09 January 2013

Kasihmu 17

“Abi tak bagi tau Een pun yang Haji Luqman tu lebih kurang sebaya je dengan Een,” luah Shaheen sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar Afzan.

Encik Suffian senyum. Dia memandang sekilas ke arah Shaheen. Matanya kembali fokus kepada jalan di hadapan.

“Kenapa?”

“Tak ada apa-apa la Abi. Macam mana Abi boleh kenal Haji Luqman tu?” soal Shaheen ingin tahu.

“Dia yang tolong Abi tempoh hari. Masa tu tayar kereta Abi pancit. Abi pula terkial-kial nak buka nut tayar tu. Maklum la Abi dah tua. Kudrat pun kurang,” jawab Encik Suffian.

Shaheen tergelak mendengar kata-kata Abinya. “Amat ke mana masa tu.”


“Hari tu Amat tak sihat. Jadi Abi memandu sendiri,” Encik Sufian mengenang kembali peristiwa beberapa bulan yang lalu. “Waktu itu, Haji Luqman lalu. Dia minta pemandunya berhenti untuk bantu Abi. Dia sendiri yang gantikan tayar tu. Then Abi terdengar pemandu dia panggil Haji,” sambung Encik Sufian lagi.

“Tuan Haji dah lewat ni. Meeting kan pukul 3 petang,” Pak Karman pemandu Haji Luqman mengingatkannya.

“Tak apa. Tolong call Maria inform dia saya masuk lewat sedikit petang ni .”

Dengan cuaca yang panas, peluh merenik di dahi Haji Luqman. Lengan baju kemejanya telah pun dilipat hingga ke pangkal siku.

“Abi...Abi,” panggilan Shaheen mengembalikan Encik Suffian dari insiden yang berlaku beberapa bulan yang lalu.

“Begitu la kisahnya Een. Perbincangan di Jepara bagaimana?”

“Alhamdulillah semuanya ok Abi. Semuanya berjalan lancar. Kita diberi harga istimewa sehingga hujung tahun.”

“Oh ya ke Een.”

Pemilik Perusahaan Ukiran Jepara sangat-sangat mengalukan pengusaha produk jati dari Malaysia. Katanya lagi since ini pembelian atau tempahan yang pertama jadi dia bermurah hati untuk beri harga yang sangat berpatutan.”

“Apa pendapat Een.”

“Tentang apa Abi.”

“Industri jati di sana.”

“Sangat menarik Abi. Banyak pilihan. Kualiti kayu jati di sana sangat baik. Halus buatan tangan perabot yang dihasilkan. Industri kayu jati di sana pesat membangun. Harga pun kompetetif dan sangat berpatutan. Sangat jauh bezanya dengan produk di sini Abi.”

“Jadi Een dah kira setuju la ya untuk teruskan projek usahasama dengan Haji Luqman?”

“Een belum beri kata putus. Een nak dapatkan pandangan Abi dulu. Pasal projek usahasama tu. Kertas kerja pun Een dah siapkan.”

Encik Sufian senyum. Dia tahu Shaheen mampu membuat keputusan terbaik untuk syarikat mereka.

“Abi ikut sahaja keputusan Een. Lagi pun Abi dah serahkan projek tu pada Een. Abi harap Een akan lakukannya dengan jaya.”

“Terima kasih atas kepercayaan Abi pada Een. InsyaAllah I’ll do whatever it takes..”

“That’s my girl.”

*******
Sebaik tiba di depan rumah, Shaheen nampak uminya telah pun menunggu di bawah gazebo di sisi kanan rumah. Langkah dihanyun ke arah umi yang tersenyum menantinya.

“Assalamualaikum Umi. Apa khabar? Rindunya dengan Umi,” ucap Shaheen lantas memeluk erat Puan Asyikin. Kedua pipi Puan Asyikin dicium.

“Waalaikumsalam Een. Umi sihat alhamdulillah. Ni anak Umi ceria nampak. Seronok di Jakarta?”

“Biasa je Umi. Penat la.”

“Eh jom masuk. Umi ada buat lontong tadi.”

“Sekejab ya Umi. Een ambil beg dalam kereta. Lupa pulak bila dah nampak Umi.” Shaheen berjalan ke arah Toyota Harrier. “Eh dah tak ada. Mesti Abi dah angkat masuk ke dalam.’ Shaheen berjalan semula ke arah Puan Asyiqin yang masih menunggunya di muka pintu.

“Terima kasih Abi tolong bawa masuk beg Een tu.”

Encik Suffian angguk dan senyum. “Rasanya masa Abi hantar Een minggu lepas, satu beg je. Tapi hari ni dah jadi dua beg nampaknya.”

“Een pegi shopping Abi. Tu yang jadi dua biji selepas beberapa hari.”

“Sempat Een shopping ya. Kalau dah dengan Afzan, macam-macam akal mereka ni bang,” Puan Asyikin bersuara sambil membawa dulang berisi lontong dan air sirap bandung. Sepiring buah jambu batu yang siap dipotong juga diletakkan di atas meja.

“Em sedapnya bau. Rindu betul masakan Umi.” Tangan diangkat sambil membaca doa makan. Usai membaca doa Shaheen mencapai sepotong jambu batu lalu dimasukkan ke mulut.

“Een makan la. Abi dengan Umi dah makan tadi.”

“Ye ke ni. Ala tak best la makan sorang-sorang Abi, Umi. Kita makan sama-sama ya. Een suapkan Abi dan Umi.” Shaheen menyuakan sudu berisi lontong ke mulut uminya. “Aaa..buka mulut Umi.”

Sudu di tangan sekali lagi mencedok isi lontong di dalam mangkuk. Kali ini Shaheen membawa sudu ke arah Abinya. “Ok Abi, buka mulut.”

Shaheen puas hati dapat bermanja dan bergurau senda dengan kedua orang tuanya. Dia berharap masa dapat ditebus semula. Walaupun masa tidak dapat diputar kembali, Shaheen bersyukur dirinya masih lagi diberi kesempatan merasai nikmat kasih sayang kedua-duanya. Meski pun dia pernah malah seringkali ditinggalkan sewaktu di zaman pengajiannya, Shaheen sedar semua yang Abi lakukan adalah untuk dirinya juga.

Di saat itu doa dipanjatkan pada Ilahi agar dia sentiasa dapat berbakti kepada orang tuanya. Shaheen melontarkan pandangan penuh kasih sayang buat mereka berdua. Tangannya cepat sahaja mencedok lontong lalu disua ke mulut Umi.

“Een cukupla tu. Umi dan Abi dah makan tadi. Een makan ya sayang. Kejab Umi ke dapur ambilkan Abi air putih.”

Shaheen mula menyuap lontong buatan Uminya. Selera sekali. Walaupun bukanlah makanan kesukaannya, namun apa sahaja masakan hasil air tangan Umi, semuanya sedap.

“Oh hampir lupa pula Abi, Umi. Pak Halim, Ibu Kartika dan Haji Luqman kirim salam assalamualaikum pada Abi dan Umi,” Shaheen menyampaikan kiriman salam Haji Halim sekeluarga.

“Waalaikumsalam.” Encik Sufian dan Puan Asyiqin menjawab salam serentak. Masing-masing mengukir senyuman. “Apa khabar mereka sekeluarga?”

“Alhamdulillah mereka baik-baik saja Abi.” Shaheen menghabiskan suapan terakhir ke mulut. Mangkuk bekas lontong dan juga piring buah diangkat terus ke singki. Siap mencuci dia ke ruang tamu. Bagasi sederhana besar di tepi tangga ditarik bersama ke ruang tamu.

“Umi ni untuk umi,” Shaheen menghulurkan sepasang telekung berwarna biru cerah.

“Cantiknya Een. Umi suka coraknya. Pandai Een pilih untuk Umi. Terima kasih sayang,” Puan Asyikin tersenyum gembira.

“Untuk Abi Een belikan jubah ni,” Shaheen bangun dan menghulurkan jubah berwarna putih dengan sulaman di leher baju kepada Encik Sufian.

“Oh untuk Abi pun ada ya,” Encik Sufian terus bangun dan mengacukan jubah putih itu ke badannya. “Terima kasih Een. Abi pun suka jubah ni.”

“Sama-sama kasih Umi, Abi.”

“Abi, Umi ni ada kacang disko. Een pun tak tau naper kacang ni dipanggil kacang disko,” ucap Shaheen diiringi dengan tawa halusnya. “Ni pisang salai favourite Abi pun ada. Yang ni kesukaan Een kerepek tempe.”

“Hahaha, patut la beg Een beranak. Banyak rupanya bekalan makanan dengan ole-ole dari seberang,’ Encik Sufian tidak dapat menahan tawa bila satu persatu ole-ole dikeluarkan oleh Shaheen.

Shaheen senyum diusik Abinya. “Een beli yang pelik-pelik yang tak jumpa kat sini. Ha ni best Umi. Kerepek epal. Hope sedap la. Een beli je ni. Tak rasa pun. Ada macam-macam tau Abi, Umi. Ada kerepek nenas, kerepek salak, kerepek nangka, kerepek belimbing. Even kerepek pumpkin pun ada.” ulas Shaheen. Satu persatu bungkusan makanan dikeluarkan.

“Kreatif juga ya masyarakat di sana,” Puan Asyikin memberi komen.

“Een bawa ke pejabat la nanti. Abi dengan Umi tak boleh habiskan semua ni,” Encik Sufian memberi cadangan.

“Baik Abi.”

Shaheen mengeluarkan pula sepasang kain batik jawa dan dua pasang kain pelikat. Matanya terus dihala ke arah dapur. “Umi mana Mak Teh, Pak Akob dan Amat? Een tak nampak pun dari tadi.”

“Oh Pak Akob sekeluarga balik kampung ada kenduri anak buah Mak Teh. Umi benarkan mereka bercuti selama seminggu. Kenapa?? Een rindukan Mak Teh ya,” duga Puan Asyiqin.

“Ya Umi, rindu la. Mak Teh penjaga paling best Een ada. Tapi Umi paling best among all tau.” Puan Asyiqin terharu. Lama wajah Shaheen dipandangnya. Senyuman terukir di wajah kedua-duanya.

“Ok la camtu Umi. Pak Akob dengan Mak Teh jarang kan ambil cuti. So sesekali elok la mereka sekeluarga cuti lama-lama sikit,” tutur Shaheen.

“Een yang mana satu ni, lama ke sikit,” Encik Sufian sengaja mengusik Shaheen.

Puan Asyikin sudah tergelak. Akhirnya gelak tawa mereka bertiga bersatu. Rasa bahagia meluncur ke dalam hati Puan Asyiqin. Selama ini dia sentiasa berdoa agar masa dapat ditebus kembali. Begitu banyak masa telah terlepas untuk bersama permata hati di kala dia sibuk mengikut suami menjalankan urusan perniagaan. Kini semuanya bertambah baik.

“Een nak makan apa tengahari ni, Umi masak”

“Apa saja Umi. Masakan Umi pasti sedap. Een tolong Umi ya nanti.” Puan Asyiqin senyum gembira dipuji begitu.

“Abang nanti tolong petikkan betik muda di belakang tu. Iqin nak buat masak lemak betik muda.”

“Sedap tu Umi.” Bersinar mata Shaheen membayangkan menu masakan tengahari itu.
 


*******
“Assalamualaikum Cik Sha. Wah awal sampai pagi ni.” Pagi itu Aida berbaju blaus putih dan berskirt hitam. Seperti seorang peguam. Cantik bergaya dengan tudung bercorak abstrak bernuangsa kelabu.

“Waalaikumsalam Aida.” Shaheen menghadiahkan senyuman manisnya. “Masuk la Aida. Mana awalnya, macam biasa la Aida. Rasanya Aida je yang lewat sikit dari saya kan.”

“La ya ka? Tak prasan cheq.” Aida bersuara menggunakan loghat utara sementelah dia berasal dari Pulau Mutiara. Jam dilirik sekilas. “Semangat Cik Sha hari ni. Ada apa-apakah?”

“Nak mengusik saya la tu.” Shaheen menebak maksud kata-kata Aida. “Biasa saja. Penat sikit la Aida.”

“Mana la saya tau kan. Kot-kot terjumpa cik abang di sana. So itu yang hidup penuh semangat kan.”

“Iya la tu. Ada-ada saja awak ni Aida. Hmm seminggu saya tak masuk office ada apa-apa yang penting.”

“Sekejab Cik Sha.” Aida berjalan ke meja kerjanya. Samsung Galaxy Tab 10.1 dicapai. Dia kembali ke dalam bilik Shaheen. “Unit Kewangan dah submit report suku tahun kedua untuk semakan Cik Sha. Saya dah letak atas meja Cik Sha tu. Then Tuan Syed dari Syed Anuar & Associates ada call. Yang ini berkenaan kontrak perabot. Lastly but not least since last Friday ada panggilan dari Encik Hisyam Bank Islam. Boleh kata hari-hari call cari Cik Sha. Berkenaan perabut katanya.”

Shaheen meneliti dokumen dari Unit Kewangan. “Aida tolong arrange appointment dengan Tuan Syed. Kalau dia tak boleh datang sini, then saya akan ke office Tuan Syed. Then inform Encik Rizal sekali, accompany saya nanti. Saya akan call Bank Islam later ya. Kalau Encik Hisyam call lagi katakan saya sibuk.”

Aida mencatatkan pesanan Shaheen ke dalam galaxy tab di tangan. “Ada apa-apa lagi Cik Sha?”

Shaheen mencapai satu beg plastik besar dari atas meja di belakangnya. “Ini ada sikit buah tangan dari seberang. Telekung tu untuk Aida ya. Aida pilih la kain batik Jawa tu, yang selebihnya tu tolong agihkan pada staf yang lain. Thanks Aida.”

Plastik besar bertukar tangan. “Wah cantiknya Cik Sha.”

“Saya memang cantik Aida,” tutur Shaheen sengaja mengusik Aida.

Aida sudah ketawa. Tangannya laju membuka bungkusan kain telekung.

“Cik Sha terima kasih. Ni memang warna favourite saya. Cantik sangat telekung ni. Terima kasih.”

“Sama-sama kasih Aida.” Shaheen senang hati melihat wajah ceria Aida. Pembantunya yang tidak pernah berkira semasa menjalankan tugas. Malah komited terhadap kerjanya. Pekerja yang bertanggungjawab seperti Aida memudahkan kerja-kerja Shaheen juga. Aida merupakan pembantunya yang efisyen.

“Kerepek apa ni?” Aida senyum sendiri melihat plastik berisi berbagai-bagai kerepek yang dibawa oleh Shaheen.

“Aida kerepek epal tu sedap juga. Saya dah rasa.” Shaheen senyum melihat tingkah laku Aida sewaktu matanya melihat bungkusan kerepek epal.

“Banyak betul inovasi produk makanan kat sana. Hmm kat sini saya pernah juga jumpa kerepek nangka. Sedap. Cik Sha Kacang Disko pun ada ke.” Aida sudah ketawa besar saat matanya menangkap kotak kacang tanah yang digoreng.

“Kalau tengok bahan dan cara membuatnya senang. Tapi kenapa dipanggil kacang disko, Aida jangan tanya ya. Serius saya tak dapat jawab.” Shaheen senyum.

Aida membaca label di belakang kotak. Cara Membuat : Aduk rata kacang + bawang putih + garam + ketumbar. Tambahkan telur dan santan, aduk. Tambahkan air sedikit demi sedkit, sambil diaduk. Masukkan kanji + maizena, sekaligus, aduk rata. Goreng hingga kekuningan dan renyah.

“Oh ya Aida, siapa gantikan saya ke MIFF ari tu? Saya nak jumpa mereka.”
 
“Baik Cik Sha. Saya panggilkan Encik Kamarul dan Puan Adelia.” Aida melangkah keluar dari bilik Shaheen sambil menjinjing ole-ole pemberian Shaheen. Segera tangannya mendail nombor sambungan Encik Kamarul dan Puan Adelia.

*******
Shaheen bersandar di kerusi di hadapan Afzan. Bibirnya tersenyum memandang Afzan yang ralit membuat lakaran di hadapan komputer ribanya.

“Jom keluar lunch. Banyak lagi ke?”

“Sikit je lagi ni. Aku nak siapkan lakaran kasar design yang kau minta sebelum kita ke Jepara hari tu.”

“Oh ya ker. Ni design untuk Bank Islam tu kan.” Shaheen sudah bangun berdiri di sisi Afzan. Matanya memerhati lakaran 3D hasil kerja Afzan.

“Yup. Hmm nasib baik Adelia bagi aku a few pictures yang dia capture masa di MIFF ari tu. So dapat la aku cari idea and inspirasi tuk design yang client nak.”

“Berapa lama kau buat design ni?”

“Lama tak lama la Sha. Tapi boleh juling juga la mata aku.”

Shaheen sudah ketawa. Dia tahu bila saja Afzan di dalam keadaan yang tertekan, ada sahaja kata-katanya yang melucukan.

“Kau rasa aku patut guna konsep moden atau kontemporari untuk design perabut yang Cik Laila mahukan.”

“Ijan kedua-duanya ok. Kalau moden yang penting kena ada style. Then lebih focus kepada minimalism, simplicity dan fungsi sesuatu rekaan. So rekaan tu lebih simple tapi fungsinya ditambahbaik. Yang lebih penting rekaannya tak ada la sarat dengan ukiran atau corak bungaan.”

Shaheen mengutarakan pendapatnya. Dia menambah lagi, “Kalau nak guna stail kontemporari kita kena pastikan ciri-ciri asas yang ada pada suatu stail pada zaman atau eranya. Idea kontemporari terkini lebih kepada warna yang striking, corak geometri dan hiasan abstrak. Contoh paling aku suka warna merah dan putih tu sangat sinonim dengan zaman 60an.”

“Wow I’m so impressed. Pengetahuan kau berkenaan dekor semakin hebat.”

“Ni semua kau juga yang ajar. Kenalkan aku dengan majalah Impiana. Thanks Cik Afzan.”

“Small matter la Cik Shaheen. See the leg la Sha. Cikgu hebat anak murid pun mesti la hebat,” seloroh Afzan sambil mengenyit mata ke arah Shahaeen. Afzan masih lagi memberikan perhatian kepada lakarannya.

“Amboi masuk bakul sendiri nampak,” giat Shaheen. Afzan senyum sambil mengangkat dua jari tanda peace.

“Konsep moden lebih sesuai rasanya. Besides ni untuk office furniture kan. Simple..simple..and simple!”

‘’Lakaran kau tu dah cantik Ijan. May be kau boleh cuba blend in moden with simplicity. As long as ada ciri-ciri Islamik. Itu yang Cik Laila tekankan masa aku bincang dengan mereka.”

“Mereka?”

Shaheen tersenyum kelat. Dia sudah terlepas cakap. Sehingga saat itu, Afzan masih belum tahu kemunculan Hisyam. Shaheen sudah tidak mampu lagi menyimpan kisah pertemuannya dengan Hisyam. Pertemuan pertama selepas bertahun tidak melihat wajah itu di rumah Mak Ngah Sofi. Pertemuan yang langsung tidak diduga buat kali kedua di Bank Islam sewaktu dia ke sana untuk berbincang secara empat mata dengan Cik Laila. Semuanya diceritakan kepada Afzan.

“Maksud kau Nasrul Hisyam Bin Yaakob? Senior kita dulu tu? Budak Banking tu ke?”

“Ya Cik Afzan. Amboi tanya soalan berderet. Sampai aku tak sempat nak jawab.”

Afzan menyeringai menampakkan barisan gigi cantiknya.

“Eh jom la gossip kat luar. Tak sabar aku nak tau kisah seterusnya.”

Afzan sudah menyangkut tas tangan ke bahu. Tangan Shaheen ditarik. Dia berjalan laju mendahului Shaheen.

“Cik Afzan.. mau ke manakah?” Masih tak berubah sikap yang satu itu. Selalu sahaja kelam-kabut.

“Pegi lunch la Cik Shaheen.”

“Dengan beg tangan bagai. Lunch kat seberang jalan tu je kot. Kat warung Kak Esah tu.”

Afzan menepuk dahi sendiri. Dia senyum memandang Shaheen. Tangan Shaheen dilepaskan. Dia berpatah semula ke meja kerjanya. Hanya dompet sahaja yang dikeluarkan dari tas tangan. Handphone di atas meja dicapai sekilas.

“OK jom.”

“Emmm Sha,” Afzan mematikan langkah.

Shaheen yang berada di muka pintu berpusing semula mengadap Afzan. “Kenapa?”

“Sha jom ke Cozy Corner. Dah bosan la makan kat sini.”

“Hmm ok tapi kau drive, boleh?”

Laju sahaja Afzan mengangguk.

“Jab ya aku ajak Aida sama.”

Pelawaan Afzan dan Shaheen ditolak dengan baik oleh Aida. Alasannya sedang menunggu tunang yang telah pun berjanji lebih awal untuk keluar makan bersama. Setelah meninggalkan pesanan yang mereka akan balik lewat ke pejabat petang itu, Afzan dan Shaheen berjalan seiring keluar dari pejabat Jati Holding.

Tengahari itu Afzan dan Shaheen sengaja memilih untuk makan di luar dari kawasan pejabat. Mulanya mereka ingin makan sahaja di gerai Kak Esah. Namun Afzan mencadangkan agar mereka ke Cozy Corner di Ampang Park. Mahu makan Chicken Chop dengan persekitaran yang aman kata Afzan.

Sememangnya Afzan dan Shaheen akan ke Cozy Corner jika mahu menikmati makanan western. Makanannya tidak pernah mengecewakan. Tambahan pula layanan dan servis yang ditawarkan sungguh efisyen. Cozy Corner menawarkan pengalaman makan berkonsepkan fine dining.

*******
Cozy Corner di waktu makan tengahari dipenuhi dengan pengunjung yang bekerja di pejabat berdekatan. Di pintu masuk Afzan dan Shaheen berbaris menunggu meja kosong. Perkara biasa bila ke Cozy Corner. Jadi kesabaran sangat diperlukan.

Dalam masa 10 minit mereka berdua telah pun berada di meja makan berdekatan dengan meja cashier. Pelayan datang menghulurkan menu kepada mereka berdua. Namun tanpa melihat menu, Afzan dan Shaheen telah pun bersedia dengan menu pilihan masing-masing.

“Sha agak-agak kau akan ke Jakarta lagi selepas ini?”

“Mungkin.”

“Jumpa bakal ibu mertuakah,” tanya Afzan sambil matanya dikelip-kelip laju.

“Ibu mertua? Apa yang kau merepek ni?” Shaheen kurang faham dengan gurauan Afzan.

“Kau tak minat ke dengan Haji Luqman tu Sha?” Afzan bertanya ingin melihat reaksi Shaheen.

Shaheen terdiam. Kenangan di Jakarta kembali memenuhi ruang ingatan Shaheen. Dia tersenyum.

“Amboi suka nampak. Senyum sampai telinga.” Afzan menegur Shaheen yang tersenyum malu.

“Ye la parents Haji Luqman tu baik sangat. Untung kalau jadi menantu mereka Sha,” usik Afzan lagi.

“Ijan, ke.. kau yang terjatuh suka pada anak mereka?”

“Aku rasa dengan kau lagi sesuai kot,” Afzan tidak mahu mengaku kalah. Dia seperti dapat melihat aura ceria yang berlegar-legar di sekitar Shaheen saat nama Haji Luqman disebut tadi.

Usik-mengusik di antara mereka terhenti apabila makanan yang dipesan tiba. Masih berasap. Aroma black pepper menusuk ke rongga hidung. Bau ikan dori yang digoreng ranggup memenuhi ruang. Sebaik makanan diletakkan di atas meja, pelayan tadi mencapai napkin yang digubah seperti kipas berwarna merah hati dari atas meja lalu menghamparkan napkin tersebut di atas paha Afzan. Hal yang sama dilakukan kepada Shaheen. Selepas itu pelayan tersebut berundur dan berdiri tidak jauh dari meja mereka.

Afzan dan Shaheen mula menikmati hidangan makanan masing-masing. Rasanya memang tidak menghampakan. Mereka makan dengan tertib tanpa banyak bicara.

“Apa perasaan kau jumpa semula dengan Hisyam?”

Shaheen termanggu. Tidak menyangka Afzan akan bertanya hal itu. Makanan di dalam pinggan dikuis dengan sudu dan garfu di tangan. Hidangan Fish and Chip kegemarannya yang tinggal separuh disuap perlahan ke mulut. Kunyahannya tidak seghairah tadi. Makanan berunsur ikan yang menjadi kesukaan Shaheen sejak dulu lagi.

“Entah Ijan. Aku pun tak tau apa perasaan aku masa tu.”

“Then sekarang?”

“Kau pun tau kan hubungan kami berakhir macam tu saja. Tanpa ada ucapan selamat tinggal.”

Shaheen mengucapkan kata-kata itu sambil memetik jari runcingnya. Afzan yang mendengar diam sahaja. Menanti kata-kata yang bakal terluah dari perasaan yang terpendam di hati Shaheen.

“Kau masih mengharapkan Hisyam?”

‘Masih mengharapkah aku pada lelaki itu’ tanya Shaheen pada dirinya sendiri.

Afzan telah pun menghabiskan Chicken Chop Black Paper. Dia lantas menyedut air kelapa. Matanya difokuskan ke arah Shaheen yang sedang menghabiskan Fish and Chips di dalam pinggan. Sesekali Shaheen meneguk hot chocolate yang sudah suam-suam kuku.

“Sha sebelum kau buat sebarang keputusan, aku harap kau kenangkan semula diri kau lapan tahun yang lalu. Aku tak sanggup lihat kau bersedih lagi. Lelaki itu bukanlah yang terbaik buat kau Sha. Dia hanya pentingkan diri. Dia tinggalkan kau begitu sahaja. Alasan mahu fokus pada kerjaya. Aku tak percaya langsung,” Afzan meluahkan ketidakpuasan hatinya setelah dilihatnya Shaheen telah menghabiskan makanannya.

“Entah la Ijan. Aku terkejut juga boleh berjumpa Hisyam di rumah Mak Ngah Sofi. Masa tu aku tak tahu mau gambarkan bagaimana hati aku. Yang paling mengejutkan aku, dia anak saudara arwah Pak Ngah Yassin.”

“Aku faham perasaan kau. Benar kata orang cinta pertama itu sukar dilupakan. Walau pun hadirnya cinta kedua dari insan yang lebih baik, cinta pertama tetap tidak dapat diusir begitu sahaja.”

Shaheen tersenyum kelat. Dia bersetuju dengan kata-kata Afzan. Cinta pertama di awal pengajian matrikulasi manis mulanya. Semuanya berubah saat Hisyam telah memulakan kerjaya. Shaheen mula merasakan hubungan mereka menjadi hambar. Hisyam lebih banyak menumpukan masanya kepada kerja. Ditambah pula jarak yang jauh antara mereka. Shaheen akhirnya mengundur diri dari hidup Hisyam. Sejak itu tiada khabar berita dari Hisyam yang singgah ke pengetahuannya.

Di saat hati tersayat luka, Afzan sentiasa ada memberi semangat. Semua yang berlaku di antara Shaheen dan Hisyam diceritakan kepada Afzan. Afzan menjadi pendengar setia. Sahabat saat senang juga sahabat di masa susah.

“Kali kedua aku bertemu lagi dengannya di Bank Islam. Masa tu aku ada appointment dengan Cik Laila. Aku ke sana untuk dapatkan details tempahan perabot jati yang Cik Laila mahukan. Tak sangka dia ada di sana.”

“Dia kenal kau lagi?”

“Mulanya aku berlagak biasa. Berlakon seperti dia orang asing. Tapi dia pula dengan rela hati introduce aku sebagai juniornya pada Cik Laila.

“Sha aku harap kau kuat. Aku pasti kau bakal bertembung lagi dengannya nanti. KL ni bukan besar pun.”

“Aida ada juga inform yang dia menelefon ke pejabat setiap hari sepeninggalan kita ke Jepara tempoh hari.”

“Oh ya ke?”

Shaheen angguk.

“Jadi macam mana perasaan kau pada dia sekarang?”

“Sejujurnya perasaan tu telah lama hilang buat dia. Cuma kenangan antara kami masih ada. Aku tak pasti mampukah aku lupakan dia sepenuhnya.”

“InsyaAllah Sha. Aku doakan kau bertemu lelaki yang akan membahagiakan kau di saat susah mahupun senang. Lelaki yang sentiasa ada di sisi kau. Lelaki yang boleh menjadi imam kau dan anak-anak kau nanti. Kudoakan yang terbaik buat mu Sha..amin.”

“Thanks Ijan. Aku juga doakan kau bertemu jodoh yang sesuai dan terbaik. Dapat aku makan nasi minyak.”

“Eh.. ke situ pula. Kita tengah serius nasihatkan dia. Boleh pulak dia kenakan aku.”

Mereka berdua ketawa akhirnya.

“Sha, Afzan tak sangka jumpa awak berdua kat sini.” Terkejut Afzan dan Shaheen disapa oleh Luqman di situ.

“Makan kat sini juga ke?”

“Ya Afzan. I bawa client tadi. Discuss on ziarah ke bumi ambia.”

“Oh..kalau bagi tau awal nak makan kat sini boleh kita orang belanja Luqman tadi.”

“Terima kasih Afzan.” Luqman mengerling ke arah Shaheen yang diam di tempat duduk.

“Dahi dan hidung dah ok ke?” Luqman bertanya.

Shaheen tersipu malu. Kejadian yang berlaku di Perusahaan Ukiran Jepara muncul di mindanya. Masih teringat tindakan spontan Luqman ke atas dirinya.

“Dah ok,” jawab Shaheen. Automatik tangan kanannya menyentuh dahi.

Afzan yang memerhati tingkah laku Shaheen menyembunyikan senyuman yang bakal menghiasi bibirnya. Dia seperti terlihat aura cinta di dalam Cozy Corner saat itu.

“Luqman boleh saya tanya sikit.”

“Ya tanyalah Sha.”

“Cepatnya belajar cakap KL. Kat sana tak pernah dengar pun cakap Bahasa Melayu.” Shaheen bertanya apabila menyedari Luqman tiada langsung slanga Bahasa Indonesia.

Luqman ketawa kecil.

“Oh I kan di Malaysia. Jadi cakap Bahasa Melayu la kan. Bila pulang ke Jakarta, baru aku ngobrol Bahasa Indonesia sebagai menghormati mama kok. Lupa ya. I kan Malindo. Mesti la pandai cakap KL.”

“Hah Malindo!” serentak Afzan dan Shaheen bertanya.

“Malindo itu short form of Malaysia campur Indonesia.”

“Oh,” serentak juga Afzan dan Shaheen mengiakan tanda mereka faham.

“Lagipun I ada tutor terbaik yang bantu I menguasai Bahasa Melayu tau.”

“Siapa tutor Luqman tu?”

“My Opah and Tokki la. Ok la, I have to go. InsyaAllah kita jumpa lagi Sha, Afzan. Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam,” jawab mereka serentak.

Luqman berjalan menuju ke kaunter juruwang. Dia membayar makanan yang dimakan. Sebelum keluar, mata di arah ke meja Afzan dan Shaheen. Senyuman terukir di bibir.

“Amboi Sha. Happy la tu. Terserempak dengan cik abang. Tak sangka pula boleh jumpa di sini. Hmm.. I can smell love in the air.”

“Suka-suka ja kan. Kalau dia dengar, tah apa dia fikir nanti.”

“Malu eih,” usikan Afzan nyata membuatkan Shaheen tersenyum malu. Dia akui dia suka dan senang berada di samping Luqman. Rasa selamat.

“Tak yah la nak malu Sha. Hmm rasanya aku dah dapat jawapan tuk soalan aku tadi.”

“Soalan? Aku tak faham la Ijan.”

“Tak apa Sha nanti kau akan faham juga. When someone loves you, the way they say your name is different. You just know that your name is safe in their mouth. Dah jom balik office.”

“Ijan kali ni aku belanja ok.”

“Ni yang aku sayang kau ni Sha. Terima kasih.”

“Sama-sama kasih ok.”

“Cik, bil cik ni dah pun dibayar oleh Encik yang berbaju biru tadi,” ucap juruwang kecil molek rambut pendek separas bahu itu.

“Luqman.”

4 comments:

  1. arghh..xtau nk descrice cmne..suke sgt...luq versi malay sgt gentleman..hohoho..suker!!!

    ps: sy tahu mcm mn perasaan bile org tlg byrkan mknan kite..terkedu! hi2

    ReplyDelete
  2. Kalau letak Luq sebaris dengan Tuan Ray dan Airul Fakry, sha masih cakap Airul Fakry akan jadi juara bersama Tuan Ray.

    so sweet bila ada orang tolong bayar without telling us kn...

    ReplyDelete
  3. Haish..luq bleh jer duk sebaris dgn airul dgn ray..trust me! (Pinjam ayt t.ray)

    Sgt sweet..rase mcm nk ckp baiknye die

    ReplyDelete
  4. :) ok2 meh kita letak luq sebaris dengan Airul & Tn Ray..(Luq segan dengan mereka berdua..)

    :) anak saper la tu yer...baiknyer dia..

    ReplyDelete

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim