05 August 2012

Kasihmu 3

“Eh Sha, aku ke fakulti tadi. Aku tengok result marketing. Markah tutorial kau tak ada la,” beritahu Erny Mariana. Carried marks kau 50/60,” sambung Erny lagi.

Shaheen tercenggang. “Biar betul ni Erny.” Shaheen resah. “Kat mana kau tengok marks tu,” tanya Shaheen.


“Kat depan bilik Dr. Khalili.”


Shaheen terkejut dengan berita yang disampaikan oleh Erny Mariana. Subjek pemasaran umpama tiket terpenting buat Shaheen meneruskan cita-citanya. ‘kalau carried marks pun dah sikit, macam mana aku nak score,’ Shaheen bermonolog di dalam hati. ‘Tak boleh jadi ni. Aku kena jumpa Dr. Khalili ASAP, if not I’m in trouble.’



Esoknya Shaheen bangun lebih awal dari biasa. Selesai solat subuh, Shaheen mengejutkan Afzan yang masih berselimut diulit tidur nan nyenyak. 


“Izan bangun. Solat, masa dah suntuk ni,”Shaheen memanggil lembut sahabatnya. Shaheen mencuit hujung kaki Afzan. 
Afzan lambat-lambat membuka matanya. Dia menggeliat ke kanan dan ke kiri sebelum dia bangun dan duduk di birai katil. Shaheen tersenyum melihat gelagat Afzan yang masih belum betul-betul sedar itu. “Eee dah la tu Ijan. Bangun and pegi mandi. Tu air liur basi meleleh sampai ke dagu,” usik Shaheen.

Afzan bangun dan cepat-cepat berlalu ke bilik air. Dalam masa 30 minit Afzan selesai menunaikan kewajipannya pada Maha Pencipta. Usai solat, tangan diangkat menadah memohon doa kepada Ilahi.


"Izan kau nak nasi lemak. Aku nak turun bawah ni,” ucap Shaheen sesudah Afzan selesai menunaikan tanggujawab seorang muslimah Islam. Afzan sekadar menggangguk.


Tidak sampai 10 minit Shaheen muncul di muka pintu. “Amboi cepatnya Sha. Naik roket ker,” usik Afzan.


“Tak main la roket, aku naik bullet train suda,” Shaheen senyum. “Orang tak ramai la, tu yang cepat. Dah jom makan,” ajak Shaheen sambil menyusun sudu garfu serta 2 biji mug di atas meja. Mereka bersarapan bersama-sama. Masing-masing diam menikmati rezeki di pagi itu.


"Pagi ni aku nak ke fakulti."


“Buat apa Sha?”


Marketing aku ada problem sikit. Nak jumpa Dr. Khalili.”


Afzan angguk. Matanya memerhati Shaheen yang sedang bersiap. Afzan cukup senang mendapat seorang sahabat seperti Shaheen. Orangnya peramah, lincah dan mudah dibawa berbincang. Sifatnya itu membuatkan Shaheen disenangi ramai. Lebih memikat Shaheen mudah tersenyum.Tatkala senyuman menguntum, kedua-dua lesung pipitnya pasti menyejukkan mata yang memandang lalu melembutkan jiwa insan yang melihat. Tidak hairan jika Shaheen dikelilingi ramai kawan di kolej mereka, hinggakan ada yang menaruh minat pada Shaheen. Buktinya Ari Iskandar yang tiadak jemu-jemu cuba memikat Shaheen. Namun Shaheen tidak pernah ambil serius hal itu. Baginya Ari sekadar seorang kawan. Tidak lebih daripada itu. Puas Ari Iskandar mencuba namun Shaheen tetap tidak berubah hatinya.


“Ok dah siap.” Shaheen mengenakan brooch kecil di kiri dan kanan bahu kecil bagi mengemaskan kedudukan tudung yang dipakai.


Afzan menatap wajah Shaheen. Di dalam hati memuji kecantikan semula jadi sahabatnya itu. Biarpun tanpa solekan dan penampilan yang rinkas, Shaheen masih kelihatan menawan. Sebelum ini rambutnya yang panjang dilepas bebas. Namun sejak minggu pertama minggu orientasi lagi Sheheen sudah mula mengenakan tudung. Terserlah ayumu, bagaikan tajuk lagu dendangan Kumpulan Exist.


“Ijan aku pegi kejab tau. Jangan rindu aku ya,” gurau Shaheen sambil menuju ke muka pintu.
“Eh tolong la Sha. Sapa kau tu nak aku rindu-rindu. Kau pun bukan Miss World bagai,” pintas Afzan disambut gelak tawa mereka berdua.
“Aku pegi sekarang ya. Kalau dok layan kau ni, hmm tak abis punya. Bye Ijan, assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam. Bye Sha.”
Shaheen berjalan pantas menuju ke tangga dan menuruni anak-anak tangga dengan hati-hati. Dia terus bergegas ke garaj kereta. Kereta  Kancil ADP 4150 miliknya sedia menanti. Enjin dihidupkan. Kereta meluncur dengan hati-hati menuju le Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan. Dalam 10 min, dah sampai. Mujur tempat parkir masih ada yang kosong. Mudah sahaja Shaheen meletakkan kenderaan di kawasan yang tersedia. Kalau tidak kena saman la jawabnya.
Shaheen menuju ke tingkat tiga bangunan pentadbiran. Anak-anak tangga didaki laju. ‘Ni yang malas nak ke bilik Dr. Khalili. Bilik kat top floor. Penat naik tangga ni.’ Bebel Shaheen di dalam hati. Semput juga bila sampai di muka pintu 317. Shaheen tersandar lesu di dinding. Setelah nafasnya kembali normal, Shaheen mengetuk kamar 317. Tiada jawapan. Shaheen mengetuk lagi buat kali kedua. Masih tiada jawapan. Shaheen memulas tombol pintu. Nyata berkunci. Maknanya Dr. Khalili tiada di biliknya. Rasa hampa bertamu di hati Shaheen. Jam di tangan dilirik. Sudah pukul 9.50 pagi.
‘Mana pulak Dr. ni,’guman Shaheen sendirian. Sementara menunggu Dr. Khalili, Shaheen mengalih pandang ke arah papan kenyataan di kanan bilik Dr. Khalili. Menyemak markahnya.‘Ya betul la apa Erny bagi tau semalam,’ ujar Shaheen sambil matanya masih lagi menatap senarai nama pelajar yang dilekatkan di papan kenyataan tersebut. Markahnya sebanyak 20 peratus itu kosong. Hanya markah Ujian 1 dan Ujian 2 sahaja yang dipaparkan. Dengan markah 46 daripada 50 peratus, Shaheen belum puas hati. Dia gelisah menunggu Dr. Khalili. Dilirik lagi jam di pergelangan tangan kanannya. Sudah 10 minit berlalu. Selama itu juga dia menunggu.
Akhirnya Shaheen mengambil keputusan meninggalkan nota di bawah pintu Dr. Khalili. Selesai. Dituruni anak tangga. Tiba di tangga terakhir, Shaheen terfikir untuk mencari Dr. Khalili di Pejabat Am Jabatan Pengurusan. Apalagi bergegas Shaheen menuruni anak tangga ke tingkat paling bawah.
“Assalamualaikum Puan Siti, hari ni Dr. Khalili masuk ofis tak?, tanya Shaheen.
“Waalaikumsalam Shaheen. Dr. Khalili ke bilik cetak. Awak tunggu kejab. Dia akan ke sini semula untuk pulangkan kunci bilik cetak,” beritahu Puan Siti ramah.
Sebaik sahaja Dr. Khalili muncul di ambang pintu, Shaheen terus menyapa pensyarah pertengahan tahun itu. “Assalamualaikum Dr. Boleh saya jumpa Dr. kejab?” pinta Shaheen.
“Waalaikumsalam Shaheen. Boleh. Ada apa boleh saya bantu,” ucap Dr. Khalili diiringi senyuman.
“Dr. saya nak semak markah tutorial marketing saya. Dr. tak masukkan markah saya,” ujar Shaheen.
Dr. Khalili tergamam. “Siapa tutor awak Shaheen?” tanya Dr. Khalili.
“Puan Norizan.”
Dr. Khalili lantas tersenyum. “Oh Puan Norizan belum serahkan markah tutorial group awak pada saya. Date line hari ni sepatutnya.”
‘Oh lega,’ ucap Shaheen di dalam hati. Shaheen merasa lega. Bibirnya mengulas senyum. “Ya ker Dr. Risau saya, ingatkan nama saya tercicir atau Dr. terlupa masukkan markah saya.”
Dr. Khalili membalas senyum Shaheen. “ Dah sedia paper saya 15 haribulan ni? Buat betul-betul ya. 40 peratus tu.”
“InsyaAllah. Saya akan buat yang terbaik.”
Dr. Khalili angguk. Bibirnya masih tersenyum. “Awak boleh Shaheen.” Dr. Khalili percaya Shaheen akan berjaya. Malahan dari awal semester Shaheen antara top student di dalam kelasnya. Tidak pernah mengecewakannya.
Setelah mengucapkan terima kasih, Shaheen meminta diri. Hilang rasa cemas dan risaunya semalam. Rasa lapang dadanya.

Shaheen tidak terus pulang ke kolej. Langkah dihayun ke bilik bacaan di bahagian tengah bangunan. Tempat kegemaran Shaheen mengulangkaji pelajaran. Masa berlalu pantas. Shaheen masih lagi tekun meneruskan ulangkajinya. Pelajar lain di kiri dan kanan tidak dihirau. Seluruh perhatian tertumpu pada buku di depan mata.

“Hi Sha, ralitnya baca buku.”

Shaheen tersentak. Matanya berpaling ke arah suara yang menyapa. “Engkau rupanya Wan.”

Wan Zaharuddin, rakan sekelas Shaheen. Wan seorang yang pendiam tapi pemurah orangnya. Murah dengan senyuman.

“Sorang je,” tanya Wan Zaharuddin.

Shaheen senyum. Aku sorang je la..ader kau nampak orang lain ker Wan?” Shaheen memerhati raut wajah Wan Zaharuddin. “Kau cari Rahida kan,” teka Shaheen bila dilihat Wan Zaharuddin seperti mencari seseorang. Wan Zaharuddin hanya senyum. “Apa kau buat kat sini Wan?”

“Aku cari Prof. pasal OM.”

“Ha bagus la. Nanti apa-apa info kasi tau aku ya. Prof. tu bukan senang nak cari. Asyik takde kat bilik je.”

Wan Zaharuddin angguk tanda setuju dengan kata-kata Shaheen. Senyum lagi. “Sha, kau dah tengok markah HRM ke?”

“Belum. Dah keluar ke? Setau aku En Yaakob tak keluarkan la. Tak diumumkan. Aku dah jumpa En. Yaakob 2 hari lepas. Dia tak bagi aku tengok. Dia kata buat yang terbaik untuk final nanti.”
 
“Ya ka..abis apa kau buat kat sini. Masa aku lalu tadi, amboi tekun kau membaca.”

“Biasa la. Kan lagi 2 hari minggu exam. Get ready untuk exam la ni.”

“Lama lagi ke kau bertapa dalam ni Sha? Aku nak pegi lunch ni…kau nak join aku ker?”

Shaheen melihat jam di tangan. 5 minit melepasi angka 12. “May be sampai pukul 2.” Shaheen angkat kening. “ Hmm kau nak belanja ke Wan?"

Wan Zaharudin sekadar tersenyum.

4 comments:

  1. hehee.. OM n HRM tu singkatan utk apa?? ehhehe... *xtau* :D

    ReplyDelete
  2. OM tu subjek Operation Management

    HRM tu subjek Human Resource Management

    ReplyDelete

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim