02 September 2012

Kasihmu 12

“Aida petang ni saya tak masuk pejabat.”

“Baik. Cik Sha dah ambil tiket flight yang saya letak atas meja tadi.”

Shaheen membuka beg tangannya. “Ermm dah . Thanks Aida.”

“Selamat pergi dan selamat kembali. Saya doakan Cik Sha bertemu jodoh di sana.”

Bulat mata Shaheen memandang Aida. “Eh ke situ pula. Saya ke sana atas urusan kerja la Aida.”

Aida ketawa kecil. “Mana tau Cik Sha. Jodoh ni rahsia Allah. Kalau dah sampai waktunya, Cik Sha tentu akan bertemu si dia. Mungkin di sana.”

Shaheen senyum. Dia berserah pada Ilahi. Namun usai solat, dia sentiasa memanjatkan doa agar ditemukan dengan seorang lelaki yang beragama, yang beriman, yang berakhlak mulia, yang dapat membimbing dia ke arah yang diredhaiNya serta dapat menerima dirinya dengan apa adanya. Dia juga berdoa agar ditemukan jodoh dengan lelaki yang sesuai dengannya dan terbaik buatnya.

“Amin Aida,” balas Shaheen tidak mahu memanjangkan isu jodoh yang diutarakan oleh Aida. “Oh ya Aida sepanjang saya tak ada ni, saya benarkan awak balik awal. Please update saya jika ada perkara yang urgent ya Aida,” pesan Shaheen. “Saya pergi dulu ya.”

Sebelum pulang, Shaheen singgah ke bilik kerja Afzan. Sahabatnya itu sedang mengemas meja. Akhir sekali Afzan menutup suis komputernya.

“Jom balik,” ajak Shaheen.

“Ok.”

“Esok pagi aku datang ambil kau ya. Jadi tak payah la kau drive ke KLIA.”

“Thanks Sha.”

*******
Shaheen tiba di rumah saat Puan Asyiqin sedang menyusun pinggan di atas meja makan.

“Assalamualaikum Umi,” sapa Shaheen lantas memeluk Uminya erat. “Umi masak apa hari ni?”

“Masak lomak daging salai.”

“Hmm favourite Abi tu. Mesti Abi makan bertambah jab lagi kan Umi.”

Encik Suffian yang mendengar namanya disebut, masuk ke ruang makan. “Sebut-sebut Abi ni, ada apa-apa ke?”

Shaheen tersenyum sambil memandang Uminya.

“Abang mari makan. Qin dah siapkan hidangan makan tengahari.”

Encik Suffian, Puan Asyiqin mengambil tempat duduk. Encik Suffian mulakan dengan bacaan doa makan.

“Hmm my favourite fruit,” Encik Suffian mengambil sepotong buah betik lalu disua ke mulut. “Manisnya.”

Puan Asyiqin dan Shaheen juga mengambil buah betik sebagai pembuka selera. Encik Suffian mengajar keluarganya untuk makan buah-buahan segar dahulu sebelum menjamah makanan lain. Buah segar merupakan makanan pra-cerna, boleh masuk terus dari perut ke usus. Jika dimakan bersama makanan lain atau buah bertemu makanan lain dalam perut, maka buah akan terperangkap, bercampur dalam perut. Ini akan menyebabkan fermentasi iaitu proses menghasilkan tenaga tanpa oksigen.

Hasil pembacaan Shaheen mengetahui bahawa proses fermentasi buah dan segala makanan dalam perut berlaku secara sendiri. Fermentasi ialah proses pemecahan molekul berat karbohidrat kepada molekul ringkas oleh bakteria. Proses ini akan menghasilkan asid dan gas dalam perut. Apabila buah terfermentasi bercampur dengan keseluruhan makanan dan enzim pencernaan maka keseluruhan makan akan rosak. Gas pula akan menyebabkan kembung perut.

Shaheen memahami rational makan buah-buahan hasil pembacaannya daripada satu laman web. Dia juga maklum bahawa amalan tersebut telah diamalkan oleh Rasulullah S.A.W. dan cara pemakanan buah yang betul membolehkan badan memanfaatkan kebaikan nutrisi yang terkandung di dalam buah dan juga mendapat pahala kerana mengikut sunnah Rasulullah S.A.W.

Tengahari itu Shaheen menikmati hidangan makan tengahari dengan berselera sekali. Air tangan Puan Aisyiqin. Masak lemak daging salai bersama ayam goreng berempah kesukaan Shaheen juga disediakan. Ulaman dan sambal belacan juga tidak dilupakan. Encik Suffian selalu berpesan agar makanan keluarga hanya disediakan oleh Puan Asyiqin. Mak Teh membantu hal-hal lain selain daripada memasak.

Flight pukul berapa Een,” tanya Puan Asyiqin.

“Pukul 7 pagi Umi,” jawab Shaheen. “Kena keluar awal la esok.”

“Nanti Abi hantarkan.”

“Abi nanti boleh singgah ke rumah Ijan. Ambil dia dan gerak sama,” tanya Shaheen.

“Boleh.”

“Kenapa Een tak ajak jer dia tidur kat sini malam ni,” cadang Puan Asyiqin.

Shaheen senyum. “Ya lah Umi. Tak terfikir Een. Jab lagi Een call Ijan.”

“Esok Een sampai sana tunggu Haji Luqman. Dia akan jemput Een di Bandara Soekarno Hatta, Jakarta. Mungkin gerak terus ke Jepara atau mungkin bermalam di Jakarta dahulu. Depend pada plan Haji Luqman.”

“Jauh ke Jepara tu Abi.”

“Naik flight 45 min dari Jakarta ke Semarang. Lebih kurang 2 jam lepas tu baru sampai Jepara naik teksi. Kalau dengan kereta dari Jakarta ke Semarang lama juga 8 jam baru sampai Een.”

“Oh ya ke Abi. Jauh tu.” Shaheen membayangkan perjalanan yang pasti memenatkan. Dia fikir ada baiknya jika menginap dahulu di Jakarta. Boleh juga jalan-jalan.

“Sampai sana sampaikan salam Abi pada Haji Luqman serta keluarganya ya,” pesan Encik Suffian. Dia senyum.

“InsyaAllah Abi.” Shaheen memandang Uminya yang hanya menjadi pendengar dari tadi. “Umi ada nak kirim apa-apa dari sana?”

“Jangan susah-susah Een. Een ke sana sebab kerja kan. Bukan pegi melancong. Lain kali kalau ada rezeki kita ke sana satu keluarga, ya bang,” cadang Puan Asyiqin.

Selesai makan tengahari, Shaheen membantu Puan Asyiqin dengan kerja-kerja mencuci. Encik Sufian turut membantu mengemas meja makan. Meja dilap bersih.

*******
Seawal pukul 4 pagi Shaheen dan Afzan telah pun bergerak ke LCCT, Sepang. Perjalanan pagi itu lancar sahaja. Tiba di LCCT, Encik Suffian mengeluarkan bagasi mereka berdua. Shaheen beria tidak mahu Encik Suffian menunggu bersama mereka. Selepas bersalaman dengan Abinya, Shaheen dan Afzan berjalan masuk menarik bagasi masing-masing.

“Sha awal lagi ni. Flight kita kul 7 kan.”

“Ya. Jom la pi check in baggage dulu. Lepas tu kita isi perut dulu ya.”

Selesai custom luggage check, Shaheen dan Afzan terus ke kaunter untuk timbang berat beg. Staf di kaunter tersebut menjalankan tugasnya dengan senyuman. Bar code dicetak dan ditampal atas boarding pass sebagai bukti. Shaheen dan Afzan simpan semula boarding pass dalam beg sandang masing-masing. Masa masih ada. Mereka cuma alas perut dengan roti Gardenia dan Waffles Gardenia dengan air mineral.

Mereka duduk di kerusi yang tersedia. Shaheen membuka pembungkus waffles perisa Maple Wholemeal sementara Afzan sedang mengunyah roti Gardenia jagung. Masing-masing diam.

“Ijan dah masuk waktu la. Jom.” Shaheen dan Afzan berjalan menuju ke surau untuk menunaikan solat subuh. Selesai menunaikan solat subuh, masih ada 45 minit lagi sebelum waktu penerbangan.

Langkah diatur ke kaunter Imigresen. Selepas urusan scanning imigresen, Shaheen dan Afzan berlalu ke balai berlepas. Di sana mereka menunggu pengumuman pesawat penerbangan. Sebaik sahaja pengumuman diumumkan, mereka berdua beratur dan menghulurkan boarding pass serta paspot sebelum keluar pagar ke kapal terbang yang menanti. Sekali lagi mereka menunjukkan boarding pass kepada pramugari sebelum naik tangga kapal terbang. Afzan duduk di tepi tingkap dan Shaheen di tempat duduk tengah.

“Sha berapa jam flight ni?”

“Lebih kurang 2 jam.”

“Ok nanti kejutkan aku ya. Ngantuk la. Awal kita bangun tadi.”

“InsyaAllah. Hihik aku pun rasa ngantuk gak ni Jan.”

Lagi 15 minit pesawat akan mendarat di Bandara Sukarnoe Hatta. Pengumuman yang dibuat oleh cik pramugari mengejutkan Afzan dan Shaheen yang sempat melelapkan mata.

Selesai urusan mengambil bagasi, mata mereka mencari-cari Haji Luqman. Afzan yang menolak troli berjalan perlahan di sebelah Shaheen.

“Eh Sha, tu,” kata Afzan menunjuk ke kanan sebaik sahaja matanya menangkap kelibat seorang lelaki yang memegang kertas yang tertera nama Shaheen Suffian.

“Assalamualaikum,” sapa Shaheen sebaik sahaja berada di hadapan lelaki itu. “Saya Shaheen. Haji Luqman mana?”

“Waalaikumsalam. Selamat pagi nona manis. Saya Akim, supirnya Pak Luqman.” Lelaki itu memperkenalkan dirinya. Matanya memerhati dua orang gadis di depan mata. Bibirnya menguntum senyum menyambut tetamu jauh.

Troli bertukar tangan. “Ayuh, Pak Luqman menunggu di rumah,” katanya lagi sambil menolak troli.

Afzan dan Shaheen mengikut Akim dari belakang. Shahaeen memerhati Akim. ‘Kemasnya ‘supir’ Haji Luqman. Dengan gaya Adidasnya. Dari baju-T, ke track bottom hingga ke kasut sukan juga jenama Adidas. Tak ada gaya driver pun,’ ucap Shaheen di dalam hati.

Toyota Avanza menunggu mereka. Cepat-cepat Akim membuka pintu untuk Afzan dan Shaheen. Selepas menyimpan bagasi, Avanza hijau itu meluncur laju menuju ke kediaman Haji Luqman. Tidak sampai 10 minit, Avanza yang dipandu berhenti di sebuah rumah yang tersergam tanpa pagar. Di Jakarta rumah seperti itu dipanggil rumah cluster. Kediaman keluarga Haji Luqman terletak di Perumahan Daan Mogot Baru, Cengkareng, Jakarta Barat.

“Silahkan,” Akim menjemput Afzan dan Shaheen masuk ke dalam rumah dan duduk di sofa empuk warna putih. “Sebentar ya.” Pemuda itu berlalu laju meninggalkan mereka di ruang tamu.

Tidak lama kemudian, keluar seorang lelaki dan wanita seusia Abi dan Umi Shaheen. Lantas Shaheen dan Afzan bangun dan bersalaman dengan tuan rumah. Mereka memperkenalkan diri masing-masing.

“Apa khabar anak berdua,” sapa si isteri ramah.

“Alhamdulillah kami baik-baik saja Ibu, Bapak Luqman,” ucap Shaheen mewakili Afzan. “Abi saya kirim salam sama Pak Luqman sekeluarga.”

Meletus tawa tuan rumah. Afzan dan Shaheen sedikit terkejut. ‘Aku salah cakap ker,’ fikir Shaheen.

“Sebenarnya Luqman itu anak kami. Saya kenalkan diri, saya Halim dan ini isteri saya Kartika. Anak kami Luqman Hakim. Mungkin kamu berdua telah pun bertemu dia tadi,” Haji Halim memperkenalkan diri.

Afzan dan Shaheen berpandangan. ‘Jadi ‘supir’ tadi tu adalah Haji Luqman?’

“Pakcik bukan orang Indonesia?” tanya Afzan.

Haji Halim tersenyum. “Pakcik asal dari Gombak. Bekerja di sini hampir 20 tahun di Kedutaan Malaysia di Jakarta. Pakcik bertemu jodoh dengan isteri pakcik di sini.”

“Oh patut la pakcik boleh berbahasa melayu. Abi tak ada pulak bagi tau mengenai pakcik. Abi sebut nama Haji Luqman. Sha ingatkan pakcik ni Haji Luqman.”

Haji Halim tersenyum. Dia memandang isterinya. “Mana Luqman Mama?”

“Luq tadi buru-buru ke kamarnya. Mau mandi katanya. Dia sebetulnya baru pulang dari jogging Pa sebelum Mama pinta dia jemput mereka,” jawab Ibu Kartika. “Sebentar ya, Tante ke dapur,” kata Ibu Kartika mahu berlalu ke dapur.

“Er tak usah susah-susah Tante,” balas Afzan.

“Ngga apa-apa kok. Bentar aja,” ucap Ibu Kartika.

Ibu Kartika muncul semula dengan menatang dulang berisi minuman dan sepiring lumpia pisang. Hidangan diletakkan di atas coffee table di hadapan Shaheen dan Afzan. “Silahkan.”

“Terima kasih Tante,” ucap Shaheen dan Afzan serentak. “Om sama Tante jemput minum,” Shaheen berbahasa.

“Silakan Sha, Afzan. Jangan segan,” ucap Haji Halim. “Mama panggilkan Luqman. Dia belum minum dari pagi tadi kan.Udah hampir jam 10 ni.”

“Baik Pa.”

Belum sempat Ibu Kartika ke bilik anak bujangnya, Luqman Hakim muncul dengan penampilan yang lebih kasual. Kemeja kotak-kotak warna hitam merah juga dari jenama Adidas dengan sepasang jeans hitam.

“Assalamualaikum,” sapa Luqman Hakim lalu duduk di sofa bersebelahan Haji Halim.

“Kamu sudah kenal di airport kan,” tanya Haji Halim. Luqman Hakim memandang wajah Haji Halim. Dia senyum.

“Sudah Pa.” Luqman memandang lama ke arah Shaheen. Dia senyum menampakkan barisan gigi putihnya yang tersusun cantik.

Shaheen memandang tajam ke arah Luqman Hakim. ‘Jadi inilah Haji Luqman yang Abi maksudkan. Dia tidak menyangka orangnya masih muda. Sebaya barangkali dengannya. Pertama kali mendengar nama Haji Luqman, Shaheen membayangkan orangnya sebaya Abinya. Nyata tekaannya meleset sama sekali.”

“Tapi tadi Akim tu siapa?” tanya Afzan.

Luqman terus ketawa. Dia teringat semasa menjemput Shaheen dan Afzan dia memperkenalkan diri sebagai Akim ‘supir’nya Pak Luqman.

“Akim? Luq kamu bercanda dengan menyamar sebagai apa kali ini?” tanya Ibu Kartika pada Luqman Hakim yang masih tersenyum. Ibu Kartika kembali dengan segelas susu serta sepiring lumpia pisang dan diletakkan di hadapan anaknya Luqman Hakim.

“Ngga Ma,” balas Luqman Hakim sambil senyum memandang mamanya.

“Maaf ya Sha sama Afzan. Anak tante ini suka sekali bercanda. Maaf jika dia bikin repot sama kalian,” ucap Ibu Kartika dalam nada cemas.

“Errmm tak apa tante,” balas Afzan.

“Luqman esok kamu temankan mereka ke Jepara. Seperti yang Papa bincangkan dengan kamu. Di sana kamu jumpa Bapak Ahmad Saroni dari Ukiran Jepara. Papa dah pun booking tiket flight esok. Hari ni biar mereka rehat dan boleh juga jalan-jalan sekitar kota,” kata Haji Halim ditujukan kepada Luqman Hakim yang sedang menyisip susu.

‘Macam tau-tau aja plan aku,’ getus Shaheen dalam hati.

“Tuti,” panggil Haji Halim.

Terkocoh-kocoh seorang wanita muda berbadan sedikit gempal datang ke ruang tamu.

“Ya Pak,” jawab wanita yang dipanggil Tuti oleh Haji Halim.

“Kamu udah kemas kamar tetamu buat mereka. Sebentar lagi bawa mereka ke kamar ya,” pinta Haji Halim.

“Sudah diberes in sebentar tadi Pak. Baik Pak,” jawab Tuti. “Ayuh Mbak.”

“Shaheen, Afzan rehat la dulu. Buat macam rumah sendiri. Makan tengahari pukul 12.30 ya,” Haji Halim berusaha memastikan tetamunya selesa.

Shaheen dan Afzan bangun mengikut Tuti yang sedang menunggu di anak tangga. “Terima kasih Pakcik, Tante,” ucap Shaheen sebelum berlalu.

Sampai di bilik, “Terima kasih Tuti,” ucap Afzan dan Shaheen serentak.

Sama-sama Mbak. Kalo mahu apa-apa, bilang sama tuti.”

“Baik Tuti,”balas Shaheen senyum memandang Tuti.

Tuti lantas menutup pintu bilik. Dia turun semula ke dapur meneruskan kerja-kerja yang tertangguh tadi.

Shaheen memerhati dekorasi keseluruhan bilik. Baru dia sedar perabot-perabot di dalam bilik itu diperbuat daripada kayu jati. Di ruang tamu juga sama. Shaheen menyentuh kerusi di hadapannya. ‘Halus buatannya.’ Urat kayu yang lurus menandakan kayu jati itu adalah yang berkualiti baik.

“Ijan, cuba kau tengok ni. Cantiknya,” panggil Shaheen. Dia membelek-belek kotak tisu di atas meja. Juga diperbuat daripada kayu jati. Reka bentuk yang dihiasi dengan corak ukiran bunga-bungaan itu sangat halus buatannya. ‘Dah tidur rupanya,’ getus Shaheen di saat dia berpaling ke arah Afzan yang langsung tidak memberi respon pada kata-katanya tadi. ‘Patut la diam je. Penat sangat la tu,’ ngomel Shaheen sendirian.

Shaheen mengambil keputusan untuk turun ke bawah dan ingin melihat sekitar rumah Haji Halim. Dia menuruni tangga dengan hati-hati. Sampai di hujung tangga, Shaheen terdengar suara Bu Kartika berbual dengan Tuti. Langkah dibawa ke dapur.

“Sha ngapain kamu di sini? Mau minum?” tanya Bu Kartika apabila menyedari kehadiran Shaheen.

“Bukan Bu,” jawab Shaheen. Matanya melihat Tuti yang sedang sibuk menyiapkan bahan-bahan untuk masakan tengahari. “Ada yang boleh saya bantu,” Shaheen menawarkan bantuan. Dia menghampiri meja tempat Tuti sedang mengopek bawang.

“Ngga usah Mbak. Aku bisa beresin semuanya. Mbak istirehat dulu aja. Pasti capek, iya kan,” larang Tuti bersungguh-sungguh.

“Ya bener tuh,”sokong Bu Kartika.

“Mau masak apa ni Bu,” soal Shaheen ingin tahu.

“Tante mau bikin sambal ijo sama ayam goreng. Juga sayur sop,” jawab Bu Kartika. Tangannya lincah menyediakan bumbu ayam goreng. “Tuti ini udah siap. Bentar lagi goreng ayam sama ini,” arah Bu Kartika menunjukkan bumbu ayam goreng yang telah disiapkannya. “Tuti bawain minuman buat Ibu sama Mbak ke depan ya.”

Tuti mengangguk pantas, “Baik Bu.”

“Ayo Sha. Tante mau nunjukin bunga favorit Tante,” ajak Bu Kartika sambil memegang tangan Shaheen.

Shaheen mengikut sahaja langkah yang dibawa oleh Bu Kartika. Akhirnya Bu Kartika berhenti di satu sudut di luar rumah. Bibirnya menguntum senyum. Matanya memerhati satu persatu koleksi pokok orkid yang ditanamnya.

Shaheen terpegun melihat dekorasi laman orkid milik Bu Kartika. Shaheen turut memerhati keseluruhan laman orkid tersebut. Dia menghampiri rumah teduhan yang menempatkan banyak spesis orkid dengan pelbagai warna. Bentuk rumah teduhan seperti cendawan yang dibuat daripada kayu. Bumbungnya dilapisi dengan jaring teduhan berwarna hitam. Tambah menarik bila diselitkan dengan beberapa ekor itik hiasan di sekitar kawasan itu. Matanya ralit memerhati. Kolam ikan koi bersebelahan laman orkid mendamaikan mata yang memandang. Ditambah dengan ikan koi yang meliuk lintuk di dalam kolam berlari ke sana sini menarik perhatian Shaheen.

Shaheen memuji cara Bu Kartika menggunakan ruang yang terhad untuk menanam gabungan tumbuhan makanan dan hiasan. Selain menjimatkan ruang, cara ini meringankan belanja dapur. Antara tumbuhan makanan di laman comel milik Bu Kartika adalah daun kari, cili api, bayam, sawi, pegaga, selom, pudina, ulam raja, kangkung, kacang panjang, halia, kunyit, limau purut, limau kasturi dan bendi.

“Cantik,” sepatah kata meletus keluar dari bibir Shaheen. “Rajinnya Tante berkebun, bela ikan,” puji Shaheen sambil memandang Bu Kartika.

“Tante senang sekali. Tiap hari Tante pasti di sini,” akui Bu Kartika. Kolam ikan dan laman anggrek dipandang tanpa jemu. “Yang ini paling Tante suka,” tunjuk Bu Kartika pada sepohon orkid yang mempunyai tangkai bunga yang sungguh banyak dalam satu pasu. Tangannya sudah memegang setangkai bunga. Menarik sungguh disebabkan bunganya mempunyai empat warna iaitu merah jambu, ungu, putih dan kuning.

“Ini anggrek dari jenis Spathoglottis atau biasa dibilang  orang anggrek pinang Sha. Namanya seperti itu barangkali karena daunnya,” jelas Bu Kartika.

“Tante pokoknya seperti gubahan bunga plastik jika dilihat dari jauh. Bunganya menarik dan menyegarkan,” puji Shaheen. “Patut la Tante sangat ceria. Nampak muda. Jadi ini ubatnya ya,” usik Shaheen.

“Iyalah Sha,” balas Bu Kartika senang hati. “Ayo ke sana,” ajak Bu Kartika lalu duduk di sebuah kerusi kayu berdekatan pergola orkid. Shaheen turut melabuhkan punggung di kerusi berhadapan Bu Kartika. Di atas meja telah tersedia air teh panas dan sepiring oatmeal chocolate chip cookies.

“Silakan,” jemput Bu Kartika sambil tangannya menuang air ke dalam cawan. Cawan berisi air teh itu dihulur kepada Shaheen.

“Terima kasih,” ucap Shaheen menyambut cawan dari tangan Bu Kartika. Matanya masih memerhati bunga-bunga orkid milik Bu Kartika. Ada bermacam-macam jenis dan warna. Langsung ingatannya terbang ke Malaysia. Uminya juga peminat orkid. Bunga orkid pertama dari jenis Cattleya putih bersih uminya dibeli ketika Pesta Flora di Putrajaya 2 tahun yang lalu. Sejak itu minat uminya terhadap orkid membuak-buak. Serta-merta rasa rindu bertamu di hati. Walhal tak sampai sehari dia berjauhan dari uminya.

“Sha, kok bengong, lagi mikirin apa?” tanya Bu Kartika yang sedar fikiran Shaheen sedang melayang jauh.

“Oh maaf Tante. Sha teringat umi. Dia juga sangat suka orkid,” lamunan Shaheen terhenti akibat teguran Bu Kartika.

“Oh ya. Pasti kamu kangen sama ibu kamu ya. Baru juga sampai tapi kamu sudah teringat ibu mu. Enak juga ya punya anak perempuan. Tante cuma ada Luq aja, sekarang dia lagi sibuk-sibuknya, jadi pulangnya agak lama,” luah Bu Kartika.

“Jadi anak Tante tidak tinggal di sini,” tanya Shaheen.

“Ngga la Sha, Luq itu ngurusin bisnis  kami di Malaysia. Jadi Tante jarang ketemu sama dia. Ini pulangnya mau ke Jepara sama kamu besok Sha. Mau lihat furnitur terbaru katanya,” balas Bu Kartika.

“Oh jadi Haji Luqman tinggal di Malaysia ya Tante?” tanya Shaheen ingin kepastian. Bu Kartika hanya menganggukkan kepala.

“Sha panggil Luq aja. Jangan pakai Haji segala,” tegur Bu Kartika. Shaheen tersenyum mendengar permintaan Bu Kartika.

“Tante jadi kesepian lho sendirian, Om Halim juga sibuk di kantor. Anggrek ini jadi teman Tante. Untung juga ada kolam ikan ini, jadi Tante bisa berlibur sendirian di rumah. Lebih tenang gitu,” ucap Bu Kartika. “Sha kalau kamu ke Jakarta, main ke sini ya, supaya Tante ada teman ngobrol.”

“InsyaAllah Tante. Ini pun Sha diminta oleh Abi untuk ke mari. Abi ada urusan lain di sana. Kalau bukan permintaan Abi, pasti kita tidak bertemu di sini Tante.”

Shaheen senang sekali dengan wanita di hadapannya. Orangnya ramah. Walau pun baru pertama kali berjumpa, Shaheen terasa seperti telah lama kenal dengan Bu Kartika. Layanan yang diberi seperti keluarga.

“Sejak bila Tante mula menanam orkid ni?” tanya Shaheen mengubah topik perbualan mereka.

“Blom lama kok Sha, sekitar empat atau lima tahun ini Sha,” kata Bu Kartika.

“Ini banyak sekali orkidnya. Bagaimana Tante berminat menanam orkid?”

“Awalnya Tante lihat di rumah teman Tante. Bunganya cantik sekali. Kata teman bunganya senang mau dijaga. Jadi dia kasi ke Tante satu keratan, dia bilang tanam aja di tanah atau di pasu. Sekitar empat bulan, bunganya muncul. Cantik banget,” Bu Kartika teringat kembali detik pertama dia menanam orkid.

“Yang mana satu pokok yang pertama itu Tante.”

“Sini Sha, Tante tunjukin bunganya,” ajak Bu Kartika. Bu Kartika menghampiri sepohon orkid monopodial yang hidup di atas tanah. Pokoknya mengeluarkan tangkai bunga yang bercabang-cabang dengan bunga yang sangat lebat.

“Ini Sha anggrek pertama Tante. Bunganya merah. Ini dari genus Renanthere atau nama singkatannya Ren. Selain merah ada juga yang warnanya kuning muda atau oranye. Udah hampir lima tahun bunga ini di sini. Alhamdulillah panjang umurnya sama Tante,” Bu Kartika menceritakan kisah bunga pertama yang ditanamnya.

“Ayo Sha kita masuk. Udah panas ni,” ajak Bu Kartika. “Sebentar lagi kita makan siang.”

Shaheen bangun lantas meletakkan cawan dan piring serta teko ke dalam dulang. Sebaik sahaja dia mengangkat dulang tersebut, Bu Kartika menegur Shaheen. “Eh biar in aja di situ Sha. Sebentar lagi Tuti pasti akan beres in semuanya. Ayuh masuk,”ajak Bu Kartika.

“Oh tak apa Tante. Sha biasa buat ni semua. Senang je,” balas Shaheen dengan senyuman. Terserlah kedua-dua lesung pipit Shaheen. Bu Kartika terpempan. Lantas dia teringatkan seseorang yang sangat dekat dengannya suatu masa dahulu. Bu Kartika memerhati Shaheen yang melangkah ke dapur. ‘Oh anak itu mirip sekali,’ kata hati Bu Kartika.

“Sha di kamar ya,” beritahu Shaheen sebelum melangkah menaiki tangga ke bilik. Dia ingin mengejutkan Afzan yang tertidur tadi.

Sebaik pintu bilik dibuka, Afzan yang sedang mengeringkan rambut menyapa, “Kau tak ajak pun aku tengok-tengok rumah ni.”

Shaheen tersenyum memerhati mimik muka Afzan yang seperti merajuk.“Macam mana aku nak ajak, cepat sangat terlelap. Bosan la tengok kau tidur. Tu yang aku turun bawah. Tante Kartika tunjukkan laman orkid dia. Lagi kolam ikan dia. Hmm cantik tau.”

“Seronok berbual aku tengok. Apa yang korang borak kat bawah tu?”

Shaheen melangkah ke tepi tingkap. Dia menjengguk ke bawah. Dilihatnya pandangan dari atas kolam ikan dan laman orkid serta kerusi kayu yang didudukinya tadi. ‘Patut la dia tau aku borak dengan Tante Kartika tadi.’

“Borak pasal koleksi bunga orkid je Ijan,” jawab Shaheen ringkas.“Tau-tau dah panas. Tu yang kami masuk.”

“Takde ke kau risik pasal anak dia? Hensem la. Ada iras Dude Harlino la.”

“Hah Dude Harlino! Saper tu?”

“Ala pelakon dalam citer Aqso dan Madina, Nikita dan Dia Jantung Hatiku tu sinetron terkini lakonan Dude di TV3 kau tak tengok ke Sha?”

“Eh mana la aku tau. Aku tak tengok sinetron ok.”

“Rugi kau tak tengok Sha. Best tau.”

“Dah cepat siap. Sempat kau mandi ya. Hmm jab lagi boleh kita makan tengahari. Dah pukul 12.00 ni.”

“Malu la. Lepas bangun tidur tu aku mandi la.”

“Jadi baru bangun la ye, sakan tidur.”

Sedang asyik berbual, pintu bilik diketuk. Tuti memanggil mereka untuk sama-sama menikmati makan tengahari. Afzan cepat-cepat mengenakan tudung ke kepala. Mereka berdua turun ke ruang makan. Haji Halim, Bu Kartika dan Luqman telah pun menunggu di meja makan.

“Silahkan Sha, Afzan. Jemput duduk,” ramah sekali Bu Kartika memanggil mereka.

“Maaf buat semua menunggu kami,” ucap Shaheen.

“Oh tak apa. Mari duduk,” panggil Haji Halim.

Sebaik mereka duduk, Luqman memulakan bacaan doa makan. Shaheen duduk di sebelah Afzan dan berhadapan dengan Luqman. Usai mengaminkan doa, Haji Halim menghulurkan pinggan berisi buah mangga dan watermelon kepada Bu Kartika dan pinggan buah-buahan bergerak kepada semua di meja makan. Shaheen senyum melihat tindakan Haji Halim. Lantas teringat dia pada Abinya yang juga mengajar dia untuk mulakan dengan memakan buah-buahan dahulu sebelum menjamah makanan utama. Mereka makan hidangan yang disediakan. Sekali lagi Shaheen teringatkan Abi dan Umminya. ‘Apa yang mereka buat sekarang ni ya.” Jika di Indonesia pukul 12 tengahari, di Malaysia sudah pun melangkau ke pukul 1 petang. Ini disebabkan perbezaan waktu GTM, jam harus diputar 1 jam ke belakang.

Afzan dan Shaheen melihat kemesraan dan betapa rapatnya keluarga Haji Halim. Bu Kartika menceduk sup sayur ke dalam mangkuk dan menghulurkan kepada suaminya. Mangkuk yang kedua diisi dengan sup dihulur kepada Luqman pula. Ayam goreng di depan Haji Halim dihulur kepada Afzan yang duduk di sebelahnya.

“Kena rasa ayam goreng isteri pakcik ni. Sedap hingga menjilat jari tau. KFC pun kalah ni,” kata-kata Haji Halim mengundang tawa semua. Bu Kartika tersipu malu dipuji suaminya.

“Ini apa?” tanya Afzan pada hidangan seperti sambal goreng di depan pinggannya.

“Itu sambal ijo, rasa la,” balas Bu Kartika. Afzan menceduk sesudu sambal ijo ke dalam pinggannya.

“Afzan, Shaheen ni semua masakan pPdang. Ayam goreng ni masakan Padang juga. Ni rencah semua Tante yang sediakan. Kena rasa. Kalau tak rugi tau.” Haji Halim mengambil seketul ayam goreng lalu dimasukkan ke dalam pinggan Bu Kartika.

Luqman makan tanpa banyak bicara. Namun matanya sesekali menjeling Shaheen. Luqman mengambil mangkuk kecil lalu diceduk sup sayur dan dihulur kepada Shaheen. Lambat-lambat Shaheen menyambut mangkuk tersebut. Shaheen menghulurkan mangkuk tersebut kepada Afzan.

“Akim jangan tak tau Sha ni anti sayur. Tak makan sayur ini orang,” getus Afzan sambil memandang Shaheen di sisi.

“Sayang sekali kok. Harus dicoba sayur sop ini. Enak bangat. Silahkan dicoba,” pujuk Luqman lantas menghulurkan semangkuk kecil sup sayur kepada Shaheen.

“Iya Sha. Coba dikit aja,”pujuk Bu Kartika pula.

Shaheen lantas mengambil sudu sup di tepi pinggannya. Kuah sup diceduk lalu dibawa ke mulut. Kuah sup dicicip perlahan. Terasa rencah sup beraroma harum itu di dalam mulut. Manis sayur juga terasa. ‘Sedap juga.’ Sudu berisi sup sayur disua ke mulut buat kali kedua.

“Ah gitu dong. Gimana, enak ngga?” tanya Luqman ceria. Shaheen mengangguk sambil tersenyum. Luqman terpana melihat senyuman Shaheen. Baru dia tersedar sesuatu. Barangkali itu la persamaan yang dilihat oleh Luqman sejak pertama kali bertemu Shaheen di lapangan terbang pagi tadi.

Bu Kartika nampak perubahan air muka Luqman. Cepat-cepat dia mengambil ayam goreng lalu diletakkan di dalam pinggan anaknya.

"Luq ini ayam gorengnya. Mama bikin paling enak buat anak mama.”

Selepas itu masing-masing makan dengan berselera. Afzan sangat suka sambal ijo. Makanan pedas menjadi kesukaannya. Walaupun malu, dua kali juga Afzan menambah nasi ke pinggannya. Bu Kartika gembira sekali bila tetamu yang datang menikmati hidangan yang disediakan.

Selesai makan seperti biasa Shaheen mengemas meja makan bersama Afzan. Walaupun dilarang oleh Bu Kartika, Shaheen dan Afzan dengan rela hati mengemas meja makan dan mencuci pinggan mangkuk serta gelas yang digunakan. Bu Kartika akhirnya duduk di ruang makan menemani Afzan dan Shaheen sehingga mereka selesai mengemas.

“Yuk ke mari. Bentar lagi Tuti beres in semuanya,” panggil Bu Kartika mengajak Afzan dan Shaheen ke ruang tamu. “Tante senang sekali kalo punya anak perempuan kayak kamu.”

Afzan dan Shaheen tidak berkata apa-apa. Mereka mengekori Bu Kartika ke ruang tamu. Di situ Haji Halim dan Luqman duduk santai. Bu Kartika mengambil tempat di sebelah Haji Halim.

“Sore in mau jalan-jalan?” tanya Luqman pada Afzan dan Shaheen.

“Boleh juga,” pantas sekali Afzan menjawab. Luqman senyum.

“Baik Mbak, siap. Saya supirnya Pak Luqman bisa bawa Mbak berdua jalan-jalan di kota.”

Afzan sudah ketawa. Shaheen membulatkan mata memandang Luqman. Luqman turut ketawa. Matanya yang sedia sepet bertambah kecil.

Haji Halim dan Bu Kartika memandang Luqman silih berganti. Perubahan yang berlaku di depan mata sudah lama mereka impikan. Sejak kejadian 3 tahun lalu, Luqman Hakim berubah menjadi seorang yang pendiam. Emosinya juga cepat berubah. Sehinggakan Luqman membawa diri ke Malaysia. Selama itu Bu Kartika sentiasa berdoa agar Allah mengembalikan Luqman menjadi seperti sebelumnya. Bu Kartika rindukan anaknya yang periang, mudah bergaul, penyayang dan suka bergurau.

“Ayuh Ma ikutan,” ajak Luqman. “Papa juga.”

Haji Halim dan Bu Kartika hanya mengangguk. Bersetuju dengan cadangan Luqman. Petang itu mereka semua keluar bersama-sama.

4 comments:

  1. 1st: Best sangat..tergelak sbb kena tipu dgn Haji Luqman (macam i pulak shaheen ;p)

    2nd: Luq handsome (in other word, refer to DUDE HARLINO..ganteng bangat!)

    3rd: Kagaknya sha ni minat nonton sinetron ya? Fasih amat dialog Indonnya :)

    4th: Byk info yg diterapkan dalam n3 ni and i like it :)

    5th: Maap ler byk komen sgt. Peace no war :)

    ReplyDelete
  2. 1. itu la Haji Luqman yang nakal..

    2. Sha start tengok lakonan Dude Harlino sinetron Agso & Medina..

    3.Ada la juga tengok sinetron ni. Masa buat dialog ni kebetulan ada kawan dari Indonesia. Jadi minta dia semak.

    4. TQ Cik Shiroe. Semoga info ni memberi kebaikan kepada yang membaca.

    5. Peace...

    ReplyDelete
  3. Haha..sy kenal die waktu sinetron intan..tangkap cintan habis...sampai skrg...ade dialog sinetron tu msk dlm mss CII...hoho

    Ps: sbnrnya utk pengetahuan sha..dude harlino calon pertama sy nk jdkan airul fakri tp last2 xjd..huhu

    ReplyDelete
  4. :) sweet kan dude ni...then sha tengok lakonan dia dalam sinetron Nikita..time ni memang minat habis..

    ya ker? airul cam dude..hmm 'in' juga..won bin pun sesuai..both heroes tu sha suka...wajah innocent saja..

    ReplyDelete

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim