30 July 2014

Mr. Right Forever 15 i (half entry)

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Buat Semua,

       Belum begitu lambat kan untuk Sha ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada para pembaca blog Sha ni. Maaf Zahir Batin. 0-0 ya, ;)

       Rasa macam lama juga kan Sha tak updates blog ni. Masa yang terhad dengan komitmen lain yang perlu diberi keutamaan. Menulis ni secara part-time, jadi bila free sikit bolehlah Sha menulis. Maaf andai ada yang tertunggu-tunggu kisah ini. Ini pun Sha post sedikit sahaja. Full entry masih belum dizahirkan dalam bentuk penulisan lagi. Tapi jari-jemari Sha ni dah gatal nak menulis. Huuhuu..kisah ini Sha dah taip di office, tapi hari Jumaat tu kelam kabut nak balik, boleh pula hard disk tertinggal di office. Ini pun nasib baik Sha dah copy paste masuk ke dalam draf.

       Ayok..panjang sudah Sha membebel...

       Jemput baca kisah yang sedikit ini. Mana-mana yang terkurang tu mohon maaf ya. Kalau ada sebarang komen jangan segan post ke sini. Komen-komen anda semua sangat-sangat Sha hargai. TQ :)




15
JAM di dinding menunjukkan angka 11.00 malam. Sarah masih lagi setia di hadapan komputer ribanya. Duduk di lantai dengan komputer terpasang di atas katil. Posisi paling digemari Sarah. Matanya leka memerhati blog yang menjadi kegemarannya. Membaca pengalaman penulis blog lain menambahkan pengetahuan. Minat Sarah bukan hanya dalam bidang perubatan, malah bidang teknologi maklumat serta automatif juga turut menarik perhatiannya.

Pintu bilik Sarah diketuk perlahan.
“Sarah belum tidur?” tegur Datin Kharidah yang menolak daun pintu. Segelas susu di tangan dihulur kepada Sarah.

“Belum mama.” Sarah menyambut gelas yang diunjukkan kepada Sarah.

“Jangan tidur lewat sangat.” Datin Kharidah memberi pesanan. Punggungnya sudah mencecah tilam empuk bercadarkan rona hijau epal. “Nanti jangan mengadu dengan mama kalau Sarah ada panda eyes.”

Sarah sudah ketawa kecil. “Panda kan comel.”

“Panda memang comel. Tapi kalau mata Sarah dah macam mata panda, comel ke?” usik Datin Kharidah.

Sarah senyum mendengar usikan mamanya.

No worry ma. Before midnite, I will be in bed,” janji Sarah.

“Yelah. Sebelum tidur habis kan susu tu,”pesan Datin Kharidah lagi.

“Baik ma,” balas Sarah. Dia lantas bangun dan mengucup tangan mamanya. Seterusnya kedua-dua pipi Datin Kharidah menjadi sasaran bibir munggilnya. Sebagai balasan, Datin Kharidah mencium dahi Sarah.

“Selamat malam sayang,” ucap Datin Kharidah.

“Selamat malam mama. Sweet dream,” balas Sarah.

“Ya you too dear.” Datin Kharidah menuju ke pintu dan menutup pintu rapat.

Sarah kembali duduk di atas lantai yang beralaskan permaidani warna hitam dan putih dengan corak abstrak. Skrin komputer ribanya menjadi tatapan mata. Dia mula menutup laman blog yang dibacanya.

‘Check emel dulu,’ laju jari-jemarinya menekan ikon berbentuk sampul surat. Sarah memasukkan kata nama dan kata laluan ke Akaun Yahoo miliknya.

‘Hmm ada emel baru,’ cepat sahaja Sarah menekan butang Inbox.

Matanya memerhati satu-persatu mesej yang baru diterima. Kebanyakan mesej adalah daripada komen-komen yang dihantar ke blog miliknya. Laju matanya menjalankan tugas, memerhati senarai emel yang diterima. Sebaik sahaja melihat emel kiriman daripada Rifqi, matanya bersinar riang.


From:Rifqi<rifqi_qamar@gmail.com>;
To: sarah@yahoo.com
Subject: Lunch Date
Sent: Fri, June 20, 2013 1:30:08 PM 

Dada Sarah sudah berdebar membaca tajuk emel kiriman Rifqi. Sudah bersediakah dia mahu bertemu lelaki itu? Selama ini dia hanya mengenali lelaki itu di dunia maya. Hanya emel menjadi perantara mereka. Sarah mengetap bibir. Dia membaca kiriman emel Rifqi.

Assalamualaikum Sarah,

How are you, dear friend? Saya doakan awak sentiasa dalam rahmat dan lindunganNya, aamiin.

Maaf la agak lama tak send emel since saya dah ada no phone awak. Rindu pula nak menulis. So taraa…the email was been sent. Kelakar pula kan. Ada phone number, nak juga guna emel, ekekek…

Sarah senyum membaca isi kandungan emel yang dikirim oleh Rifqi. Dia menyambung membaca emel tersebut. Dalam debar ada juga yang mencuit hati kecilnya.

Macam mana majlis di rumah awak yang lepas? I believe everything was smooth as what your family and you had planned. Sorry la dah seminggu baru hari ni saya tanya pasal majlis tu.

Sebenarnya tujuan asal saya send emel ni adalah untuk mengatur semula janji temu kita yang sudah tertunda sebanyak dua kali (maaflah skima pula ayatnya). Jika tiada halangan saya cadangkan kita berjumpa pada hari Ahad ini, which means in two days time. Lunch time 12.30 pm di Restoran Intai-Intai. Anything please let me know. If not I’ll call you on Sunday morning.

Hope to hear from you.

Best regards,

Rifqi

p.s next week saya ada kursus

Sarah menelan liur membaca baris-baris emel yang ditaip oleh Rifqi. Pagi Ahad? Maknanya esok lusa sahaja.

*******

DATO’ Shamsul, Datin Kharidah dan Sarah sedang menikmati hidangan minum petang apabila Saiful tiba.

“Assalamualaikum,” ucap Saiful. Dia melangkah masuk lalu duduk di sebelah Sarah yang enak mengunyah kuih keria kesukaannya.

“Apa mimpi abang balik ni?” soal Sarah yang menghulurkan salam dengan tangan yang sedikit melekit.

“Kenapa?” soal Saiful kembali. Soalan yang dijawab dengan soalan juga.

Sarah sudah menjeling Saiful di sisi.

“Ha jeling macam tu. Nanti juling mata,”usik Saiful.

Datin Kharidah sudah menggeleng-gelengkan kepala. Walau pun sudah besar panjang, anak-anaknya masih suka mengusik sesama mereka. Paling suka menyakat pastilah si abang. Ada sahaja yang terfikir dek akalnya. Ada sahaja alasan untuk mengusik si bongsu. Namun Sarah tak mudah mengalah. ‘Yang ini rajin mengusik, yang itu suka melawan.’

“Saiful ambil cuti next week?” tanya Dato’ Shamsul. Cawan berisi teh yang sudah suam-suam kuku diteguk perlahan.

“Tak pa. Next week, the whole week I have AKEPT Strategic Leadership Development (A-SLEAD) In Learning And Teaching at AKEPT Campus,” jawab Saiful sambil memandang wajah Dato’ Shamsul.

“Kat KL ke?” soal Sarah pula.

“Bandar Enstek,” balas Saiful pendek.

Sarah membulatkan mata seperti tidak percaya.

What?”Saiful hairan melihat reaksi Sarah.

“Abang Saiful…” lanjut-lanjut Sarah menyebut nama abangnya. “Bandar Enstek tu lagi dekat kot kalau abang gerak dari MMU Melaka kan. Kalau dari Ampang ni jauh la jadinya. Nak hadap traffic congestion lagi.”

Saiful senyum mengejek. “Kenapa Sarah pulak yang risau? Yang nak drive abang. Bukan Sarah.”

Sarah sudah mencemik. Dia menyandar santai ke sofa.

“Sarah,” panggil Saiful.

Saiful di sebelah dipandang sekilas. “Nak apa?”

“Tolong ambilkan cawan?” pinta Saiful.

“Tak nak,” balas Sarah sengaja mahu mengenakan Saiful.

Pleaseeee,” rayu Saiful.

Sarah senyum seraya bangun menuju ke dapur. Tidak sampai hati pula melihat rupa Saiful dah seperti si Puss dalam cerita Puss In Boots.

“Saiful berulang ke nanti pergi kursus?”tanya Datin Kharidah yang sejak tadi hanya memerhati gelagat kedua-dua orang anaknya.

“Penginapan disediakan. Tapi hari ni terasa nak balik rumah.” jawab Saiful jujur.

Datin Kharidah senyum.

“Ni mesti ada apa-apa ni. Kalau tak susah betul nak balik sini. Ada je yang disibukkan kat sana tu?” celah Sarah sambil menghulurkan sebiji cawan ke arah Saiful.

“Tolong la tuangkan,” kata Saiful sambil mengenyit mata.

Malas mahu bertingkah kata, Sarah terus sahaja menuang air teh panas ke dalam cawan. Cawan berisi air teh dihulur kepada Saiful yang tersenyum manis.

“Macam nilah adik abang,” puji Saiful. Tangan mencapai kuih keria. Dimasukkan ke mulut. “Sedap. Beli kat mana ni ma?”

Sekali lagi Sarah membulatkan matanya. Tepat memandang Saiful.

What?”tanya Saiful.

“Ini bukan beli tau,” kata Sarah.

“Habis tu? Mama buat?” soalan itu diajukan kepada Datin Kharidah.

Melihat Datin Kharidah menggeleng-gelengkan kepala, Saiful menoleh ke arah Dato’ Shamsul. “Takkan pula papa.”

“Sarah la yang buat tadi. Kebetulan pagi tadi singgah kejap di MAEPS beli keledek.” Sarah menekankan perkataan ‘dia yang buat’.

“Hmmm… ada kemajuan,” Saiful sudah senyum senget. Mindanya kembali mengingatkan pertama kali Sarah membuat kuih keria. Sudahlah keras, keledek yang sepatutnya dilenyek halus masih terasa berbiji-biji apabila dikunyah.

Sarah buat-buat tidak nampak senyuman senget Saiful. ‘Gelakkan aku la tu.’

“Ma ari ni masak apa? Lapar la,” adu Saiful.

Sarah menoleh abangnya.

“Mama masak asam pedas ikan semilang,” kata Datin Kharidah.

“Macam tau-tau saja orang nak balik ma ni,” Saiful sudah bangun menuju ke arah mamanya. Datin Kharidah dipeluk. “Thank you ma.”

Begitulah naluri seorang ibu. Pasti sahaja dapat menghidu hal-hal yang berkaitan anak-anak. Selalunya naluri ibu sentiasa betul. Istimewanya wanita bergelar ibu.

*******

SARAH mengetuk bilik Saiful. Dia mahu bercakap dengan abangnya. ‘Mujur abang balik.’

“Masuk,” suara Saiful kedengaran dari dalam.

Sarah memulas tombol pintu. Dijengguk sedikit kepalanya. Dilihat Saiful sedang melipat sejadah usai solat isyak.

“Abang boleh Sarah cakap sikit dengan abang?” soal Sarah perlahan.

Saiful duduk elok di kerusi mengadap Sarah yang sudah duduk di birai katil.

“Ada apa ni?” soal Saiful dengan nada sedikit risau. Mana tahu Sarah mempunyai masalah.

“Kenapa pandang Sarah macam tu?” soal Sarah tiba-tiba. Jelas aura kebimbangan terlakar di wajah Saiful.

“Sarah ada masalah ke?” terus sahaja Saiful bertanya.

Not really. But sort of…” jeda Sarah melihat reaksi abangnya.

Saiful cuba mententeramkan hatinya. ‘Sabar Saiful. Dengar dulu apa kata Sarah.’

5 comments:

  1. At last ada sambungan.. Hehe
    Tak puas bacalah Kak sha... Hopefully dapat baca full entry soon ;)

    Andddd tak sabar jgk nak Sarah n rifqi jumpa... Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihikkk tq Suha sabar menunggu pertemuan Sarah & Rifqi...

      Hard disk lak tertinggal...dok fikir nak taip semula atau tunggu balik sana..

      Jari ni geram je tengok keyboard..

      Delete
    2. Hehe.. Biasalah tu kak... Faham2...

      Delete
  2. :) okay Suha...full entry dah siap...yeaaay

    ReplyDelete

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim