12 January 2014

Cinta Milikmu Selamanya 4

           ‘Nasib baik la perjalanan lancar.’ Ammara bercakap kepada dirinya sendiri di dalam kereta.
 
Mudah sahaja Ammara menuju ke Kota Damansara meski pun di luar kenderaan begitu banyak. Dia mahu menjemput Eryna. Sungguh dia risau pada mulanya jika ketika itu jalan sesak. Tambahan pula masa hampir menginjak ke waktu makan tengahari. Perjalanan dari Jalan Ampang ke Kota Damansara mengambil masa lebih setengah jam. Ammara memandu dengan berhati-hati.

 Ammara sedikit lega apabila dia sudah memasuki Lebuhraya Sprint. Dia menggekalkan kedudukan di laluan sebelah kanan lebuhraya kerana mahu menghala ke Jalan PJU 7/9. Tiba di persimpangan jalan yang menghubungkan Jalan PJU 7/9 dan Jalan PJU 7/1, Ammara membelok ke kiri dan memasuki Jalan PJU 7/1. Dari situ Ammara meneruskan perjalanan sehingga bertemu Persiaran Surian dan membelok ke kanan memasuki Jalan PJU 5/1. Lebih kurang 200 meter perjalanan, Ammara membelok ke kiri pula. Ammara kini berada di Jalan PJU 5/19. Sampai di simpang pertama di sebelah kanan, Ammara membelok pula ke kanan. Dia sudah memasuki Jalan PJU 5/21. Ammara meneruskan pemanduan sehingga tiba di simpang empat yang ketiga sebelum membelok ke kiri. Dari jauh Ammara sudah nampak bangunan Encorp Berhad yang tersergam.
Ammara menghubungi Eryna sebaik sahaja dia memberhentikan SAGA FLXnya di ruang yang paling hampir dengan pintu utama bangunan tempat Eryna bekerja. Dia yakin Eryna pasti mudah melihatnya sebaik keluar nanti.
“Eryna, aku dah sampai. Aku tunggu kat bawah ni, in Black FLX.”
Ammara segera membuka kunci pintu kereta sebaik terpandang Eryna yang sudah mendekat menerusi cermin sisi di sebelah kirinya.
“Ammara!”
Tangan dihulur. Mereka bersalaman. Eryna mencium pipi Ammara kiri dan kanan.
“Ish.. kalau ya pun jangan la menjerit macam tu Ery. Sakit tau telinga aku ni. Baru balik seminggu terus hilang pendengaran pula,” tutur Ammara dalam senyuman. “Cuba kau bagi salam. Sejuk sikit aku dengar.”
“Hah, boleh hilang pendengaran ke?” berkerut dahi Eryna.
“Dah kau jerit kuat sangat. Boleh pekak kalau macam ni.” Ammara senyum.
“Baik Cik Ammara. Assalamualaikum,” Eryna memberi salam.
“Waalaikumsalam Ery. Ha kan manis macam tu,” puji Ammara.
Eryna tersengih mendengar kata-kata Ammara.
“Senang kau cari office aku?” soal Eryna.
“Senang,” jawab Ammara. Dia senyum.
“Hebat. Area sini dah banyak perubahan. Berjaya juga kau sampai sini. Cepat pula tu,” giliran Eryna memuji Ammara.
“Tengok orang la,” balas Ammara.
Eryna menoleh ke arah Ammara. “Macam mana interview kau tadi?”
Ammara menoleh ke sisi kirinya. “Nanti aku cerita ya.”
“Kau tau kan nak ke Serdang?” soal Eryna.
“Ya tahu. Kita ke UPM ambil Tihani,” kata Ammara. Matanya memandang terus ke hadapan.
“Kau nak ikut jalan mana ni?” Ikut Kelana Jaya, then lalu area Sunway pun ok. Then kau decide nak masuk Puchong atau Bukit Jalil,” Eryna memberikan cadangan.
Thank you Ery. Good co-pilot,” kata Ammara menahan tawa.
“Aku rasa better ikut Bukit Jalil. Kalau Puchong ni tak berani nak cakap. Selalunya jalan macam siput kat depan IOI Mall tu. Sekarang dah ok ke jalan kat situ Ery?” tanya Ammara.
“Ada kurang sikit la sesaknya. Time peak hours memang tak boleh elak la Ara. Memang akan jammed  teruk punya,” balas Eryna.
Hope nasib kita baik. Perjalanan lancar,” ucap Ammara.
“Aamiin,” balas Eryna.
“Ery untunglah kau,” kata Ammara.
“Untung? Maksud kau?” tanya Eryna.
Your workplace, design bangunannya unik. Next time boleh kau bawa aku melawat tempat kerja kau. Aku nak buat site visit,” kata Ammara.
Eryna senyum. “Boleh sangat.”
Ammara memandu menghampiri Plaza Tol LDP.
Straight kita akan melalui Bukit Jalil.” Eryna mengingatkan Ammara.
“Mana lebih dekat, laluan Seri Kembangan atau ikut Sungai Besi?” soal Ammara.
“Ikut Sungai Besi. Boleh elak traffic light tapi ada tol,” kata Eryna.
Ammara senyum. Dia semakin menghampiri bulatan di Jalan Lumba Kuda. Ammara mengambil susur kedua di sebelah kiri. Tersergam Palace of Golden Horses di sebelah kiri. Ammara memandu melepasi Plaza Tol Sungai Besi.
“Ara keep to the middle lane. Kita akan terus sampai ke UPM. Nanti sebelah kiri tu menghala ke The Mines,” kata Eryna.
“Baik.” Ammara memandu mengikut cadangan yang diberikan. “Dah nak sampai dah?”
“Yup. Lepas bangunan Minlon tu, masuk simpang kiri. Kat traffic light masuk kanan. Tihani di Fakulti Rekabentuk dan Senibina.” Eryna membuatkan pemanduan Ammara lancar.
“Masuk simpang kiri ni,” arah Eryna.
Ammara segera memberi isyarat kiri tanda mahu membelok ke susur kiri. Tidak jauh dari simpang tadi mereka tiba di persimpangan lampu isyarat, lampu berwarna merah sedang menyala. Ammara memperlahankan keretanya sebelum berhenti di situ.
“Lepas traffic light ni, kat depan tu ada satu lagi traffic light. Yang itu belok ke kanan. Dari situ terus sampai ke roundabout. Ambil pukul 3. Dari situ terus dan masuk di guard house sebelah kanan. Yang kiri ni masuk ke Fakulti Kejuruteraan,” kata Eryna.
“Baik,” balas Ammara. Dia sudah dapat menggagak kedudukan tempat kerja Tihani. Pemanduannya mudah sahaja dengan adanya Eryna di sisi.
“Aku call Tihani dulu. Suruh dia tunggu di area rumah kayu.” Eryna mengeluarkan Sony Ericsson Xperia Arc.
Eryna membuat isyarat tangan ke kiri ketika dia sedang berbual dengan Tihani di talian. Ammara mengikut isyarat tangan Eryna. Sampai di sebuah bangunan kayu Ammara memasuki petak parkir.
“Kejap lagi Tihani turun ke sini. In 10 minutes. Ada student kat bilik dia.” Eryna membuka pintu kereta. “Kau tunggu kat dalam. Biar aku tunggu Tihani kat luar ni.”
Ammara menggangguk.
Hampir 10 minit berlalu. Tihani muncul akhirnya. Eryna sedang elok bersandar di bonet kereta.
“Assalamualaikum Ery,” sapa Tihani. Dua sahabat bersalaman sambil berpelukan. Walau pun sibuk dengan tugas masing-masing, mereka selalu bertemu. Hubungan erat mereka bukan sahaja seperti sahabat malah sudah seperti adik-beradik.
“Waalaikumsalam Hani. Apa khabar?” Eryna tersenyum gembira.
“Alhamdulillah sihat. Eh Ery bila tukar kereta? Mana Neo kau?” soal Tihani.
“Ada,” sepatah kata keluar dari bibir Eryna. Dia berusaha untuk menahan tawa.
“Dah jom kita pergi lunch,” ajak Eryna.
“Ery,” panggil Tihani.
“Ya,” sahut Eryna.
“Kenapa kau nak masuk ke tempat duduk penumpang. Kau nak suruh aku drive kereta baru kau ke?” tanya Tihani.
Eryna seboleh mungkin menahan tawa. Ammara di dalam kereta sudah tersenyum. Bual bicara Eryna dan Tihani jelas di pendengarannya. Dia yakin Tihani belum menyedari kehadirannya.
“Ya,” kata Eryna lantas membuka pintu kereta di bahagian penumpang, bersebelahan tempat duduk pemandu.
Tihani berlalu ke arah tempat duduk pemandu. Dia lantas membuka pintu. “Ammara!”
Kali kedua Ammara mendengar sahabatnya menjerit memangil namanya. Dia sudah tersengih lantas dia keluar dari kereta. Sahabatnya Tihani dipeluk erat.
“Bertuah punya kawan. Balik tak bagi tau ya. Semalam pun masa aku Skype kau tak cakap pun kau dah balik sini,” luah Tihani.
Ammara senyum lebar. “Sengaja tak nak cakap. Surprise!” Ammara kenyit mata ke arah Tihani.
“Nasib baik aku tak duduk atas kau tadi,” kata Tihani. “Dah la tinted gelap. Tak perasan aku kau kat dalam kereta tadi.”
“Hihi,” Ammara sudah ketawa kecil. Eryna yang sudah pun masuk ke dalam kereta turut sama ketawa.
“Dah cepat masuk. Panas kat luar tu. Kalau korang nak borak kat luar tu sampai esok lusa tak abis,” Eryna mengajak Ammara dan Tihani masuk ke dalam kereta.
“Masuklah Hani. Hari ni aku jadi driver. Denda sebab tak bagi  tau aku dah balik,” pujuk Ammara.
“Ha ni yang aku nak dengar.” Tihani sudah senyum.
“Nak lunch kat mana ni?” soal Ammara.
“Yang penting kita boleh sembang panjang. Kau dah janji nak cerita pasal interview kau tadi.” Eryna sudah menuntut janji dari Ammara.
“Kau pergi interview? Ya ke ni?” Tihani pula yang teruja.
“Ya. Balik dari temuduga, tu yang aku call Eryna. Then ambil Hani. Rindu you all tau,” kata Ammara.
“Kat mana kau interview tu Ara?” tanya Tihani.
“Nantilah aku cerita,” balas Ammara. Dia masih fokus memandu keluar dari kawasan UPM.
Lets decide. Yang penting kita boleh sembang panjang lepas ni,” ujar Eryna.
“Secret Recipe Equine.” Tihani memberi cadangan.
“Kat Equine ada Kenny Rogers kan?” Eryna bertanya pada Tihani.
“Ala tak nak la western. Dah muak,” kata Ammara.
“Erm any other suggestion?” soal Eryna.
“Apa kata makan kat rumah aku jelah. Lepas tu kita boleh borak panjang,” Ammara memberi kata putus.
“Tak susahkan mama kau ke Ara?” tanya Eryna.
“Tak susahlah sebab yang nak masak nanti kita bertiga,” ujar Ammara sambil senyum. “ Aku call mama dulu.”
Ammara menghubungi mamanya. Dia memaklumkan kedatangan Eryna dan Tihani ke rumah mereka tengahari itu. Puan Marissa cukup gembira menerima kunjungan kedua-dua sahabat anaknya. Sejak Ammara di luar negara, sudah jarang Eryna mahu pun Tihani datang ke rumahnya. Namun sesekali muncul juga Eryna dan Tihani menjengguknya di hujung minggu.

No comments:

Post a Comment

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim