07 May 2016

Aina Izz Zara vs Adam Najmi 5

Assalamualaikum/Salam Sejahtera,

Apa khabar rakan-rakan pembaca yang sentiasa berkunjung ke blog Sha ni? Semoga semuanya dalam lindungan dan rahmatNya sentiasa, aamiin.

Jom baca sambungan kisah Aina dan Najmi yang sedikit ini. Andai ada kesilapan bahasa boleh saja tinggalkan komen mahu pun cadangan agar Sha leih berhati-hati pada masa akan datang.

Happy reading :)

Salam sayang,
Sha Hashim
7 Mei 2016

@}-;--- @}-;--- @}-;---


AINA masuk ke pantri bersama Hanim dan Imran. Langkahnya laju ke arah rak pinggan. Diambil sebiji pinggan sederhana besar. Langkahnya maju ke meja makan. Sebungkus nasi lemak diletakkan di atas pinggan. Kuih keria dan kuih kuih cucur badak diambil dua biji setiap satu. Dimasukkan juga ke dalam pinggan.

            “Amboi banyaknya, lapar sangat ke Aina,” tegur Hanim.

            “Bukan untuk Aina la Kak Hanim.”

            “Terima kasih Aina, ambilkan untuk saya,” sengih Imran seraya mahu mencapai pinggan di tangan Aina.

            Sepantas kilat Aina menarik pinggan. Mujur tidak jatuh nasi lemak dan kuih di pinggan.

            “Ini untuk bos.”

            Hanim senyum. “Melepas la Imran.”

            Don’t give up. Keep it up,” balas Imran.

            Semua yang berada di pantri tidak dapat menahan tawa. Riuh rendah jadinya. Tiba-tiba semua senyap. Pantri sunyi sepi.
           “Aina masuk bilik saya,” arah Najmi.

            Aina tidak menunggu lama. Cepat-cepat dia capai cawan dan piring. Air teh dari termos dituang ke dalam cawan. Sudu dan garfu dicapai dengan pantas.

            “Kak Hanim, dulang ada tak?”

            “Atas fridge.”

            Okay, thanks Kak Hanim.”

            Aina berlalu ke bilik Najmi sambil menatang dulang. Sampai di mejanya, diletak dahulu dulang di atas meja kerjanya. Dia menjenggukkan kepala. Dilihat Najmi sedang duduk di sofa. Diketuk pintu bilik Najmi.

            “Boleh saya masuk?”

            Jelingan Najmi membuatkan Aina kecut perut. Namun terpaksa dia hadapi. Diambil dulang tadi lalu dibawa masuk ke bilik Najmi.

            Aina berdoa dalam hati. ‘Ya Allah, lindungilah hambaMu ini.’

            “Apa ni?”

            “Untuk encik. Tadi makan roti je kan?”

Dulang di tangan berpindah ke atas meja kopi.

            Sengaja Najmi bertanya soalan. Ingin melihat reaksi Aina. “Kenapa tak makan di pantri saja?”

            “Saya masih kenyang. Tadi kan saya dah makan sebelum briefing tadi.”

            Najmi ingin senyum melihat riak wajah Aina yang takut-takut di hadapannya. Sengaja dia memuat mimik muka serius. “Ingatkan awak akan lapar semula bila ada Imran ajak awak ke pantri tadi.”

            Bertaut kening Aina. Pelik dengan andaian yang baharu sahaja meniti di bibir Najmi. Segera dia buang jauh-jauh kata-kataNajmi tadi. Tidak mahu memikirkan perkara remeh seperti itu.

            “Encik nak makan dulu atau nak cakap tujuan encik panggil saya?”

            “Teman saya makan,” pinta Najmi sambil mencapai sudu. Bungkusan nasi lemak dibuka. “Awak nak kuih?”

            Aina menggeleng-gelengkan kepala. ‘Takkan nak duduk je tengok dia makan. Macam mana ni?’

            Aina mendapat akal. “Saya keluar dulu. Nak ke Ladies.”

            Najmi angguk.

            Aina melangkah keluar dari bilik Najmi. Namun langkahnya berhenti di meja kerjanya. Dia duduk di situ. Matanya memerhati rak di atas meja. Pantas tangannya menarik dokumen kewangan yang memerlukan tindakan. Dia sudah pun tahu proses pembayaran kepada pembekal. Semua pesanan belian, invois dan nota serahan yang diterima perlu direkodkan. Aina membuat rekod berdasarkan tarikh pembelian. Setiap satu dokumen diteliti. Tidak mahu tersalah rekod.

            Aina tahu semua dokumen yang diterima mestilah salinan asal sebelum dia cop tarikh terima. Jika dokumen tidak lengkap dia perlu menghubungi jabatan yang membuat pembelian untuk melengkapkan dokumen.

            “Aina.”

            Terkejut Aina. Suara Najmi betul-betul di hadapannya.

            “Balik dari ladies kenapa tak masuk bilik saya?”

            “Saya ingat Encik Najmi nak makan dulu. So sempatlah saya siapkan sikit kerja saya ni,” jawab Aina jujur.

            “Saya tak akan makan kalau awak tak teman saya makan. Ni saya dah ambil secawan teh dengan nasi lemak untuk awak. Jom makan,” ajak Najmi.

            Aina tiada pilihan lagi. Bibirnya dihiasi senyuman paksa. Diekori langkah Najmi walau kaki terasa berat mahu melangkah.

            ‘Apa kena la bos ni? Apalah nasibku hari ni.’

            “Sambil makan saya nak awak tengok kertas kerja ni. Softcopy paperwork ni I can’t find in my desktop. So please retype. Ni master file. Ada dokumen cadangan daripada universiti yang mohon biasiswa. So we need to prepare a paperwork for approval from our top management.”

            “Baik Encik Najmi. Bila nak submit?”

            “Aina check dan baiki bahagian impact to our organization untuk projek biasiswa tu. Management meeting by next week. If you manage to make up the paperwork ASAP it is better.”

            I’ll do whatever it takes to finish up this paperwork,” janji Aina.

            Najmi angguk. “Jemput makan. Jangan malu dengan saya.”

            Aina senyum kelat. Tangan kanannya mencapai cawan berisi air. Diteguk sedikit untuk menghilangkan rasa hatinya. Najmi makan dengan berselera. Aina pula lambat-lambat menyuap nasi lemak ke mulut.

            ‘Aina, cepat makan. Cepat habis cepat boleh keluar kan.’

            Aina turuti kata hatinya. Dia makan tanpa mempedulikan Najmi yang sesekali menjeling ke arahnya.

            Najmi mengukir senyum. ‘Amboi makan dah tak tengok kiri kanan.’

No comments:

Post a Comment

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim