14 June 2013

Kasihmu 35

“Rayyan, Luqman balik nanti singgah rumah ya. Abi saya nak bertemu dengan awak berdua,” pesan Shaheen.

“Baiklah. Saya pun dah janji akan jaga awak seperti mana saya menjaga diri saya sendiri. Janji tu saya masih ingat,” jawab Luqman.
 
Rayyan senyum gembira. Dia berdoa agar ini menjadi permulaan kepada episod bahagia Luqman dan Shaheen.
 
“Kenapa senyum tiba-tiba ni Rayyan,” soal Shaheen.

“Saya senyum sebab kita dah sampai KL. Selamat sampai,” balas Rayyan masih tersenyum.
 
“Rayyan, terima kasih ya,” ucap Shaheen.
 
“Sama-sama. Err.. tapi untuk apa ya?” tanya Rayyan.
 
Shaheen lantas teringatkan Afzan. Ayat itu sering diucapkan oleh Afzan setiap kali dia mengucapkkan terima kasih.
 
“Sebab memandu dengan berhati-hati. Kita selamat pergi dan selamat kembali,” kata Shaheen.
 
“Oh.. perkara kecil sahaja. Saya happy dapat bantu kawan-kawan di saat mereka memerlukan,” balas Rayyan.
 
“Rumah Sha area mana,” Luqman bertanya sambil memaling ke arah Shaheen.
 
“Sha tinggal di Seksyen 7, Shah Alam,” jawab Shaheen.
 
“Dekat dengan UiTM ke?” Rayyan pula bertanya.
 
“Ya betul. Tau tak tasik rekreasi di Seksyen 7 tu. Rumah saya dekat area situ la,” jawab Shaheen.
 
“Ok saya tau area tu. Tapi nanti bagi the right direction ok. Takut saya terbabas simpang. Dah lama juga tak ke sini. Dulu masa jadi student UiTM, memang hafal jalan-jalan kat sini. Tapi sekarang ni mungkin dah banyak beza agaknya,” balas Rayyan.
 
“Hmm itu la. Ok jangan risau. Awak tau Hotel Concorde Shah Alam?” soal Shaheen.
 
“Ya saya tau,” kata Rayyan.
 
“Ok saya akan direct awak dari situ,” janji Shaheen.
 
Luqman senyum sahaja. Dia benar-benar kurang arif jalan-jalan di sekitar Shah Alam. Andai dia ditinggalkan seorang diri di situ, pasti dia hilang arah. Akhirnya dia diam sahaja. Semuanya diserahkan kepada Rayyan.
 
“Ok Rayyan awak masuk ambil lane kanan. Kat depan tu ada traffic light. Awak turn right. Then ikut jalan tu straight,” arah Shaheen.

Rayyan memandu dengan hati-hati. Laluan tersebut sedikit sibuk. Banyak pula kenderaan petang itu.
 
“Please keep on your right. Masuk susur kanan yang ada traffic light tu. Sebelah kanan tu tasik. Simpang kedua awak masuk kiri. Dari situ sampai first simpang masuk kiri lagi sekali. Ok awak masuk Jalan Kristal 7/63D. Rumah saya nombor 32,” Shaheen memandu arah.
 
Rayyan memandu perlahan di jalan tersebut. Matanya memerhati setiap nombor rumah di sebelah kanannya.
 
“Rumah ini ya,” Luqman bertanya bila Rayyan berhenti betul-betul di hadapan rumah Shaheen.
 
“Ya betul,” ucap Shaheen.
 
Rayyan mematikan enjin.
 
“Mari masuk. Abi saya ada kat dalam,” Shaheen tahu Abinya ada di rumah bila kereta Abinya berada di ruang parkir.
 
Luqman berhenti melangkah di ruang hadapan rumah Shaheen. Koleksi orkid milik Ummi Shaheen diperhati dengan penuh ralit. Ingatannya melayang mengingati Mamanya. Rindu mula bertamu. Dia rasa tidak sabar menunggu dua hari lagi untuk bertemu Mama dan Papanya.
 
“Eh Luq kenapa berdiri di situ. Marilah masuk,” panggil Shaheen.
 
Rayyan sudah pun berdiri di muka pintu Namun dia tidak melangkah masuk. Dia menunggu Luqman hampir dengannya.
 
“Assalamualaikum,” sapa Shaheen sewaktu memasuki rumah. “Both of you duduk kejab ya. Sha panggil Abi dengan Ummi,” Shaheen sudah menghilang ke dalam rumah.
 
Dalam masa tak sampai lima minit Shaheen kembali ke ruang tamu.
 
“Tunggu kejab ya. Abi dengan Ummi ada kat atas,” beritahu Shaheen. “Sha ke dapur kejab.”
 
“Eh Sha, jangan susah-susah buat air. Kami singgah kejab je ni. Nak pulangkan anak tuan rumah,” Luqman bersuara perlahan.
 
Shaheen senyum. “Awak ni Luq. Macam Sha sesat jalan saja. Siap hantar pulang.”
 
Rayyan sudah gelak kecil. Dia memerhati sahaja gelagat Luqman dan Shaheen. Luqman ikut senyum mendengar kata balas daripada Shaheen.
 
“Saya kan dah janji dengan Abi awak untuk jaga awak. Jadi kena la saya hantar awak balik dengan selamat sampai rumah. Awak amanah saya,” ucap Luqman.
 
Shaheen benar-benar terharu mendengar kata-kata Luqman. Dia sentiasa berasa selamat setiap kali berada di sisi Luqman. ‘Lelaki ini,’ bisik Shaheen di dalam hati.
 
“Terima kasih Luq sebab jaga saya sepanjang tiga hari ni. Rayyan juga, thanks,” ucap Shaheen memandang mereka berdua silih berganti.
 
“Sama-sama Sha,” balas Rayyan dan Luqman hampir serentak.
 
“Assalamualaikum,” sapa Encik Suffian. Dia berjalan ke sofa lalu menghampiri Luqman dan Rayyan.
 
“Waalaikumsalam Pakcik,” balas Luqman. “Pakcik apa khabar?” Luqman bersalaman dengan Encik Suffian.
 
“Alhamdulillah baik,” balas Encik Suffian.
 
“Pakcik ini sahabat saya, Rayyan,” Luqman memperkenalkan Rayyan.
 
Rayyan tergamam. Dia diam terpaku. Dia sungguh tidak menduga akan bertemu dengan Encik Suffian sekeluarga. ‘Een,’ nama itu melintas di minda Rayyan.
 
“Pakcik Yan?” tanya Rayyan ingin memastikan orang di depan mata adalah orang yang sama.
 
Encik Suffian terkejut bila mendengar Rayyan memanggilnya begitu.
 
“Anak ni siapa? Kita pernah kenalkah sebelum ini?” tanya Encik Suffian.
 
Rayyan sudah menghampiri Encik Suffian. Lantas dia memeluk Encik Suffian.
 
Encik Suffian terdiam. Dia cuba mengingati siapakah anak muda yang sedang memeluknya.
 
“Saya Fitriansyah Putra. Ayah saya Fandi dan emak saya Syahila. Pakcik ingat lagi kita berjiran di Kampung Pasir,” luah Rayyan sambil memandang tepat ke wajah Encik Suffian.
 
“Masya Allah. Fitri ke ni?” ucap Encik Suffian seperti tidak percaya.
 
“Ya Pakcik,” Rayyan mengiayakan kata-kata Encik Suffian.
 
“Ya Allah. Jumpa lagi kita. Hampir 15 tahun lamanya. Tak ada khabar dari keluarga Fitri. Mak ayah apa khabar Fitri?” Encik Suffian sungguh tidak terduga akan bertemu semula dengan Fitriansyah.
 
Rayyan terdiam. Kenangan bersama kedua orang tuanya menerpa di ruang mata.
 
“Pakcik, mereka dah meninggal akibat kemalangan jalan raya. Enam tahun dulu,” ucap Rayyan dalam senyum yang sedikit payah diukir.
 
“Innalillahi wainnailaihirojiun,” ucap Encik Sufian perlahan. “Maaf Fitri. Pakcik tak tau.”
 
Rayyan hanya mengangguk memahami keadaan Encik Sufian.
 
“Eh duduklah Luqman, Fitri. Kenapa berdiri?” Encik Sufian menyuruh mereka duduk. “Haji, Fitri ni anak jiran saya masa saya menetap di Kampung Pasir. Keluarga kami dah macam adik-beradik.”
 
Luqman yang melihat pertemuan semula Rayyan dan keluarga Encik Suffian senyum. Dia yakin hubungan mereka pastinya sungguh rapat. Luqman teringat gadis yang sering disebut oleh Rayyan. Ya ‘Een’. Luqman terpempan. Minda sedarnya segera menganalisis data yang dia ada. Dia percaya Een yang sering dikatakan oleh Rayyan adalah Shaheen. Gadis seiras Alisanya. Hatinya sedikit terusik. Dia tahu selama ini Rayyan memang mencari Een. Kini Een telah pun muncul di depan Rayyan. Hatinya sedikit serabut memikirkan apa yang akan Rayyan lakukan. Adakah Rayyan akan cuba memenangi hati Shaheen? Adakah Rayyan akan meninggalkan Afzan? Dia tidak tahu.
 
“Haji Luqman,” panggil Encik Suffian. “Kenapa diam saja tu?”
 
“Pakcik, panggil saya Luqman saja. Segan pula saya bila Pakcik panggil saya macam tu,” pinta Luqman cuba menyembunyikan gusar di hati.
 
“Iyalah, Luqman,” balas Encik Suffian.
 
“Dah lama Pakcik pindah ke Shah Alam ni?” tanya Rayyan membuka topik perbualan.
 
“Dah lama juga. Tiga tahun lepas keluarga Fitri pindah tu, Pakcik beli rumah di sini,” kata Encik Suffian.
 
“Luqman tinggal di mana?” tanya Encik Suffian. “Rayyan pula tinggal dengan siapa?”
 
“Saya tinggal di Bandar Kinrara Pakcik,” kata Luqman.
 
“Rumah saya pun tak jauh sangat dengan rumah Luqman ni. Saya tinggal di Puncak Jalil dengan kakak Pakcik,”
 
“Maksud kamu Farah?” tanya Encik Suffian.
 
“Betul Pakcik. Kak Farah,” kata Rayyan.
 
“Iqin tengok ni siapa yang datang,” kata Encik Suffian sebaik sahaja isterinya muncul dengan sepiring kerepek pisang. Shaheen berada tidak jauh di belakang Umminya. Tangannya memegang dulang berisi gelas dan satu kaca berisi minuman sejuk.
 
“Siapa?” Puan Asyiqin memerhati kedua anak muda rakan Shaheen. Matanya lama jatuh ke wajah Luqman.Tenang hatinya memandang wajah itu.
 
“Yang ini Haji Luqman. Ingat tak yang abang cerita pasal tayar pancit tu. Inilah orangnya yang bersusah payah tolong abang.”
 
“Oh ya. Terima kasih Luqman bantu suami makcik,” ucap Puan Asyiqin. Puan Asyiqin tidak mampu menutup senyuman di bibir. ‘Orang muda rupanya Haji Luqman ni,’ kata hati Puan Asyiqin.
 
“Sama-sama makcik.”
 
“Yang ni pula Fitri. Kenal?” tanya Encik Suffian.
 
“Fitri ni siapa ya?” Puan Asyiqin masih tidak dapat mengingati sepotong nama itu.
 
“Ini anaknya Fandi dengan Shahila. Jiran kita di Kampung Pasir dulu,” Encik Suffian cuba mengembalikan ingatan isterinya pada nama itu.
 
“Sungguh ke ni? Ya Allah dah besar Fitri, Makcik tak kenal kamu,” ucap Puan Asyiqin.
 
“Makcik apa khabar,” tegur Rayyan. “Lama tak jumpa Makcik dan Pakcik, tak banyak berubah.”
 
“Alhamdulillah sihat macam ni la Fitri. Apa tak ubahnya. Rambut pun dah beruban ni,” balas Puan Asyiqin.
 
Mereka ketawa mendengar kata-kata Puan Asyiqin.
 
“Een kenal lagi tak dengan Abang Fitri,” tanya Puan Asyiqin.
 
Shaheen yang tadi diam di sisi Umminya senyum sahaja. Dia juga terkejut bila mengetahui siapa Rayyan sebenarnya.
 
“Takkan tak ingat. Pergi sekolah sama-sama. Balik sekolah sama-sama. Makan pun sama-sama,” usik Encik Suffian bila Shaheen diam sahaja. Terkejut barangkali.
 
“Een ingat. Cuma tak sangka kita kenal sebagai rakan perniagaan sahaja sebelum ni. Rupanya Rayyan ni Abang Fitri. Kenapa Een tak perasan nama Abang masa Luq kenalkan Abang dulu,” ucap Shaheen malu-malu.
 
Luqman sedikit terasa bila Shaheen memanggil Rayyan abang. Namun apakan daya dia mahu menahan. Dia bukan siapa-siapa pada Shaheen.
 
“Rayyan?”
 
“Oh itu nama yang Luqman dan kawan-kawan panggil di universiti dulu,” ucap Rayyan pantas.
 
“Ya Pakcik. Nama dia panjang sangat. Kebetulan Rayyan tu maksudnya pintu syurga untuk orang yang berpuasa. Rayyan pula lahir sehari awal sebelum Hari Raya Aidil Fitri. Di Australia nama Rayyan lebih senang disebut. Itu yang kami semua panggil dia Rayyan Pakcik,” ulas Luqman dengan senyuman.
 
Shaheen leka memerhati senyuman Luqman. Dia tahu lelaki itu ada aura yang membuatnya sentiasa berasa tenang dan selamat.
 
“Jemput minum Rayyan. Luqman. Kejab lagi kita makan laksa Penang ya,” pelawa Encik Suffian.
 
“Een pergi tengok kuah laksa kat dapur. Dah mendidih agaknya. Siapkan ya. Hidang untuk Luqman dan Fitri..err Rayyan,” pinta Puan Asyiqin. “Bahan-bahan tu dalam fridge, Ummi dah siapkan tadi.”
 
“Baik Ummi,” balas Shaheen lantas berlalu ke dapur.
 
“Eh Makcik tak perlu susah-susah. Kami singgah sekejab je ni. Saya nak hantar Sha dengan selamat. Itu kan janji saya pada Pakcik,” Luqman bersuara sedikit cemas. Dia bimbang jika kedatangan mereka menyusahkan tuan rumah, sementelah ini kunjungannya yang pertama.
 
“Tak ada susahnya Luqman. Laksa tu memang Makcik kamu siapkan untuk kamu. Dah tau kamu sampai petang ni. Rezeki jangan ditolak Luqman,” kata Encik Suffian.
 
“Yalah Luqman, Fitri. Err.. Rayyan. Memang Makcik siapkan untuk kamu tadi. Makcik ucapkan terima kasih juga pada kamu berdua. Een selamat sampai rumah,” tambah Puan Asyiqin.
 
“Makcik panggil saja Fitri. Kat rumah Kak Farah panggil Fitri. Ni Luqman and the gang je panggil saya Rayyan,” kata Rayyan bila dilihatnya Puan Asyiqin serba salah mahu memanggil namanya.
 
“Kalau gitu Makcik pun nak panggil Rayyan juga lah,” kata Puan Asyiqin. “Apa khabar mak ayah kamu, Farah tinggal kat mana?”
 
“Makcik, mak ayah saya dah tak ada. Dah enam tahun. Kemalangan jalan raya. Kak Farah ada di Puncak Jalil. Saya tinggal dengan Kak Farah dan keluarga dia,” balas Rayyan.
 
“Jadi Farah dah kahwin ya. Berapa orang anaknya?” soal Puan Asyiqin ingin tahu.
 
“Tiga orang dah anak buah saya Makcik. Semua hero,” balas Rayyan dalam senyuman.

“Innalillah,” ucap Puan Asyiqin pendek. Tidak sempat dia berjumpa Shahila, ibu Rayyan. Baik orangnya. Shahila yang menjaga Shaheen bila dia terpaksa ke luar kawasan mengikuti suami yang waktu itu masih bertatih menguruskan perniagaan kayu jati.
 
“Ummi, Een dah siap hidang ni,” suara Shaheen memanggil, mematikan ingatan Puan Asyiqin terhadap jiran lamanya.
 
“Luqman, Rayyan mari. Jangan segan. Makcik memang masak untuk kamu ni,” ulang Puan Asyiqin.
 
Luqman sudah memandang Rayyan. Dia segan. Namun Rayyan yang kelihatan selesa bersama keluarga Shaheen membuat dia sedikit tenang.
 
“Jemput Luqman, Rayyan,” Encik Suffian pula memanggil mereka berdua.
 
Luqman dan Rayyan mengekori langkah Encik Suffian ke meja makan. Mereka berlima duduk mengadap hidangan Laksa Utara. Bau kuah laksa yang meruap masih panas itu membuka selera. Sebelum menjamu selera, Rayyan membacakan doa makan.
 
“Jemput makan ya. Jangan malu,” ucap Encik Suffian.
 
Rayyan sesekali menjeling Shaheen. Tidak sangka dia bertemu juga dengan Een. Selama ini Een yang dicari telah pun berada di depan mata. Mengapa dia tidak pernah nampak sebelum ini. Namun syukur dia bertemu juga dengan gadis yang sudah lama ingin dijejakinya.
 
Luqman yang duduk berhadapan dengan Shaheen turut melirik ke arah Shaheen. Gadis itu tunduk menikmati hidangan. Mata mereka berlaga saat Shaheen mencapai gelas minuman. Shaheen menyisip air minuman. Tidak berani dia melawan mata Luqman. Terasa satu debaran menjalar di dada. Terasa laju degub jantungnya. Tangan dibawa ke dada. Shaheen berharap debaran itu akan reda secepatnya.
 
*******
 
“Kenapa aku tak perasan?” ucap Rayyan sewaktu mereka berdua di dalam kereta meninggalkan rumah Shaheen.
 
“Jadi apa perasaan kau sekarang?” tanya Luqman.
 
“Entahlah Luq. Happy memang happy. Tapi itu sudah menjadi sejarah pada aku Luq. Een sudah aku anggap seperti adik aku sendiri. Sekarang ni hati aku cuma untuk Afzan,” luah Rayyan.
 
“Kau tak menyesal? Bukankah selama ini kau memang menunggu Een?” tanya Luqman lagi.
 
Rayyan diam sebelum menjawab kata-kata Luqman. “Sebelum ini memang aku menunggu Een. Tapi kehadiran Afzan mengubah itu semua. Aku yakin Allah sudah menentukan takdir aku bukan dengan Een.”
 
Luqman memikirkan kata-kata Rayyan. Dia akui Rayyan benar-benar tulus mahu membina keluarga bahagia bersama Afzan. Dia turut mendoakan kebahagiaan sahabatnya itu.
 
“Luq, kau tak rasa apa-apa dengan Sha ke?” soal Rayyan bila Luqman diam sahaja.
 
“Kenapa?” soal Luqman kembali.
 
“Ya la. Aku tengok kau pandang semacam je kat Sha tu. Kau suka dia?” soal Rayyan terus terang.
 
“Aku pun tak tahu Rayyan. Setiap kali aku pandang Sha, aku akan teringat Arwah Alisa. Walaupun mereka berdua berbeza, tapi sikit sebanyak mereka ada persamaan. Aku takut aku terima Sha sebab arwah Alisa,” balas Luqman membuka rahsia hatinya.
 
“Luq kau kena ingat Arwah dah lama pergi. Biarlah dia tenang di sana. Kita yang hidup ni perlu teruskan hidup kita. Lagi pun sampai bila kau nak jadi macam ni Luq,” nasihat Rayyan.
 
Luqman tahu Rayyan mahu melihat dia bahagia. Namun bahagiakah dia jika bayangan Arwah Alisa masih kuat berada di mindanya.
 
“Luq cubalah kau beri peluang hati kau untuk menerima orang lain. Walau pun Sha tu mengingatkan kau pada Arwah, kau kena buang perasaan tu. Terima lah dia seadanya. Terimalah dia kerana diri dia Luq. Bukan sebab bayangan Arwah yang ada dalam diri Sha tu,” nasihat Rayyan bersambung.

“Berilah aku masa untuk memikirkan hal ni. Aku tak mahu mensia-siakan Sha nanti. Sejujurnya aku suka dia Rayyan. Tapi aku kena pastikan rasa suka aku tu tiada kaitan dengan arwah Alisa. Aku tak mahu Sha kecewa nanti,” jawab Luqman memandang jauh ke hadapan.
 
Rayyan lega mendengar luahan kata Luqman. Dia memikkrkan cara terbaik membantu Luqman melupakan kenangan Arwah yang begitu mengikat Luqman selama ini.
 
“Luq adakah Arwah cinta pertama kau?” tanya Rayyan.
 
“Dialah yang pertama dalam hidup aku Rayyan. Aku mulai faham rasa cinta bersama arwah. Banyak kenangan kami bersama. Susah aku nak padamkan kenangan tu. Aku belum bersedia Rayyan,” luah Luqman. Suaranya bergetar menahan rindu pada Arwah Alisa.
 
“Luq, aku sarankan kau buat solat istikharah mohon petunjuk dariNya. Moga hati kau tenang selepas itu,” cadang Rayyan.
 
“Thanks Rayyan.”
 
Perjalanan dari Shah Alam ke Bandar Kinrara mengambil masa lebih satu jam. Keadaan jalan raya yang sedikit sesak di Lebuhraya Persekutuan melambatkan pemanduan Rayyan. Namun dia memandu dengan sabar.
 
“Rayyan esok jangan lupa ambil aku ya. Kereta aku di office,” pesan Luqman.
 
“Ok buddy. Kau tolong remind aku pagi esok boleh,” pinta Rayyan.
 
“Ok roger. Rayyan hati-hati drive tu. Jumpa esok,” ucap Luqman.
 
“Ok I will. Insya Allah Luq. Assalamualaikum Luq.”
 
“Waalaikumsalam Rayyan.”

No comments:

Post a Comment

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim