“Eryna, Tihani duduk ya. Sembang dengan Ammara,” kata Puan Marissa.
“Ya makcik. Terima kasih, makan tengahari tadi sedap,” puji Eryna jujur.
“Terima kasih makcik. Kami datang makan je. Tak tolong apa-apa pun.”
Tihani pula menyambung.
“Ala Ery, masakan biasa saja. Makanan kampung,” balas Puan Marissa.
“ Apa tak tolongnya Tiha. Makcik pun nak cakap terima kasih. Kamu berdua tolong
cuci pinggan tadi. Malu makcik, tetamu sibuk di dapur mencuci pinggan.”
“Perkara kecil je tu makcik,” kata Tihani.
“Iyalah. Makcik masuk ke dalam dulu. Duduk ya berbual dengan
Ammara.” Puan Marissa berlalu ke dalam rumah.
Biarpun cuaca di luar agak panas namun suasana yang sedikit
berangin, terasa nyaman. Selepas menikmati makan tengah hari dan usai solat
zuhur, Ammara membawa Eryna dan Tihani duduk di ruang gazebo.
“Duduk kejap ya,” kata Ammara.
Lima minit berlalu. Ammara kembali dengan dulang di tangan.
Berhati-hati dia meletakkan dulang di atas meja bulat itu. Dituang air kepada
sahabatnya.
“Wah ada chocolate cake. My Favourite ni,” kata Tihani.
“Makanlah. Aku buat semalam.” Ammara menghulurkan piring kek ke
arah Tihani dan seterusnya dihulur kepada Eryna pula.
“Ermm sedapnya Ara. Pandai kau buat. Melting in my mouth,”
kata Tihani yang sememangnya penggemar coklat.
“Habislah diet aku,” kata Eryna. “Apa pun rezeki jangan ditolak,
kan Tiha.”
Tihani hanya mampu mengangguk. Mulutnya masih penuh dengan kek
coklat.
“Hish tak payah la diet bagai. Kau dah slim ni. Diet apa
lagi?” usik Ammara.
“Hey bukan senang tau nak maintain gini. Silap gaya mahu
kembang badan aku ni,” ulas Eryna seraya menjeling Ammara yang sedang tersenyum
manis.
“Apa susah, lepas makan kita work out la. Jogging
setempat ke, janji excercise,” kata Tihani.
Eryna sudah menjeling Tihani pula. Ammara sudah ketawa.
“Gelak-gelak juga, bila nak cerita ni,” kata Eryna sudah tidak
sabar.
“Yalah Ara. Macam mana interview? Kat mana? Okay tak
penemuduga tu? Apa yang ditanya?” soal Tihani pula.
Ammara sudah senyum mendengar pertanyaan sahabatnya yang
bertubi-tubi. Ammara mengambil cawan di atas meja. Disisip sedikit teh limau
ais.
“Aku interview di Harris Architects Sendirian Berhad.”
Eryna sudah berkerut dahi.
Nama syarikat yang disebut oleh Ammara
seperti biasa dia dengar.
“So macam mana,” Tihani
memintas kata-kata Ammara.
“Ya Allah sabar la. Tak
sempat Ara nak tarik nafas la kau ni,” kata Eryna sambil mencubit lengan Tihani.
“Uit sakitlah. Memang jari
ketam betullah kau ni Ery. Since dari zaman belajar lagi,” kata Tihani sambil
menyapu bahagian lengannya yang terkena cubitan Eryna tadi.
Ammara senyum sahaja.
‘Alahai sahabatku. Masih tak berubah rupanya perangai masing-masing.’
“Ha dah kenapa ni senyum
pula?” soal Eryna.
“Ada yang menarik yang
berlaku masa kau interview tu Ara?” soal Tihani laju.
Ammara senyum lagi bila
teringatkan pengalamannya berada di Harris Architects Sendirian Berhad sebagai penyambut tetamu
di meja hadapan. Bertemu pula dengan Kirana.
“Serius aku rindu kau
berdua. Kat sana aku tak ada kawan-kawan macam kau berdua,” luah Ammara.
“Iyalah tu. Tapi kat sana
mesti kau ramai kawan mata biru, mata hijau, rambut blonde, rambut
coklat, kulit putih, kulit hitam,” kata Tihani.
Ammara teringat
kawan-kawannya di University Of
Sheffield. “Betul tu Tiha. Tapi mereka tak sama dengan kau berdua. Tak akan ada
ganti,” ucap Ammara. Wajah sahabatnya direnung lama silih berganti.
“Alahai syahdu rasa. Janganlah cakap macam tu. Nanti aku nangis,” Tihani
sudah merenung sayu ke arah Ammara.
“Jangan nangis Tiha, sure buruk rupa kau nanti.” Eryna
sengaja mengusik Tihani.
Ammara ketawa mendengar kata-kata Eryna. Teringat dia gelagat Eryna
dan Tihani semasa mereka sama-sama di universiti dahulu. UiTM Shah Alam
menyimpan banyak kenangan mereka bersama.
“Eih bila nak habis cerita ni,” kata Eryna. “Kau ada cakap pasal
tak dapat pun tak apa. So apa kes sebenarnya?”
“Kenapa pula macam tu? Harris Architects tu such a
big firm tau,” ulas Tihani.
Ammara tahu reputasi firma Harris
Architects. Dia cukup yakin dia mampu memberi sumbangan jika berjaya di dalam
temuduga pagi tadi. Namun niatnya mahu bekerja di situ terbantut selepas
bertemu Zaim di situ. Dia belum bersedia mahu berdepan dengan pemuda tinggi
lampai itu. Dia cukup pasti Zaim pasti akan menuntut penjelasan daripadanya.
“Ya Allah kenapa
termenung pula ni?” soal Tihani.
“Kau nak tahu aku jumpa
siapa tadi di Harris Architects?” tanya Ammara menimbulkan tanda tanya pada
sahabatnya.
“Siapa?” serentak Eryna dan
Tihani menyoal.
“Amboi tak menyempat. Laju
je kan nak tahu,” kata Ammara.
“Mestilah nak tahu,” balas
Eryna.
“Siapa yang kau jumpa tu
Ara? Kami kenal ke?” soal Tihani.
Ammara menggangguk.
Dipandang wajah kedua-dua orang sahabatnya itu.
“Zaim.”
Eryna sudah bulat matanya
memandang Ammara dan Tihani sudah ternganga mulutnya.
“You mean Sir Zaim, our former
lecturer at UiTM dulu?” soal Tihani mahu mengesahkan orang yang
disebut oleh Ammara adalah orang sama yang dibayangkan.
Ammara mengangguk beberapa
kali mengiakan pertanyaan Tihani.
“Really? So how is he? Still
hot?” soal Tihani.
“Dia kenal kau tak?” soal
Eryna pula.
“Entahlah. Kami tak sempat
berbual pun. Dalam sesi interview kan.” Ammara berjeda seketika. “Itu
yang aku berat hati. Kalau aku dapat kerja tu, for sure aku akan
berdepan dengan dia hari-hari.”
“Apa perasaan kau waktu tu?”
tanya Eryna.
Ammara memandang Eryna lama.
“Ara, kau tahukan perasaan
Zaim. Selepas kau pergi tu dia macam kucing hilang anak. Kami berdua sampai tak
larat nak cakap dengan dia. Sampaikan kami pula macam orang salah. Dari jauh
lagi, asal nampak dia kami akan cari jalan lain. Punya la nak mengelak dari
bertembung dengan dia.” Tihani menyampaikan berita yang sudah pun Ammara tahu.
“Ya Ara, puas kami
menggelak. Takut terbocor rahsia. Aku yakin kalau dia tahu kau di mana waktu
tu, memang dia akan ikut kau ke sana,” kata Eryna.
“Terima kasih Ery, Tiha.
Tolong jaga rahsia aku. Sekurang-kurangnya aku kat sana lebih fokus,” luah
Ammara. ‘Benarkah?’
Eryna memerhati Ammara. Dia
sedar Ammara tidak akan dapat sembunyikan rasa hatinya. Biar pun mulut
mengatakan tidak, hati di dalam siapa tahu. Malah melihat dari sinar mata
Ammara sahaja Eryna sudah tahu. Ammara sedang cuba menyembunyikan kisah
hatinya.
“Sekarang kau dah balik sini. Kebarangkalian kau akan terjumpa
dengan dia tu besar. Tengok baru balik dah terjumpa di tempat temuduga. Lagi
lama kau di sini, entah di mana lagi agaknya kau akan bertemu dengan Zaim,”
ulas Tihani.
Ammara akui kata-kata Tihani ada benarnya. Kebenaran kata-kata itu
pasti berlaku jika dia diterima bekerja sebumbung dengan Zaim. ‘Bagaimanalah
agaknya atau apalah yang akan berlaku.’
“Ammara kenapa kau tolak cinta Zaim dulu,” soalan yang ditanya oleh
Tihani membuatkan Ammara teringat kembali saat Zaim meluahkan rasa hatinya.
“Ammara jika Zaim sekali lagi meluahkan perasaannya, adakah kau
akan terima?” soalan Eryna membuatkan Ammara terdiam.
“Aku tak tahu,” jawab Ammara perlahan.
“Satu perkara yang kau kena ingat, jika kita berjodoh dengan
seseorang, walau ke mana pun kita terpisah jodoh akan tetap menyatukan dua
hati,” kata Tihani.
“Kalau begitu biarlah masa yang menentukan semua tu,” balas Ammara.
“Kau belum jawab soalan aku tadi Ara,” kata Eryna.
“Soalan yang mana?” soal Ammara.
“Perasaan kau macam mana bila bertembung dengan Zaim pagi tadi?”
ulang Eryna.
Ammara mengukir senyum. Terasa seperti dia berada di dalam bilik
temuduga tadi. Jantungnya berdegup laju. Namun alhamdulillah dia berjaya
mengawal emosi. Jika tidak entah bagaimana dia akan menghadapi situasi yang
tidak terduga olehnya. Tidak terlintas di fikirannya, secepat itu dia akan
bertemu Zaim kembali. Enam tahun jauh dari lelaki itu, namun dalam tempoh satu
minggu dia kembali dari perantauan, lelaki itu telah dia temui.
“Ara aku yakin dia masih menunggu kau,” ucap Eryna.
Tihani turut mengiayakan kata-kata Eryna.
“Aku harap kau pertimbangkan semula keputusan kau jika sekali lagi
Zaim meluahkan isi hatinya,” sambung Eryna.
“Ya Ara. Jika dah jodoh kau dengan dia, lambat atau cepat tetap
akan bersama,” ucap Tihani dalam senyuman.
‘Kenapa ni, Ery dan Tiha beria-ia benar menyokong Zaim. Apa kena
dengan mereka?’ Ammara terasa pelik.
“Aku doakan kau dapat kerja tu Ara,” ucap Tihani.
“Aku pun. Aamiin,” sahut Eryna. “Eh dah hampir pukul tiga petang.
Aku kena balik office ni.”
“Okay jom aku hantar kau berdua balik pejabat. Sekejap ya aku bawa
masuk gelas dan piring ni.” Ammara bangun lalu meletakkan gelas dan piring ke
dalam dulang.
“Aku tolong.” Eryna mengangkat jag air.
Ammara dan Eryna kembali ke arah Tihani yang sedang menunggu.
“Oh ya, tunggu sekejap. Aku naik atas dulu,” kata Ammara. Segera
dia berlari-lari anak menaiki tangga.
Lebih kurang lima minit dia turun semula.
“Ini ada sikit buah tangan for my best friends,” ucap Ammara
sambil menghulurkan satu beg kertas kepada sahabatnya.
“Boleh aku buka?” tanya Tihani.
“Bukalah. Hope both of you like it,” ucap Ammara.
“Thanks Ammara. This is lovely,” ucap Tihani apabila
sehelai trench coat berwarna kuning cair diacu ke badannya.
“Cantik sangat. Thanks Ara for this lovely blue trench
coat. Dah lama nak beli, tapi kat sini quite expensive,” kata Eryna
sambil memeluk Ammara.
“You’re welcome,” balas Ammara. “Dah jom aku hantar both
of you back to the office.”
Sebelum keluar, Ammara mendapatkan Mamanya. “Ma Ammara keluar
sekejap. Hantar Ery dengan Tiha.”
Puan Marissa bersalaman dengan Eryna dan Tihani.
“Makcik kami balik dulu. Terima kasih untuk makan tengah hari tadi,”
ucap Eryna bagi pihak Tihani.
“Sama-sama. Bila senang datang lagi. Jangan segan. Ammara dah balik
sini boleh la selalu datang ke sini.” Puan Marissa sangat senang menerima
kunjungan sahabat Ammara.
“In sha Allah, Makcik,”
balas Tihani.
“Ma, Ammara pergi ya,” kata Ammara seraya mencium pipi Puan
Marissa.
"Hati-hati sayang," kata Puan Marissa.
Ammara, Eryna dan Tihani segera memasuki kereta. Mereka melambai
tangan ke arah Puan Marissa yang masih berdiri di ruang garaj.
“Nak hantar siapa dulu ni?” tanya Ammara.
“Aku,” jawab Eryna.
“Okay. Kau Tiha tak ada kelas ke petang ni?” soal Ammara.
“Petang aku free. Hari ni aku ada satu kelas saja,” balas
Tihani.
Ammara memandu menuju ke arah Damansara. Selepas menghantar Eryna, dia
kembali ke Serdang menghantar Tihani pula. Di dalam perjalanan mereka
berbual-buat tentang suasana kerja Eryna dan Tihani. Diselit juga pengalaman
Ammara di luar negara.
“Happy sangat kau dah balik. Barulah complete korum
kita,” ucap Eryna.
“Ya lepas ni boleh la kita hang out like before.”
Mereka bertiga senyum gembira mengingatkan kembali kenangan mereka
di zaman belajar dahulu. Selepas ini banyak lagi kenangan manis yang
bakal tercipta di antara tiga orang sahabat ini.
Sepanjang perjalanan pulang, kata-kata Eryna dan Tihani masih
berlegar-legar di fikiran Ammara. ‘Benarkah dia masih menunggu aku?’
hd : (Y)menarik...teruskan ....
ReplyDeleteTerima kasih atas sokongan yang diberi <3.
ReplyDelete