Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Buat Semua,
Belum begitu lambat kan untuk Sha ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada para pembaca blog Sha ni. Maaf Zahir Batin. 0-0 ya, ;)
Rasa macam lama juga kan Sha tak updates blog ni. Masa yang terhad dengan komitmen lain yang perlu diberi keutamaan. Menulis ni secara part-time, jadi bila free sikit bolehlah Sha menulis. Maaf andai ada yang tertunggu-tunggu kisah ini. Ini pun Sha post sedikit sahaja. Full entry masih belum dizahirkan dalam bentuk penulisan lagi. Tapi jari-jemari Sha ni dah gatal nak menulis. Huuhuu..kisah ini Sha dah taip di office, tapi hari Jumaat tu kelam kabut nak balik, boleh pula hard disk tertinggal di office. Ini pun nasib baik Sha dah copy paste masuk ke dalam draf.
Ayok..panjang sudah Sha membebel...
Jemput baca kisah yang sedikit ini. Mana-mana yang terkurang tu mohon maaf ya. Kalau ada sebarang komen jangan segan post ke sini. Komen-komen anda semua sangat-sangat Sha hargai. TQ :)
15
JAM di dinding menunjukkan angka 11.00 malam. Sarah masih lagi
setia di hadapan komputer ribanya. Duduk di lantai dengan komputer terpasang di
atas katil. Posisi paling digemari Sarah. Matanya leka memerhati blog yang
menjadi kegemarannya. Membaca pengalaman penulis blog lain menambahkan
pengetahuan. Minat Sarah bukan hanya dalam bidang perubatan, malah bidang
teknologi maklumat serta automatif juga turut menarik perhatiannya.
“Sarah belum tidur?” tegur
Datin Kharidah yang menolak daun pintu. Segelas susu di tangan dihulur kepada
Sarah.
“Belum mama.” Sarah menyambut
gelas yang diunjukkan kepada Sarah.
“Jangan tidur lewat sangat.”
Datin Kharidah memberi pesanan. Punggungnya sudah mencecah tilam empuk
bercadarkan rona hijau epal. “Nanti jangan mengadu dengan mama kalau Sarah ada panda eyes.”
Sarah sudah ketawa kecil.
“Panda kan comel.”
“Panda memang comel. Tapi
kalau mata Sarah dah macam mata panda, comel ke?” usik Datin Kharidah.
Sarah senyum mendengar usikan
mamanya.
“No worry ma. Before midnite, I will be in bed,” janji Sarah.
“Yelah. Sebelum tidur habis
kan susu tu,”pesan Datin Kharidah lagi.
“Baik ma,” balas Sarah. Dia
lantas bangun dan mengucup tangan mamanya. Seterusnya kedua-dua pipi Datin
Kharidah menjadi sasaran bibir munggilnya. Sebagai balasan, Datin Kharidah
mencium dahi Sarah.
“Selamat malam sayang,” ucap
Datin Kharidah.
“Selamat malam mama. Sweet dream,” balas Sarah.
“Ya you too dear.” Datin Kharidah menuju ke pintu dan menutup pintu
rapat.
Sarah kembali duduk di atas
lantai yang beralaskan permaidani warna hitam dan putih dengan corak abstrak.
Skrin komputer ribanya menjadi tatapan mata. Dia mula menutup laman blog yang
dibacanya.
‘Check emel dulu,’ laju
jari-jemarinya menekan ikon berbentuk sampul surat. Sarah memasukkan kata nama
dan kata laluan ke Akaun Yahoo miliknya.
‘Hmm ada emel baru,’ cepat
sahaja Sarah menekan butang Inbox.
Matanya memerhati
satu-persatu mesej yang baru diterima. Kebanyakan mesej adalah daripada
komen-komen yang dihantar ke blog miliknya. Laju matanya menjalankan tugas,
memerhati senarai emel yang diterima. Sebaik sahaja melihat emel kiriman
daripada Rifqi, matanya bersinar riang.
From:Rifqi<rifqi_qamar@gmail.com>;
To: sarah@yahoo.com
Subject: Lunch Date
Sent: Fri, June 20, 2013 1:30:08 PM
To: sarah@yahoo.com
Subject: Lunch Date
Sent: Fri, June 20, 2013 1:30:08 PM
Dada Sarah sudah berdebar membaca tajuk emel kiriman Rifqi. Sudah
bersediakah dia mahu bertemu lelaki itu? Selama ini dia hanya mengenali lelaki
itu di dunia maya. Hanya emel menjadi perantara mereka. Sarah mengetap bibir.
Dia membaca kiriman emel Rifqi.
Assalamualaikum
Sarah,
How are
you, dear friend? Saya doakan awak sentiasa dalam rahmat dan lindunganNya,
aamiin.
Maaf la
agak lama tak send emel since saya dah ada no phone awak. Rindu pula nak
menulis. So taraa…the email was been sent. Kelakar pula kan. Ada phone number,
nak juga guna emel, ekekek…
Sarah senyum membaca isi kandungan emel yang dikirim oleh Rifqi. Dia
menyambung membaca emel tersebut. Dalam debar ada juga yang mencuit hati
kecilnya.
Macam
mana majlis di rumah awak yang lepas? I believe everything was smooth as what
your family and you had planned. Sorry la dah seminggu baru hari ni saya tanya
pasal majlis tu.
Sebenarnya tujuan
asal saya send emel ni adalah untuk mengatur semula janji temu kita yang sudah
tertunda sebanyak dua kali (maaflah skima pula ayatnya). Jika tiada halangan
saya cadangkan kita berjumpa pada hari Ahad ini, which means in two days time.
Lunch time 12.30 pm di Restoran Intai-Intai. Anything please let me know. If
not I’ll call you on Sunday morning.
Hope to
hear from you.
Best regards,
Rifqi
p.s next
week saya ada kursus
Sarah menelan liur membaca baris-baris emel
yang ditaip oleh Rifqi. Pagi Ahad? Maknanya esok lusa sahaja.
*******
DATO’ Shamsul, Datin Kharidah dan Sarah sedang menikmati hidangan
minum petang apabila Saiful tiba.
“Assalamualaikum,” ucap
Saiful. Dia melangkah masuk lalu duduk di sebelah Sarah yang enak mengunyah
kuih keria kesukaannya.
“Apa mimpi abang balik ni?”
soal Sarah yang menghulurkan salam dengan tangan yang sedikit melekit.
“Kenapa?” soal Saiful
kembali. Soalan yang dijawab dengan soalan juga.
Sarah sudah menjeling Saiful
di sisi.
“Ha jeling macam tu. Nanti
juling mata,”usik Saiful.
Datin Kharidah sudah
menggeleng-gelengkan kepala. Walau pun sudah besar panjang, anak-anaknya masih
suka mengusik sesama mereka. Paling suka menyakat pastilah si abang. Ada sahaja
yang terfikir dek akalnya. Ada sahaja alasan untuk mengusik si bongsu. Namun
Sarah tak mudah mengalah. ‘Yang ini rajin mengusik, yang itu suka melawan.’
“Saiful ambil cuti next week?” tanya Dato’ Shamsul. Cawan
berisi teh yang sudah suam-suam kuku diteguk perlahan.
“Tak pa. Next week, the whole week I have AKEPT Strategic Leadership Development
(A-SLEAD) In Learning And Teaching at AKEPT Campus,” jawab Saiful sambil
memandang wajah Dato’ Shamsul.
“Kat KL ke?” soal Sarah pula.
“Bandar Enstek,” balas Saiful
pendek.
Sarah membulatkan mata
seperti tidak percaya.
“What?”Saiful hairan melihat reaksi Sarah.
“Abang Saiful…” lanjut-lanjut
Sarah menyebut nama abangnya. “Bandar Enstek tu lagi dekat kot kalau abang
gerak dari MMU Melaka kan. Kalau dari Ampang ni jauh la jadinya. Nak hadap traffic congestion lagi.”
Saiful senyum mengejek.
“Kenapa Sarah pulak yang risau? Yang nak drive
abang. Bukan Sarah.”
Sarah sudah mencemik. Dia
menyandar santai ke sofa.
“Sarah,” panggil Saiful.
Saiful di sebelah dipandang
sekilas. “Nak apa?”
“Tolong ambilkan cawan?”
pinta Saiful.
“Tak nak,” balas Sarah
sengaja mahu mengenakan Saiful.
“Pleaseeee,” rayu Saiful.
Sarah senyum seraya bangun
menuju ke dapur. Tidak sampai hati pula melihat rupa Saiful dah seperti si Puss
dalam cerita Puss In Boots.
“Saiful berulang ke nanti
pergi kursus?”tanya Datin Kharidah yang sejak tadi hanya memerhati gelagat
kedua-dua orang anaknya.
“Penginapan disediakan. Tapi
hari ni terasa nak balik rumah.” jawab Saiful jujur.
Datin Kharidah senyum.
“Ni mesti ada apa-apa ni.
Kalau tak susah betul nak balik sini. Ada je yang disibukkan kat sana tu?”
celah Sarah sambil menghulurkan sebiji cawan ke arah Saiful.
“Tolong la tuangkan,” kata
Saiful sambil mengenyit mata.
Malas mahu bertingkah kata,
Sarah terus sahaja menuang air teh panas ke dalam cawan. Cawan berisi air teh
dihulur kepada Saiful yang tersenyum manis.
“Macam nilah adik abang,”
puji Saiful. Tangan mencapai kuih keria. Dimasukkan ke mulut. “Sedap. Beli kat
mana ni ma?”
Sekali lagi Sarah membulatkan
matanya. Tepat memandang Saiful.
“What?”tanya Saiful.
“Ini bukan beli tau,” kata
Sarah.
“Habis tu? Mama buat?” soalan
itu diajukan kepada Datin Kharidah.
Melihat Datin Kharidah
menggeleng-gelengkan kepala, Saiful menoleh ke arah Dato’ Shamsul. “Takkan pula
papa.”
“Sarah la yang buat tadi.
Kebetulan pagi tadi singgah kejap di MAEPS beli keledek.” Sarah menekankan
perkataan ‘dia yang buat’.
“Hmmm… ada kemajuan,” Saiful
sudah senyum senget. Mindanya kembali mengingatkan pertama kali Sarah membuat
kuih keria. Sudahlah keras, keledek yang sepatutnya dilenyek halus masih terasa
berbiji-biji apabila dikunyah.
Sarah buat-buat tidak nampak
senyuman senget Saiful. ‘Gelakkan aku la tu.’
“Ma ari ni masak apa? Lapar la,” adu Saiful.
Sarah menoleh abangnya.
“Mama masak asam pedas ikan semilang,” kata Datin Kharidah.
“Macam tau-tau saja orang nak balik ma ni,” Saiful sudah bangun menuju ke
arah mamanya. Datin Kharidah dipeluk. “Thank
you ma.”
Begitulah naluri seorang ibu. Pasti sahaja dapat menghidu hal-hal yang
berkaitan anak-anak. Selalunya naluri ibu sentiasa betul. Istimewanya wanita
bergelar ibu.
*******
SARAH mengetuk bilik Saiful. Dia mahu bercakap dengan abangnya.
‘Mujur abang balik.’
“Masuk,” suara Saiful
kedengaran dari dalam.
Sarah memulas tombol pintu.
Dijengguk sedikit kepalanya. Dilihat Saiful sedang melipat sejadah usai solat
isyak.
“Abang boleh Sarah cakap
sikit dengan abang?” soal Sarah perlahan.
Saiful duduk elok di kerusi
mengadap Sarah yang sudah duduk di birai katil.
“Ada apa ni?” soal Saiful
dengan nada sedikit risau. Mana tahu Sarah mempunyai masalah.
“Kenapa pandang Sarah macam
tu?” soal Sarah tiba-tiba. Jelas aura kebimbangan terlakar di wajah Saiful.
“Sarah ada masalah ke?” terus
sahaja Saiful bertanya.
“Not really. But sort of…” jeda Sarah melihat reaksi abangnya.
Saiful cuba mententeramkan
hatinya. ‘Sabar Saiful. Dengar dulu apa kata Sarah.’
At last ada sambungan.. Hehe
ReplyDeleteTak puas bacalah Kak sha... Hopefully dapat baca full entry soon ;)
Andddd tak sabar jgk nak Sarah n rifqi jumpa... Hehehe
hihikkk tq Suha sabar menunggu pertemuan Sarah & Rifqi...
DeleteHard disk lak tertinggal...dok fikir nak taip semula atau tunggu balik sana..
Jari ni geram je tengok keyboard..
Hehe.. Biasalah tu kak... Faham2...
Delete:) okay Suha...full entry dah siap...yeaaay
ReplyDeleteYeayy!!
Delete