01 August 2014

Mr. Right Forever 15 (Full Entry)

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,
 
At last siap juga entry ini. Suha, for you...
 
Hope pembaca yang mengikuti kisah ini puas hati dengan pertemuan Sarah dan Rifqi..jika ada yang terkurang perencah tu silalah tinggalkan komen.
 
Silalah dan selamat membaca...terima kasih.
 
Salam sayang,
Sha


15

JAM di dinding menunjukkan angka 11.00 malam. Sarah masih lagi setia di hadapan komputer ribanya. Duduk di lantai dengan komputer terpasang di atas katil. Posisi paling digemari Sarah. Matanya leka memerhati blog yang menjadi kegemarannya. Membaca pengalaman penulis blog lain menambahkan pengetahuan. Minat Sarah bukan hanya dalam bidang perubatan, malah bidang teknologi maklumat serta automatif juga turut menarik perhatiannya.

Pintu bilik Sarah diketuk perlahan.

 “Sarah belum tidur?” tegur Datin Kharidah yang menolak daun pintu. Segelas susu di tangan dihulur kepada Sarah.

“Belum mama.” Sarah menyambut gelas yang diunjukkan kepada Sarah.

“Jangan tidur lewat sangat.”Datin Kharidah memberi pesanan. Punggungnya sudah mencecah tilam empuk bercadarkan rona hijau epal. “Nanti jangan mengadu dengan mama kalau Sarah ada panda eyes.”

Sarah sudah ketawa kecil.“Panda kan comel.”

“Panda memang comel. Tapi kalau mata Sarah dah macam mata panda, comel ke?” usik Datin Kharidah.

Sarah senyum mendengar usikan mamanya.

No worry ma. Before midnite, I will be in bed,” janji Sarah.

“Yelah. Sebelum tidur habis kan susu tu,”pesan Datin Kharidah lagi.

“Baik ma,” balas Sarah. Dia lantas bangun dan mengucup tangan mamanya. Seterusnya kedua-dua pipi Datin Kharidah menjadi sasaran bibir munggilnya. Sebagai balasan, Datin Kharidah mencium dahi Sarah.

“Selamat malam sayang,” ucap Datin Kharidah.

“Selamat malam mama. Sweet dream,” balas Sarah.

“Ya you too dear.” Datin Kharidah menuju ke pintu dan menutup pintu rapat.

Sarah kembali duduk di atas lantai yang beralaskan permaidani warna hitam dan putih dengan corak abstrak. Skrin komputer ribanya menjadi tatapan mata. Dia mula menutup laman blog yang dibacanya.

‘Check emel dulu,’ laju jari-jemarinya menekan ikon berbentuk sampul surat. Sarah memasukkan kata nama dan kata laluan ke Akaun Yahoo miliknya.

‘Hmm ada emel baru,’ cepat sahaja Sarah menekan butang Inbox.

Matanya memerhati satu-persatu mesej yang baru diterima. Kebanyakan mesej adalah daripada komen-komen yang dihantar ke blog miliknya. Laju matanya menjalankan tugas, memerhati senarai emel yang diterima. Sebaik sahaja melihat emel kiriman daripada Rifqi, matanya bersinar riang.

From:Rifqi<rifqi_qamar@gmail.com>;
To: sarah@yahoo.com
Subject: Lunch Date
Sent: Fri, June 20, 2013 1:30:08 PM

Dada Sarah sudah berdebar membaca tajuk emel kiriman Rifqi. Sudah bersediakah dia mahu bertemu lelaki itu? Selama ini dia hanya mengenali lelaki itu di dunia maya. Hanya emel menjadi perantara mereka. Sarah mengetap bibir. Dia membaca kiriman emel Rifqi.

Assalamualaikum Sarah,

How are you, dear friend? Saya doakan awak sentiasa dalam rahmat dan lindunganNya, aamiin.

Maaf la agak lama tak send emel since saya dah ada no phone awak. Rindu pula nak menulis. So taraa…the email was been sent. Kelakar pula kan. Ada phone number, nak juga guna emel, ekekek…

Sarah senyum membaca isi kandungan emel yang dikirim oleh Rifqi. Dia menyambung membaca emel tersebut. Dalam debar ada juga yang mencuit hati kecilnya.

Macam mana majlis di rumah awak yang lepas? I believe everything was smooth as what your family and you had planned. Sorry la dah seminggu baru hari ni saya tanya pasal majlis tu.

Sebenarnya tujuan asal saya send emel ni adalah untuk mengatur semula janji temu kita yang sudah tertunda sebanyak dua kali (maaflah skima pula ayatnya). Jika tiada halangan saya cadangkan kita berjumpa pada hari Ahad ini, which means in two days time. Lunch time 12.30 pm di Restoran Intai-Intai. Anything please let me know. If not I’ll call you on Sunday morning.

Hope to hear from you.

Best regards,
Rifqi

p.s next week saya ada kursus

Sarah menelan liur membaca baris-baris emel yang ditaip oleh Rifqi. Pagi Ahad? Maknanya esok lusa sahaja.

*******
DATO’ Shamsul, Datin Kharidah dan Sarah sedang menikmati hidangan minum petang apabila Saiful tiba.

“Assalamualaikum,” ucap Saiful. Dia melangkah masuk lalu duduk di sebelah Sarah yang enak mengunyah kuih keria kesukaannya.

“Apa mimpi abang balik ni?”soal Sarah yang menghulurkan salam dengan tangan yang sedikit melekit.

“Kenapa?” soal Saiful kembali. Soalan yang dijawab dengan soalan juga.

Sarah sudah menjeling Saiful di sisi.

“Ha jeling macam tu. Nanti juling mata,”usik Saiful.

Datin Kharidah sudah menggeleng-gelengkan kepala. Walau pun sudah besar panjang, anak-anaknya masih suka mengusik sesama mereka. Paling suka menyakat pastilah si abang. Ada sahaja yang terfikir dek akalnya. Ada sahaja alasan untuk mengusik si bongsu. Namun Sarah tak mudah mengalah. ‘Yang ini rajin mengusik, yang itu suka melawan.’

“Saiful ambil cuti next week?” tanya Dato’ Shamsul. Cawan berisi teh yang sudah suam-suam kuku diteguk perlahan.

“Tak pa. Next week, the whole week I have AKEPT Strategic Leadership Development (A-SLEAD) In Learning And Teaching at AKEPT Campus,” jawab Saiful sambil memandang wajah Dato’ Shamsul.

“Kat KL ke?” soal Sarah pula.

“Bandar Enstek,” balas Saiful pendek.

Sarah membulatkan mata seperti tidak percaya.

What?”Saiful hairan melihat reaksi Sarah.

“Abang Saiful…” lanjut-lanjut Sarah menyebut nama abangnya. “Bandar Enstek tu lagi dekat kot kalau abang gerak dari MMU Melaka kan. Kalau dari Ampang ni jauh la jadinya. Nak hadap traffic congestion lagi.”

Saiful senyum mengejek.“Kenapa Sarah pulak yang risau? Yang nak drive abang. Bukan Sarah.”

Sarah sudah mencemik. Dia menyandar santai ke sofa.

“Sarah,” panggil Saiful.

Saiful di sebelah dipandang sekilas. “Nak apa?”

“Tolong ambilkan cawan?”pinta Saiful.

“Tak nak,” balas Sarah sengaja mahu mengenakan Saiful.

Pleaseeee,” rayu Saiful.

Sarah senyum seraya bangun menuju ke dapur. Tidak sampai hati pula melihat rupa Saiful dah seperti si Puss dalam cerita Puss In Boots.

“Saiful berulang ke nanti pergi kursus?” tanya Datin Kharidah yang sejak tadi hanya memerhati gelagat kedua-dua orang anaknya.

“Penginapan disediakan. Tapi hari ni terasa nak balik rumah.” jawab Saiful jujur.

Datin Kharidah senyum.

“Ni mesti ada apa-apa ni. Kalau tak susah betul nak balik sini. Ada je yang disibukkan kat sana tu?” celah Sarah sambil menghulurkan sebiji cawan ke arah Saiful.

“Tolong la tuangkan,” kata Saiful sambil mengenyit mata.

Malas mahu bertingkah kata, Sarah terus sahaja menuang air teh panas ke dalam cawan. Cawan berisi air teh dihulur kepada Saiful yang tersenyum manis.

“Macam nilah adik abang,” puji Saiful. Tangan mencapai kuih keria. Dimasukkan ke mulut. “Sedap. Beli kat mana ni ma?”

Sekali lagi Sarah membulatkan matanya. Tepat memandang Saiful.

What?” tanya Saiful.

“Ini bukan beli tau,” kata Sarah.

“Habis tu? Mama buat?” soalan itu diajukan kepada Datin Kharidah.

Melihat Datin Kharidah menggeleng-gelengkan kepala, Saiful menoleh ke arah Dato’ Shamsul. “Takkan pula papa.”

“Sarah la yang buat tadi. Kebetulan pagi tadi singgah kejap di MAEPS beli keledek.” Sarah menekankan perkataan ‘dia yang buat’.

“Hmmm… ada kemajuan,” Saiful sudah senyum senget. Mindanya kembali mengingatkan pertama kali Sarah membuat kuih keria. Sudahlah keras, keledek yang sepatutnya dilenyek halus masih terasa berbiji-biji apabila dikunyah.

Sarah buat-buat tidak nampak senyuman senget Saiful. ‘Gelakkan aku la tu.’

“Ma ari ni masak apa? Lapar la,” adu Saiful.

Sarah menoleh abangnya.

“Mama masak asam pedas ikan sembilang,” kata Datin Kharidah.

“Macam tau-tau saja orang nak balik ma ni,” Saiful sudah bangun menuju ke arah mamanya. Datin Kharidah dipeluk. “Thank you ma.”

Begitulah naluri seorang ibu. Pasti sahaja dapat menghidu hal-hal yang berkaitan anak-anak. Selalunya naluri ibu sentiasa betul. Istimewanya wanita bergelar ibu.

*******

SARAH mengetuk bilik Saiful. Dia mahu bercakap dengan abangnya.‘Mujur abang balik.’

“Masuk,” suara Saiful kedengaran dari dalam.

Sarah memulas tombol pintu. Dijengguk sedikit kepalanya. Dilihat Saiful sedang melipat sejadah usai solat isyak.

“Abang boleh Sarah cakap sikit dengan abang?” soal Sarah perlahan.

Saiful duduk elok di kerusi mengadap Sarah yang sudah duduk di birai katil.

“Ada apa ni?” soal Saiful dengan nada sedikit risau. Mana tahu Sarah mempunyai masalah.

“Kenapa pandang Sarah macam tu?” soal Sarah tiba-tiba. Jelas aura kebimbangan terlakar di wajah Saiful.

“Sarah ada masalah ke?” terus sahaja Saiful bertanya.

Not really. But sort of…” jeda Sarah melihat reaksi abangnya.

Saiful cuba mententeramkan hatinya. ‘Sabar Saiful. Dengar dulu apa kata Sarah.’

            “Esok Sarah ada lunch date…”

            Belum habis Sarah menghabiskan kata-katanya, Saiful sudah mencelah. “What?? Lunch date? Dengan siapa? Kat mana?”

            ‘Ya Allah, abang ni tak sempat-sempat,’ omel Sarah.

            “Sarah yang ada lunch date, so apa kaitan dengan abang?” soalan daripada Saiful belum habis lagi.

            “Abang, ni Sarah nak bagi tahu abang la,” jeda Sarah sambil menyusun ayat.

            Go on.” Saiful duduk bersandar menunggu kata-kata Sarah.

            “Abang please jangan mencelah selagi Sarah tak habis cakap. Boleh?” Sarah menjungkit kening.

            Saiful mengangkat tangan kanannya separas bahu tanda berjanji tidak akan memotong kata-kata Sarah.

            Sarah senyum melihat reaksi abangnya.

            “Esok Sarah ada janji temu dengan seorang kawan. Sarah tak kenal dia sebenarnya.” Sarah sudah membuat isyarat tangan lagak seorang polis trafik mahu mengawal lalu lintas.

            Tidak jadi Saiful mahu menyampuk.

            “Kebetulan abang balik ni bolehlah minta tolong abang temankan Sarah. Jadi itulah kaitan lunch date tu dengan abang.” Sarah memberikan senyuman manis kepada Saiful.

            Sekali lagi Sarah menjungkit kening meminta Saiful memberikan persetujuannya.

            “Abang dah boleh cakap?” soal Saiful.

            Sarah tertawa halus mendengar pertanyaan Saiful. Di hujung tawa dia menggangguk.

            “Kawan??”

    Sarah angguk mengiakan kata-kata Saiful..

    “Tapi tak kenal…belum pernah jumpa…”

    Sarah angguk.

            “Kawan lelaki?” soal Saiful lagi.

            Angguk. Sarah dah seperti burung belatuk sahaja gayanya. Semua yang ditanya oleh Saiful dijawab dengan anggukan.

 “Sarah kata kawan, then how come Sarah tak kenal dia? Macam mana Sarah kenal dia? Who is he?” bertalu-talu pertanyaan Saiful.

Sarah menarik nafas. Banyak yang perlu diterangkan kepada Saiful. Sikap pelindung Saiful sudah timbul. ‘Dah macam polis pencen abang ni.’

“Sarah kenal dia through blog Sarah. From there, we are acquainted. Tapi Sarah belum pernah jumpa dia. This will be our first meeting.” Sarah memerhati reaksi Saiful.

Saiful mengganggukkan kepala. Tangannya sudah menyentuh dagu. Dia memberi perhatian kepada kata-kata Sarah.

“Sarah nak minta abang temankan Sarah esok. If anything happen, at least you are by my side.” Sarah menunggu respon Saiful.

“Tahu pun takut ya. Kalau abang tak balik ni, siapa akan teman Sarah?” tanya Saiful.

“Sarah boleh minta Faris atau Raina temankan Sarah,” balas Sarah pantas.

Lega Saiful mendengarnya. Bimbang juga dia akan keselamatan satu-satunya adik perempuan yang dia ada.

“So macam mana? Boleh temankan Sarah esok?” Sarah berharap sangat Saiful akan setuju.

“Janji pukul berapa?”

“12.30 di Restoran Intai-Intai.”

Sarah mengerdipkan matanya beberapa kali, “Abang, boleh ke?”

“Okay. Abang pun nak kenal juga siapa lelaki yang berani nak jumpa adik abang ni. Esok pagi remind abang,” pesan Saiful

Sarah senyum lega. “Thanks abang. Sayang abang.”

My pleasure,” balas Saiful memerhati Sarah melangkah ke pintu. “Good night dearest sister. Sleep tight okay. Jangan malam ni tak boleh tidur pula. Dah ada pula seekor panda duduk elok dalam rumah ni.”

Usikan Saiful dibalas dengan senyuman. “Good night abang. Sweet dream.”

*******

PAGI Ahad yang dingin. Sarah sudah mencelikkan mata seawal 3.30 pagi. Entah kenapa matanya tidak mahu lelap kembali. Ke kanan dan ke kiri dia mengiring. Terlentang mengadap kipas yang berpusing. Mata tetap juga segar.

            Sarah lantas bangun dan duduk tegak di atas katil. Dia kemudiannya bangun menuju ke bilik air. Dia langsung mandi dan mengambil wuduk. Usai berwuduk, Sarah kembali ke bilik dan menyarung telekung ke badan. Solat tahajud dua rakaat dilakukan dengan khusyuk sementelah dia diselubungi keheningan awal pagi yang sunyi.

            “Selesai mengerjakan solat sunat dua rakaat dan berdoa, Sarah duduk lama di atas sejadah. Dia bangun selepas itu lalu mencapai senaskah Al-Quran. ‘Dapat baca dua muka surat pun jadilah.’

            Kita sering kesuntukan masa. Terasa masa laju meninggalkan kita. Tiada lagi ulangan masa yang mungkin berlaku. Cemburu benar masa kepada kita.

Sarah berjaya juga membaca beberapa helaian muka surat Al-Quran. Azan subuh mula kedengaran sayup-sayup. Dia segera menamatkan bacaan ayat terakhir daripada Surah Al-Anfal. Mulutnya terkumat-kamit menjawab sahutan azan yang dilaungkan oleh muazzin. Habis sahaja azan subuh dilaungkan, Sarah menadah tangan membaca doa selepas azan. Usai berdoa, kedua-dua tangan diraup ke muka.

Sarah bangun lalu meletakkan Al-Quran yang dibacanya tadi di atas rak buku. Telekung yang dipakai dibuka. Dia menuju sekali lagi ke bilik air untuk mengambil wuduk. Walau pun wuduk pertamanya belum batal, sengaja dia mengambil wuduk buat kali kedua. Selepas itu Sarah segera menjalankan tanggungjawabnya menunaikan Rukun Islam yang kedua.

Sarah berasa tenang. Hatinya turut bernada riang. Senyum terukir di bibir. Namun dalam masa yang sama terbit juga rasa seperti beribu-ribu ekor rerama di dalam perut. Rasa gementar itu tidak dapat ditahan. Dadanya turut dilanda debaran. 

‘Ada enam jam lagi,’ bisik hati kecil Sarah. Janji untuk bertemu Rifqi membuat Sarah tidak senang duduk.

Segera telekung di badan dibuka dan disangkut kembali ke penyidai kain di dinding. Sejadah juga sama. Dilipat dua dan disangkut di penyidai kain yang sama.

Rambut ikal separas bahu diikat kemas. Sarah meneliti penampilannya yang berbaju T putih yang dipakai bersama sehelai seluar jerut dengan rona biru tua yang sudah disarung ke badan. Puas hati, dia keluar dari bilik. Menuruni anak tangga menuju ke dapur. Aroma sambal nasi lemak sudah menerawang ke rongga hidung. Bau nasi bersantan dengan aroma daun pandan juga membuatkan Sarah berasa lapar tiba-tiba.

“Assalamualaikum mama,” ucap Sarah.

Datin Kharidah menjawab salam Sarah. Wajahnya ceria melihat anak gadis turun ke dapur.

“Ada yang boleh Sarah tolong?” Sarah menawarkan diri membantu.

Datin Kharidah senyum lebar. Bagai disorongkan bantal sahaja gembiranya Datin Kharidah. Dia sungguh lega Sarah mahu membantu. Jika selalu Kak Limah yang banyak membantu. Namun sedari awal Kak Limah bekerja di rumah mereka, sudah termetrai persetujuan Kak Limah diberi cuti pada hujung minggu.

“Sayang tolong mama goreng ayam,” pinta Datin Kharidah.

“Yang ini ke ma? Banyaknya,” ulas Sarah. Tangannya sudah mencapai satu bekas besar berisi ayam yang sudah pun diperap dengan rempah ratus. Bau biji ketumbar bercampur jintan manis, jintan putih, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit hidup dan serai yang sudah dikisar menusuk hidup. Sedap baunya. Itu belum masak kalau dah masak, hmmm lagi sedap, fikir Sarah dengan senyuman menghiasi bibir.

“Abang balik. Dia kan hantu ayam goreng. Sikit-sikit nanti tak cukup pula. Tak puas makan,” ujar Datin Kharidah.

Sarah tidak dapat menahan tawa.

“Abang memang kuat makan. Tak padan dengan kurus,” komen Sarah. “Upin dengan Ipin pun makan ayam goreng seketul sorang.”

“Amboi baik punya komen. Abang dengar tau.” Entah bila Saiful bersandar elok di tepi peti sejuk.

Sarah langsung tidak terkesan disergah oleh abangnya. Dia senyum lebar.

“Baguslah abang dengar. Sarah tak mengumpat abang kan mama.” Sarah membela diri.

“Sarah jangan lupa tengahari ni. Abang cancel nanti.” Saiful senyum senget.

“Mungkir janji tak baik kan mama.” Sarah mencari sokongan Datin Kharidah.

Datin Kharidah yang tidak tahu hujung pangkal perkara yang digaduhkan dua beradik ini hanya menggangguk. “Sarah tengok ayam tu. Jangan hangus.”

Saiful menjungkit kening ke arah Sarah. Sarah menjeling tajam ke arah Saiful. Datin Kharidah tidak terkata apa-apa. Kerenah anak-anak adakalanya begitu menghiburkan. Apabila anak-anak tiada di rumah sunyi mencengkam jiwa. Mulalah rindu datang bertamu. Usik-mengusik anak-anak bagai irama yang sungguh menyenangkan. Datin Kharidah senyum mendengar celoteh Sarah dan Saiful. Itu belum masuk keletah anak keduanya, Shira. Shira dan Sarah selalu sahaja menjadi satu pasukan mengenakan Saiful. Rindu pada Shira mula bertandang.

“Abang, ambil ni,” dihulur sebekas ayam goreng yang sudah diangkat. “Tolong letak kat depan.”

Saiful menyambut bekas berisi ayam goreng yang masih panas. Bersinar mata Saiful dijamu ayam goreng berempah. 

“Dah siap ya. Jom kita ke depan,” ajak Datin Kharidah. Timun dan telur rebus dibawa bersama.

“Papa mana ma?” soal Sarah yang mengekor dari belakang.

“Di depan. Baca paper.” Datin Kharidah meletakkan bekas berisi timun dan telur rebus di atas meja. “Panggil papa.”

Saiful sudah duduk di kerusi mengadap hidangan nasi lemak. Datin Kharidah menunggu suami dan anak menyertai mereka.

“Sedap bau. Dari tadi papa terbau-bau ayam goreng. Siapa masak ni?” puji Dato’ Shamsul.

“Anak dara abang yang goreng ayam ni,” tukas Datin Kharidah.

Sarah sudah senyum lebar. Tangannya laju menyenduk nasi lemak ke pinggan ahli keluarganya.

Dato’ Shamsul sekeluarga mula menjamah hidangan pagi itu usai doa makan dibaca oleh Dato’ Shamsul. Sambil makan, mereka turut berbual.

“Sarah, telefon tu berbunyi.” Saiful memuncungkan bibir ke arah telefon Sarah.

Debaran mula terasa. Sarah segera melihat nama pemanggil di skrin.

‘Rifqi.’

Pandangan mata Sarah menghala ke arah Saiful. Dia menarik nafas dan cuba bertenang. Panggilan Rifqi dijawab.

“Assalamualaikum,” ucap Sarah.

“Waalaikumsalam Sarah. Awak sibukkah?” tanya Rifqi.

Sarah menggelengkan kepala.

Hello…hello Sarah,” suara Rifqi di hujung talian. Tiada respon yang didengar di hujung sana.

Sarah yang masih di talian, “Ya saya.”

“Awak sibuk ya. Tak apa saya call semula sekejap lagi,” kata Rifqi.

“Eh…tak. Saya tak sibuk,” balas Sarah. “Ada.”

Dato’ Shamsul dan Datin Kharidah diam sambil memerhati Sarah.

“Papa, kawan Sarah nak cakap dengan papa,” kata Sarah sambil menghulurkan telefon bimbit kepada Dato’ Shamsul.

Dato’ Shamsul terpinga-pinga. Pelik pula apabila kawan Sarah mahu berbicara dengannya. Namun telefon bimbit disambut juga.

“Assalamualaikum,” ucap Dato’ Shamsul.

“Waalaikumsalam Pakcik. Apa khabar? Saya Rifqi, kawan Sarah,” Rifqi memperkenalkan dirinya.

“Ya Rifqi, Alhamdulillah pakcik sihat,” jawab Dato’ Shamsul.

Saiful yang duduk di sebelah Dato’ Shamsul menoleh. ‘Rifqi? Iqikah itu? Tak mungkin Iqi. Sarah kata tak pernah jumpa. Ramailah orang yang bernama Rifqi.’

Saiful tidak mengambil pusing perbualan di antara papanya dan lelaki yang berada di hujung talian. Matanya dialih kepada Sarah. Jelas bibit kebimbangan terlakar di wajah Sarah. Melihat wajah Dato’ Shamsul yang serius sewaktu berbual di talian menimbulkan rasa gementar di hati Sarah.

“Baik. Waalaikumsalam.” Dato’ Shamsul menamatkan perbualannya dengan Rifqi. Xperia Arc S dikembalikan kepada Sarah.

Sarah menelan liur menunggu kata-kata dari papanya.

“Sarah nanti bawa Rifqi jumpa papa,” respon Dato’ Shamsul dengan senyuman di bibir melegakan Sarah.

Sarah tertanya-tanya sendiri. ‘Entah apalah yang dibualkan oleh papa dan Rifqi.’

“Sarah jangan lupa pukul 12.30 nanti. Itu pesan Rifqi.” Dato’ Shamsul menyampaikan pesanan Rifqi.

Datin Kharidah turut berkerut dahi. Timbul tanda tanya di benaknya. ‘Nantilah tanya.’ Datin Kharidah bangun dan mengumpul cawan dan pinggan yang digunakan.

“Tak apa ma. Biar Sarah kemas,” kata Sarah.

Thank you sayang,” ucap Datin Kharidah senang hati. Untung ada anak gadis yang ringan tulang. Datin Kharidah bangun lalu mengekori langkah suaminya ke ruang tamu.

Sarah senyum sahaja. Bingkas dia bangun lalu mengemas meja makan. Pinggan dan cawan kotor diangkut ke sinki. Sambil mencuci, mindanya masih memikirkan perbualan Rifqi dan papanya.

*******

“OKAY dah sampai,” kata Saiful sambil mematikan penghawa dingin. Enjin kereta Satria Neo turut dimatikan.

Sarah melihat persekitaran restoran. Damai. Tenang. Itu yang Sarah rasa. ‘Macam mana boleh ada tasik kat tengah-tengah ni. Cantik.’

“Awal pula kita sampai.” Sarah menjeling jam tangan. Masih ada 15 minit ke pukul 12.30 tengahari.

“Biar awal, jangan lambat. Tak baik buat orang menunggu kita. Kita kena belajar menghargai masa orang lain,” pesan Saiful.

Sarah menggangguk. Sewaktu melewati sebuah kereta Mazda CX-5 putih, Sarah menoleh buat kali kedua. 'Macam pernah tengok kereta ni.'
 
Lama Sarah memerhati, 'Ala apa yang peliknya. Banyaklah kereta macam ni di atas jalan.’

Sarah berjalan seiring dengan Saiful.

“Eh, abang pinjam kunci kereta. Rasanya Sarah tertinggal handphone dalam kereta.” Sarah sudah menadah tangan. Saiful menghulurkan kunci keretanya.

“Abang masuk dulu ya,” ujar Saiful.

Okay,” langkah Sarah diatur kembali ke kereta yang dipakir agak jauh.

*******

DI dalam restoran Rifqi sudah pun menunggu. Sudah dua kali dia cuba menghubungi Sarah. Namun tidak berjawab. Hanya peti simpanan suara yang menyambut panggilan Rifqi.

‘Ya Allah. Masa nilah bateri nak habis pula,” omel Rifqi rasa tidak senang. ‘Macam mana kalau Sarah call semula, sure tak dapat.’

Baru Rifqi mahu bangun, kelibat Saiful muncul di depan mejanya.

“Rifqi, assalamualaikum. Buat apa kat sini?” soal Saiful ceria.

“Waalaikumsalam. Aku tunggu kawan. Nak lunch sama,’ balas Rifqi. “Kau buat apa kat sini?”

“Aku pun nak lunch juga,” jawab Saiful.

“Rumah kau kan dekat-dekat sini saja. Pun nak lunch kat sini juga,” usik Rifqi.

“Aku teman orang. Dia pergi ke kereta kejap,” kata Saiful.

Rifqi mengangguk. Telefon gengam diperhati. ‘Ini mau mati kejap lagi.’

“Saiful, I need a favour,” dengan rasa serba salah Rifqi memandang wajah Saiful. “Boleh aku pinjam telefon kau sekejap. Handphone aku bateri dah nyawa-nyawa ikan ni. Takut tak sempat kawan aku return call, bateri aku pun out.”

“Boleh, no hal,” Saiful mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluar. Dia turut duduk di kerusi berhadapan dengan Rifqi.

Rifqi menulis nombor telefon Sarah pada resit yang terdapat di dalam dompetnya. Nombor telefon Sarah didail. Risau pula dia jika Sarah tersesat jalan. Sudahlah restoran ini agak tersorok. Berkerut dahi Rifqi. Dia masih belum dapat menghubungi Sarah. Rifqi mencuba lagi buat kali kedua. Masih gagal.

Di luar restoran, Sarah sudah mencapai telefon yang tertinggal. Tidak sempat mahu mengangkat talian deringan berhenti. ‘Kenapa abang missed call? Dua kali pula tu.’

Sarah tidak bercadang mahu menghubungi Saiful semula. Lagi pun sekejap lagi dia akan masuk ke restoran. ‘Ya Allah lima missed call. Sorry la Rifqi.’

Cepat-cepat Sarah mendail nombor telefon Rifqi. Sekali, dua kali dering talian diangkat. “Assalamualaikum Rifqi.”

“Waalaikumsalam….”

Talian terus diam. ‘Putus pula.’

Sarah cuba mendail semula. Gagal. Talian bersambung ke peti simpanan suara. Langkah dihayun layu. Mahu lari dari sinar mentari yang terasa membakar. ‘Tunggu kat dalamlah.’

Tiba di dalam restoran, Sarah mencari kelibat Saiful. Tidak jauh dari pintu masuk, kelihatan Saiful melambai tangan ke arah Sarah. Segera Sarah melangkah mendekati Saiful. ‘Siapa dengan abang tu? Ya Allah kenapa pula tiba-tiba rasa gementar ni.’

Sarah melekapkan tangan kanannya ke dada. Mahu mengusir debaran di hati.

“Sarah, look who is here,” kata Saiful apabila Sarah sudah tiba ke meja.

Mata bertentang mata.

“Apa awak buat kat sini,” serentak Sarah dan Rifqi bertanya.

Saiful sudah ketawa.”Korang berdua ni macam berjanji pula.”

“Mana ada,” sekali lagi Sarah dan Rifqi menjawab serentak.

Sarah dan Rifqi saling berpandangan. Masing-masing terkejut dengan reaksi mereka sendiri.

Saiful senyum senget memandang adik dan sahabatnya. ‘Ada apa-apakah?’

“Apa kata Sarah duduk dulu. Kita tunggu kawan masing-masing,’ cadang Saiful.

Sarah menarik kerusi lalu duduk bersebelahan Saiful. Berhadapan dengan Rifqi.

“Awak tunggu siapa?” Sarah memberanikan diri bertanya.

“Saya tunggu kawan. Tapi dari tadi saya tak dapat hubungi dia. Dah la handphone saya pula habis bateri. At this moment,” kata Rifqi sedikit kesal atas kecuaian diri sendiri.

“Tak apa Iqi. Kau pakailah phone aku ni,” Saiful menghulurkan telefon bimbitnya.

Thanks Saiful,” ucap Rifqi. “Excuse me saya nak buat call sekejap.”

Saiful dan Sarah menggangguk. Sarah juga resah menunggu panggilan kawan yang berjanji temu di situ.

Tiba-tiba Xperia Arc S milik Sarah berdering. Sarah mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia segera melihat nama pemanggil di skrin. Seperti tidak percaya. Bulat mata Sarah melihat nama pemanggil.

What?” soal Saiful apabila melihat reaksi wajah Sarah yang nampak terkejut.

Ditunjukkan skrin telefon kepada Saiful. Saiful senyum senget sekali lagi. Sedari awal lagi naluri Saiful mengatakan Rifqi yang berkawan dengan Sarah adalah sahabatnya. Namun dia tidak berani untuk mengesahkannya sementelah Sarah juga tidak pernah bertemu dengan ‘Rifqi’.

“Waalaikumsalam awak,” suara Sarah bergetar sewaktu menjawab panggilan Rifqi.

“Sarah awak kat mana?” soal Rifqi.

“Saya dah sampai. Saya di dalam restoran dah. Betul-betul di belakang awak.” Sarah menunggu Rifqi berpaling ke arahnya.

Liar pandangan Rifqi mencari Sarah. Akhirnya pandangan dihala ke meja tempat Sarah dan Saiful duduk.

Mata Sarah dan Rifqi bertembung. Masing-masing bungkam. Diam tidak terkata apa-apa. Tangan kejab menggenggam telefon yang masih di telinga.

‘Awak?’ suara masing-masing tertahan di kerongkong.

Saiful yang duduk di sebelah Sarah memandang wajah Sarah dan Rifqi bersilih ganti. Bibirnya tidak lekang dengan senyuman. ‘Sepertinya Miss Right telah bertemu Mister Right.’

No comments:

Post a Comment

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim