08 February 2014

Cinta Milikmu Selamanya 5

           “Eryna, Tihani duduk ya. Sembang dengan Ammara,” kata Puan Marissa.

“Ya makcik. Terima kasih, makan tengahari tadi sedap,” puji Eryna jujur.
“Terima kasih makcik. Kami datang makan je. Tak tolong apa-apa pun.” Tihani pula menyambung.
“Ala Ery, masakan biasa saja. Makanan kampung,” balas Puan Marissa. “ Apa tak tolongnya Tiha. Makcik pun nak cakap terima kasih. Kamu berdua tolong cuci pinggan tadi. Malu makcik, tetamu sibuk di dapur mencuci pinggan.”

“Perkara kecil je tu makcik,” kata Tihani.
“Iyalah. Makcik masuk ke dalam dulu. Duduk ya berbual dengan Ammara.” Puan Marissa berlalu ke dalam rumah.
Biarpun cuaca di luar agak panas namun suasana yang sedikit berangin, terasa nyaman. Selepas menikmati makan tengah hari dan usai solat zuhur, Ammara membawa Eryna dan Tihani duduk di ruang gazebo.
“Duduk kejap ya,” kata Ammara.
Lima minit berlalu. Ammara kembali dengan dulang di tangan. Berhati-hati dia meletakkan dulang di atas meja bulat itu. Dituang air kepada sahabatnya.
“Wah ada chocolate cake. My Favourite ni,” kata Tihani.
“Makanlah. Aku buat semalam.” Ammara menghulurkan piring kek ke arah Tihani dan seterusnya dihulur kepada Eryna pula.
“Ermm sedapnya Ara. Pandai kau buat. Melting in my mouth,” kata Tihani yang sememangnya penggemar coklat.
“Habislah diet aku,” kata Eryna. “Apa pun rezeki jangan ditolak, kan Tiha.”
Tihani hanya mampu mengangguk. Mulutnya masih penuh dengan kek coklat.
“Hish tak payah la diet bagai. Kau dah slim ni. Diet apa lagi?” usik Ammara.
“Hey bukan senang tau nak maintain gini. Silap gaya mahu kembang badan aku ni,” ulas Eryna seraya menjeling Ammara yang sedang tersenyum manis.
“Apa susah, lepas makan kita work out la. Jogging setempat ke, janji excercise,” kata Tihani.
Eryna sudah menjeling Tihani pula. Ammara sudah ketawa.
“Gelak-gelak juga, bila nak cerita ni,” kata Eryna sudah tidak sabar.
“Yalah Ara. Macam mana interview? Kat mana? Okay tak penemuduga tu? Apa yang ditanya?” soal Tihani pula.
Ammara sudah senyum mendengar pertanyaan sahabatnya yang bertubi-tubi. Ammara mengambil cawan di atas meja. Disisip sedikit teh limau ais.
“Aku interview di Harris Architects Sendirian Berhad.”
Eryna sudah berkerut dahi. Nama syarikat yang disebut oleh  Ammara seperti biasa dia dengar.
“So macam mana,” Tihani memintas kata-kata Ammara.
“Ya Allah sabar la. Tak sempat Ara nak tarik nafas la kau ni,” kata Eryna sambil mencubit lengan Tihani.
“Uit sakitlah. Memang jari ketam betullah kau ni Ery. Since dari zaman belajar lagi,” kata Tihani sambil menyapu bahagian lengannya yang terkena cubitan Eryna tadi.
Ammara senyum sahaja. ‘Alahai sahabatku. Masih tak berubah rupanya perangai masing-masing.’
“Ha dah kenapa ni senyum pula?” soal Eryna.
“Ada yang menarik yang berlaku masa kau interview tu Ara?” soal Tihani laju.
Ammara senyum lagi bila teringatkan pengalamannya berada di Harris Architects Sendirian Berhad sebagai penyambut tetamu di meja hadapan. Bertemu pula dengan Kirana.
“Serius aku rindu kau berdua. Kat sana aku tak ada kawan-kawan macam kau berdua,” luah Ammara.
“Iyalah tu. Tapi kat sana mesti kau ramai kawan mata biru, mata hijau, rambut blonde, rambut coklat, kulit putih, kulit hitam,” kata Tihani.
Ammara teringat kawan-kawannya di University Of Sheffield. “Betul tu Tiha. Tapi mereka tak sama dengan kau berdua. Tak akan ada ganti,” ucap Ammara. Wajah sahabatnya direnung lama silih berganti.
“Alahai syahdu rasa. Janganlah cakap macam tu. Nanti aku nangis,” Tihani sudah merenung sayu ke arah Ammara.
“Jangan nangis Tiha, sure buruk rupa kau nanti.” Eryna sengaja mengusik Tihani.
Ammara ketawa mendengar kata-kata Eryna. Teringat dia gelagat Eryna dan Tihani semasa mereka sama-sama di universiti dahulu. UiTM Shah Alam menyimpan banyak kenangan mereka bersama.
“Eih bila nak habis cerita ni,” kata Eryna. “Kau ada cakap pasal tak dapat pun tak apa. So apa kes sebenarnya?”
“Kenapa pula macam tu? Harris Architects tu such a big firm tau,” ulas Tihani.
Ammara tahu reputasi firma Harris Architects. Dia cukup yakin dia mampu memberi sumbangan jika berjaya di dalam temuduga pagi tadi. Namun niatnya mahu bekerja di situ terbantut selepas bertemu Zaim di situ. Dia belum bersedia mahu berdepan dengan pemuda tinggi lampai itu. Dia cukup pasti Zaim pasti akan menuntut penjelasan daripadanya.
“Ya Allah kenapa termenung pula ni?” soal Tihani.
“Kau nak tahu aku jumpa siapa tadi di Harris Architects?” tanya Ammara menimbulkan tanda tanya pada sahabatnya.
“Siapa?” serentak Eryna dan Tihani menyoal.
“Amboi tak menyempat. Laju je kan nak tahu,” kata Ammara.
“Mestilah nak tahu,” balas Eryna.
“Siapa yang kau jumpa tu Ara? Kami kenal ke?” soal Tihani.
Ammara menggangguk. Dipandang wajah kedua-dua orang sahabatnya itu.
“Zaim.”
Eryna sudah bulat matanya memandang Ammara dan Tihani sudah ternganga mulutnya.
You mean Sir Zaim, our former lecturer at UiTM dulu?” soal Tihani mahu mengesahkan orang yang disebut oleh Ammara adalah orang sama yang dibayangkan.
Ammara mengangguk beberapa kali mengiakan pertanyaan Tihani.
“Really? So how is he? Still hot?” soal Tihani.
“Dia kenal kau tak?” soal Eryna pula.
“Entahlah. Kami tak sempat berbual pun. Dalam sesi interview kan.” Ammara berjeda seketika. “Itu yang aku berat hati. Kalau aku dapat kerja tu, for sure aku akan berdepan dengan dia hari-hari.”
“Apa perasaan kau waktu tu?” tanya Eryna.
Ammara memandang Eryna lama.
“Ara, kau tahukan perasaan Zaim. Selepas kau pergi tu dia macam kucing hilang anak. Kami berdua sampai tak larat nak cakap dengan dia. Sampaikan kami pula macam orang salah. Dari jauh lagi, asal nampak dia kami akan cari jalan lain. Punya la nak mengelak dari bertembung dengan dia.” Tihani menyampaikan berita yang sudah pun Ammara tahu.
“Ya Ara, puas kami menggelak. Takut terbocor rahsia. Aku yakin kalau dia tahu kau di mana waktu tu, memang dia akan ikut kau ke sana,” kata Eryna.
“Terima kasih Ery, Tiha. Tolong jaga rahsia aku. Sekurang-kurangnya aku kat sana lebih fokus,” luah Ammara. ‘Benarkah?’
Eryna memerhati Ammara. Dia sedar Ammara tidak akan dapat sembunyikan rasa hatinya. Biar pun mulut mengatakan tidak, hati di dalam siapa tahu. Malah melihat dari sinar mata Ammara sahaja Eryna sudah tahu. Ammara sedang cuba menyembunyikan kisah hatinya.
“Sekarang kau dah balik sini. Kebarangkalian kau akan terjumpa dengan dia tu besar. Tengok baru balik dah terjumpa di tempat temuduga. Lagi lama kau di sini, entah di mana lagi agaknya kau akan bertemu dengan Zaim,” ulas Tihani.
Ammara akui kata-kata Tihani ada benarnya. Kebenaran kata-kata itu pasti berlaku jika dia diterima bekerja sebumbung dengan Zaim. ‘Bagaimanalah agaknya atau apalah yang akan berlaku.’
“Ammara kenapa kau tolak cinta Zaim dulu,” soalan yang ditanya oleh Tihani membuatkan Ammara teringat kembali saat Zaim meluahkan rasa hatinya.
“Ammara jika Zaim sekali lagi meluahkan perasaannya, adakah kau akan terima?” soalan Eryna membuatkan Ammara terdiam.
“Aku tak tahu,” jawab Ammara perlahan.
“Satu perkara yang kau kena ingat, jika kita berjodoh dengan seseorang, walau ke mana pun kita terpisah jodoh akan tetap menyatukan dua hati,” kata Tihani.
“Kalau begitu biarlah masa yang menentukan semua tu,” balas Ammara.
“Kau belum jawab soalan aku tadi Ara,” kata Eryna.
“Soalan yang mana?” soal Ammara.
“Perasaan kau macam mana bila bertembung dengan Zaim pagi tadi?” ulang Eryna.
Ammara mengukir senyum. Terasa seperti dia berada di dalam bilik temuduga tadi. Jantungnya berdegup laju. Namun alhamdulillah dia berjaya mengawal emosi. Jika tidak entah bagaimana dia akan menghadapi situasi yang tidak terduga olehnya. Tidak terlintas di fikirannya, secepat itu dia akan bertemu Zaim kembali. Enam tahun jauh dari lelaki itu, namun dalam tempoh satu minggu dia kembali dari perantauan, lelaki itu telah dia temui.
“Ara aku yakin dia masih menunggu kau,” ucap Eryna.
Tihani turut mengiayakan kata-kata Eryna.
“Aku harap kau pertimbangkan semula keputusan kau jika sekali lagi Zaim meluahkan isi hatinya,” sambung Eryna.
“Ya Ara. Jika dah jodoh kau dengan dia, lambat atau cepat tetap akan bersama,” ucap Tihani dalam senyuman.
‘Kenapa ni, Ery dan Tiha beria-ia benar menyokong Zaim. Apa kena dengan mereka?’ Ammara terasa pelik.
“Aku doakan kau dapat kerja tu Ara,” ucap Tihani.
“Aku pun. Aamiin,” sahut Eryna. “Eh dah hampir pukul tiga petang. Aku kena balik office ni.”
“Okay jom aku hantar kau berdua balik pejabat. Sekejap ya aku bawa masuk gelas dan piring ni.” Ammara bangun lalu meletakkan gelas dan piring ke dalam dulang.
“Aku tolong.” Eryna mengangkat jag air.
Ammara dan Eryna kembali ke arah Tihani yang sedang menunggu.
“Oh ya, tunggu sekejap. Aku naik atas dulu,” kata Ammara. Segera dia berlari-lari anak menaiki tangga.
Lebih kurang lima minit dia turun semula.
“Ini ada sikit buah tangan for my best friends,” ucap Ammara sambil menghulurkan satu beg kertas kepada sahabatnya.
“Boleh aku buka?” tanya Tihani.
“Bukalah. Hope both of you like it,” ucap Ammara.
Thanks Ammara. This is lovely,” ucap Tihani apabila sehelai trench coat berwarna kuning cair diacu ke badannya.
“Cantik sangat. Thanks Ara for this lovely blue trench coat. Dah lama nak beli, tapi kat sini quite expensive,” kata Eryna sambil memeluk Ammara.
You’re welcome,” balas Ammara. “Dah jom aku hantar both of you back to the office.”
Sebelum keluar, Ammara mendapatkan Mamanya. “Ma Ammara keluar sekejap. Hantar Ery dengan Tiha.”
Puan Marissa bersalaman dengan Eryna dan Tihani.
“Makcik kami balik dulu. Terima kasih untuk makan tengah hari tadi,” ucap Eryna bagi pihak Tihani.
“Sama-sama. Bila senang datang lagi. Jangan segan. Ammara dah balik sini boleh la selalu datang ke sini.” Puan Marissa sangat senang menerima kunjungan sahabat Ammara.
“In sha Allah, Makcik,”  balas Tihani.
“Ma, Ammara pergi ya,” kata Ammara seraya mencium pipi Puan Marissa.
"Hati-hati sayang," kata Puan Marissa.
Ammara, Eryna dan Tihani segera memasuki kereta. Mereka melambai tangan ke arah Puan Marissa yang masih berdiri di ruang garaj.
“Nak hantar siapa dulu ni?” tanya Ammara.
“Aku,” jawab Eryna.
Okay. Kau Tiha tak ada kelas ke petang ni?” soal Ammara.
“Petang aku free. Hari ni aku ada satu kelas saja,” balas Tihani.
Ammara memandu menuju ke arah Damansara. Selepas menghantar Eryna, dia kembali ke Serdang menghantar Tihani pula. Di dalam perjalanan mereka berbual-buat tentang suasana kerja Eryna dan Tihani. Diselit juga pengalaman Ammara di luar negara.
Happy sangat kau dah balik. Barulah complete korum kita,” ucap Eryna.
“Ya lepas ni boleh la kita hang out like before.”
Mereka bertiga senyum gembira mengingatkan kembali kenangan mereka di zaman belajar dahulu. Selepas ini banyak lagi kenangan manis yang bakal tercipta di antara tiga orang sahabat ini.
Sepanjang perjalanan pulang, kata-kata Eryna dan Tihani masih berlegar-legar di fikiran Ammara. ‘Benarkah dia masih menunggu aku?’

2 comments:

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim