05 August 2012

Kasihmu

“Hello..Assalamualaikum..boleh bercakap dengan Sha?” sapa suara di hujung talian.

“Waalaikumsalam..ya Sha bercakap.” sambut Shaheen tenang.

"Sha ni aku la Ijan.” ujar pemanggil.

Shaheen kegirangan. Teman baik menghubunginya. “Eh apa cerita? Apsal lama tak call? Ooo..dah lupa pada kita yea,” bertubi-tubi soalan keluar dari bibir Shaheen. Terdengar ketawa kecil di hujung talian.

Sorry la Sha. Aku busy keja tau. Hmm.. bukan lupa.. tapi tak ingat je, “ usik Afzan sambil ketawa kecil.

“Ha yea la tu. Kau dah call Unitek? Emmm..pasal programme bachelor tu?” tanya Shaheen. Nadanya serius.

“Ni yang aku call kau Sha. Aku dah call semalam,” Afzan sengaja melambatkan cerita.

Shaheen gelisah. Risau kalau keputusan peperiksaan akhirnya teruk. Tidak layak mengikuti program bacelor di UPM. “Habis aku cam mana?” tanya Shaheen.

Relax aar.. aku tenggokkan jugak result kau. Tahniah Sha. Kau pun berjaya gak. Hihik nak jadi businesswoman la katakan,” beritahu Afzan penuh semangat dan gembira sekali.

Shaheen yang begitu gembira menjerit kegirangan. Mujur tiada sesiapa di dalam rumah tatkala itu. Kalau tidah pasti kecoh jadinya. “Eh ya ke ni,” Shaheen seolah-olah tidak percaya. 

“La kau ni Sha, betul la. By the way kita kena mendaftar 26 Mei ni Sha. Kita pegi sana sama-sama yer. Family aku tak boleh hantar aku. So aku tunggu kau kat Makmur yer,” ucap Afzan.


“Ok set. Sama juga parents aku pun masih di Melaka. Abi ada mesyuarat di sana. Umi aku temankan Abi. Next week baru Abi dan Umi balik sini. Tunggu aku ya. Aku sampai sana 25 nanti,” balas Shahaeen.

“Ok Sha..see you then. Bye and take care.”

Shaheen tersenyum sendiri. Impiannya untuk menjejakkan kaki ke menara gading telah pun tercapai. Dia berazam untuk belajar bersungguh-sungguh demi mengejar cita-citanya. Teringat Shaheen akan pesanan arwah nenek yang mahukan dia berjaya ke universiti lalu menggenggam seguluh ijazah. Namun apakan daya arwah nenek tidak sempat melihat kejayaannya. Allah lebih sayangkan arwah neneknya. Tanpa sedar menitis airmatanya. Shaheen menghadiahkan Al-Fatihah buat arwah dengan diiringi doa agar arwah tenang di sana dan ditempatkan di dalam golongan hamba-hambaNya yang beriman. Amin.


Perjuangan
Tabahlah hati
Tempuhi semua yang mendatang
Kau perlu kuat, sekuat pantai
Menahan deburan ombak yang datang dan pergi
Setiap detik kau dipukul dek ombak
Kasihmu masih utuh

Aku juga mahu jadi seperti mu pantai
Setia mu tiada tandingan
Menanti kehadiran ombak
Biarpun ditinggal pergi lalu kembali semula

Aku ingin jadi tabah
                            kuat
                            setia seperti mu pantai

Biar 1000 pahit getir melanda
Biar hebat dugaan mendatang
Takkan ku mengalah
Hingga ke titik terakhir

Akan ku perjuangkan nasib ku
Demi kebahagian yang ku cari
Buat penawar sukma

                                                                Shaheen’99
                                                                 5 Mei 1999

4 comments:

  1. :) adakh ini hero n heroinnya?? hehe,, akn terjwb bila masa utk bab strsnya... hehehe :DD

    ReplyDelete
  2. :) belum lagi..half baru..

    ReplyDelete
  3. bukan ke ni gambar hero & heroin dalam blog Ilya Abdullah?

    =,+

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya ya. Saya download di google. Ketika itu saya tertarik dengan kata-katanya.

      Delete

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim