19 January 2013

Kasihmu 19

“Assalamualaikum. Hello buddy. Apa khabar?” Luqman disapa mesra oleh Fitriansyah Putra sahabat baiknya sejak di Australia. Mereka bersalaman dan berpelukan.
 
“Waalaikumsalam. Hey Rayyan! Aku rindu kau. Amacam umrah dan ziarah kau.”
 
Superb. Aku teringin nak pegi lagi sekali la. Tapi kali ni aku nak buat haji pula. Jealous dengan kau, Haji Luqman.”
 
Luqman senyum sahaja. Fitriansyah sahabatnya baru sahaja pulang dari Tanah Suci. Fitriansyah ke sana untuk melakukan ziarah ke tempat-tempah sejarah dan seterusnya mengerjakan umrah.

“Cerita sikit pengalaman kau kat sana. Apa yang menarik?”
 


“Luq betul kata kau. Bila di depan Kaabah tu sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Aku yang jarang menangis ni pun boleh menitis air mata. Terasa sungguh kerdil di hadapan Allah saat tu. Aku bersyukur sangat. Dalam usia muda ni aku dah pun mengunjungi rumah Allah. Menjadi tetamuNya. Alhamdulillah. Aku teringin nak ke sana lagi. InsyaAllah.”

“Pakej ziarah kau macam mana? Apa yang best?”

“Pengalaman yang tak boleh aku lupa sewaktu menziarahi makam para sahabat Nabi Muhammad SAW dan juga makam isteri Baginda SAW iaitu Ummu Habibah, Ummu Salamah dan Ummu Habsah. Antara makam sahabat Nabi Muhammad SAW yang dapat aku lawati ialah makam pahlawan Islam, Salahuddin Al-Ayubi yang membebaskan Baitulmuqaddis semasa Perang Salib, Muawiyah Abu Suffian, Bilal Bin Rabah, Khalid Al Walid, Ibnu Makhtum, Abu Darda, Abdul Malik Marwan dan anak beliau, Walid Abdul Malik dan cucu Ali Abi Talib iaitu Zainab dan Rugaiyah. Sebelum ni cuma dengar kisah-kisah mereka. Tapi bila berada di makam mereka sungguh sayu rasanya. Mengenangkan pengorbanan meraka menegakkan syiar Islam bersama-sama Nabi SAW. Aku juga sempat menziarahi makam Habil anak Nabi Adam AS yang dibunuh oleh saudara kandungnya Qabil yang terletak di arah barat Damshik.”

“Ya Rayyan. Bumi Syria banyak peninggalan sejarah keagungan Islam selain Turki, Palestin dan Sepanyol. Malah di sana terdapat juga makam sahabat yang akrab dengan Nabi SAW iaitu Abu Darda’. Beliau seorang yang rendah diri dan bertakwa kepada Allah.”

 “Luq tolong ceritakan kisah Abu Darda’.”

Luqman membetulkan duduknya.

“Dikatakan Abu Darda’ ini banyak mendapat hadis daripada Nabi Muhammad SAW. Antara hadis yang terkenal adalah mengenai manusia yang apabila dapat menahan marah dianggap gagah.”

“Ya aku pernah dengar hadis tersebut Luq.”

“Hadis ni dinyatakan oleh Imam Tabrani dan Ibin Abid Dunya. Pada suatu hari Abu Darda’ bertanya kepada Nabi Muhammad SAW: “Wahai Nabi, tunjukkan kepadaku amalan yang dapat membawa saya ke syurga”. Kemudian Nabi SAW menjawab, “Janganlah kamu marah. Mereka yang dapat menahan perasaan marah adalah orang yang mengawal diri sendiri supaya patuh dan taat kepada Allah dan Nabi Muhammad.”

“Bukankah Abu Darda’ ini digelar ‘Hakimul Ummah’ iaitu orang yang pandai dan bijak dalam hal berkenaan agama Islam.”

“Ya betul tu Rayyan. Abu Darda’ juga seorang yang penuh dengan sikap tawakkal dan bersyukur kepada Allah sentiasa. Ini boleh dilihat melalui satu peristiwa di mana kawasan perumahan Abu Darda’ terbakar. Ada orang yang datang dan memberitahu Abu Darda’ hal itu. Kau tau apa jawapan beliau bila orang itu menyuruhnya pulang?”

Fitriansyah menggelengkan kepala.

“Kata Abu Darda’, “Saya tidak akan pulang ke rumah sekarang. Lagi pula sekarang saya bekerja. Kerja ini sudah diamanahkan kepada saya. Saya bertawakal kepada Allah atas apa yang berlaku.”

“Apa yang berlaku selepas itu Luq?”

“Selepas habis bekerja, petang itu Abu Darda’ pulang ke rumah. Beliau menempuh perjalanan yang jauh. Sampai di kawasan tempat tinggalnya, beliau melihat tiada satu pun rumah yang terselamat dari dijilat api. Beliau meneruskan perjalanan hingga sampai ke rumahnya. Beliau sungguh terkejut dan gembira. Beliau mengucapkan subhanallah. Syukur kerana rumahnya terselamat dan tidak terbakar sedikit pun.”

“Subhanallah,” ucap Fitriansyah.

“Singgah ke Masjid Umawi?”

“Ya ada. Singgah di sana untuk solat Zuhur serta Asar. Masjid ini sungguh istimewa. Aku benar-benar beruntung sempat singgah di Masjid Umawi. Selain menempatkan makam ada empat menara yang mana salah satunya dikenali sebagai Menara Isa. Selain daripada itu terdapat juga empat mimbar yang bermaksud ada empat mazhab yang diamalkan di sana. Jadinya apabila tiba waktu solat ada empat orang imam yang akan mengimamkan solat mengikut mazhab masing-masing sama ada Syafie, Hambali, Maliki atau Hanafi.”

“Dikhabarkan tempat turunnya Nabi Isa AS pada akhir zaman nanti di Menara Isa itu.”

“Ya Luq aku juga diberitahu seperti itu oleh penduduk setempat berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Muslim dari Al-Nawas bin Sam’an: Rasullullah SAW telah bersabda,” Isa AS akan turun berdekatan dengan menara putih di timur Damsyik, dengan memakai pakaian kuning. Dua telapak tangannya terletak di atas sayap dua malaikat. Apabila dia menundukkan kepalanya menitislah air. Apabila dia mengangkat kepalanya lagi turunlah daripadanya seperti untaian mutiara.”

“Aku juga dibawa ke Pasar Hamidiyya. MasyaAllah pasar tu besar sangat. Sepanjang 400 meter, kiranya pasar terbesar di Syria. Barang pun murah. Ada cenderamata, pakaian, barangan dapur sampailah makanan. Bersebelahan pasar tersebut terletaknya Masjid Umayyah iaitu masjid tertua dan terbesar di kota Damsyik.”

“Di tengah dewan masjid terdapat makam Nabi Yahya, manakala di luar masjid berhampiran dataran ditempatkan makam Husin Bin Ali, cucu kesayangan Nabi SAW.”

Fitriansyah masih teringat kunjungannya ke Masjid Umayyah. Menitis air mata buat kesekian kali apabila berada di depan makam cucu kesayangan Nabi SAW iaitu anak kepada Ali dan Fatimah, anak perempuan Rasulullah SAW.

 “Aku sangat happy dapat singgah ke sana. Banyak yang aku pelajari dari kisah-kisah para sahabat dan keluarga Rasulullah SAW.”

“Aku ada plan nak melawat Sepanyol suatu hari nanti. Di sana juga banyak peninggalan sejarah Islam. Aku turut kagum dengan senibina bangunan di sana.”

“Luq jangan lupa ajak aku kalau kau nak ke Sepanyol tu.”

“InsyaAllah. Ni baru plan. Tak pasti bila nak ke sana.” Luqman melemparkan senyuman pada sahabat baiknya.

“Oh ya Luq ni ada sedikit buat tangan dari Tanah Suci. Untuk staf lain aku dah letakkan di pantri tadi.”

“Terima kasih Rayyan. Ingat juga kau kat aku.” Luqman membuka bungkusan yang di dalamnya terdapat berbagai jenis kekacang, kurma, air zamzam serta tasbih.

“Sama-sama Luq. Itu jer yang sempat aku bawa balik. Ok la Luq aku masuk office dulu. Sure banyak keje yang menuntut perhatian aku tu.”

“Rayyan, lupa pula aku nak bagi tahu kau. Syarikat kita sekarang dah tambah profile ni. Perusahaan Kayu Jati.”

“Hah! Kayu Jati?”

“Aku tau kau terkejut. Tapi no worry aku dah dapat subsidiary yang sesuai untuk sama-sama work with us. Jati Holding. Later aku bagi kau kertas kerja tu and may be aku akan bawa kau ke Jati Holding.”

Sounds interesting.”

“Rayyan, ada kau dapat call dari Adif?”

“Dia SMS aku 2 hari lepas. Masa tu aku di Mekah lagi. Pasal jemputan tu kan.”

Luqman mengangguk. “Kita pegi sama-sama nanti.”

“Ok Luq,” balas Fitriansyah dan berlalu ke bilik pejabatnya.

Luqman kembali menatap kertas kerja cadangan kerjasama kayu jati bersama Jati Holding. Bagi pihaknya tiada sebarang halangan. Namun sebagai menghormati Rayyan selaku rakan kongsi, Luqman mahu berbincang dahulu dengan Rayyan. Sekurang-kurangnya buah fikiran Rayyan turut diambil kira sebelum kerjasama kedua-dua syarikat diteruskan.

*******

“Assalamualaikum,” Shaheen menjawab panggilan.

“Waalaikumsalam. Shaheen saya ni Hadif.”

“Oh Prof. Hadif. Apa khabar?”

“Alhamdulillah saya sihat. Ada apa yang boleh saya bantu Prof.?”

Next month birthday Irfan dan Imran dan juga majlis doa selamat masuk rumah baru. So I nak jemput Sha and Afzan. Besides I nak discuss pasal hiasan taman rumah baru I.”

“Terima kasih Prof. atas ingatan nak jemput kami berdua. Bab hiasan dalaman Afzan lebih pakar. Saya akan inform dia berkenaan hal ni nanti. ”

My wife kirim salam pada you. My kids ada juga tanya bila nak jumpa Aunty Sha.”

“Oh ya. Waalaikumsalam. Sampaikan juga salam saya pada Pn. Almira. Insya Allah Prof. saya dan Afzan akan pergi ke majlis Prof. tu.”

“Kita discuss more masa majlis tu nanti. Looking forward to meet up with you both. Bye assalamualaikum Sha.”

“Baik Prof. Waaalaikumsalam.”

*******

“Cik Afzan,” sapa seorang gadis yang sebaya dengannya.

Afzan sudah menerpa ke arah teman lama di depan mata. Salam dihulur. Mereka berpelukan. Orang yang melihat di sekeliling tidak dihiraukan.

“Erny kau apa khabar? Lama tak jumpa kan.”

“Aku macam ni la. Usung perut.”

“Anak pertama ke ni Erny? Dah berapa bulan ni?”

Erny Mariana hanya mengangguk. Seri ibu mengandung terpancar di wajahnya yang bulat.

“Ya ni my first baby.Nak masuk lapan bulan. Kau tunggu siapa ni?”

“Aku tunggu Sha. Dia pegi toilet jab.”

“Sha.. Shaheen ke maksud kau. Ya Allah tak sangka aku jumpa korang berdua ari ni.”

“Itula. Lepas grad kau hilang terus. Tak dapat dikesan langsung. Mana kau bertapa?”

“Bertapa apanya Ijan. Aku kerja la. Bantu mak aku, adik-adik aku. Elly di Mesir. Setahun lagi habis la pengajian di sana. Emir tengah buat latihan industri di Ernst & Young. Emmy tahun ni SPM.”

“Wah aku bangga dengan kau Erny. Kau banyak berkorban untuk pastikan adik-adik kau mendapat yang terbaik dalam pelajaran. Aku salute la Erny.”

“Aku anak sulung Ijan. Tanggungjawab di bahu aku lepas abah pergi. Aku kesiankan mak aku. Berpenat lelah siang malam. Aku ni kira nasib baik ada biasiswa MARA. Pengajian aku lepas la. Adik-adik aku? Tu yang bila semester break aku buat part-time Ijan. Dapat la bantu mak aku sikit-sikit.”

“Eh jom duduk kat bangku tu sementara tunggu Sha datang.”

Afzan memimpin tangan Erny Mariana. Mereka duduk di bangku yang tersedia di situ.

Shaheen yang baru keluar dari tandas wanita tercari-cari kelibat Afzan. Tidak jauh dari tempat dia berdiri,  dia nampak Afzan duduk di satu bangku ditemani oleh seorang wanita mengandung.

“Ernyyyy,” Shaheen lantas memeluk sahabat semasa di universiti dulu. Shaheen memerhati seraut wajah hitam manis itu. Masih tidak berubah. Hanya fizikal sahabatnya itu semakin membesar.

“Apa khabar sahabatku? Mak dan adik-adik kau apa khabar?”

“Alhamdulillah aku sihat Sha. Mak aku juga sihat, biasalah sihat cara orang tua. Adik-adik aku pun aku doakan mereka sentiasa sihat, insya Allah.”

“Lama aku tak dengar khabar berita dari kau Erny. Rindu sungguh kat kau. Lepas ni kita keep in touch ya,” Shaheen masih menggenggam tangan Erny Mariana.

Happy betul aku dapat jumpa korang. Kembar tak seiras.”

“Hahaha,” mereka bertiga ketawa mengingatkan isu kembar itu, hinggakan ada yang percaya Afzan dan Shaheen adalah adik-beradik kembar tidak seiras. Isu itu menjadi seperti benar apabila Afzan dan Shaheen turut berkongsi tarikh lahir yang sama.

“Datang dengan siapa Erny?”

Husband aku. Boleh pulak dia tinggalkan wallet dalam kereta. Aku dari klinik tadi buat check-up. Dah alang-alang keluar kami singgah sini nak cari barang baby.”

“Ok la kami tunggu sampai husband kau sampai.”

Erny Mariana senyum melihat dua orang sahabat yang lama tidak bersua. Masing-masing cantik bergaya. Berbeza benar dari zaman pengajian mereka. Dia masih ingat Shaheen seorang yang sangat ringkas. Mukanya tidak pernah dirias dengan alat-alat solek. Afzan juga begitu. Kebaikan mereka berdua masih segar di ingatan. Shaheen banyak membantu dari segi kewangan. Kehidupan keluarganya yang sedikit sempit sejak abahnya meninggal dunia. Lebih memeritkan bila ibunya pula hanya seorang surirumah. Selepas ketiadaan abah, ibunya mula mengambil upah menjahit dan membuat kuih-muih untuk dijual. Kenangan itu akan kekal menjadi pembakar semangat buat dirinya. Erny Mariana berazam ketika itu untuk berjaya dalam pelajaran dan seterusnya mengubah nasib keluarga. Alhamdulillah usahanya dimakbulkan olehNya.

“Korang buat apa kat sini. Ponteng kerja ke?”

Usikan Erny itu membuatkan Shaheen senyum sahaja.

“Kalau dah bos yang kat sini, ponteng apanya Erny, aku ikut saja,” Afzan menjeling Shaheen yang berdiri mengadapnya.

“Ya Allah. Korang ni mengalahkan kembar siam. Kerja pun kat tempat sama juga ke?”

“Aah Erny. Nak buat macam mana, dah rezeki kerja kat tempat yang sama kan Sha.” Shaheen senyum.

Actually kami tengah survey hiasan dan aksesosi untuk pejabat. Sambil tu nak cari birthday present untuk si kembar.”

“Si kembar mana pulak ni Sha. Anak kau ke?”

“Bukan la Erny. Ingat tak Dr. Hadif. Si kembar tu anak dia. Sekarang dia dah Profesor tau.”

“Serius ke ni Sha. Dr. Hadif yang cerewet tu. Korang masih contact dengan dia?”

Afzan dan Shaheen tersenyum mendengan komen Erny.

“Aku jumpa dia di The Mines dua tiga bulan lepas secara tak sengaja dengan wife dan anak kembar dia tu. Macam aku jumpa kau juga Erny. Cantik wife dia.”

“Oh ya. Kirim salam aku pada Dr. Hadif nanti.”

“Assalamualaikum,” seorang lelaki berbaju T putih dan jeans hitam menegur.

Serentak mereka bertiga menjawab salam.

“Aku kenalkan ni suami aku, Abang Hanafi. Abang ni Shaheen dan yang ini Afzan kawan di universiti dulu. Korang ingat tak Acik Maimun?”

“Acik Maimun chef kat kafe tempat aku selalu makan nasi goreng cendawan tu?” Shaheen inginkan kepastian.

“Aha. Ingat tak anak dia yang selalu tolong dia di kafe tu. Inilah orangnya,” kata Erny Marianna sambil memandang suami di sisi.

“Ya ke ni Erny. Wah sungguh ku tak sangka. Diam-diam je kan. Macam mana aku boleh tak tau hal ni. Pandai kau sorok dari aku,” Shaheen menepuk bahu Erny Mariana.

“Mana ada sorok Sha. Kami berkawan masa tu. Aku sendiri tak tau Abang Hanafi ni pelajar tahun akhir di UK. Bila dia balik bercuti memang dia akan bantu Acik Maimun. So kami hanya berhubung melalui emel dan juga YM. Hubungan kita menjadi lebih akrab selepas tiga tahun kan Abang. Kami kemudian ambil kata sepakat untuk mendirikan rumahtangga. Dah dua tahun pun usia perkahwinan kami.”

Afzan dan Shaheen senyum mendengar penjelasan Erny Mariana. Shaheen masih ingat Erny pernah menceritakan hal anak Acik Maimun. Sungguh dia tidak sangka itulah jodoh Erny Mariana. Melihat perwatakan Hanafi yang pendiam, Shaheen yakin itulah yang terbaik bila digandingkan dengan Erny Mariana yang sangat petah berkata-kata. Sentiasa ada sahaja perkara yang ingin dibualkan.

“Acik Maimun apa khabar Erny?”

“Mak aku sihat Alhamdulillah., Ijan.”

Hanafi sekadar senyum. Air mukanya jernih. Dia menghulurkan kad nama kepada Afzan dan Shaheen.

Muhammad Hanafi Bin Abdul Rahman
Senior Project Manager
Petronas Gas Berhad

“Maaf la yer full time housewife tak ada kad ya kawan-kawan,” getus Erny Marianna.

“Amboi Erny. Tak apa aku dah ambil nombor handphone kau ni. Jangan lupa save nombor kami ya.”

“Sampaikan salam pada mak dan mak mertua kau ya Erny.”

“Insya Allah Sha. Semoga kita jumpa lagi. Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam.”

Selepas bertukar-tukar nombor telefon masing-masing, mereka berpisah di situ. Erny Mariana dan Hanafi berpimpin tangan menaiki escalator ke tingkat dua. Afzan dan Shaheen berjalan masuk ke sebuah showroom hiasan dalaman di gedung membeli-belah Mid Valley Megamall.

“Beruntungnya Erny. Suami kerja bagus. Dia pun tak perlu kerja.”

“Bagus la gitu Ijan. Selama ni dia dah banyak berkorban untuk keluarga dia. Mungkin ini balasan dari Allah untuk kebaikan yang dia berikan kepada keluarga dia.”

“Alhamdulillah aku happy tengok kebahagiaan Erny tu Sha.”

“Alhamdulillah.”

No comments:

Post a Comment

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim