lecturer. Remember that,” ujar Zaim.

“Then how should I address you, Sir?” tanya Ammara.

“Sama macam orang lain. Panggil saja Zaim,” ucap Zaim.

Ammara terdiam. Dia memikirkan kewajaran untuk memanggil nama lelaki itu. Lelaki itu lebih dewasa daripadanya malah lelaki itu seorang arkitek. Wajarkah dia memanggil namanya sahaja.

“I faham you rasa seperti kurang sopan kalau hanya panggil I guna nama sahaja. Betul tak apa I cakap ni?” Zaim bertanya lembut.

Ammara menggangguk.

“No worry about that.” Zaim berjeda. “You tanya apa tadi?”

“Oh… Ammara nak tahu bilik di depan ni bilik apa?” Bilik siapa?” Ammara mengulangi soalan awalnya tadi.

Nobody. It is  a relax’s room,” balas Zaim sambil senyum.

“Relax’s room?” Ammara mengulangi kata-kata Zaim tadi.

“Ya. Bilik tu untuk kita relaks dan tenangkan diri. Hilangkan stress. Danny and I always there. Sambil tu bina LEGO. Even Dato’ pun suka habiskan masa di bilik itu.” Zaim senyum.

“Really?” Ammara seperti tidak percaya.

Believe me. By lunch time akan ada staf yang masuk ke bilik tu. With their snack and meal, hot coffee or hot tea. You too should join us later,” ajak Zaim.

Ammara menjadi teruja mendengar pelawaan Zaim itu. Sementelah LEGO merupakan sesuatu yang sangat disukainya.

“You know what? We even do competition in building LEGO among us,” kata Zaim.

“Serious?” soal Ammara semakin teruja. Wajahnya tersenyum manis. “I am looking forward to beat you.”

“We will see,” balas Zaim.

KELETUK! KELETAK! KELETUK! KELETAK!

Delisha sudah berada di depan pintu kaca bilik Zaim.

“What are you doing here? In Zaim’s room? On his chair?” soalan daripada Delisha yang ditujukan kepada Ammara.

Zaim tidak menyangka Delisha akan berkata seperti itu kepada Ammara. Dia sudah pun berdiri betul-betul di hadapan Ammara. Ammara juga tersentak mendengar pertanyaan Delisha itu.

“Calm down Isya. Let me explain,” kata Zaim segera bangun lalu berdiri di sebelah Ammara. “For now she is my roommate. Bilik sebelah belum siap. Aircond pun ada problem sikit. That is why we share this room.”

“What? Why is your room? No other available room?” Delisha masih tidak puas hati.

“Ini cadangan Dato’. Besides she gonna be my apparentice.” Zaim segera menerangkan hal sebenar sebelum Delisha semakin berang.

Delisha mencemik. Wajahnya jelas nampak garang. ‘Ada pesaing nampaknya.’

“Pagi tadi Dato’ yang umumkan dalam morning briefing. You belum sampai masa tu Isya.

“Oh ya.” Delisha mengigit bibirnya.

“Kenapa you datang office I?” tanya Zaim kurang selesa dengan kehadiran Delisha.

Ammara hanya diam memerhati dan mendengar perbualan di antara Zaim dan gadis yang dipanggil Delisha itu. Tidak berani dia mahu mencelah.

Oh ya by the way, ini Ammara and Ammara this is Delisha. Tadi tak sempat berkenalan kan,” ujar Zaim mahu mengendurkan keadaan.

Ammara menghulurkan tangan. Delisha hanya mencuit tangan Ammara dengan hujung jari. Zaim memandang lagak Delisha dengan perasaan kurang senang.

I nak minta you tunjukkan I sekitar office. Kenalkan I dengan staf kat sini,” Delisha sudah mula berlagak manja.

“Why me? Kan you di Bahagian HR, I am sure they are please to show you around,” kata Zaim cuba melarikan diri.

Delisha sudah mengherotkan bibirnya tanda protes.

Ammara tidak terkata apa-apa. ‘Siapa perempuan ini? Apa hubungan dengan Zaim?’ Ammara percaya Delisha dan Zaim sudah lama kenal melihat kepada reaksi Delisha.

“Mereka busy, itu sebab I nak you yang bawa I. Lepas tu boleh la kita pergi lunch together. Celebrate I dapat kerja kat sini,” ujar Delisha dalam senyum manis.

Pardon me!” Zaim menarik nafas.

“Boleh kan?” Delisha masih tidak mengerti erti putus asa.

“Boleh but with a condition,” kata Zaim.

“Anything,” balas Delisha laju.

“Ammara akan ikut sama. That is all.” Zaim senyum.

Delisha memandang ke arah Ammara. Arghhh...’

Delisha segera memaniskan muka. Dia menyimpan rasa geramnya dengan kemas.

No comments:

Post a Comment

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim