14 August 2014

Mr. Right Forever 17



Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,
Alhamdulillah dapat juga update sambungan kisah ini. Dah taip laju-laju ni :) 
Terima kasih masih setia mengikuti dan memberi sokongan terhadap kisah ini. Andai ada terkurang di sana sini tu, mohon dimaafkan.
Selamat membaca untuk semua.
Salam mesra,
Sha Hashim

Mr. Right Forever 17 

DATIN Kharidah meninjau ke luar tingkap. Deruman enjin kenderaan jelas kedengaran.

       ‘Eh! Dah balik? Tak jadi makan tengahari di luarkah?’

Datin Kharidah menghala ke pintu utama. Daun pintu ditarik dari dalam. Saiful yang sedang membuka kasut diperhati dengan rasa hairan. Ditinjau sekali lagi ke luar.

       “Assalamualaikum mama,” ucap Saiful.

     “Waalaikumsalam. Saiful balik sorang je? Sarah mana? Kamu tinggalkan dia kat mana ni?” soalan Datin Kharidah berbaur rasa bimbang.

        Saiful senyum senget.
       “Mama tanya ni. Dah kenapa senyum macam tu? Kalau ya pun nak bergurau jangan la kamu tinggal dia sorang diri kat luar sana. Apa-apa jadi macam mana? Adik kamu tu perempuan. Sekarang ni macam-macam boleh jadi kat luar sana,” Datin Kharidah sudah membebel.

       “Mama jangan risau. She is in a good hand.” Saiful menjawab tenang.

       Datin Kharidah semakin tidak faham. “Cuba cerita pada mama, kat mana kamu tinggalkan dia. Biar mama pergi pick her up.”

     Kalut Saiful menahan mamanya. Ditarik tangan mamanya duduk di sofa. “Mama calm down. She is just fine. Do not worry okay.”

       “Macam mana mama tak risau. Kalau apa-apa jadi pada Sarah, apa mama nak jawab pada papa,” rasa gusar di hati Datin Kharidah tidak dapat dibendung.

        “Mama ni suka sangat fikir bukan-bukan. Elok mama fikirkan yang baik-baik saja untuk Sarah, ma.” Saiful cuba mententeramkan perasaan risau seorang wanita bergelar mama.

          Datin Kharidah beristighfar. Ditarik nafas dalam-dalam.

           “Ha... macam tulah mama.” Saiful kembali tersenyum. Tidak sampai hati dia mahu berteka-teki lebih lama dengan mamanya. Lagi pun dia sendiri begitu teruja mahu menceritakan kisah benar yang berlaku pada Sarah.

  ‘Gossip time! Eh bukan! Hot story to be told!”

  Datin Kharidah membetulkan duduknya. Dia mengadap Saiful sambil membulatkan mata.

  ‘Mama dengan Sarah sama je. Suka buat macam tu. Hmm....like mother like daughter,’ monolog Saiful yang mengundang tawa di dalam hati. Eh! Boleh ya gelak dalam hati.

   “Saiful Kamal Bin Dato’ Shamsul.”

   Kalau sudah nama disebut penuh, maknanya Datin Kharidah benar-benar mahukan penjelasan. Saiful faham benar sikap mamanya.

 “Mama ingat tak anak Aunty Rozi?” soal Saiful.

 “Iqi. Kenapa dengan anak Aunty Rozi?” soal Datin Kharidah kembali.

 “Sarah kan cakap dia nak jumpa kawan dia. Lunch date tu. Mama tahu dengan siapa?” sekali lagi soalan dijawab dengan soalan.

 Wajah Datin Kharidah sudah berkerut. Dia tidak faham apa kaitan anak sahabatnya dengan Sarah.

 “What?” jawapan kepada soalan Saiful tadi.

 “Ma...can’t you get it. Sarah and Iqi ma!”

“What? Really?” wajah Datin Kharidah yang berkerut tadi sudah bertukar ceria. “But how is this possible? Kalau tak salah mama, mereka baru je bertemu masa kenduri anniversary mama dan papa.”

 “Long story ma. Baik mama tanya anak dara mama tu. Kalau Saiful yang cerita nanti mama kata Saiful mengada-adakan cerita.” Saiful mula senyum senget. “Who knows tahun ni kita makan nasi minyak ma.”

 Kata-kata Saiful mengundang senyuman kecil di bibir Datin Kharidah. ‘Ini berita baik. Rozi kena tahu ni. Nampaknya projek kita on lah Rozi.”

“Mama kenapa senyum lain macam je tu?” Saiful memerhati riak ceria di wajah mamanya.

“Mama pun teringin juga nak makan nasi minyak.”

“Sebut pasal makan ni lapar pula. Tadi Saiful terus balik. Tak join pun date dorang tu. Nanti Saiful kacau daun pula kan.” Saiful mula mempamerkan susunan gigi putihnya sambil menjungkit kening.

“Kita tunggu papa sekejap. Nanti kita makan sama-sama.” Datin Kharidah sudah berkira-kira mahu menghubungi sahabatnya. Berita baik jangan ditangguh-tanguh. Banyak pula idea yang bersusun di dalam kotak fikirannya.

“Papa ke mana ma?” soal Saiful.

“Papa tak ke mana. Ada di belakang tu. Apa lagi kalau tak melayan si montel tiga empat ekor kat belakang tu.” Balas Datin Kharidah.

Saiful tahu papa dan Sarah memang sejiwa. Dua-dua pencinta haiwan. Kucing Siam milik Sarah itu papanya yang hadiahkan pada Sarah dua tahun lepas. Sekarang kucing itu sudah pun beranak-pinak. Tapi banyak juga sudah dijadikan kucing angkat oleh kawan-kawan mamanya.

“Papa selagi kucing-kucing tu tak diberi makan, papa pun tak akan makan. Macam Saiful tak tahukan perangai papa tu,” ujar Datin Kharidah sambil senyum mengingatkan sikap penyayang suaminya.

“Hari ni guardian Kitty pergi dating ma. So bagi la chance Kitty manja-manja dengan papa,” balas Saiful. “Ma, orang naik atas dulu. Nak tukar baju.”

“Hmmm...iyalah.” Datin Kharidah menggangguk.

 Seulas senyum manis terbit di bibir Datin Kharidah. Rancangan yang baru sahaja mahu diatur, rupanya sudah berjalan lebih awal. Manusia merancang, namun perancangan Allah lebih hebat. MasyaAllah. Allah Maha Agung.

*******

TERDIAM Sarah melihat hidangan yang dibawa ke meja. ‘Nak makan dua orang saja. Pesan macam nak makan empat lima orang.”

            “Lepas ni awak akan ingat sampai bila-bila lunch date awak kat sini,” ujar Rifqi sambil menukar minuman pesanan mereka. “Your mango juice.”

            “Air apa ni?” soal Sarah. Tangan kanannya menghulur satu gelas tinggi dengan minuman berwarna putih susu kepada Rifqi.

            “Yang ini air durian belanda.”

            Gelas di bahagian kanan Rifqi diperhati lama.

            “Why?” soal Rifqi.

   “Macam best je minuman awak tu,” balas Sarah.

   “Nak rasa?” pelawa Rifqi.

   “Boleh ke?”

  “Lepas saya baca doa makan ni awak boleh rasa.” Rifqi sudah menadah tangan.  Doa makan dibaca sambil Sarah mengaminkan bacaan doa.

   ‘Tanda right yang pertama.

   Sarah senyum. Mampukah Rifqi mengalahkan Faris dalam kutipan mata yang hanya Sarah seorang sahaja yang tahu.

  “Jemput makan Sarah. Jangan malu. Kalau malu laparlah awak,” usik Rifqi. “Awak nak rasa, ambillah.”

  Cepat sahaja Sarah menggeleng-gelengkan kepala. Segan pula mahu mencicip minuman dari gelas lelaki di hadapannya. Sarah seperti mencari sesuatu.

  “Kenapa?”

  “Sarah cari menu harimau menangis tu,” jujur jawapan yang keluar dari bibir mungil Sarah.

  Rifqi berusaha menahan tawa. Hari ini saja sudah berapa kali dia ketawa. Dia tidak mahu Sarah kecil hati. Seboleh mungkin dia mahu menjaga hati gadis di hadapannya.

 “Inilah menu harimau menangis tu.”

  Sarah membongkokkan sedikit badannya ke depan. Hidangan yang berupa seperti seekor ikan ditilik dengan wajah yang sedikit berkerut. “Tak ada rupa harimau pun. Ni bukan ikan ke?”

      Rifqi tersenyum. “Memanglah itu ikan. Ikan siakap yang digoreng garing.”

          “Jadi apa kaitan harimau dengan ikan? Sarah tak nampak pun kaitan antara harimau dan ikan.”

            “Sarah...” panggil Rifqi.

            “Ya saya.”

         “Boleh tak kita makan dulu. Lepas kita makan baru saya jawab soalan awak. Boleh macam tu?” tanya Rifqi mohon kebenaran Sarah.

              “Baiklah. Awak dah lapar ya,” soal Sarah.

              Rifqi menjawab dengan senyuman dan anggukan.

             “Sila-sila. Bismillah,” sambung Sarah.

         Rifqi mencedok kuah tomyam ke dalam mangkuk kecil. Mangkuk pertama dihulur kepada Sarah. Dia menceduk tomyam ke dalam mangkuk untuk dirinya sendiri selepas itu.

            ‘Tanda right kedua.’

            “Terima kasih.”

            “Selamat datang.”

            Sarah sudah tersenyum mendengar balasan yang diucapkan oleh Rifqi..

            ‘Comelnya.’

        Rifqi kembali memberi fokus kepada udang di dalam pinggan. Dibuang kulit lalu diletak di tepi pinggan. Udang yang kedua juga sama. Dan juga udang yang seterusnya.

Sarah memerhati tindakan Rifqi. Mulut ringan mahu bertanya. Namun niat mahu bertanya disimpan di dalam hati. Sudu di tangan kanannya mula menyudu kuah tomyam. Dicicip sedikit. ‘Sedap. Cukup rasa.’

“Ini untuk awak,” udang yang sudah dibuang kulit disua kepada Sarah.

“Kenapa bagi Sarah?” soal Sarah pelik.

“Kan Sarah suka udang.” Rifqi senyum menatap lembut ke wajah Sarah.

Sekali lagi berkerut wajah Sarah. “Mana tahu Sarah suka makan udang?”

Senyum di bibir Rifqi masih bersisa. “Lupa ya. Kan Sarah yang bagi tahu saya masa kita chat di blog. Tak ingat ya?”

Rezeki yang berada di depan mata usah ditolak. Sarah senyum sendiri. Dia tidak pasti bila dia bercerita perihal udang kesukaannya dengan Rifqi. Nampaknya Rifqi mempunyai ingatan yang bagus sedangkan dia boleh lupa pula hal itu.

      ‘Dua tanda right. Satu sebab tolong kupas udang, satu lagi sebab ingat kesukaanku.’

        “Kita makan dulu ya.” Rifqi mula menyuap nasi ke mulut. Tangan menyuap, mulut mengunyah, mata pun turut bekerja. Entah mengapa matanya susah mahu lepas dari wajah mulus Sarah.

        Sarah sedar dirinya diperhati. Dia tunduk menatap nasi di pinggan. Nasi disuap ke mulut. Dikunyah perlahan. Sedar-sedar sesudu kerabu ikan keli sudah mendarat ke dalam pinggannya. “Errr... terima kasih.”

          “Awak tak ambil pun lauk. Malu ke makan dengan saya?” tiba-tiba soalan itu ditanya oleh Rifqi. “Atau tak kena dengan selera awak.”

            Sarah menggeleng. “Bukan macam tu. Macam mana saya nak makan kalau awak asyik tilik muka saya. Malulah Sarah macam tu.”

            “Oh... maafkan saya,” ucap Rifqi sedar keterlanjurannya. “Mata saya ni entah kenapa hari ni jadi nakal. Langsung tak nak dengar arahan.”

            Sarah panggung kepala. Wajah Rifqi diperhati sekilas. “Saya bukan apa. Takut nasi yang awak nak suap ke mulut tu, tak masuk ke mulut. Tapi ke hidung perginya.”

             Rifqi sudah ketawa. Mujur saat itu mulutnya tidak dipenuhi makanan. Kalau tidak memang kes aniaya namanya. ‘Pandai pun buat lawak.’

            “Sedap juga kerabu ikan keli ni. Tak pernah try sebelum ni,” akui Sarah mengubah topik perbualan.

            “Yang harimau menangis ni awak tak nak cuba?” soal Rifqi. Tangannya sudah memotong isi ikan siakap lalu diletak ke pinggan Sarah.

        “Awak, kenapa menu ikan siakap ni dipanggil harimau menangis.” Sarah sudah tidak sabar mahu tahu.

            “Saya pun tak pasti. Tapi yang pasti hidangan ni memang pedas menyengat. Kalau tak tahan pedas, memang boleh mengalir air mata. Boleh menangis dibuatnya. Tapi tolong jangan tanya kenapa harimau, bukan penyu atau kucing atau mana-manalah haiwan lain.”

           “Agaknya dulu, harimau ni suka makan ikan siakap. Bila ikan siakap makin kurang atau mungkin dah pupus di situ, jadi harimau ni dah tak boleh menikmati lazatnya isi ikan siakap. Itu yang sampai menangis,” teori yang terfikir di minda Sarah. Diucapkan dengan senyum di bibir.

         “Hmmm... mungkin juga. Pandai awak,” puji Rifqi. “You know what?”

              Sarah menjungkit kening.

           “Di Kedah pun ada juga menu harimau menangis ni. Tapi kat sana hidangannya berupa daging bakar.” Jeda Rifqi. Kuah tomyam dihirup sesudu.

        “Oh ya ker? Kalau harimau dengan daging, baru padan. Harimau dengan ikan tu macam tak kena saja,” komen Sarah. “So apa cerita harimau menangis di utara tu?”

         “Dikatakan yang daging harimau menangis ni di bahagian pinggang lembu. Bahagian ni yang akan digigit dahulu oleh harimau. Kalau harimau tu tak dapat makan bahagian pinggang lembu, itu yang menangis harimau tu.”

        “Itu ke sebabnya daging tu dipanggil harimau menangis? Rasanya this make sense.”

        Rifqi mengiakan kata-kata Sarah. Isi ikan siakap yang digoreng garing disuap ke mulut. Rifqi memerhati Sarah menyuap isi ikan siakap harimau menangis. Kunyahan pertama seperti biasa. Perubahan wajah Sarah begitu ketara sebaik sahaja isi ikan siakap tadi ditelan.

     Jelas Sarah tidak tahan pedas. Air mangga dihirup rakus. Wajahnya yang cerah sudah berona merah jambu. Pedas menyengat yang terasa-rasa di hujung lidah turut membuatkan mata Sarah berair. Itu dia penangan harimau menangis.

            “Awak okey?” risau pula Rifqi melihat keadaan Sarah yang sedang meneguk air mangga.

            “Saya okey,” balas Sarah. Tisu dicapai. Dilap sedikit hujung mata. Selepas itu dibawa tisu ke hidung.

           “Okay. Jangan makan lagi harimau tu. Sarah makan je udang tu ya. Ni tilapia panggang pun ada. Awak cuba dengan air asam ni,” ujar Rifqi.

         Dalam pada menahan rasa pedas, Sarah senyum juga. Mereka menyambung makan.

         “Hidangan kat sini not bad except for the crying tiger.”

          Ha! Ha! Ha! Meletus tawa Rifqi. Tadi dia sudah berjanji agar tidak ketawa. Namun ayat terakhir Sarah menggeletek hatinya.

       “Tadi Sarah tanya harimau boleh makan ke tak kan,” soal Rifqi.

     Sarah angguk. Tangannya yang memegang tisu masih lagi mengelap hidung.

         “Harimau memanglah boleh makan. Kalau tidak boleh makan macam mana dia nak hidup.” Ujar Rifqi. Wajah Sarah dijeling sekilas. Dia menunggu sesaat, dua saat reaksi Sarah.

            “Awak!” Sarah sudah membulatkan matanya.

            Sekali lagi, tanpa dipaksa meledak tawa Rifqi. Sarah tidak jadi mahu meneruskan rasa geramnya terhadap Rifqi. Nada tawa Rifqi kedengaran indah di telinga Sarah. Diperhati lelaki itu yang jelas ceria. Tanpa sedar matanya tunak memerhati raut wajah Rifqi.

        “Kenapa? Ada apa di muka saya?” soal Rifqi sambil tangannya menyapu sekitar mulut.

            Sarah sudah senyum. Timbul akal untuk mengenakan Rifqi.

            “Macam ada harimau ketawa je,” ujar Sarah.

            “Mana?” pantas Rifqi memberi reaksi.

       “Ni kat depan Sarah.” Sarah sudah menutup mulut. Tawa halusnya menarik perhatian Rifqi.

          “Amboi sukanya dia,” kata Rifqi. Sudahnya dia turut ketawa.

           Apabila hati berlagu irama yang sama, masing-masing sudah nampak serasinya. Sudah boleh mengikut rentak bicara. Mereka rancak berbual. Sungguh pun rasa malu itu masih ada, namun mereka berdua sudah boleh berbual mesra seperti mana mesra dan rancaknya berbual di dunia maya. Itu yang orang tua-tua dahulu menyebut, tak kenal maka tak cinta.

            “Awak,” panggil Sarah.

            “Ya saya,” balas Rifqi. Matanya tepat memandang ke mata Sarah.

            Sarah bungkam. Terasa seperti ada magnet di dalam mata. Dia tiada daya mahu mengalih pandangan.

             “Sarah nak cakap apa tadi?” soal Rifqi.

       “Err..papa Sarah pesan lepas makan awak kena singgah rumah,” ujar Sarah.

            “Baik. Awak tunggu sekejap ya,” langkah Rifqi atur ke kaunter pembayaran.

            Sementara menunggu Rifqi, mata Sarah leka melihat seorang kanak-kanak perempuan yang berada tidak jauh. ‘Comel. Kenapa dibiarkan anak kecil itu bermain seorang diri?’

               “Shall we?” Rifqi sudah pun berada di sisi Sarah.

          “Yes, sure.” Sarah bangun dari tempat duduk. Dia sudah mahu melangkah apabila suara tangisan si kecil menarik perhatian Sarah. Dia berpaling ke belakang. Nyata anak kecil yang diperhati tadi sudah menangis. Wajahnya seperti takut-takut.

            “Kenapa nangis ni. Mana mama?” soal Sarah pada si kecil apabila dia sudah berada di sisi si kecil. Rifqi turut menoleh kiri dan kanan mencari ibu atau bapa kanak-kanak comel yang sedang menangis itu.

      “Macam mana ni?” cemas nada suara Sarah. Dia turut memerhati sekeliling mencari ibu bapa kanak-kanak tadi. Wajah Rifqi dipandang sekilas sebelum pandangan dihala ke arah si kecil.

            “Jangan nangis sayang, ikut aunty cari mama.” Sarah sudah memegang tangan si kecil. Dia berjalan di dalam restoran untuk mencari ibu bapa si kecil. Rifqi turut mengekori langkah Sarah.

            “Dina,” suara seorang wanita kedengaran memangil. Wanita itu meluru ke arah Sarah. “Terima kasih tengokkan anak saya. Saya ke tandas tadi dan pesan dia tunggu di meja.”

            “Oh. Sama-sama.” Sarah senyum.

            Wanita tadi tunduk ke wajah anaknya yang dipanggil Dina. Air mata yang mengalir di pipi Dina dikesat dangan ibu jari.

            Sarah memerhati tindakan wanita itu. Rifqi sudah diam. Dia tergamam.

           Sewaktu ingin bersalaman dengan Sarah, barulah wanita tadi menoleh ke arah Rifqi. Dia ingin mengucapkan terima kasih.

    “Iqi!” Wanita tadi turut terkejut.

        Sarah yang berada di antara Rifqi dan wanita itu hanya mampu melihat aksi yang berlaku. Nampaknya wanita itu mengenali Rifqi. ‘Siapa wanita ini?’

           “Marina.” Sepotong nama meluncur dari bibir Rifqi.

           "Your girlfriend?” soal Marina.

       Rifqi berdiri lebih rapat di sisi Sarah. “This is my fiancée, Sarah.”

           Terdiam Marina. Matanya memandang tepat ke wajah Sarah.

         Sarah serba tidak kena. Senyuman yang cuba diukir di bibir seperti senyuman paksa.  Dipandang sekilas ke wajah Rifqi di sisi. Jelas ketara wajah itu nampak tegang. Timbul tanda tanya di fikiran Sarah. ‘Apa kisah mereka?'

p.s 
Entah kenapa setting paragraph ni lari pulak. Hope tak ganggu pembacaan para pembaca.

4 comments:

  1. Wah3 iqi dah mengaku Sarah tunang dia... Hehehe

    Uuuu siapa marina? Kisah lama iqi? Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suha, kata-kata tu bagaikan doa kan..

      Insya-Allah in next entry mungkin muncul lagi watak Marina ni..

      Delete
  2. Replies
    1. pandai Eifa teka, next-next entry Sha cerita ya kisah marka tak jadi ni

      Delete

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim