15 December 2016

Mr. Right Forever 30

Assalamualaikum/Salam Sejahtera semua rakan-rakan pembaca,
Lama juga Sha tidak mengemaskini blog ni. Maaf sangat pada yang merindui kisah-kisah yang dipaparkan di sini. Sebagai pengubat rindu, Sha up sikit untuk tatapan pembaca setia Sha sebelum ini. Terima kasih atas sokongan semua. Selamat membaca sedikit kisah Sarah & Rifqi. Andai ada kekurangan di mana-mana, mohon rakan-rakan beri teguran & komen untuk penambahbaikan. Sudah baca, silalah tinggalkan komen atau cadangan.
Terima kasih.
Salam sayang,
Sha Hashim
16 Disember 2016
@}-;------- @}-;-------@}-:-------

“I tau you mesti tertanya-tanya siapa Marina.” Rifqi merenung lama wajah Sarah. Satu keluhan dilepaskan.
               “It’s okay if you’re not ready to share.”

Tanpa menunggu lama, Rifqi menceritakan sebuah kisah dalam hidupnya yang cuba dilupakan. Kenangan yang cuba dia buang jauh-jauh.
“Kami kenal sejak sekolah lagi sebelum bertunang. Cuma beberapa bulan sahaja untuk dia tamat pengajian sebelum kejadian tu berlaku.”
Jelas perasaan kesal terpancar di wajah Rifqi. Sarah tidak mahu mencelah. Dia menjadi pendengar yang baik ketika itu. Biarlah Rifqi meluahkan semua yang terbuku di hatinya.
Rifqi diam. Renungannya jatuh ke atas meja. Lama dia begitu. Sarah masih diam memerhati tingkah Rifqi. Sarah menarik nafas panjang.
“Maaflah I heret you ke dalam masalah lampau hidup I. I’m sorry for introduced you as my fiancée to Marina.”
Sarah tidak tahu respon bagaimana harus dia berikan. Sudahnya Sarah senyum memandang wajah Rifqi.
“Ini kali ketiga I bertembung dengan Marina,” ujar Rifqi. The second time masa I berkursus di AKEPT. She was one of the secretariat.”
Rifqi berjeda seketika sebelum menyambung. “I thought she will never showed up after the incident. Kuasa Allah siapa tahu.
“Iqi, berilah dia peluang untuk memperbaiki kesilapan lampau. Mungkin ini akan memberi ketenangan dan mengurangkan rasa bersalahnya. I faham, it hurt you. But please think about her child.”
Kata-kata Sarah meresap masuk ke dalam hati dan minda Rifqi. Kata-kata itu bagaikan menyiram air ke atas bara api yang masih membakar.
Okay because of you, I will compromise. But with a condition.”
Sarah menggangkat kening. Hatinya dilanda debar.
“I nak you teman I berjumpa family Marina nanti. If you’re married, I have no objection you bring along your husband. “Can we discuss about us?”
“Us?” ulang Sarah.
“Ya. Tentang kita.”
“Kenapa dengan kita?” soal Sarah.
Rifqi diam mencari kata-kata yang sesuai. Wajah Sarah direnung lama.
‘Jika benar hati kata cinta, berjuang dan berusahalah sehabis baik.’
*******
KELAM-KABUT Datin Kharidah melangkah. Dia tahu dia sudah lewat. Dari jauh dia sudah nampak sahabatnya sedang duduk di meja menunggu kehadirannya di Sakura Kristal.
“Assalamualaikum Zie, maaf I lewat.”
Puan Ruziah senyum seraya bangun menyambut kedatangan sahabatnya. “Waalaikumsalam K. No worry K, I pun baru sampai. Apa kata orang, belum panas pun tempat duduk ni.”
Tersenyum Datin Kharidah menyambut tangan yang dihulur sambil memeluk sahabatnya itu.
Sebaik duduk di kerusi bersebelahan Puan Ruziah, soalan pertama ditanyanya. “You apa khabar Zie?”
“Alhamdulillah sihat walafiat K. You, I tak tanya khabar pun I dah tau, happy je K.”
Datin Kharidah mengucapkan syukur. Dia dikurniakan kesihatan yang baik. “Happy nak bermenantu Zie.”
Serentak seiring tawa Puan Ruziah dan Datin Kharidah.
“Sebelum kita berbual panjang, apa kata kita order makanan dulu.”
“Elok juga tu.”
Datin Kharidah melambai ke arah pekerja Sakura Kristal yang berdiri tidak jauh dari meja mereka. Pekerja wanita yang datang berdiri bersebelahan Datin Kharidah. Di tangannya sudah bersedia sebatang pen dan sebuah buku kecil untuk mengambil pesanan. Wajahnya manis memandang kedua-dua wanita yang mungkin sebaya ibunya.
You nak makan apa K?” tanya Puan Ruziah sambil menyelak lembaran demi lembaran buku menu di tangan. Matanya meneliti satu persatu menu yang disediakan di restoran itu.
“Zie you bawa ke apa yang I minta tu?”
Puan Ruziah mengambil tas tangan. “Ada, sekejab K.”
Datin Kharidah senyum penuh makna. Dia turut mencari sesuatu daripada tas tangannya. Mereka akhirnya bertukar-tukar gambar.
Puan Ruziah lantas memberi komen pantas. “Comelnya.”
“Apa kurangnya anak bujang Zie ni.”
Apabila dua orang ibu menjalankan misi merapatkan hubungan silaturrahim anak-anak paling penting usaha. Jika mengharapkan anak-anak yang memulakan langkah, lambat lagilah masanya merasa menyambut menantu.
“Elok I hantar orang masuk meminang anak you hujung bulan ni,” usul Puan Ruziah.
Datin Kharidah angguk. “Elok macam tu. Benda baik elok dicepatkan.”

3 comments:

  1. Visiting here...

    http://incredibleinterest.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Salam.boleh bagi email Id atau fb tak.saya ada soalan nak tanya.
    Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Boleh hubungi emel saya di ladyshakirana@gmail.com

      Delete

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim