24 November 2012

Kasihmu 14

“Luqman tengokkan Afzan sama Shaheen ya. Semoga kalian bisa sama-sama menjaga. Jika ada apa-apa, cepat kasi tau Papa. Hati-hati di jalanan,” ucap Haji Halim menasihati dan mengingatkan Luqman semasa di dalam perjalanan ke Bandara Soekarno Hatta.

Luqman mengangguk. Afzan dan Shaheen melemparkan senyuman. Ternyata Haji Halim sangat mengambil berat. Haji Halim bangun seawal tiga pagi gara-gara mahu menghantar Luqman, Afzan dan Shaheen ke terminal keberangkatan Bandara Soekarno Hatta. Walaupun penerbangan mereka dijadualkan pada pukul enam pagi dan perjalanan ke Bandara Soekarno Hatta dari rumah Haji  Halim mengambil masa hanya sepuluh minit, Haji Halim telah bersedia awal pagi. 

Mereka tiba di Bandara Soekarno Hatta sekitar pukul 4.30 pagi. Waktu itu Bandara Soekarno Hatta telah pun dibanjiri oleh kumpulan penumpang yang turut sama menanti waktu penerbangan awal pagi. Proses bording hingga pukul 5.30 pagi. Sebaik pengumuman penerbangan kedengaran, Haji Halim sekali lagi mengingatkan Luqman untuk berhati-hati dan menjaga Afzan dan Shaheen.

“Sampaikan salam Papa pada Bapak Ahmad Saroni.”

“Baik Pa.” Luqman memandang Afzan dan Shaheen bersilih ganti. Pandangan mata Luqman akhirnya menatap wajah tenang Haji Halim.

“Terima kasih Pa,” Luqman mengucup tangan Haji Luqman. Tubuh tua itu dipeluk erat sebelum mereka berpisah.

“Terima kasih Pakcik.” Kata Afzan dan Shaheen serentak. Mereka bertiga mengatur langkah. Haji Halim memerhati kelibat Luqman, Afzan dan Shaheen sehingga mereka bertiga hilang ke dalam balai berlepas di Terminal 3 pagi itu.

*******

Kapal terbang berangkat pagi itu tepat mengikut jadual. Terasa bagai ada beban berat di saat pesawat melepasi landasan, memang saat yang paling kritis adalah saat take off nya kapal terbang, yang paling mencekam apabila kapal terbang menderu untuk take off dan tidak seberapa lama setelah pesawat melayang ke udara dan menuju ke atas tiba- tiba terasa seperti kehilangan daya.

Di dalam kapal terbang, Shaheen duduk di tengah antara Afzan dan Luqman. Afzan yang duduk di tepi tingkap melemparkan pandangan ke luar menyaksikan bumi Jakarta ditinggalkan. Pesawat meluncur di atas pulau Jawa.

“Berapa jam penerbangan ni?” Afzan memulakan bicara. Luqman di sisi kanannya dilihat bersandar sambil memejam mata. ‘Kenapa dia ni. Berpeluh-peluh.’ Afzan pelik melihat keadaan Luqman. Afzan lantas menepuk paha Shaheen lalu menunjuk ke arah Luqman. Shaheen sudah tersenyum.

“Ni namanya pteromerhanophobia atau aviophobia alias takut terbang,” dalam senyum Shaheen berbisik kepada Afzan.

“Ye ke,” Afzan seperti tidak percaya. Luqman masih tidak membuka matanya walaupun pesawat telah pun terbang tinggi di angkasa. Lantaran bimbang dengan keadaan Luqman, Shaheen cuba memanggil nama Luqman. Perlahan-lahan Luqman bersuara.

“Udah di udara?” tanya Luqman. Matanya masih tertutup.

“Ya sudah,” balas Shaheen.

Afzan di hujung leka melihat pemandangan dari udara. Kapal terbang meluncur di atas Pulau Jawa tetapi tiada satu pun yang Afzan kenali. Afzan kembali duduk bersandar apabila sudut daratan berganti dengan lautan.

Luqman membuka mata. Tubuhnya kaku di tempat duduk. Afzan hanya senyum melihat gelagat Luqman. Tidak sangka pemuda macho itu takut menaiki pesawat terbang. Bagi mengawal perasaan takut Luqman, Shaheen berusaha berbual dengan Luqman.

“Snack sama minuman Pak,” tegur pramugari pesawat Batavia. Walaupun penerbangan hanya mengambil masa kurang lebih satu jam sahaja dari Jakarta ke Semarang masih ada makanan ringan disediakan. Shaheen tersenyum menyambut sepotong roti coklat merek Batavia dan segelas air minuman. Afzan turut tersenyum. Pramugari tadi lantas bergerak ke arah penumpang lain sebaik membalas ucapan terima kasih dari Afzan dan Shaheen.

“Jadi ini kah sebabnya Luqman jarang balik ke Jakarta?” Shaheen bertanya pada Luqman yang masih tidak menunjukkan tanda mahu menyentuh makanan ringan di depan mata.

“Ya. Aku sangat takut bila berada di dalam pesawat,” dalam nada perlahan Luqman bersuara. Dia malu sebenarnya apabila Shaheen dan Afzan mengetahui rahsia dirinya. Kini bukan rahsia lagi dia seorang aviophobia.

“Kenapa awak takut Luqman,” tanya Shaheen ingin tahu.

“Sebetulnya aku takutkan ketinggian dan takut berada di tempat terkurung. Aku fikir peluang menyelamatkan diri tipis sekiranya berlaku bencana,” Luqman menjawab tanpa memandang Shaheen di sisi.

Fahamlah kini mengapa Luqman jarang pulang ke Jakarta. Teringat kembali perbualannya dengan Bu Kartika semalam. Rupanya inilah sebabnya Luqman tidak rajin menjengguk keluarganya. Yang menjadi persoalannya mengapa Luqman membawa diri ke Kuala Lumpur. Apakah kisah di sebalik pelariannya hingga ke seberang tanah air. Shaheen masih belum dapat mencari kaitan di sebalik keberadaan Luqman di Kuala Lumpur. Apa pun dia bersyukur bertemu dengan Luqman dan keluarganya. Sekurang-kurangnya Luqman dapat membantu semasa dia berada di negara republik ini.

Belum sempat Afzan melelapkan mata, pengumuman yang berkumandang seantero kabin mengingatkan bahawa pesawat akan segera mendarat. ‘Hmm tak sempat tidur pun dah nak sampai,’ ngomel Afzan sendirian. Afzan membuang pandang ke luar tingkap. Dia dapat melihat jalur rel kereta yang bukannya lurus tetapi membelok ke kanan sehingga ke sudut daratan yang terakhir. Fahamlah dia bahawa kapal terbang semakin hampir di atas daratan Semarang. Sebentar lagi kapal terbang akan mendarat.

Perjalanan Jakarta-Semarang selama satu jam. Pukul tujuh pagi mereka bertiga tiba di Bandara Ahmad Yani. Selesai urusan mengambil bagasi, mereka bertiga berjalan keluar dari Bandara Achmad Yani. Begitu ramai orang yang menjemput seseorang yang tidak dikenali dengan hanya tertulis namanya pada sekeping kertas. Kertas diangkat tinggi dan diacung-acungkan pada penumpang yang baru saja keluar dari terminal.

Afzan dan Shaheen memerhati ruangan lapangan terbang. Ternyata Bandara Ahmad Yani berukuran kecil sahaja. Di halaman bandara terdapat banyak deretan tempat makan. Selain itu di ruangan tersebut juga dipenuhi dengan warga Semarang yang sedang menunggu dan ingin menjemput sanak saudara di bandara.

“Kita mau ke mana?” Afzan bertanya sebaik melihat Luqman berjalan laju keluar dari lapangan terbang tanpa sepatah kata.

“Pangkalan taksi langsung mau ke Jepara,” balas Luqman sambil memperlahankan langkahnya. Dia menunggu Afzan dan Shaheen berada seiring dengannya. “Kamu mau breakfast atau gi mana?”

“Breakfast dulu ya. Lagi pun dua jam kan perjalanan ke Jepara,” cadang Shaheen.

Luqman angguk. Afzan senyum mendengar usul Shaheen itu. Perutnya juga telah berlagu saat di dalam perut pesawat lagi. Namun dek malu, dia diamkan sahaja.

“Kita breakfast di café di bandara ini aja,” usul Luqman. Afzan dan Shaheen angguk sahaja sambil mengekori Luqman menuju ke arah café di hujung Bandara Ahmad Yani berdekatan musolla bandara. Di situ terdapat juga restoran Mc Donald dan Rumah Makan Padang.

Mereka bertiga duduk di meja kosong di tengah café. Bermacam menu makanan disediakan di sana. Mereka memesan dua nasi goreng, satu nasi soto ayam dan minumannya 3 teh botol. Sambil menunggu pesanan tiba, Luqman mengambil 3 keping lumpia.

Tidak sampai sepuluh minit, makanan yang dipesan tiba. Afzan dan Shaheen menikmati nasi goreng tanpa banyak bicara. Luqman sempat memerhati Afzan dan Shaheen. Sambil menyuap nasi soto fokusnya ke wajah Shaheen. Hatinya tenang.

Selesai makan, Luqman bangun ke arah kaunter bayaran. Bil makanan Rp.152.000 diunjuk kepada juruwang. Walau terasa agak mahal, namun dia sedar makanan di dalam kawasan lapangan terbang sememangnya begitu.

Kaki dihayun ke arah teksi yang diparkir di halaman lapangan terbang.

“Pak, mau ke Jepara bisa ngak?” Luqman bertanya kepada pemandu teksi yang menunggu.

“Rp.400.000 pak,” sahut pemandu teksi.

Dengan tawar-menawar, akhirnya Luqman berjaya mendapatkan harga Rp.300.000 bertiga. Luqman membuka pintu tempat duduk hadapan teksi. Afzan dan Shaheen turut masuk ke perut teksi. Perjalanan menaiki teksi pagi itu lancar sahaja. Namun kenderaan-kenderaan berat berukuran panjang mendominasi sepanjang perjalanan. Dari jauh sudah terlihat Pelabuhan Tanjung Mas. Patut la banyak kenderaan berat guman Shaheen.

Di dalam perjalanan, Luqman berbual dengan pemandu teksi yang memperkenalkan diri sebagai Pak Yono. Kata Pak Yono perjalanan ke Jepara dengan menaiki bas akan mengambil masa hampir tiga jam. Masa yang lebih lama kerana bas akan berhenti sama ada menurunkan penumpang atau mengambil penumpang di sepanjang jalan. Sebelum memasuki jalan menuju ke Kota Jepara, teksi berhenti di lampu isyarat yang bertukar merah saat itu. Sedang menanti lampu merah bertukar hijau, muncul seorang penjaja di pembahagi jalan menghulur segugus kacang soya rebus. Nilainya 1000 rupiah, sekitar 35 sen wang Malaysia. Nilai yang murah jika dibandingkan dengan nilai khasiat di dalamnya.

“Mau,” tanya Luqman di tempat duduk hadapan langsung memandang Shaheen. “Cepatan, sebentar lagi lampu udah mau ijau ni.”

Tanpa menunggu persetujuan Shaheen, 1000 rupiah bertukar tangan. Kacang soya rebus di tangan Luqman dihulur ke belakang.

“Gini caranya.”

Luqman menunjukkan cara mengeluarkan isi kacang soya dari kulitnya. Hanya picit, lalu masukkan terus ke dalam mulut.

Afzan dan Shaheen mengikut demo yang Luqman tunjuk tadi. Sebaik isi kacang soya berada di dalam mulut, mereka mengunyah dengan perlahan untuk menikmati rasanya yang agak lemak. Inilah pertama kali Afzan dan Shaheen menikmati rasa kacang soya rebus yang segar.

Teksi bergerak lancar. Tiba di satu persimpangan, teksi Pak Yono membelok ke kanan menuju ke Kota Jepara. Simpang kiri pula ke Kota Demak. Afzan dan Shaheen hanya diam di tempat duduk belakang. Mata sesekali mengerling ke kiri dan kanan jalan. Perjalanan hampir dua jam itu akhirnya tiba di Pantai Kartini Jepara. Jam sudah menginjak ke pukul 9.30 pagi.

“Pak Yono, bisa langsung ke alamat ini,” pinta Luqman menghulurkan alamat Perusahaan Ukiran Jepara.

“Baik Pak,” akur sahaja pemandu teksi menuju ke alamat yang diberi. Teksi berhenti betul-betul di depan Perusahaan Ukiran Jepara.

“Rp 300.000 pak,” minta Pak Yono sambil menunjukkan meter teksinya kepada Luqman. Luqman segera menghulurkan wang tambang kepada pemandu teksi yang dipanggil Pak Yono itu.

“Makasih ya Pak Yono, ini buat bapak.” ucap Luqman seraya keluar dari teksi. Lebihan baki tambang teksi Luqman sedekahkan kepada Pak Yono.

Pak Yono  senyum lalu menganggukkan kepala, “Terima kasih kembali,” ucap Pak Yono dan berlalu pergi.

*******

“Assalamualaikum,” sapa Luqman kepada seorang pekerja di luar perusahaan.

“Waalaikumsalam. Mau ketemu siapa Pak?” tanya pekerja yang sedang mengukir.

“Bapak Ahmad Saroni ada?”

“Sebentar ya.”

Sambil menunggu, mereka bertiga memerhati sekitar ruang yang menempatkan begitu banyak perabut yang berasaskan kayu jati. Bermacam-macam saiz dan motif yang terdapat di situ. Cantik semuanya. Buatannya cukup halus. Terdapat juga ukiran kayu yang tersusun di permukaan lantai dan bergantungan di ruang jualan.

Di satu sudut, salah seorang pengukir sedang tekun memahat kayu. Shaheen ralit memerhati cara si pengukir memegang kayu penukul. Jari telunjuk berada di atas kepala penukul, manakala jari yang lain menggenggam pemegang penukul. Tidak jauh, seorang lagi pengukir memegang pahat. Proses mengukir kayu memerlukan teknik memahat dan menukul yang betul. Selain itu set lengkap alat pahatan yang tidak kurang daripada 30 bilah tersusun elok tidak jauh dari meja kerja para pengukir.

Ukiran yang telah siap dijual di kedai berdekatan. Pelbagai bentuk ukiran terdapat di sepanjang deretan kedai jualan bertentangan Perusahaan Ukiran Jepara. Shaheen tertarik dengan ukiran kayu dengan rekabentuk daun maple. Cantik di pandangan matanya.

“Shaheen,” panggil Afzan apabila Bapak Ahmad Saroni muncul. Luqman menghulurkan tangan bersalam dengan Bapak Ahmad Saroni. Afzan senyum sambil tangan dibawa ke dada kirinya.

“Ngapa in tidak hubungi kita di sini. Bisa kita menjemput kalian di bandara. Kita mau semua yang hadir ke sini mendapatkan kunjungan yang amat menyenangkan,” soal Bapak Ahmad Saroni.

“Oh ngak apa-apa Pak. Kami juga udah di sini.” Luqman memperkenalkan diri dan menyampaikan salam papanya.

“Jadi kamu ini anaknya Haji Halim yang dari Malaysia itu,” Bapak Ahmad Saroni ingin mengesahkan bahawa Haji Halim itu adalah sahabatnya yang dikenali di Jakarta beberapa tahun yang lalu. “Aduh sudah dewasa kamu. Ganteng lagi. Duluanya kamu segini aja,” pujinya sambil meletakkan tangannya di paras pahanya.

“Silakan ke kantor bapak,” ajak Bapak Ahmad Saroni ramah.

Luqman berpaling ke arah Shaheen yang masih asyik melihat seni ukiran yang ternyata menarik perhatianya sejak tadi. “Sebentar Pak.”

“Shaheen,” panggil Luqman.

Shaheen lantas berpaling saat terdengar namanya dipanggil.

“Aduh,” Shaheen langsung terduduk di lantai. Tangannya memegang hidung dan dahinya. Terasa kebas dan bisa menjalari seluruh mukanya.

Luqman yang terlihat Shaheen jatuh terlanggar cermin di ruang jualan itu bergegas berlari ke arah Shaheen. Afzan dan Bapak Saroni tergaman. Mereka berdua juga lantas berjalan ke arah Shaheen yang masih binggung di lantai.

“Alisa, kamu gi mana,” tanya Luqman dengan nada cemas. Tanpa sedar bibirnya mencium dahi Shaheen yang terkesan membengkak. Dengan pantas, sapu tangan dikeluarkan dari poket seluarnya. Dia menghembus nafas ke sapu tangan dan menekap ke arah dahi Shaheen.  Beberapa kali dia menuam sapu tangan ke dahi Shaheen. “Al gi mana? Hati-hati ya sayang. Kamu bikin aku kaget ni.” Luqman lantas menarik Shaheen bangun dan mendudukkan Shaheen di sofa berdekatan. Matanya memandang dahi Shaheen yang memerah.

Shaheen masih tergaman. Dahi dan hidungnya terasa senggal. Tindakan refleks Luqman yang mengucup dahinya tadi benar-benar mengembalikan rasa sedarnya. Dalam pada melayan rasa sakit terhantuk cermin kaca besar di hadapan ruang jualan tadi, dia tertanya-tanya siapa Alisa yang disebut oleh Luqman tadi.

“Oucch,” Shaheen mengaduh bila Luqman memegang dahinya. Luqman tanpa sedar terkenangkan Alisa, bakal isterinya yang telah pergi. Dia seolah-olah melihat Alisa di dalam diri Shaheen. Bayangan Alisa kembali bermain di matanya sejak pertemuan pertama dengan Shaheen di lapangan terbang Soekarno Hatta lagi.

“Sha ok ke tak ni,” tegur Afzan. Shaheen memandang sepi Afzan yang turut duduk di sisinya.

“Ambil ni,” Bapak Ahmad Saroni menghulur segelas ais batu kepada Luqman. Luqman mengeluarkan dua ketul ais batu dan dimasukkan ke dalam sapu tangannya. Sapu tangan itu dilekapkan ke dahi Shaheen yang bengkak.

“Afzan kamu lihat-lihat Alisa ya. Aku mau ke dalam. Diskusi sama bapak.”

Afzan angguk. Di mindanya terbit rasa pelik. ‘Siapa Alisa.’

4 comments:

  1. terima kasih Icah kerna sudi membaca..

    ReplyDelete
  2. what???? bakal isteri?? sungguh gue terkejut sih..cian luq.. :(

    ps: sy pun pernah langgar sliding door..sengal muka..hihi ;p

    ReplyDelete
  3. itu la punca luq bawa diri ke Malaysia.

    ya sha pun pernah..si hanya yang pernah langgar akan faham perasaan selepas terlanggar sliding/cermin itu..hihikk

    ReplyDelete

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim