Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Rakan-rakan Pembaca,
Terima kasih masih mengikuti kisah-kisah yang Sha kongsikan di sini. Andai ada kesilapan bahasa, silalah tinggalkan komen dan cadangan.
Lama juga CMS menyepi. Alhamdulillah jari-jari ni rindu mahu menaip dan menyambung kisah Ammara dan Zaim. Selamat membaca. Terima kasih.
Salam sayang,
Sha Hashim
5 Mac 2016
@}-;--- @}-;--- @}-;---
PERJALANAN ke Nilai
berjalan lancar. Sesekali Zaim menoleh ke arah Ammara yang duduk di sebelahnya.
Gadis itu diam membisu.
“Thanks,”
sepatah kata terucap dari bibir Zaim. Dia mahu memancing perhatian Ammara.
Pantas
Ammara menoleh ke kanan. “Thanks for??”
“Breakfast
tadi. Mama you masak, sedap,” puji Zaim ikhlas. “Kalau you
yang masak mesti lagi sedap.”
Sekali lagi
Ammara menoleh ke sisi kanan. Matanya bertembung dengan sepasang mata Zaim yang
turut memandang ke arahnya.
“Awak,
drive pandang depan,” pesan Ammara.
“Macam
mana nak pandang depan kalau pemandangan di sebelah kiri I ni lebih
menarik perhatian I,” ujar Zaim sambil tersenyum.
“Apa
yang menariknya?” soal Ammara turut memandang ke sebelah kiri.
Zaim
sudah ketawa. “ Pandai you buat lawak kan?”
“Lawak?
Bila masa pula I buat lawak,” berkerut dahi Ammara.
“Kalau
ya pun tak payah la kerut dahi gitu, kurang menarik pada pandangan I,”
akui Zaim.
Ammara
diam. Malas dia mahu melayan kerenah Zaim.
“Marah
ke? So sorry, I tak buat lagi,” janji Zaim. “You mesti
selalu dengar orang kata perempuan bila marah makin cantik. Tapi I tak
setuju la. Pada I bila perempuan marah, hilang seri wajah. Cepat tua adalah.”
Ammara
ketawa mendengar kata-kata Zaim.
“Kan
bagus macam tu. Bila senyum atau ketawa, wajah you akan kurang wringles
tau,” ulas Zaim lagi.
“Macam-macam
la you ni.”
Perjalanan
yang tadinya lancar mula bergerak perlahan. Zaim memandu perlahan. Kakinya
pantas menekan brek perlahan-lahan. Brek dan cluch ditekan
bersilihganti. Tangan kirinya cekap menukar gear.
“Hope
kita sempat sampai,” ucap Ammara.
Zaim
memberi tumpuan kepada pemanduan sementelah kereta di hadapan menekan brek
berkali-kali.
“Patutlah...”
kata Zaim tiba-tiba.
“Apa
yang patut?” soal Ammara kurang faham.
“Kat
depan tu ada kereta rosak di lane paling kanan.”
*******
AMMARA sudah biasa
mengikuti Zaim atau Dato’ Harith menghadiri mesyuarat bersama klien. Dia sudah
tahu kerenah dan cara kerja pemilik syarikat tempat dia bekerja. Perjumpaan
semalam di Nilai menarik perhatian Ammara. Dia dan Zaim perlu bekerja bersama.
Klien mahu mengubahsuai sebuah rumah berkonsepkan minimalis dengan ciri smart
building.
Kembali
daripada pertemuan bersama klien yang juga merupakan sahabat baik Dato’ Harith,
Ammara dan Zaim sudah duduk semeja. Idea yang muncul selepas berbincangan
ringkas di Nilai itu dikupas dan dizahirkan di atas kertas. Mereka tidak mahu
idea yang baik tercicir.
“What
comes into your mind?” soal Zaim. Jejari tangan kanannya memusingkan pen
yang dipegang.
“Ada
two important points kat sini. Satu konsep minimalis and secondly
smart building. To make it clear, we have to brainstorm on both concept.
Later we bind it together.”
Zaim
mengangguk. “I setuju.”
Ammara
membuat catatan. Dia menulis butiran yang singgah di mindanya.
“Ammara
please take note. We have to come out with idea on how to maximize fresh air
circulation. Besides I nak maksimumkan juga kemasukan cahaya semula
jadi ke dalam kediaman dan idea menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.
“So
kena buat lubang udara pada dinding kaca near ceiling. Then guna kawat
ram untuk sekat ruang tu,” ujar Ammara membayangkan serta membuat lukisan kasar
di atas kertas.
“Good
Ammara.” Zaim bangga. Ammara pernah menjadi pelajarnya dan salah seorang
pelajar terbaik di kelasnya.
“Smart
building ni ada banyak elemen. Bermula dari lighting, AC, security
pada pintu-tingkap, komunikasi mudah hingga sound system. Semua ni
saling berkait dan perlu diselaraskan dalam satu sistem automasi,” ujar Ammara
lagi.
“Ammara,
tolong check senarai pengeluar dalam industry building intelligent.
Senarai di Finance Department pun ada.”
“Baik.”
“I
will come out with the budget. Then we discuss more on this.”
Perbincangan
di antara Zaim dan Ammara banyak berkisar tentang konsep dan reka bentuk. Idea
yang diutarakan oleh Ammara dizahirkan kepada reka bentuk yang sesuai dengan
konsep pilihan klien.
Zaim duduk
bersandar dengan tangan disilangkan. Matanya ralit memerhati Ammara yang leka
menbuat lakaran kasar.
“Ara.”
Ammara
yang sedang menulis memanggung wajah. Tersentak. Sudah lama dia tidak mendengar
sesiapa memanggilnya dengan nama itu. Lama dia terdiam.
Zaim
tidak mahu membuang masa. Sudah bertahun dia menunggu gadis itu pulang ke tanah
air. Dia yakin Ammara masih ingat kata-kata terakhirnya sebelum gadis itu ke
luar negara untuk menyambung pelajarannya. Dia juga tidak mungkin lupa
kata-kata daripada Ammara sebelum mereka berpisah enam tahun yang lalu. Walau
pun belum mendengar ucapan persetujuan daripada mulut Ammara, dia tetap akan
terus mencuba. Baginya hanya Ammara pemilik cintanya. Selama Ammara jauh dari
matanya, hatinya tidak pernah terbuka untuk mana-mana wanita.
“Can
we talk?”
“We
are talking.”
“Serious
talk. Heart to heart.”
“Hal kerja?”
“No.”
Ammara
sudah menjungkit kening. “Then you nak discuss issue apa?”
“Personal
and about us.”
Ammara
seperti ingin melarikan diri. Dia tahu Zaim ingin mengungkit kembali kisah lama
mereka. Janji yang pernah dia ucapkan. Dia yakin itu yang ingin Zaim tagih
darinya.
‘Ammara,
you have to face it.’
“Ara,
sampai bila you nak pretend kita tak pernah ada history?”
Cepat-cepat
Ammara mencelah. “Maksud you?”
Zaim
menarik nafas. Mengumpul kekuatan untuk meyakinkan Ammara akan kesungguhan niat
di hatinya.
“Selama
enam tahun ini ada tak you fikirkan I?”
‘Tipulah
kalau aku tak ingat langsung.’
Ammara
mengambil sikap berdiam diri. Dia belum bersedia untuk berdepan dengan Zaim dan
meluahkan isi hatinya.
‘Tapi sampai
bila?’
Persoalan
itu bermain di minda Ammara.
“Ara, I
serius dengan lamaran I dulu. Jika you setuju, I akan
minta parents I bertemu parents you. We settle down.”
Lembut
kata-kata Zaim. Kelembutan mampu mengalahkan kekerasan. Sama seperti air.
Setiap hari setitik. Lama-lama berlekuk juga sebongkah batu.
“Zaim, beri
I masa dan ruang untuk berfikir,” pinta Ammara. “Bila I dah bersedia, I sendiri
yang akan lamar you. I minta maaf.”
Sekali lagi
Zaim menarik nafas panjang. Dia tahu soal hati tidak boleh dipaksa. Kekerasan
tidak akan menyelesaikan apa-apa. Enam tahun lalu, Ammara menggunakan alasan untuk
menyambug pelajaran. Dia mahu memberi tumpuan terhadap pengajiannya. Malah
waktu itu usianya masih muda untuk menerima lamaran Zaim.
“Ara, I
hormat keputusan you. Boleh I tanya you satu soalan.”
Ammara
menggangguk.
“What happen
to someone that you mentioned six years ago?”
Ammara
terdiam. ‘Zaim kalaulah kau tahu.’
Kata-kata
yang berlegar di hati kecil Ammara disimpan kemas. Dia belum bersedia untuk meluahkan
semuanya.
“Do
I know him?”
“Zaim
cukuplah I katakan he is always in my heart. And yes you kenal
dia.”
Situasi
sama seperti enam tahun lepas. Dia cukup matang untuk menerima keputusan
Ammara. Zaim masih mampu tersenyum walau hati kembali sakit. Pedih yang dirasa
tidak sama luka berdarah di jari.
“Zaim,
I’m sorry.”
Zaim
senyum sedikit bagi menutup rasa kecewanya. Namun untuk menyerah tidak
sesekali. Kali ini dia akan melipat-gandakan usahanya.
“Petang
I tak masuk office. I ada meeting at three,” kata Zaim.
“I have to go now. See you tomorrow morning.”
“Okay.
See you. Take care.”
‘Ya
I will, thanks.”
No comments:
Post a Comment