22 September 2012

Kasihmu 6

"Shaheen nanti datang jumpa saya," ucap Dr. Hadif Mirza.

Shaheen yang sedang menyusun buku Organizational Behaviour memanggung kepala memandang pensyarah muda itu. "Dr., saya jumpa Dr. petang skit boleh ke? Lepas ni saya ada kelas sampai pukul 4 petang nanti," balas Shaheen. Mindanya ligat berfikir 'Apa yang Dr. Hadif ni nak ya.'

Dr. Hadif Mirza hanya mengganguk dan senyum. "Ok then. I'll be in my office the whole day."



Shaheen bergegas keluar dari bilik kuliah. Kaki dihayun ke bilik tutorial di tingkat 1. Laju Shaheen mengatur langkah.

"Sha," laung Emily dari jauh.

Shaheen yang mendengar namanya dipanggil berhenti dan memusing ke belakang. Emily berlari-lari anak mendapatkan Shaheen.

"Jom," Emily bergandingan dengan Shaheen menuju ke kelas tutorial Finance Management.

Tiba di kelas hanya tempat duduk di barisan hadapan sahaja yang masih kosong. Emily dan Shaheen mengambil tempat betul-betul di hadapan papan putih. Kelibat Puan Yeo belum lagi kelihatan.

"Emily kau ada nampak Linda hari ni?" tanya Shaheen.

"Linda dah abis kelas la. Tadi kelas marketing dia cancel. Prof. Anisa ada kes kecemasan. Makcik dia di hospital, sedang nazak."

"Oh jadi Linda dah balik ke?"

"Ada la. Dia singgah di library. Kan kita janji nak ke SS petang ni sama-sama."

"Sorry Emily. Petang ni aku kena jumpa Dr. Hadif. Ada hal yang nak dibincangkan."

Emily membulatkan matanya. "Hah..Dr. yang cerewet tu nak jumpa kau. Apa kes?"

"Eee.. tak baik tau Emily. Hmm aku pun tak pasti. Dia tak cakap apa-apa pun. He just wanna see me today."

"Sha hati-hati. Dr. Hadif tu ramai peminat," usik Emily.

Shaheen senyum sahaja mengingatkan usikan Emily itu.

"Afternoon class," ucap Puan Yeo sambil berjalan laju ke arah meja di hadapan kelas. "Sorry I was in a short discussion with HOD," terang Puan Yeo memaklumkan kelewatannya pada petang itu. Semua pelajar telah pun bersedia dengan jawapan kepada soalan-soalan yang diberikan oleh Puan Yeo pada minggu lepas.

"Ok class please submit the assignment that I gave last week. Today I nak buat quiz," kata Puan Yeo lancar. "No worry this quiz is more on your understanding towards what Dr. Aaron taught in class. Just 5 questions," ucap Puan Yeo lalu memaparkan slide di LCD monitor. "Oh ya this is open book quiz."

Semua pelajar mula menjawab soalan yang terpapar di LCD screen. Tempoh 30 minit dirasakan cepat berlalu. Masa seperti tidak cukup sahaja. Walaupun 'open book' quiz, rasanya tak sempat nak selak-selak buku. Jika tumpuan sepenuhnya di dalam kelas, soalan yang diberi dengan mudah sahaja dapat dijawab.

"Ok class. Time's up. Khairul please collect all the answers," arah Puan Yeo. Masa masih ada 20 minit lagi sebelum kelas tamat. Tempoh tersebut Puan Yeo gunakan untuk mengadakan sesi Q&A. Mana-mana soalan atau perkara yang tidak difahami oleh para pelajar dijawab dengan lancar. Habis sahaja kelas, Shaheen berjalan menuju ke bilik Dr. Hadif Mirza.

Pintu diketuk. Tiada jawapan. Sekali lagi Shaheen mengetuk pintu.

"Masuk," jawab Dr. Hadif Mirza dari dalam bilik.

Shaheen memulas tombol pintu. Dilihatnya Dr. Hadif sedang menjawab telefon.

"Ok Shaheen, sila duduk. Tadi tu my mum," beritahu Dr. Hadif tanpa dipinta. Dr. Hadif menarik helaian kertas daripada susunan kertas di atas meja. "Ok I dah semak kertas cadangan yang I minta you buat. Dalam banyak-banyak cadangan yang I terima hanya you sahaja yang berminat untuk memajukan industri kayu jati. And I suka the way you present it," ucap Dr. Hadif panjang lebar.

Shaheen mendengar dengan senyuman. Hatinya berbunga mendengar ulasan Dr. Hadif.

"I nak tau kenapa you pilih industri kayu jati ni Shaheen."

"Dr. saya memilih perniagaan ni kerana industri perabot merupakan bidang perniagaan yang ada potensi untuk berkembang hingga ke peringkat antarabangsa. Lagi pula bidang ini sesuai dengan jiwa saya. Saya sukakan sesuatu yang mempunyai nilai-nilai estetika," jawab Shaheen dengan yakin.

"Pernigaan ni perlukan capital yang banyak, I guess," duga Dr. Hadif.

"Untuk permulaan saya akui betul apa yang Dr. cakap tu. Seperti yang saya tulis dalam kertas cadangan, saya akan mulakan dengan membuat kerjasama dengan pengusaha dari Indonesia untuk mendapatkan produk jati yang berkualiti sebelum ditawarkan kepada pasaran tempatan. Promosi perniagaan ini dilakukan dari rumah sahaja. Jadi saya yakin dengan modal sebanyak RM5,000.00, saya mampu memulakan perniagaan dengan kos pengangkutan, kos buruh sambilan dan sewa tapak," jawab Shaheen tenang.

"Hmmm.. interesting," Dr. Hadif menunjukkan minat untuk mendengar dengan lebih lanjut lagi. "Sekarang I lihat perniagaan perabot jati menjadi pilihan ahli perniagaan. Jadi apakah kelainan yang ingin you tonjolkan untuk menghadapi persaingan dengan pengusaha yang lain?"

Dengan senyuman Shaheen menjawab, "Itu sebagai penanda aras yang perniagaan perabot jati ni menguntungkan, secara tak langsung ia menjadi pilihan ramai. Sesuatu perniagaan itu sentiasa memerlukan pembaharuan untuk terus berkembang sekali gus memenuhi kehendak pelanggan. Tambahan lagi dengan capaian internet, banyak keunikan baru dari dalam dan luar negara dapat saya aplikasikan dalam perniagaan dan produk saya. Tetapi haruslah mengikut kehendak semasa dan lokaliti. Dengan adanya persaingan yang sihat, tentu sahaja saya akan bekerja keras bagi memastikan saya sentiasa memenuhi kehendak pelanggan, mendapatkan niche area yang lebih besar dari kalangan peminat produk jati.

Dr. Hadif semakin bersemangat mendengar dengan melihat kepetahan Shaheen memberikan hujahnya. 'Nampaknya banyak juga research yang dilakukan' hati Dr. Hadif berbicara. "Kekuatan minda dan jiwa yang cekal perlu dalam mengatasi cabaran. Like what Shakespears said," To be or not to be, that's the question. Jadi kepuasan bagaimanakah yang you dapat dari perniagaan ini."

"Kepuasan boleh diperolehi dengan cara masing-masing. Bagi saya melihat keluarga bangga dengan pencapaian saya sudah cukup membuatkan saya puas. Bila mana saya mampu membimbing orang lain ke arah kemajuan dan lebih berjaya dalam perniagaan dan kehidupan peribadi mereka, saya akan lebih berpuas hati.

Dr. Hadif Mirza kagum dan berpuas hati dengan perbincangan 4 mata bersama Shaheen. Dia merumuskan Shaheen mempunyai wawasan untuk terus berjaya. "Shaheen I nak lihat perkembangan you in 5 - 10 years from now. In fact I nak lihat perniagaan you berkembang in real world. Boleh?" tanya Dr. Hadif

"InsyaAllah Dr. Besides my Abi ada menjalankan bisnes kayu jati ni," Shaheen membuka rahsia. "Jadi saya akan teruskan legasi yang telah Abi usahakan selama ini."

"Oh no wonder, you bersemangat dan bersahaja menjawab soalan I tadi. Anyway I'm serious untuk lihat perkembangan you in future," balas Dr. Hadif sedikit teruja.

Shaheen senyum mendengar komen Dr. Hadif itu. Semuanya kerana Abi yang telah membantu dengan berkongsi suka duka sewaktu memulakan perniagaan ini beberapa tahun yang lalu. Pandangan dan cadangan Abi juga diambil kira sewaktu Shaheen membuat kertas cadangan yang diminta oleh Dr. Hadif.

"Ok Shaheen, let's go for tea break. I know now dah quite late, but still I need a break, refreshment," ajak Dr. Hadif. Dia bangun mendahului Shaheen lalu membuka pintu. Shaheen turut bangun dengan wajah yang tidak percaya.

"Tapi Dr..."

"No tapi-tapi. You dah habis class kan. Come," potong Dr. Hadif.

Shaheen akhirnya berjalan seiring dengan Dr. Hadif menuju ke kafetaria. Dr. Hadif memesan hot chocolate dan chocolate wafer. "I hantu chocolate," beritahu Dr. Hadif menjawab usikan Shaheen.

"Dr. kata tea break, kenapa pilih hot chocolate."

Shaheen memilih kuih bingka ubi dan popia goreng serta teh tarik. Melihat kuih bingka ubi, ingatan Shaheen kembali ke rumah Mak Ngah Sofi. Pertemuan dengan Hisyam beberapa minggu lepas turut terlayar di kotak fikirannya.

2 comments:

  1. Best k.sha...banyak ilmu dapat..
    huhhhuh..silakan sambung lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih maira...insyaAllah dengan galakan maira.. sha kembali menulis..tq my lovely fren..

      Delete

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim