“Luqman tengokkan Afzan sama Shaheen ya. Semoga kalian bisa
sama-sama menjaga. Jika ada apa-apa, cepat kasi tau Papa. Hati-hati di
jalanan,” ucap Haji Halim menasihati dan mengingatkan Luqman semasa di dalam
perjalanan ke Bandara Soekarno Hatta.
Luqman mengangguk. Afzan dan Shaheen melemparkan senyuman.
Ternyata Haji Halim sangat mengambil berat. Haji Halim bangun seawal tiga pagi
gara-gara mahu menghantar Luqman, Afzan dan Shaheen ke terminal keberangkatan
Bandara Soekarno Hatta. Walaupun penerbangan mereka dijadualkan pada pukul enam
pagi dan perjalanan ke Bandara Soekarno Hatta dari rumah Haji Halim mengambil masa hanya sepuluh minit,
Haji Halim telah bersedia awal pagi.