07 April 2013

Kasihmu 25

(Dua hari kemudian..)

“Assalamualaikum semua,” ucap Shaheen sewaktu melangkah ke Bilik Mesyuarat Jati Kirana. Shaheen melabuhkan punggung di kerusi pengerusi mesyuarat. Semua yang ada dikilas pandang.

“Waalaikumsalam.”

Semua Ketua Unit telah pun berada di tempat masing-masing. Mereka sedia maklum akan tujuan mesyuarat pada pagi itu berdasarkan agenda yang diedarkan oleh Aida dua hari sebelumnya.

“Sebelum memulakan perbincangan kita pagi ini, elok kiranya sama-sama kita membaca Ummul Kitab, Al-Fatihah,” Shaheen bersuara dengan nada yang tenang.

Selesai membacakan Al-Fatihah, Shaheen menarik nafas. Semua yang hadir diperhati satu per satu.


“First of all, thank you everyone for attending this meeting. Based on the agenda, there are few agendas to be discussed with you. What we disscuss here will be forwarded to the management meeting.”

Shaheen berjeda selama 10 saat. Semua yang ada memberi tumpuan kepada kata-kata aluan Shaheen.

“Memandangkan Jati Holding semakin berkembang, saya ingin mencadangkan agar nama unit yang sedia ada digantikan dengan perkataan ‘jabatan’. Ya Encik Wafi,” Shaheen memberi peluang kepada Wafi untuk menyuarakan pendapatnya.

“Adakah dengan perubahan ini akan berlaku merging antara unit atau pun diwujudkan jabatan baru?” soal Wafi.

“Perubahan itu tidak lah secara drastik. Cuma saya ada memikirkan untuk menambah satu Jabatan SeniHias.”

“Cik Sha adakah ini ada kaitan dengan cadangan daripada Tuan Malik tempoh hari?” Adelia pula membuat pertanyaan.

“Ya Puan Adelia dan semua yang hadir, ingin di sini saya maklumkan serba sedikit perkembangan yang berlaku sebelum kita putuskan isu pertukaran nama unit sedia ada ni. Berdasarkan kepada pertemuan bersama Tuan Malik, pemilik Sempurna Resort minggu lepas, beliau ada mencadangkan agar Jati Holding turut menawarkan khidmat hiasan dalaman. Setakat ini Jati Holding lebih kepada membekalkan perabot yang ready-made dan custom-made to our client. Penasihat Jati Holding turut bersetuju dengan cadangan ini secara verbally. Cuma hal ini perlu diputuskan di mesyuarat pengurusan nanti. Jadi apa pendapat tuan puan semua akan isu ini?” soal Shaheen.

“Bagaimana idea itu boleh tercetus Cik Sha,” soal Cik Kharidah ingin tahu.

“Begini. Tuan Malik telah datang ke pejabat Jati Holding dan beliau tertarik melihat hiasan dalaman pejabat kita ni. Itu yang katanya better kita tawarkan pakej hiasan dalaman bersama pembekalan perabot. Dia mahu kita membekalkan perabot di rangkaian resortnya nanti. Setakat ni resort Tuan Malik terdapat di Pahang dan yang terbaru di Terengganu. In future mungkin ada lagi resort beliau yang akan dibina di selatan tanah air.”

“Yang ni kredit to Cik Afzan and Cik Sha sebenarnya. Kebanyakan idea menghias di Jati Holding kan idea cik berdua,” tokok Adelia.

“Ya betul tu. Semua tu adalah sentuhan Cik Afzan dan Cik Sha,” Aida yang sedang mencatat minit sempat menyokong kata-kata Adelia.

Afzan senyum. Tidak sangka idea hiasan yang simple dengan memberi penekanan kepada konsep semula jadi sesuai dengan sumber alam kayu jati itu sendiri disukai oleh client mereka.

“Semua tu usaha kita semua. Bukan saya seorang,” bidas Afzan merendah diri.

“Jangan la malu Cik Afzan. Perkara betul kan,” usik Wafi.

“Encik Ikmal diam saja. Apa pendapat awak?” soal Shaheen.

“Saya fikir cadangan ni baik juga. Cuma kita kena la fikirkan lebih jauh lagi. Selama ini Cik Afzan, Puan Adelia dan Encik Kamarul lebih kepada rekaan dan design perabot. Jika kita mahu wujudkan khidmat hiasan dalaman kita perlu hire someone yang memang bidangnya dalam interior design. Bukan itu sahaja beliau perlulah pandai juga menggabungkan kesesuaian hiasan dalaman tu dengan konsep perabot yang diminta oleh client kan. Kalau kita tak mahu hire new staff then staf sedia ada perlu la meningkatkan kemahiran dengan mengikuti kursus jangka pendek atau pun kursus jangka panjang untuk mendalami ilmu hiasan dalaman ni,” Ikmal menyampaikan buah fikirannya.

Shaheen setuju dengan kata-kata Ikmal. Bagus juga ada perbincangan ini. Sekurang-kurang dengan pendapat ramai lebih mudah untuk membuat keputusan.

“Then should we maintain with all the units. ”

“Ya kami setuju,” balas mereka semua serentak.

“Kalau begitu kita kekalkan Cik Afzan, Unit Kreatif & Promosi, Puan Adelia, Unit  Art & Design, Encik Wafi, Unit Pengurusan Sumber & Kewangan, Cik Kharidah, Jabatan Pengurusan Khidmat Pelanggan dan Encik Ikmal, Unit Logistik. Saya putuskan selepas ini Cik Afzan akan turut menjalankan kerja-kerja perundingan bagi hiasan dalaman sekiranya ada dan dibantu oleh Puan Adelia,” Shaheen memberikan kata putus.

“Saya akan cari kursus-kursus hiasan dalaman yang berkaitan under budget latihan staf. Jadi dengan cara itu kita akan dapat tingkatkan kompetensi staf.”

“Bagus Encik Wafi. Thanks untuk cadangan tu. Ok next agenda berkaitan dengan isu logistik. Saya telah pun ke Jepara dengan Cik Afzan. Kami meninjau pasaran produk jati di sana. Saya dapati penawaran produk jati dari sana sangat memberansangkan. Malah menurut pemilik perusahaan kayu jati di sana, jika kita mahu mereka membekalkan produk jati sama ada ready-made atau pun custom-made, harganya sangat berpatutan dan boleh runding. Isunya di sini bagaimana dengan Unit Logistik  dari segi pengangkutan dan penyimpanan di gudang sebelum dibawa ke showroom kita. Encik Ikmal?”

“Setakat ini gudang kita di Shah Alam masih boleh menampung penyimpanan perabot yang dibekalkan. Malah keadaan sangat terkawal berikutan kita tidak menyimpan lama satu-satu stok perabot di gudang. Pusing ganti stok di showroom sangat tinggi. Alhamdulillah nampaknya penggemar perabot jati semakin bertambah. Jadi permintaan juga tinggi terhadap perabot jati ni Cik Sha.”

Shaheen berasa lega dengan penjelasan dari Ikmal. “Oh ya dalam hal komunikasi dengan pembekal perabot jati di Jepara itu, Jati Holding akan dibantu oleh Tuan Haji Luqman Hakim dari Al-Hamra Tours And Travel. Draf kertas kerja mengenai kerjasama MoU ni dah pun diserahkan kepada Tuan Haji Luqman. Saya sedang menunggu keputusan dan persetujuan daripada beliau dalam masa terdekat ini.”

Shaheen perhatikan Afzan sedang menyembunyikan senyumannya. Dia tahu Afzan tersenyum bila saja mendengar nama Tuan Haji Luqman yang disebut olehnya sebentar tadi. Shaheen juga yakin ahli mesyuarat turut mempunyai persepsi yang sama sepertinya bila pertama kali mendengar nama Tuan Haji yang disebutnya. Dia tidak sabar melihat reaksi stafnya nanti bila bertemu dengan Luqman.

 Afzan mengenyit mata ke arah Shaheen bila mata mereka bertembung. Shaheen melemparkan senyuman tanda faham akan isyarat yang Afzan hantar tadi. Serta merta figura Luqman terlayar di minda Shaheen. Dia senang berada di sisi lelaki itu. Perasaan selamat melingkari diri setiap kali berada bersama lelaki itu. Kenangan di Jakarta serta Jepara mengundang senyuman di bibir Shaheen.

“Ehem..ehem..,” Afzan yang berada bertentangan dengan Shaheen berdehem.

“Cik Sha next agenda would be staff activity,” cepat-cepat Aida mengingatkan Shaheen sekali gus menyedarkan Shaheen dari menerawang lebih jauh.

“Aha ni part paling best I guess,” ucap Shaheen kembali fokus kepada mesyuarat yang dipengerusikan olehnya pagi itu.

“Tahun ni apa pengisian untuk outing staff Cik Sha,” Wafi terlebih dahulu menyuarakan pertanyaan.

Last year dah bersuka ria di Gambang. Dengan paintball, itu yang paling tak boleh lupa.”

Serentak semua ahli mesyuarat ketawa gembira bila mengingatkan kenangan di Bukit Gambang Resort City. Sangat gembira menghabiskan masa bersama-sama. Penat lelah bekerja terasa hilang bila masing-masing umpama kanak-kanak Ribena bermain di Gambang Water Park.

“Ya la. Korang tak ingat aksi Raziff. Kuat betul dia jerit. Aku pun tak menjerit macam tu masa kena tembak,” Kharidah bersuara mengingatkan memori yang berlaku tahun lepas.

“Hahaha..yup ingat-ingat. Mengedik dia berlari ke arah Marshall sebab tak nak main. Last-last team dia menang juga. Tu yang tak boleh tahan,” kata Adelia sambil ketawa.

Sekali lagi seisi bilik mesyuarat menghamburkan tawa. Mesyuarat yang tadinya dalam situasi serius telah bertukar menjadi gamat dengan gelak tawa mereka semua.

“Masa tu bukan Raziff satu team dengan awak ke Wafi,” tanya Shaheen bila tawanya sedikit reda.

“Ha betul la tu. Kali ni tak nak aku satu team dengan mamat lembut tu,” Wafi membuat gaya ala-ala Raziff dengan menolak rambut ke belakang.

Sekali lagi gamat bilik mesyuarat dengan hilai tawa mereka. Sampai berair mata Adelia akibat terlebih ketawa.

“Ok semua. Tarik nafas. Hembus. Tarik nafas, tahan 1,2,3 ok lepas,” Afzan cuba mengawal keadaan. Kalau dibiarkan ni memang tak habis la jawabnya.

Thanks Cik Afzan. Ok back to our discussion ya. Apa pendapat tuan puan semua?” Shaheen memberi fokus kepada mesyuarat kembali.

“Cik Sha I terfikir untuk menginap di Sempurna Resort di Terengganu tu. What if kita adakan Family Day di sana,” usul Adelia.

“Hmm idea tu ok. Tapi I rasa resort tu belum betul-betul ready. In fact assistant Tuan Malik masih di sana untuk inspection the building. Kalau resort di Pahang tu I rasa tak ada masalah. Cadangan ke Terengganu tu I rasa kita KIV dulu. Thanks Adelia. Ada cadangan lain?”

“Oh ya la. Lupa pula I pasal tu,” Adelia mengakui kata-kata Shaheen.

“Tahun Melawat Terengganu kan 2013 ni? Hmm best juga kalau dapat arrange aktiviti kat sana. What about aktiviti mencandat sotong. Sekitar Mac ke Julai kalau tak salah I musim mencandat sotong ni,” Kharidah memberikan cadangan.

“Eh menarik juga tu. I tak pernah pergi tangkap sotong. Selalunya memancing je,” ujar Wafi sedikit teruja.

“Aida please list down dulu cadangan tu. Lepas ni kita decide apa aktiviti yang akan dijalankan tahun ni,” pinta Shaheen.

Aida bangun ke arah whiteboard. Dicatat aktiviti mencandat sotong pada nombor 1.

“You biasa pergi mencandat sotong ke Kay?”

“I tak pernah la pergi. Tapi my brother memang every year akan pergi sana. My brother memang suka seafood. Jadi bila tiba musim mencandat ni, dia akan plan ke sana dengan dua tiga orang kawan dan pergi ke sana dalam seminggu juga la.”

“You tau ke area mana yang banyak sotong ni Kay,” Shaheen bertanya.

“Kalau based on cerita my brother dia selalu pergi ke sekitar Pulau Kapas. Kadang-kadang dia ke perairan Marang.

“Oh begitu. Ok ada cadangan lain?”

“Cik Sha cadangan Fendy hari tu ok tak. Yang pergi ke Taman Negara tu,” usul Adelia.

Aida menulis pula cadangan Adelia di nombor 2.

Back to nature. Best juga tu. Dengan aktiviti kayak atau Rapid Shooting,” Afzan teringat ekspedisi yang pernah dilaluinya beberapa tahun yang lalu.

“Oh ya suka saya ingatkan yang aktiviti ni akan disertai oleh top managements dan sharepartners juga. You know kan mereka lebih prefer kepada aktiviti santai not physical activities. Aktiviti santai bersama keluarga.

“Cik Sha, boleh I tau apa core business Al-Hamra Tours & Travel?” Ikmal bertanya setelah berdiam diri sambil mengikuti perbincangan mereka.

“Al-Hamra ni more to pakej umrah dan haji. Ada juga pakej ziarah ke bumi para ambia dan rasul,” Shaheen memberi penjelasan ringkas.

“Oh menarik tu. Apa kata every year kita pilih lima ke sepuluh orang staf untuk menunaikan umrah. If ada yang nak upgrade ke ibadah haji, then mereka cuma tambah sikit la duit. Kita cover untuk pakej umrah sahaja,” Ikmal memberikan pendapatnya.

“Thank you Ikmal. Saya pun terfikir idea ni. Just awak lebih cepat dari saya mengusulkan idea ni,” ucap Shaheen. “Idea ni bagus juga.”

“Kalau gitu ada chance la Cik Sha kita ni bertemu lagi dengan Haji Luqman tu,” usik Afzan.

“Mesti la kena jumpa. Nak bincang hal besar ni. Hal umrah dan haji,” kata Wafi tidak tahu maksud kata-kata Afzan tadi. Afzan sudah senyum lebar melihat Shaheen menjegilkan mata ke arahnya.

By the way I suka la nama Al-Hamra ni. Sweet je,” ucap Adelia.

Afzan semakin tersenyum lebar. ‘Tu belum jumpa owner Al-Hamra lagi,’ getus Afzan dalam hati. Afzan melirik ke arah Shaheen.

“Adelia, Alhamra tu maksudnya merah dalam bahasa Arab,” kata Kharidah.

“Oh ya. Baru I tau. Selalu I dengar humaira yang bermaksud kemerah-merahan,” balas Adelia.

“Ada apa-apa cadangan lagi? Kalau tak ada nampaknya kita ada tiga cadangan setakat ni. Jadi nanti saya akan bawa ke Mesyurat pengurusan dan let them decide. I will inform you perkembangannya nanti.”

Semua yang ada mengangguk tanda faham.

“Sebelum kita bersurai, saya nak ingatkan tolong update laporan unit masing-masing for the period of January till June. Saya nak present di meeting nanti. Please submit to Aida ya. Bagi menutup majlis, mari sama-sama kita bacakan surah Al-‘Asr."


Masing-masing diam seketika.


Sebelum tu jemput la makan semua. Thanks to Aida yang susah-susah masak mihun goreng untuk meeting ni.”

Small matter je tu Cik Sha,” balas Aida.

“Aida sedap la. Boleh bukak kedai ni,” ucap Wafi sambil menyuap mihun goreng ke mulut buat kali kedua.

“Eh ada-ada je la awak ni Wafi,” ujar Aida yang gembira dipuji begitu.

Sewaktu menikmati mihun goreng, mereka rancak berbual. Wafi dan Ikmal pastinya berborak berkenaan bola sepak. Kharidah dan Adelia sudah ketawa bila berbicara mengenai rancangan Maharaja Lawak.

Afzan mendekati Shaheen. Dia duduk di sebelah kanan Shaheen. Aida turut mengambil tempat di sebelah Shaheen. Tanpa banyak bicara mereka menghabiskan makanan di dalam pinggan kertas masing-masing. Air mineral menjadi pilihan mereka bertiga.

“Sha projek dengan Bank Islam tu dah pun proceed. Seem it is a custom-made order, then it take almost one month tuk siap,” Afzan melaporkan perkembangan projek perabot dengan Cik Laila dari Bank Islam.

“Alhamdulillah. Meaning lepas kita sent yang final design tu, diterima tanpa pindaan ya,” tanya Shaheen.

“Yup. Senang kan. Anything aku update ya”

Shaheen mengangguk. Gembira berurusan dengan Cik Laila. Sungguh mudah berurusan dengan wanita itu. Tidak cerewet. Tergambar di matanya kecantikkan gadis melayu dengan ira wajah Pan-Asiannya.

“Ok saya masuk dulu,” ucap Shaheen meninggalkan Bilik Mesyuarat Jati Kirana.

Aida mengekori dari belakang. Afzan juga turut mengangkat kaki meninggalkan bilik mesyuarat.

No comments:

Post a Comment

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim