SUDAH dua hari tiada khabar yang diterima. Panggilan telefon tiada, malah
khidmat pesanan ringkas juga tiada. Sarah memandang lesu telefon genggam
miliknya. Rindukah dia pada jejaka itu?
‘Takkan aku nak call dia pula. Kalau call
tak mengganggu ke?’ Sarah duduk bersandar sambil menarik nafas panjang. Matanya
tepat memandang skrin komputer yang terpasang. Terdetik untuk menulis emel.
Senyuman terukir di bibir.
‘Kenapa la tak terfikir dari awal?’
Sarah merapatkan badan ke meja. Ikon Yahoo Mail
ditekan. Dia mula menaip kata nama dan kata laluan. Sebaik sahaja pengesahan diterima,
bersinar mata Sarah.
‘Kenapalah aku tak buka
emel ni lebih awal?’ Laju Sarah membaca emel yang diterima. Kiriman emel itu
telah pun berada di inbox Sarah sejak dua hari lepas.
From:Rifqi<rifqi_qamar@gmail.com>;
To: sarah@yahoo.com
Subject: Hi
Sent: Mon, February 16, 2014 1:30:08 PM
To: sarah@yahoo.com
Subject: Hi
Sent: Mon, February 16, 2014 1:30:08 PM
Semangat yang hampir lesu
tadi kembali menyemarakkan rasa ceria. Segera dia klik ikon Reply.
Kiriman emel Rifqi dijawab dengan pantas. Bibirnya terus mengukir senyum. Rasa
rindu yang ditanggung sedikit terubat. Sarah faham Rifqi tidak boleh selalu
menghubunginya. Biar pun kursus yang dihadiri oleh Rifqi hanyalah satu minggu,
Sarah terasa seperti lama masa berlalu.
Puas hati dengan
balasan emel yang ditaip, Sarah menekan ikon Send. Senyuman manis
menghiasi seulas bibirnya. Senyum diukir seolah-olah pemuda itu berada di depan
mata. ‘Kenapa bila berhadapan, tidak berani pula nak bertentang mata?’
Sarah geleng kepala
memikirkan perasaan yang begitu rancak bertamu. Ada rasa rindu. Malu pun ada.
Bak kata orang tua-tua, malu tapi mahu. ‘Cukup-cukuplah berangan tu Sarah. Time
to visit my little cutie meow.’
Sarah bangun lalu membuka pintu bilik. Langkah disusun ke
Klinik Amalan Haiwan Kesayangan. Telefon bimbit miliknya dibiarkan sahaja di
atas meja.
Sebaik pintu bilik dikunci, Sarah melangkah tenang.
Tangan diseluk ke dalam kot putih yang dipakai. Baru beberapa langkah,
terdengar namanya diseru.
“Dr. Sarah. Jumpa di bilik saya in 10 minutes time,” arah
Dr. Rashid. “I nak ke admin sekejap.”
“Baik Dr.”
Tidak jadi Sarah mahu melawat haiwan comel di wad.
Langkahnya terus menuju ke arah tangga. Walau pun lif ada tersedia, dia lebih
senang mendaki anak-anak tangga. Baik untuk jantung, Sarah percaya itu.
Mindanya tertanya-tanya juga tujuan Dr. Rashid mahu
berjumpa dengannya. Dia melangkah dengan fikiran yang sarat dengan soalan.
‘Jangan serabutkan
kepala tu. Kejap lagi tau la sebab dia nak jumpa kau,’
Terjungkit kedua-dua
kening Sarah. Dia sudah tiba di aras satu. Pintu kecemasan ditolak dari luar.
Dia membelok ke kanan. Bilik Dr Rashid berada di kedudukan kedua dari pintu
kecemasan. Sarah bersandar di sebelah pintu bilik Dr. Rashid.
Mujur Sarah tidak perlu
menunggu lama.
“Sorry Dr.
Sarah. I made you waiting here,” ujar Dr. Rashid.
“Tak apa Dr. Saya pun
baru sampai,” balas Sarah.
“Okay come,”
pelawa Dr. Rashid.
Pintu bilik dibiarkan
terbuka. Sarah duduk di kerusi yang bertentangan dengan Dr. Rashid dan
membelakangi pintu masuk.
”Do you know the
treatment for ringworm?” soalan yang ditanya membuatkan wajah Sarah tenang dengan
senyuman di bibir.
“Suntikan Ivermectin
atau spray .”
“Pernah guna cara
tradisional?”
“Saya biasa gunakan
lebihan minyak yang menggoreng ikan. Dalam tempoh satu minggu sudah nampak
hasilnya,” akui Sarah. “Besides selepas itu bulu yang tumbuh lebih
cantik.”
“That’s right.
Jimat dan mudah,” kata Dr. Rashid.
Sarah mengangguk tanda
setuju. Sarah masih belum nampak apa yang ingin disampaikan oleh penyelianya
itu.
“Begini I dapat satu
dana untuk develop practical usage dari minyak goreng ikan tu. I want
to commercialize it,” Dr. Rashid seperti tahu apa yang bermain di minda
Sarah. Dia memberikan penerangan secara ringkas.
Sarah mengangguk tanda
faham mendengar penerangan Dr. Rashid.
“So what do you
think? You are the first person I bagi tahu perkara ni,” ujar Dr Rashid.
Sarah seperti tidak
percaya. Namun jauh di suduh hati dia rasa gembira. Dalam ramai-ramai doktor
veterinar di situ, dia dipilih untuk berkongsi berita tersebut. Jelas dia
nampak bagaimana terujanya Dr. Rashid sewaktu menyampaikan penerangan dan
perancangan yang sudah dirangka.
“I think this is a
good idea. Minyak guna semula ini turut ada nilai. Usaha Dr Rashid ni
menyokong kempen kerajaan dalam kitar semula. I just wonder apa
kandungan sebenar dalam minyak tu yang mempercepatkan pemulihan pada kucing
yang dijangkiti kurap ni. Rasanya tidak banyak kajian terperinci tentang
perkara ini,” balas Sarah yakin.
“So what say you?”
Dr Rashid masih menunggu pendapat Sarah.
Sarah berbesar hati menerima
kepercayaan daripada Dr Rashid. “Beginilah Dr. I have to go through the paper
work first. Later I will come back to you and we will discuss further.”
Dr Rashid menganggukkan
kepala. Dia yakin cadangan yang disampaikan telah difahami oleh Sarah. “Baik. I
am looking forward to hear your feedback very soon.”
“Ya Dr. Jika tak ada apa-apa
lagi saya minta diri.”
Dr. Rashid sekali lagi mengangguk
perlahan.
Sarah bangun dan membawa
bersama kertas cadangan yang diberi oleh Dr Rashid.
*******
SARAH sudah membuka pintu
keretanya. Niatnya tadi mahu ke wad haiwan dibatalkan.
“Sarah awal balik hari ni?” tegur Faris yang baru melintasi
ruang meletak kenderaan.
“My mum called tadi. Ada family dinner malam
ni,” ujar Sarah dalam senyuman.
“Untunglah you,” balas Faris.
“Sorry ya Faris. Tak boleh nak jemput you sama. Family
dinner kan.”
“Okay. Tunggu la I jadi a part of your family one
day. One day,” ulang Faris.
Sarah terdiam. Dia tahu Faris masih menyimpan harapan. Apa
kan daya. Hatinya bukan untuk lelaki itu. Serta-merta seraut wajah Rifqi bermain
di ruang mata.
“Faris, I have to go now. Jumpa esok,” Sarah masuk
ke dalam kereta. Dia mahu segera beredar dari situ. Sudah acapkali dia mendengar
ucapan mengharap daripada Faris. Bukan niatnya mahu menghampakan lelaki itu, namun
hatinya yang tidak mahu. Diakui Faris lelaki yang baik.
Sarah menghidupkan enjin keretanya. Dia mengangkat tangan
kepada Faris sebelum memandu perlahan dan berlalu dari situ. Dari cermin pandang
belakang, Sarah lihat Faris masih lagi berdiri di situ memerhati kelibat keretanya
menghilang.
“Maafkan aku, Faris,” ucap Sarah perlahan.
Pada masa yang sama Faris masih lagi berdiri memerhati Sarah
yang semakin menghilang. Gadis yang bertahkta di hatinya itu bagai jinak merpati.
Mudah didekati, namun sukar dipikat. Sudah bertahun dia mencuba. Sabar. Ya itu sahaja
yang membuatnya masih belum mahu mengalah.
Kak sha!!!!~~~
ReplyDeleteFinally ada entry baru... Hehe~
Alaa kali ni rifqi tak muncul, emel dia je muncul... Huhuhu
Suha...
DeleteRifqi tgh bz berkursus tu yg x muncul..tunggu dia balik kursus nnti
Wokeh... Akanku tunggu... Hehe
DeleteUpdate laju2 kak... Hehe *pandai ckp kt org lain je, diri sendiri slow update cerita..*
:) Terima kasih Suha yang sentiasa beri sokongan.
DeleteAkhirnya muncul jugak entry baru. Dah pandai rindu-rinduan yer?
ReplyDelete:) terima kasih Eifa yang mengikuti kisah ni..
Deletebunga-bunga rindu dah ada tu..mula2 rindu..lama2 terbitlah sayang..insyaAllah