21 March 2015

Mr. Right Forever 22

SUDAH dua hari tiada khabar yang diterima. Panggilan telefon tiada, malah khidmat pesanan ringkas juga tiada. Sarah memandang lesu telefon genggam miliknya. Rindukah dia pada jejaka itu?
            ‘Takkan aku nak call dia pula. Kalau call tak mengganggu ke?’ Sarah duduk bersandar sambil menarik nafas panjang. Matanya tepat memandang skrin komputer yang terpasang. Terdetik untuk menulis emel. Senyuman terukir di bibir.

            ‘Kenapa la tak terfikir dari awal?’

            Sarah merapatkan badan ke meja. Ikon Yahoo Mail ditekan. Dia mula menaip kata nama dan kata laluan. Sebaik sahaja pengesahan diterima, bersinar mata Sarah.

‘Kenapalah aku tak buka emel ni lebih awal?’ Laju Sarah membaca emel yang diterima. Kiriman emel itu telah pun berada di inbox Sarah sejak dua hari lepas.

From:Rifqi<rifqi_qamar@gmail.com>;
To: sarah@yahoo.com
Subject: Hi
Sent: Mon, February 16, 2014 1:30:08 PM

Semangat yang hampir lesu tadi kembali menyemarakkan rasa ceria. Segera dia klik ikon Reply. Kiriman emel Rifqi dijawab dengan pantas. Bibirnya terus mengukir senyum. Rasa rindu yang ditanggung sedikit terubat. Sarah faham Rifqi tidak boleh selalu menghubunginya. Biar pun kursus yang dihadiri oleh Rifqi hanyalah satu minggu, Sarah terasa seperti lama masa berlalu.

Puas hati dengan balasan emel yang ditaip, Sarah menekan ikon Send. Senyuman manis menghiasi seulas bibirnya. Senyum diukir seolah-olah pemuda itu berada di depan mata. ‘Kenapa bila berhadapan, tidak berani pula nak bertentang mata?’

Sarah geleng kepala memikirkan perasaan yang begitu rancak bertamu. Ada rasa rindu. Malu pun ada. Bak kata orang tua-tua, malu tapi mahu. ‘Cukup-cukuplah berangan tu Sarah. Time to visit my little cutie meow.’

            Sarah bangun lalu membuka pintu bilik. Langkah disusun ke Klinik Amalan Haiwan Kesayangan. Telefon bimbit miliknya dibiarkan sahaja di atas meja.

            Sebaik pintu bilik dikunci, Sarah melangkah tenang. Tangan diseluk ke dalam kot putih yang dipakai. Baru beberapa langkah, terdengar namanya diseru.

            “Dr. Sarah. Jumpa di bilik saya in 10 minutes time,” arah Dr. Rashid. “I nak ke admin sekejap.”

            “Baik Dr.”

            Tidak jadi Sarah mahu melawat haiwan comel di wad. Langkahnya terus menuju ke arah tangga. Walau pun lif ada tersedia, dia lebih senang mendaki anak-anak tangga. Baik untuk jantung, Sarah percaya itu.

            Mindanya tertanya-tanya juga tujuan Dr. Rashid mahu berjumpa dengannya. Dia melangkah dengan fikiran yang sarat dengan soalan.

‘Jangan serabutkan kepala tu. Kejap lagi tau la sebab dia nak jumpa kau,’

Terjungkit kedua-dua kening Sarah. Dia sudah tiba di aras satu. Pintu kecemasan ditolak dari luar. Dia membelok ke kanan. Bilik Dr Rashid berada di kedudukan kedua dari pintu kecemasan. Sarah bersandar di sebelah pintu bilik Dr. Rashid.

Mujur Sarah tidak perlu menunggu lama.

Sorry Dr. Sarah. I made you waiting here,” ujar Dr. Rashid.

“Tak apa Dr. Saya pun baru sampai,” balas Sarah.

Okay come,” pelawa Dr. Rashid.

Pintu bilik dibiarkan terbuka. Sarah duduk di kerusi yang bertentangan dengan Dr. Rashid dan membelakangi pintu masuk.

Do you know the treatment for ringworm?” soalan yang ditanya membuatkan wajah Sarah tenang dengan senyuman di bibir.

“Suntikan Ivermectin atau spray Accurate dan Frontline.”

“Pernah guna cara tradisional?”

“Saya biasa gunakan lebihan minyak yang menggoreng ikan. Dalam tempoh satu minggu sudah nampak hasilnya,” akui Sarah. “Besides selepas itu bulu yang tumbuh lebih cantik.”

That’s right. Jimat dan mudah,” kata Dr. Rashid.

Sarah mengangguk tanda setuju. Sarah masih belum nampak apa yang ingin disampaikan oleh penyelianya itu.

“Begini I dapat satu dana untuk develop practical usage dari minyak goreng ikan tu. I want to commercialize it,” Dr. Rashid seperti tahu apa yang bermain di minda Sarah. Dia memberikan penerangan secara ringkas.

Sarah mengangguk tanda faham mendengar penerangan Dr. Rashid.

So what do you think? You are the first person I bagi tahu perkara ni,” ujar Dr Rashid.

Sarah seperti tidak percaya. Namun jauh di suduh hati dia rasa gembira. Dalam ramai-ramai doktor veterinar di situ, dia dipilih untuk berkongsi berita tersebut. Jelas dia nampak bagaimana terujanya Dr. Rashid sewaktu menyampaikan penerangan dan perancangan yang sudah dirangka.

I think this is a good idea. Minyak guna semula ini turut ada nilai. Usaha Dr Rashid ni menyokong kempen kerajaan dalam kitar semula. I just wonder apa kandungan sebenar dalam minyak tu yang mempercepatkan pemulihan pada kucing yang dijangkiti kurap ni. Rasanya tidak banyak kajian terperinci tentang perkara ini,” balas Sarah yakin.

So what say you?” Dr Rashid masih menunggu pendapat Sarah.

Sarah berbesar hati menerima kepercayaan daripada Dr Rashid. “Beginilah Dr. I have to go through the paper work first. Later I will come back to you and we will discuss further.”

Dr Rashid menganggukkan kepala. Dia yakin cadangan yang disampaikan telah difahami oleh Sarah. “Baik. I am looking forward to hear your feedback very soon.”

“Ya Dr. Jika tak ada apa-apa lagi saya minta diri.”

Dr. Rashid sekali lagi mengangguk perlahan.

Sarah bangun dan membawa bersama kertas cadangan yang diberi oleh Dr Rashid.

*******

SARAH sudah membuka pintu keretanya. Niatnya tadi mahu ke wad haiwan dibatalkan.

            “Sarah awal balik hari ni?” tegur Faris yang baru melintasi ruang meletak kenderaan.

            My mum called tadi. Ada family dinner malam ni,” ujar Sarah dalam senyuman.

            “Untunglah you,” balas Faris.

            “Sorry ya Faris. Tak boleh nak jemput you sama. Family dinner kan.”

            Okay. Tunggu la I jadi a part of your family one day. One day,” ulang Faris.

            Sarah terdiam. Dia tahu Faris masih menyimpan harapan. Apa kan daya. Hatinya bukan untuk lelaki itu. Serta-merta seraut wajah Rifqi bermain di ruang mata.

            “Faris, I have to go now. Jumpa esok,” Sarah masuk ke dalam kereta. Dia mahu segera beredar dari situ. Sudah acapkali dia mendengar ucapan mengharap daripada Faris. Bukan niatnya mahu menghampakan lelaki itu, namun hatinya yang tidak mahu. Diakui Faris lelaki yang baik.

            Sarah menghidupkan enjin keretanya. Dia mengangkat tangan kepada Faris sebelum memandu perlahan dan berlalu dari situ. Dari cermin pandang belakang, Sarah lihat Faris masih lagi berdiri di situ memerhati kelibat keretanya menghilang.

            “Maafkan aku, Faris,” ucap Sarah perlahan.

            Pada masa yang sama Faris masih lagi berdiri memerhati Sarah yang semakin menghilang. Gadis yang bertahkta di hatinya itu bagai jinak merpati. Mudah didekati, namun sukar dipikat. Sudah bertahun dia mencuba. Sabar. Ya itu sahaja yang membuatnya masih belum mahu mengalah.

6 comments:

  1. Kak sha!!!!~~~

    Finally ada entry baru... Hehe~
    Alaa kali ni rifqi tak muncul, emel dia je muncul... Huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suha...
      Rifqi tgh bz berkursus tu yg x muncul..tunggu dia balik kursus nnti

      Delete
    2. Wokeh... Akanku tunggu... Hehe
      Update laju2 kak... Hehe *pandai ckp kt org lain je, diri sendiri slow update cerita..*

      Delete
    3. :) Terima kasih Suha yang sentiasa beri sokongan.

      Delete
  2. Akhirnya muncul jugak entry baru. Dah pandai rindu-rinduan yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) terima kasih Eifa yang mengikuti kisah ni..

      bunga-bunga rindu dah ada tu..mula2 rindu..lama2 terbitlah sayang..insyaAllah

      Delete

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim