20 June 2014

Mr. Right Forever 14

KETUKAN DI PINTU KEDENGARAN JELAS.

“Masuk,” suara Sarah memberikan kebenaran.

Pintu bilik Sarah dikuak dari luar.

“Nah,” unjuk Raina menghulurkan jambangan bunga yang baru diambilnya di kaunter pendaftaran tadi. Kebetulan dia lalu di situ.

“Siapa bagi ni?” Sarah berasa hairan menerima jambangan bunga pada tengahari itu.

“Cepatlah tengok kad tu,” ujar Raina lebih teruja.


Sarah memerhati jambangan bunga di tangan. Ada mawar putih. Dibawa perlahan ke hidung. Haruman mawar menerpa ke rongga bau. Wangi. Perlahan-lahan dibuka kad yang terselit bersama jambangan bunga.

‘For A Lovely Girl’

Sarah mengerutkan wajahnya.

“Kenapa? Siapa yang bagi?” soal Raina tidak sabar ingin tahu.

“Entah,” jawab Sarah sepatah.

Raina tidak percaya. Kad di tangan Sarah dicapai.

“Hmmm... pelik tak ada nama pengirim. Ni sure your secret admire punya kerja,” tebak Raina sambil tersenyum.

Puas Sarah memikirkan kemungkinan pengirim bunga tersebut. ‘Tak kan Faris yang kirim. Daripada dia bazirkan duit untuk upah syarikat penghantaran, baik dia bagi bunga ni by hand.’

“Kena siasat ni,” kata Raina memandang tepat ke wajah Sarah.

“Raina kau suka bunga kan, ambillah.” Sarah mengunjukkan jambangan bunga di tangan kepada Raina.

“Mana boleh macam tu. Pengirim tu walau tak bernama, sure dia kecil hati kalau dia tahu aku yang ambil bunga ni,” kata Raina walau pun jambangan mawar putih tadi sudah pun berada di tangannya.

“Ambillah. Whoever he is, for sure he won’t know,” yakin Sarah sewaktu berkata begitu.

“Betul ni? Kau tak menyesal?” tanya Raina.

Sarah menjawab dengan satu anggukkan bersama mata yang dikelipkan sekali.

Thanks Sarah.” Raina senyum ceria.

Together. Kalau aku nak bunga lepas ni aku ambil di kedai mama. Kau lupa ya, my mum kan florist,” ujar Sarah.

Raina sudah menyeringai. “Lupa pula aku pasal tu. Sarah...together? What do you mean?”

Pantas kata-kata Rifqi melintas di minda Sarah. Ya lelaki itulah yang mengajarnya menggunakan perkataan ‘together’.

”Ada seorang kawan yang cakap macam tu,” jawab Sarah dengan seulas senyum di bibir.

“Aku kenal tak orangya,” soal Raina.

Sarah menggelengkan kepala. “Tak kenal.”

Serta merta dia teringatkan janji temu tidak jadinya bersama kawan mayanya itu. ‘Entah bilalah agaknya kita akan bertemu,’ ucap Sarah di dalam hati.

*******
RIFQI MELEWATI RUANG TAMU. Kemudian dia berpatah balik ke dapur. Tiada.

‘Mana semua orang ni,’ Rifqi sudah menggaru kepala.

Rifqi kembali ke ruang tamu. Pintu dibuka. Dia segera menyarung selipar. Langkah diatur hingga ke luar pagar.

“Nak abang tolong?” soal Rifqi sambil memaniskan muka.

Qairina dan Qaisara serentak menoleh.

“Dah nak sudah pun. Tadi ingat nak minta abang tolong kaitkan, sekali tengok dah terbongkang tak ingat dunia,” ujar Qaisara.

“Ala bukan selalu. Tadi tu ngantuk sangat,” kata Rifqi membela diri. “Mak dengan abah mana? Belum balik?”

“Biasa la mak dengan abah. Time macam ni mereka pergi dating. Jalan-jalan satu taman,” balas Qairina.

Sudah menjadi kebiasaan Puan Ruziah dan Encik Qamaruzzaman untuk melakukan aktiviti berjalan kaki sekitar taman perumahan mereka. Aktiviti wajib setiap petang. Sambil-sambil mengeluarkan peluh, dapat juga mereka menyapa jiran tetangga.

“Cukup tak ni?,” unjuk Qairina satu bakul berisi jambu bertih kepada Qaisara.

“Tambahlah lagi. Ini kalau tak ambil luruh ke tanah je. Rugi,” saran Qairina.

“Abang,” panggil Qairina.

Rifqi yang berdiri di sebelah Qaisara menoleh.

“Tadi abang kata nak tolong kan?” ujar Qaisara dalam nada memujuk.

Rifqi sudah mengerutkan dahi. Dia tahu sangat kalau adik-adiknya inginkan sesuatu. Nada suara dengan lenggok itu dia sudah kenal.

“Cakaplah nak minta apa,” kata Rifqi.

Qaisara dan Qairina sudah senyum.

“Abang buat colek untuk cicah jambu ni boleh?” Qaisara membuat permintaan.

“Abang buat sedap,” Qairina pula menambah.

Rifqi sudah senyum. ‘Kan betul.’

“Boleh ya,” pujuk Qaisara lagi.

“Pandainya bodek abang kan,” jawab Rifqi. “Since Sara dengan Rina dah kaitkan jambu ni, okay abang pergi buatkan pencicah,” Rifqi akur. Lagi pun nanti dia juga yang mahu makan. Rifqi berjalan masuk ke dalam rumah.

Di dapur Rifqi mengambil botol kicap dan cili padi dari dalam peti sejuk. Kedua-dua bahan tadi diletak di atas meja makan selepas cili padi dibasuh di bawah air mengalir. Dia kembali ke dapur.

Tangan mencapai pula balang gula di dalam kabinet. ‘Mana belacan?’ Rifqi membuka peti sejuk sekali lagi. Bekas kecil berisi belacan diambil. Tiba-tiba dimasukkan semula. ‘Hmmm… Sara alah udang dan semua bahan yang ada kaitan dengan udang.’

Rifqi kembali ke meja makan dengan balang gula, papan pemotong dan pisau di tangan. Dia mula memotong cili padi. ‘Ala lupa pula.’

Rifqi sekali lagi masuk ke dapur. Satu mangkuk sederhana kecil diambil. ‘Ya sudu juga. Ya dua.’

Rifqi memasukkan cili potong ke dalam mangkuk. Kemudian dia mencedok tiga sudu besar gula pasir.  Paling akhir dia menuang kicap ke dalam mangkuk. Diambil sudu kedua lalu menggaul bahan-bahan tadi. Kecur liur memikirkan pencicah itu dimakan bersama jambu bertih nanti.

Rifqi membawa mangkuk berisi pencicah yang dibuatnya ke hadapan.

“Sara, Rina ni dah siap,” laung Rifqi memanggil adik-adiknya. Dia menunggu mereka di bawah litupan gazebo.

“Jap masuk dalam ambil bekas dan cuci jambu ni dulu,” kata Qairina laju memasuki rumah.

“Cepat sikit,” arah Rifqi.

Qaisara menunggu di luar bersama Rifqi.

“Sara, apa kata pergi ambil air. Mana tau makan tersedak nanti. Ada air selamat sikit,” ujar Rifqi.

Terburai ketawa Qaisara. “Abang… tu gelojoh namanya.”

Rifqi turut ketawa mendengar kata-kata adiknya.

“Sakan gelak. Apa yang lucu sangat tu,” tegur Qairina yang keluar menatang dulang berisi air minuman dan jambu bertih yang sudah dibersihkan.

“Thanks Rina. Dengar ya abang minta air tadi,” kata Rifqi.

Qairina mengerutkan dahi. Wajah Qaisara menjadi sasaran mataya.

“Ni abang Iqi, Rina. Dia takut makan jambu ni tersedak,” balas Qaisara.

Qairina lantas menghamburkan tawa. “Tapi kan orang kata kalau masa makan kita tersedak, maksudnya ada orang sebut nama kita.” Qairina menyatakan teori yang pernah didengarnya.

“Iya ke? Rina jangan percaya sangatlah. Yang sebenarnya orang tu makan dengan gelojoh. So nak tutup rasa malu dia cakap la ada orang sebut. Orang yang menyebut tu buatkan dia tersedak. Ish… Sara tak percayalah,” Qaisara berkongsi pendapatnya.

“Hmmm…boleh diterima juga teori Sara tu kan abang,” ujar Qairina.

“Agaknya lah. Abang pun tak pasti. Ni semua kata-kata orang tua-tua dahulu,” balas Rifqi.

“Sembang-sembang juga ni. Bila nak makan? Sara tak sabar dah ni,” kata Qaisara.

“Cuba sabar sikit. Nanti bukan abang yang tersedak tapi Sara. Apa kes?” Rifqi sengaja mengusik Qaisara.

“Itu tandanya ada orang sebut nama Sara la tu,” suara Encik Qamaruzzaman menyapa mereka adik beradik.

Rifqi, Qairina dan Qaisara segera menoleh ke arah abah dan emak mereka yang berjalan perlahan ke arah mereka.

“Abah, mak jom minum sama. Mesti penatkan,” ajak Qaisara.

Mereka lima beranak duduk bersama sambil menikmati minum petang.

*******
“SARAH DAPAT BUNGA KAN HARI NI. MANA BUNGANYA?” SOAL DATIN KHARIDAH.

“Mana mama tahu?” soal Sarah sedikit terkejut. Tertanya-tanya dia. Bagaimana hal dia mendapat bunga diketahui oleh mamaya.

“Pagi tadi Iqi singgah kedai mama. Dia yang order jambangan bunga tu.” Datin Kharidah membuka rahsia.

“Hah!” Sarah benar-benar tidak sangka. ‘Alah bunga tu dah bagi pada Raina pula.’

“Kenapa?” Datin Kharidah perasan perubahan wajah Sarah.

“Manalah Sarah tahu itu Iqi yang bagi. Dahlah tak ada nama pengirim. Sarah ingatkan orang gila manalah yang bagi. Sarah dah bagi bunga tu pada Raina. Tak kan nak minta balik.” Sarah menerangkan hal sebenar kepada mamanya.

“Oh. Iqi kata Sarah akan tahu bila lihat mesej yang ditulis pada kad tu,” ujar Datin Kharidah mengingati perbualannya bersama Rifqi ketika anak muda itu mengunjungi kedai bunganya.

“Ma, macam mana Iqi tahu mama ada kedai bunga?” soal Sarah ketika melabuhkan punggung di sofa di sebelah mamanya.

Datin Kharidah senyum. “Sarah lupa ya. Aunty Zie kan kawan mama. Dia kan emak Iqi. Jadi Aunty Zie yang bagi tahu Iqi pasal kedai bunga mama.”

Sarah turut senyum. ‘Patutlah dia tahu aku suka mawar putih. Mama la tu yang bagi tahu dia.’

“Kenapa senyum macam tu?” soal Datin Kharidah.

“Senyum macam tu? Macam mana mama?” soal Sarah kembali.

“Tu senyum simpul,” usik Datin Kharidah.

“Mana ada,” nafi Sarah.

“Sarah,” panggil Datin Kharidah.

“Ya mama,” sahut Sarah.

“Iqi tu ada tak ciri-ciri mister right Sarah?” tanya Datin Kharidah berterus terang.

“Hah!” Sarah membulatkan matanya. Tidak percaya mamanya akan bertanya soalan itu. Langsung dia teringat kata-kata yang pernah dia ucapkan. Tatkala ditanya oleh Raina.

“Aku yakin jodoh aku masih berada di luar sana. Aku impikan someone yang akan berada di sisi aku hingga hari tua aku. Sama-sama berpimpin tangan walau pun kami telah dimamah usia. Someone yang ada untuk aku setiap saat aku perlukan bahunya untuk aku sandarkan harapan, saat aku sedih, saat aku perlukan sokongan malah saat aku gembira sekali pun, dia tetap bersama dengan aku Raina. Juga aku mahukan someone yang sentiasa menjadi pelindung aku dan menerima aku seadanya tanpa aku perlu berubah. Aku menunggu someone itu hadir Raina.”

“Wah jauh menung anak mama ni,” usik Datin Kharidah.

“Mama… macam mana mama tahu papa tu mister right mama?” soal Sarah. Dia menoleh ke arah mamanya.

“Sarah, kita akan tahu bila lelaki tu muncul depan kita,” kata Datin Kharidah.

“Maksud mama love at first sight,” tanya Sarah.

“Mama kurang setuju. Bagi mama cinta pandangan pertama itu tidak benar. Cinta seperti itu lebih dipengaruhi oleh ciri-ciri fizikal pada pasangan. Apa akan berlaku apabila ciri fizikal tu pudar?” ujar Datin Kharidah.

“Jadi apa maksud mama Sarah akan tahu bila lelaki tu muncul nanti?” soal Sarah mahukan penjelasan daripada mamanya.

“Tak kenal maka tak cinta. Pernah dengar?” soal Datin Kharidah kepada anak bongsunya.

Sarah menggangguk.

“Jadi itulah maksud mama.” Datin Kharidah sengaja membiarkan Sarah berfikir dan menginterpretasikan kata-katanya tadi.

Sorry ma, I don’t get it,” akui Sarah jujur.

Datin Kharidah senyum lebar.

“Manusia mudah tertarik kepada sesuatu yang cantik. Tidak terkecuali apabila melibatkan pertemuan dengan insan lain. Biasanya first impression tu sangat penting kan.” Datin Kharidah berjeda sebentar untuk melihat reaksi Sarah.

“Ya betul.” Sarah menggangguk bersetuju dengan kata-kata mamanya.

First impression itu tidak semestinya tepat. Banyak faktor yang boleh mempengaruhi tanggapan pertama kita tu. Jadi mama tidak percaya cinta pada pandangan pertama. Bagi mama kita kena kenal hati budi seseorang itu terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa penilaian.

“Jadi apa kaitan soalan mama awal-awal tadi?” tanya Sarah sudah duduk mengadap mamanya.

“Mestilah ada kaitan, sayang. Mana tahu kalau mama terjumpa lelaki yang ada ciri-ciri seperti mana yang Sarah cari tu, ada la chance lelaki tu jadi mister right Sarah kan. Mana tahu Iqi tu orangnya,” ujar Datin Kharidah dalam nada gurauan dengan senyum di bibir.

Sarah terdiam. Di fikirannya sudah tergambar senarai semak untuk lelaki idamannya.

“Tengah fikir pasal ciri-ciri mister right ya,” teka Datin Kharidah.

Sarah sudah senyum malu-malu. “Mana mama tahu ni?”

Datin Kharidah tunak menatap wajah anak bongsunya dengan penuh kasih sayang. “Of course mama tahu. You are my daughter. Sembilan bulan Sarah dalam kandungan mama. And now you are 28 years old sweetheart. I know you more than you know yourself dear,” ucap Datin Kharidah.

Rasa sayu menerpa tangkai hati Sarah. Sarah memeluk erat mamanya. “I love you, mama.”

I love you too, my lovely girl, my always baby girl.” Datin Kharidah membalas pelukan anak gadisnya.

My lovely girl.’ Sarah lantas terkenangkan Iqi. ‘Apa agaknya yang sedang dibuatnya sekarang?’

2 comments:

  1. Wah3 dah teringat-ingat iqi dah... Hehehe... Cpt2 lah jumpa sahabat maya dia tu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Suha yan sentiasa memberikan komen. Sangat Sha hargai dan membuatkan Sha semangat nak menulis sambungannya maaf juga ya..kadang-kadang takes time untuk post entry seterusnya

      Tak lama lagi Sarah akan jumpa juga dengan sahabat maya dia tu.. soon..

      Delete

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim