Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,
Alhamdulillah dapat juga update sambungan kisah ini. Dah taip laju-laju ni :)
Terima kasih masih setia mengikuti dan memberi sokongan terhadap kisah ini. Andai ada terkurang di sana sini tu, mohon dimaafkan.
Selamat membaca untuk semua.
Salam mesra,
Sha Hashim
Mr. Right Forever 17
DATIN Kharidah
meninjau ke luar tingkap. Deruman enjin kenderaan jelas kedengaran.
‘Eh! Dah balik? Tak jadi makan
tengahari di luarkah?’
Datin Kharidah menghala ke pintu utama. Daun pintu
ditarik dari dalam. Saiful yang sedang membuka kasut diperhati dengan rasa
hairan. Ditinjau sekali lagi ke luar.
“Assalamualaikum mama,” ucap Saiful.
“Waalaikumsalam. Saiful balik sorang
je? Sarah mana? Kamu tinggalkan dia kat mana ni?” soalan Datin Kharidah berbaur
rasa bimbang.
“Mama tanya ni. Dah kenapa senyum macam
tu? Kalau ya pun nak bergurau jangan la kamu tinggal dia sorang diri kat luar
sana. Apa-apa jadi macam mana? Adik kamu tu perempuan. Sekarang ni macam-macam
boleh jadi kat luar sana,” Datin Kharidah sudah membebel.
“Mama jangan risau. She is in a
good hand.” Saiful menjawab tenang.
Datin Kharidah semakin tidak faham.
“Cuba cerita pada mama, kat mana kamu tinggalkan dia. Biar mama pergi pick
her up.”
Kalut Saiful menahan mamanya.
Ditarik tangan mamanya duduk di sofa. “Mama calm down. She is just fine. Do
not worry okay.”
“Macam mana mama tak risau. Kalau
apa-apa jadi pada Sarah, apa mama nak jawab pada papa,” rasa gusar di hati
Datin Kharidah tidak dapat dibendung.
“Mama ni suka sangat fikir
bukan-bukan. Elok mama fikirkan yang baik-baik saja untuk Sarah, ma.” Saiful
cuba mententeramkan perasaan risau seorang wanita bergelar mama.
Datin Kharidah beristighfar. Ditarik
nafas dalam-dalam.
“Ha... macam tulah mama.” Saiful
kembali tersenyum. Tidak sampai hati dia mahu berteka-teki lebih lama dengan
mamanya. Lagi pun dia sendiri begitu teruja mahu menceritakan kisah benar yang
berlaku pada Sarah.
‘Gossip time! Eh bukan! Hot story to be
told!”
Datin Kharidah membetulkan duduknya. Dia mengadap Saiful
sambil membulatkan mata.
‘Mama dengan Sarah sama je. Suka buat macam tu.
Hmm....like mother like daughter,’ monolog Saiful yang mengundang tawa
di dalam hati. Eh! Boleh ya gelak dalam hati.
“Saiful Kamal Bin Dato’ Shamsul.”
Kalau sudah nama disebut penuh, maknanya Datin
Kharidah benar-benar mahukan penjelasan. Saiful faham benar sikap mamanya.
“Mama ingat tak anak Aunty Rozi?” soal
Saiful.
“Iqi. Kenapa dengan anak Aunty Rozi?” soal
Datin Kharidah kembali.
“Sarah kan cakap dia nak jumpa kawan dia. Lunch
date tu. Mama tahu dengan siapa?” sekali lagi soalan dijawab dengan soalan.
Wajah Datin Kharidah sudah berkerut. Dia tidak
faham apa kaitan anak sahabatnya dengan Sarah.
“What?” jawapan kepada soalan Saiful tadi.
“Ma...can’t you get it. Sarah and Iqi
ma!”
“What? Really?” wajah Datin Kharidah yang
berkerut tadi sudah bertukar ceria. “But how is this possible? Kalau tak
salah mama, mereka baru je bertemu masa kenduri anniversary mama dan
papa.”
“Long story ma. Baik mama tanya anak dara
mama tu. Kalau Saiful yang cerita nanti mama kata Saiful mengada-adakan
cerita.” Saiful mula senyum senget. “Who knows tahun ni kita makan nasi
minyak ma.”
Kata-kata Saiful mengundang senyuman kecil di bibir
Datin Kharidah. ‘Ini berita baik. Rozi kena tahu ni. Nampaknya projek kita on
lah Rozi.”
“Mama kenapa senyum lain macam je tu?” Saiful
memerhati riak ceria di wajah mamanya.
“Mama pun teringin juga nak makan nasi minyak.”
“Sebut pasal makan ni lapar pula. Tadi Saiful terus
balik. Tak join pun date dorang tu. Nanti Saiful kacau daun pula
kan.” Saiful mula mempamerkan susunan gigi putihnya sambil menjungkit kening.
“Kita tunggu papa sekejap. Nanti kita makan
sama-sama.” Datin Kharidah sudah berkira-kira mahu menghubungi sahabatnya.
Berita baik jangan ditangguh-tanguh. Banyak pula idea yang bersusun di dalam
kotak fikirannya.
“Papa ke mana ma?” soal Saiful.
“Papa tak ke mana. Ada di belakang tu. Apa lagi
kalau tak melayan si montel tiga empat ekor kat belakang tu.” Balas Datin
Kharidah.
Saiful tahu papa dan Sarah memang sejiwa. Dua-dua
pencinta haiwan. Kucing Siam milik Sarah itu papanya yang hadiahkan pada Sarah
dua tahun lepas. Sekarang kucing itu sudah pun beranak-pinak. Tapi banyak juga
sudah dijadikan kucing angkat oleh kawan-kawan mamanya.
“Papa selagi kucing-kucing tu tak diberi makan,
papa pun tak akan makan. Macam Saiful tak tahukan perangai papa tu,” ujar Datin
Kharidah sambil senyum mengingatkan sikap penyayang suaminya.
“Hari ni guardian Kitty pergi dating
ma. So bagi la chance Kitty manja-manja dengan papa,” balas Saiful. “Ma,
orang naik atas dulu. Nak tukar baju.”
“Hmmm...iyalah.” Datin Kharidah menggangguk.
Seulas senyum manis terbit di bibir Datin Kharidah.
Rancangan yang baru sahaja mahu diatur, rupanya sudah berjalan lebih awal.
Manusia merancang, namun perancangan Allah lebih hebat. MasyaAllah. Allah Maha
Agung.
*******
TERDIAM Sarah
melihat hidangan yang dibawa ke meja. ‘Nak makan dua orang saja. Pesan macam
nak makan empat lima orang.”
“Lepas ni awak akan ingat sampai
bila-bila lunch date awak kat sini,” ujar Rifqi sambil menukar minuman
pesanan mereka. “Your mango juice.”
“Air apa ni?” soal Sarah. Tangan
kanannya menghulur satu gelas tinggi dengan minuman berwarna putih susu kepada
Rifqi.
“Yang ini air durian belanda.”
Gelas di bahagian kanan Rifqi
diperhati lama.
“Why?” soal Rifqi.
“Macam best je minuman awak tu,” balas
Sarah.
“Nak rasa?” pelawa Rifqi.
“Boleh ke?”
“Lepas saya baca doa makan ni awak boleh rasa.”
Rifqi sudah menadah tangan. Doa makan
dibaca sambil Sarah mengaminkan bacaan doa.
‘Tanda right yang pertama.’
Sarah senyum. Mampukah Rifqi mengalahkan Faris
dalam kutipan mata yang hanya Sarah seorang sahaja yang tahu.
“Jemput makan Sarah. Jangan malu. Kalau malu
laparlah awak,” usik Rifqi. “Awak nak rasa, ambillah.”
Cepat sahaja Sarah menggeleng-gelengkan kepala.
Segan pula mahu mencicip minuman dari gelas lelaki di hadapannya. Sarah seperti
mencari sesuatu.
“Kenapa?”
“Sarah cari menu harimau menangis tu,” jujur
jawapan yang keluar dari bibir mungil Sarah.
Rifqi berusaha menahan tawa. Hari ini saja sudah
berapa kali dia ketawa. Dia tidak mahu Sarah kecil hati. Seboleh mungkin dia
mahu menjaga hati gadis di hadapannya.
“Inilah menu harimau menangis tu.”
Sarah membongkokkan sedikit badannya ke depan.
Hidangan yang berupa seperti seekor ikan ditilik dengan wajah yang sedikit
berkerut. “Tak ada rupa harimau pun. Ni bukan ikan ke?”
Rifqi tersenyum. “Memanglah itu
ikan. Ikan siakap yang digoreng garing.”
“Jadi apa kaitan harimau dengan ikan?
Sarah tak nampak pun kaitan antara harimau dan ikan.”
“Sarah...” panggil Rifqi.
“Ya saya.”
“Boleh tak kita makan dulu. Lepas
kita makan baru saya jawab soalan awak. Boleh macam tu?” tanya Rifqi mohon
kebenaran Sarah.
“Baiklah. Awak dah lapar ya,” soal
Sarah.
Rifqi menjawab dengan senyuman dan
anggukan.
“Sila-sila. Bismillah,” sambung
Sarah.
Rifqi mencedok kuah tomyam ke dalam
mangkuk kecil. Mangkuk pertama dihulur kepada Sarah. Dia menceduk tomyam ke
dalam mangkuk untuk dirinya sendiri selepas itu.
‘Tanda right kedua.’
“Terima kasih.”
“Selamat datang.”
Sarah sudah tersenyum mendengar
balasan yang diucapkan oleh Rifqi..
‘Comelnya.’
Rifqi kembali memberi fokus kepada
udang di dalam pinggan. Dibuang kulit lalu diletak di tepi pinggan. Udang yang
kedua juga sama. Dan juga udang yang seterusnya.
Sarah memerhati tindakan Rifqi. Mulut ringan mahu
bertanya. Namun niat mahu bertanya disimpan di dalam hati. Sudu di tangan kanannya
mula menyudu kuah tomyam. Dicicip sedikit. ‘Sedap. Cukup rasa.’
“Ini untuk awak,” udang yang sudah dibuang kulit disua
kepada Sarah.
“Kenapa bagi Sarah?” soal Sarah pelik.
“Kan Sarah suka udang.” Rifqi senyum menatap lembut
ke wajah Sarah.
Sekali lagi berkerut wajah Sarah. “Mana tahu Sarah
suka makan udang?”
Senyum di bibir Rifqi masih bersisa. “Lupa ya. Kan
Sarah yang bagi tahu saya masa kita chat di blog. Tak ingat ya?”
Rezeki yang berada di depan mata usah ditolak. Sarah
senyum sendiri. Dia tidak pasti bila dia bercerita perihal udang kesukaannya
dengan Rifqi. Nampaknya Rifqi mempunyai ingatan yang bagus sedangkan dia boleh
lupa pula hal itu.
‘Dua tanda right. Satu sebab tolong
kupas udang, satu lagi sebab ingat kesukaanku.’
“Kita makan dulu ya.” Rifqi mula
menyuap nasi ke mulut. Tangan menyuap, mulut mengunyah, mata pun turut bekerja.
Entah mengapa matanya susah mahu lepas dari wajah mulus Sarah.
Sarah sedar dirinya diperhati. Dia
tunduk menatap nasi di pinggan. Nasi disuap ke mulut. Dikunyah perlahan.
Sedar-sedar sesudu kerabu ikan keli sudah mendarat ke dalam pinggannya.
“Errr... terima kasih.”
“Awak tak ambil pun lauk. Malu ke
makan dengan saya?” tiba-tiba soalan itu ditanya oleh Rifqi. “Atau tak kena
dengan selera awak.”
Sarah menggeleng. “Bukan macam tu.
Macam mana saya nak makan kalau awak asyik tilik muka saya. Malulah Sarah macam
tu.”
“Oh... maafkan saya,” ucap Rifqi
sedar keterlanjurannya. “Mata saya ni entah kenapa hari ni jadi nakal. Langsung
tak nak dengar arahan.”
Sarah panggung kepala. Wajah Rifqi
diperhati sekilas. “Saya bukan apa. Takut nasi yang awak nak suap ke mulut tu,
tak masuk ke mulut. Tapi ke hidung perginya.”
Rifqi sudah ketawa. Mujur saat itu
mulutnya tidak dipenuhi makanan. Kalau tidak memang kes aniaya namanya. ‘Pandai
pun buat lawak.’
“Sedap juga kerabu ikan keli ni. Tak
pernah try sebelum ni,” akui Sarah mengubah topik perbualan.
“Yang harimau menangis ni awak tak
nak cuba?” soal Rifqi. Tangannya sudah memotong isi ikan siakap lalu diletak ke
pinggan Sarah.
“Awak, kenapa menu ikan siakap ni
dipanggil harimau menangis.” Sarah sudah tidak sabar mahu tahu.
“Saya pun tak pasti. Tapi yang pasti
hidangan ni memang pedas menyengat. Kalau tak tahan pedas, memang boleh
mengalir air mata. Boleh menangis dibuatnya. Tapi tolong jangan tanya kenapa
harimau, bukan penyu atau kucing atau mana-manalah haiwan lain.”
“Agaknya dulu, harimau ni suka makan
ikan siakap. Bila ikan siakap makin kurang atau mungkin dah pupus di situ, jadi
harimau ni dah tak boleh menikmati lazatnya isi ikan siakap. Itu yang sampai
menangis,” teori yang terfikir di minda Sarah. Diucapkan dengan senyum di
bibir.
“Hmmm... mungkin juga. Pandai awak,”
puji Rifqi. “You know what?”
Sarah menjungkit kening.
“Di Kedah pun ada juga menu harimau
menangis ni. Tapi kat sana hidangannya berupa daging bakar.” Jeda Rifqi. Kuah
tomyam dihirup sesudu.
“Oh ya ker? Kalau harimau dengan
daging, baru padan. Harimau dengan ikan tu macam tak kena saja,” komen Sarah. “So
apa cerita harimau menangis di utara tu?”
“Dikatakan yang daging harimau
menangis ni di bahagian pinggang lembu. Bahagian ni yang akan digigit dahulu
oleh harimau. Kalau harimau tu tak dapat makan bahagian pinggang lembu, itu
yang menangis harimau tu.”
“Itu ke sebabnya daging tu dipanggil
harimau menangis? Rasanya this make sense.”
Rifqi mengiakan kata-kata Sarah. Isi
ikan siakap yang digoreng garing disuap ke mulut. Rifqi memerhati Sarah menyuap
isi ikan siakap harimau menangis. Kunyahan pertama seperti biasa. Perubahan
wajah Sarah begitu ketara sebaik sahaja isi ikan siakap tadi ditelan.
Jelas Sarah tidak tahan pedas. Air mangga dihirup
rakus. Wajahnya yang cerah sudah berona merah jambu. Pedas menyengat yang
terasa-rasa di hujung lidah turut membuatkan mata Sarah berair. Itu dia penangan
harimau menangis.
“Awak okey?” risau pula Rifqi melihat
keadaan Sarah yang sedang meneguk air mangga.
“Saya okey,” balas Sarah. Tisu
dicapai. Dilap sedikit hujung mata. Selepas itu dibawa tisu ke hidung.
“Okay. Jangan makan lagi harimau tu.
Sarah makan je udang tu ya. Ni tilapia panggang pun ada. Awak cuba dengan air
asam ni,” ujar Rifqi.
Dalam pada menahan rasa pedas, Sarah
senyum juga. Mereka menyambung makan.
“Hidangan kat sini not bad except
for the crying tiger.”
Ha! Ha! Ha! Meletus tawa Rifqi. Tadi
dia sudah berjanji agar tidak ketawa. Namun ayat terakhir Sarah menggeletek
hatinya.
“Tadi Sarah tanya harimau boleh
makan ke tak kan,” soal Rifqi.
Sarah angguk. Tangannya yang
memegang tisu masih lagi mengelap hidung.
“Harimau memanglah boleh makan. Kalau
tidak boleh makan macam mana dia nak hidup.” Ujar Rifqi. Wajah Sarah dijeling
sekilas. Dia menunggu sesaat, dua saat reaksi Sarah.
“Awak!” Sarah sudah membulatkan
matanya.
Sekali lagi, tanpa dipaksa meledak
tawa Rifqi. Sarah tidak jadi mahu meneruskan rasa geramnya terhadap Rifqi. Nada
tawa Rifqi kedengaran indah di telinga Sarah. Diperhati lelaki itu yang jelas
ceria. Tanpa sedar matanya tunak memerhati raut wajah Rifqi.
“Kenapa? Ada apa di muka saya?” soal
Rifqi sambil tangannya menyapu sekitar mulut.
Sarah sudah senyum. Timbul akal
untuk mengenakan Rifqi.
“Macam ada harimau ketawa je,” ujar
Sarah.
“Mana?” pantas Rifqi memberi reaksi.
“Ni kat depan Sarah.” Sarah sudah
menutup mulut. Tawa halusnya menarik perhatian Rifqi.
“Amboi sukanya dia,” kata Rifqi.
Sudahnya dia turut ketawa.
Apabila hati berlagu irama yang
sama, masing-masing sudah nampak serasinya. Sudah boleh mengikut rentak bicara.
Mereka rancak berbual. Sungguh pun rasa malu itu masih ada, namun mereka berdua
sudah boleh berbual mesra seperti mana mesra dan rancaknya berbual di dunia maya.
Itu yang orang tua-tua dahulu menyebut, tak kenal maka tak cinta.
“Awak,” panggil Sarah.
“Ya saya,” balas Rifqi. Matanya
tepat memandang ke mata Sarah.
Sarah bungkam. Terasa seperti ada magnet
di dalam mata. Dia tiada daya mahu mengalih pandangan.
“Sarah nak cakap apa tadi?” soal
Rifqi.
“Err..papa Sarah pesan lepas makan
awak kena singgah rumah,” ujar Sarah.
“Baik. Awak tunggu sekejap ya,” langkah
Rifqi atur ke kaunter pembayaran.
Sementara menunggu Rifqi, mata Sarah
leka melihat seorang kanak-kanak perempuan yang berada tidak jauh. ‘Comel.
Kenapa dibiarkan anak kecil itu bermain seorang diri?’
“Shall
we?” Rifqi sudah pun berada di sisi Sarah.
“Yes,
sure.” Sarah bangun dari tempat duduk. Dia sudah mahu melangkah apabila
suara tangisan si kecil menarik perhatian Sarah. Dia berpaling ke belakang.
Nyata anak kecil yang diperhati tadi sudah menangis. Wajahnya seperti
takut-takut.
“Kenapa nangis ni. Mana mama?” soal
Sarah pada si kecil apabila dia sudah berada di sisi si kecil. Rifqi turut menoleh
kiri dan kanan mencari ibu atau bapa kanak-kanak comel yang sedang menangis
itu.
“Macam mana ni?” cemas nada suara
Sarah. Dia turut memerhati sekeliling mencari ibu bapa kanak-kanak tadi. Wajah
Rifqi dipandang sekilas sebelum pandangan dihala ke arah si kecil.
“Jangan nangis sayang, ikut aunty cari mama.” Sarah sudah memegang
tangan si kecil. Dia berjalan di dalam restoran untuk mencari ibu bapa si
kecil. Rifqi turut mengekori langkah Sarah.
“Dina,” suara seorang wanita kedengaran
memangil. Wanita itu meluru ke arah Sarah. “Terima kasih tengokkan anak saya.
Saya ke tandas tadi dan pesan dia tunggu di meja.”
“Oh. Sama-sama.” Sarah senyum.
Wanita tadi tunduk ke wajah anaknya
yang dipanggil Dina. Air mata yang mengalir di pipi Dina dikesat dangan ibu
jari.
Sarah memerhati tindakan wanita itu.
Rifqi sudah diam. Dia tergamam.
Sewaktu ingin bersalaman dengan Sarah,
barulah wanita tadi menoleh ke arah Rifqi. Dia ingin mengucapkan terima kasih.
“Iqi!” Wanita tadi turut terkejut.
Sarah yang berada di antara Rifqi
dan wanita itu hanya mampu melihat aksi yang berlaku. Nampaknya wanita itu
mengenali Rifqi. ‘Siapa wanita ini?’
“Marina.” Sepotong nama meluncur
dari bibir Rifqi.
"Your
girlfriend?” soal Marina.
Rifqi berdiri lebih rapat di sisi
Sarah. “This is my fiancée, Sarah.”
Terdiam Marina. Matanya memandang
tepat ke wajah Sarah.
Sarah serba tidak kena. Senyuman
yang cuba diukir di bibir seperti senyuman paksa. Dipandang sekilas ke wajah Rifqi di sisi.
Jelas ketara wajah itu nampak tegang. Timbul tanda tanya di fikiran Sarah. ‘Apa
kisah mereka?'
p.s
Entah kenapa setting paragraph ni lari pulak. Hope tak ganggu pembacaan para pembaca.
Entah kenapa setting paragraph ni lari pulak. Hope tak ganggu pembacaan para pembaca.
Wah3 iqi dah mengaku Sarah tunang dia... Hehehe
ReplyDeleteUuuu siapa marina? Kisah lama iqi? Hihihi
Suha, kata-kata tu bagaikan doa kan..
DeleteInsya-Allah in next entry mungkin muncul lagi watak Marina ni..
Sahih marka lama nih!
ReplyDeletepandai Eifa teka, next-next entry Sha cerita ya kisah marka tak jadi ni
Delete