Assalamualaikum/Salam Sejahtera semua rakan-rakan pembaca,
“I tau you mesti tertanya-tanya siapa Marina.” Rifqi merenung lama wajah Sarah. Satu keluhan dilepaskan.
Lama juga Sha tidak mengemaskini blog ni. Maaf sangat pada yang merindui kisah-kisah yang dipaparkan di sini. Sebagai pengubat rindu, Sha up sikit untuk tatapan pembaca setia Sha sebelum ini. Terima kasih atas sokongan semua. Selamat membaca sedikit kisah Sarah & Rifqi. Andai ada kekurangan di mana-mana, mohon rakan-rakan beri teguran & komen untuk penambahbaikan. Sudah baca, silalah tinggalkan komen atau cadangan.
Terima kasih.
Salam sayang,
Sha Hashim
16 Disember 2016
@}-;------- @}-;-------@}-:-------
“I tau you mesti tertanya-tanya siapa Marina.” Rifqi merenung lama wajah Sarah. Satu keluhan dilepaskan.
“It’s
okay if you’re not ready to share.”
Tanpa menunggu lama, Rifqi menceritakan sebuah kisah dalam hidupnya yang cuba dilupakan. Kenangan yang cuba dia buang jauh-jauh.
“Kami kenal sejak
sekolah lagi sebelum bertunang. Cuma beberapa bulan sahaja untuk dia tamat
pengajian sebelum kejadian tu berlaku.”
Jelas perasaan kesal
terpancar di wajah Rifqi. Sarah tidak mahu mencelah. Dia menjadi pendengar yang
baik ketika itu. Biarlah Rifqi meluahkan semua yang terbuku di hatinya.
Rifqi diam. Renungannya
jatuh ke atas meja. Lama dia begitu. Sarah masih diam memerhati tingkah Rifqi.
Sarah menarik nafas panjang.
“Maaflah I heret you ke dalam masalah lampau hidup I. I’m
sorry for introduced you as my fiancée to Marina.”
Sarah tidak tahu respon
bagaimana harus dia berikan. Sudahnya Sarah senyum memandang wajah Rifqi.
“Ini kali ketiga I bertembung dengan Marina,” ujar Rifqi.
The second time masa I berkursus di
AKEPT. She was one of the secretariat.”
Rifqi berjeda seketika sebelum menyambung. “I thought she
will never showed up after the incident. Kuasa Allah siapa tahu.”
“Iqi, berilah dia peluang
untuk memperbaiki kesilapan lampau. Mungkin ini akan memberi ketenangan dan
mengurangkan rasa bersalahnya. I faham, it
hurt you. But please think about her child.”
Kata-kata Sarah meresap
masuk ke dalam hati dan minda Rifqi. Kata-kata itu bagaikan menyiram air ke
atas bara api yang masih membakar.
“Okay because of you, I will compromise. But with a condition.”
Sarah menggangkat
kening. Hatinya dilanda debar.
“I nak you teman I berjumpa family Marina
nanti. If you’re married, I have no
objection you bring along your husband. “Can we discuss about
us?”
“Us?” ulang Sarah.
“Ya. Tentang kita.”
“Kenapa dengan kita?”
soal Sarah.
Rifqi diam mencari
kata-kata yang sesuai. Wajah Sarah direnung lama.
‘Jika benar hati kata
cinta, berjuang dan berusahalah sehabis baik.’
*******
KELAM-KABUT
Datin Kharidah melangkah. Dia tahu dia sudah lewat. Dari jauh dia sudah nampak
sahabatnya sedang duduk di meja menunggu kehadirannya di Sakura Kristal.
“Assalamualaikum Zie,
maaf I lewat.”
Puan Ruziah senyum
seraya bangun menyambut kedatangan sahabatnya. “Waalaikumsalam K. No worry K, I pun baru sampai. Apa kata orang, belum panas pun tempat duduk
ni.”
Tersenyum Datin Kharidah
menyambut tangan yang dihulur sambil memeluk sahabatnya itu.
Sebaik duduk di kerusi
bersebelahan Puan Ruziah, soalan pertama ditanyanya. “You apa khabar Zie?”
“Alhamdulillah sihat
walafiat K. You, I tak tanya khabar
pun I dah tau, happy je K.”
Datin Kharidah
mengucapkan syukur. Dia dikurniakan kesihatan yang baik. “Happy nak bermenantu Zie.”
Serentak seiring tawa
Puan Ruziah dan Datin Kharidah.
“Sebelum kita berbual
panjang, apa kata kita order makanan
dulu.”
“Elok juga tu.”
Datin Kharidah melambai
ke arah pekerja Sakura Kristal yang berdiri tidak jauh dari meja mereka.
Pekerja wanita yang datang berdiri bersebelahan Datin Kharidah. Di tangannya
sudah bersedia sebatang pen dan sebuah buku kecil untuk mengambil pesanan.
Wajahnya manis memandang kedua-dua wanita yang mungkin sebaya ibunya.
“You nak makan apa K?” tanya Puan Ruziah sambil menyelak lembaran
demi lembaran buku menu di tangan. Matanya meneliti satu persatu menu yang disediakan
di restoran itu.
“Zie you bawa ke apa yang I minta tu?”
Puan Ruziah mengambil
tas tangan. “Ada, sekejab K.”
Datin Kharidah senyum
penuh makna. Dia turut mencari sesuatu daripada tas tangannya. Mereka akhirnya
bertukar-tukar gambar.
Puan Ruziah lantas
memberi komen pantas. “Comelnya.”
“Apa kurangnya anak
bujang Zie ni.”
Apabila dua orang ibu
menjalankan misi merapatkan hubungan silaturrahim anak-anak paling penting
usaha. Jika mengharapkan anak-anak yang memulakan langkah, lambat lagilah
masanya merasa menyambut menantu.
“Elok I hantar orang
masuk meminang anak you hujung bulan
ni,” usul Puan Ruziah.
Datin Kharidah angguk.
“Elok macam tu. Benda baik elok dicepatkan.”
Visiting here...
ReplyDeletehttp://incredibleinterest.blogspot.com/
Salam.boleh bagi email Id atau fb tak.saya ada soalan nak tanya.
ReplyDeleteTq
Waalaikumsalam,
DeleteBoleh hubungi emel saya di ladyshakirana@gmail.com