13 January 2013

Kasihmu 18

Luqman menghampiri tingkap kaca bangunan 3 tingkat itu. Pertemuan semula dengan Shaheen di Cozy Corner tadi berlegar-legar di minda Luqman. Tenang. Ya itulah yang dirasakan oleh Luqman. Setiap kali melihat wajah Shaheen, Luqman diselimuti ketenangan. Aura apakah yang dimiliki oleh Shaheen, Luqman tertanya-tanya sendiri.

Perasaan sama yang pernah dialaminya ketika bersama arwah Alisa. Rindu. Itukah punca sebenar yang melanda Luqman? Luqman masih berupaya mengingati figura Shaheen yang tersenyum. Walaupun berlainan personaliti namun senyuman itu tetap sama di pandangan Luqman. Hatinya kembali mengingati arwah Alisa. Kenangan dan detik bahagia bersama arwah masih kekal terpahat di ingatan.

“Assalamualaikum.”
Alisa yang duduk di sofa dengan majalah di tangan lantas bangun. Seperti tidak percaya melihat Luqman di muka pintu.
“Waalaikumsalam. Diam-diam aja. Ngapa in ngak bilang mau pulang. Bisa aja Al jemput Luq di airport.”
“Surprise!”
Alisa menggeleng-geleng kepala melihat aksi Luqman yang ceria sambil mendepangkan tangan. Rasa rindu yang menjalar di sanubarinya terubat. Walau setiap hari mereka berbual di alam maya, bertemu empat mata seperti itu lebih bermakna buat Alisa.
“Mama ada?”
“Ya Tante di kolam kok. Ayuh ke sana,” ajak Alisa.
Bu Kartika di kolam ikan koinya. Setiap hari Bu Kartika tanpa gagal pasti menjenguk ikan koi peliharaannya. Hatinya tenteram di situ. Melihat ikan-ikan koi berenang-renang di dalam kolam.
“Mama.”
Saat berpaling ke arah suara yang memanggil, Bu Kartika tersenyum gembira.
“Kapan tiba Luq?” Luqman memeluk Bu Kartika.
“Kangan sama Mamaku yang cantik.”
Bu Kartika senyum senang mendengar pujian dari anaknya nan seorang itu.
“Kangan sama Tante. Aku?” Alisa mencebik di sisi Luqman.
Luqman dan Bu Kartika ketawa mendengar luahan kata Alisa yang bernada rajuk.
“Jangan gitu Al. Aku juga kangan sama kamu,” luah Luqman sambil memeluk bahu Alisa.
Wajah yang sedikit masam tadi kembali ceria. Senyuman terukir di bibir Alisa. Luqman rasa tenang melihat wajah Alisa yang dihiasi senyuman.
“Ayuh masuk.”
Mereka bertiga berjalan masuk ke dalam rumah beriringan. Alisa dan Luqman duduk di ruang tamu. Bu Kartika berjalan ke dapur. Sebentar sahaja Bu Kartika kembali ke ruang tamu dengan minuman di tangan. Diletakkan dulang di meja kecil di hadapan Luqman dan Alisa. Mereka berbual.
“Mama ke dapur dulu ya. Alisa teman in Luqman,” Bu Kartika berlalu ke dapur.
“Masih marah sama aku,” duga Luqman apabila dilihatnya Alisa tidak langsung memandang wajahnya.
Alisa tidak menjawab. Dia hanya tunduk. Kakinya menguis-guis permaidani akstrak hitam putih.
“Al lihat ni,” Luqman berusaha mahu mengambil hati Alisa. Anak patung beruang di tangan digoyang-goyang di depan wajah Alisa.
Alisa mulai mengukir senyum. Anak patung beruang itu dicapainya.
Happy birthday,” ucap Luqman. 
Alisa terkejut. Dia sendiri tidak ingat tarikh kelahirannya. Dari dapur Bu Kartika membawa sebiji kek blackforest kegemaran Alisa. Om Halim juga ada di sisi Bu Kartika.
“Terima kasih Luqman, Tante juga Om,” Alisa berjalan ke arah Bu Kartika di meja makan.
Maka a wish,” Bu Kartika yang berdiri di sisi Alisa menyalakan lilin.
Sebaik sahaja Alisa meniup lilin, Bu Kartika memeluk erat Alisa. Anak itu semakin membesar. Dari seorang anak remaja yang manja kini menjadi anak gadis yang cantik. Bu Kartika merenung Alisa yang rupanya saling tak tumpah seperti arwah Karina.
“Ini buat kamu Al.” Luqman menghulurkan sebuah bungkusan yang dibalut cantik. Alisa tersenyum.
“Makasih Luq. Bisa aku buka sekarang?” Luqman angguk sahaja. Sepasang gaun labuh biru turquoise. Cantik dihiasi sulaman manik dan labuci.
You must wear this gown tonight,” Luqman mengingatkan Alisa.
“Ini pula dari Tante sama Om,” unjuk Bu Kartika satu kotak kecil.
Alisa terjerit kecil. Tangannya menutup mulut. Rasa tidak percaya pula. Namun bila kunci kereta idamannya di dalam gengaman, Alisa berlari-lari anak ke luar rumah. Tante Kartika, Om Halim dan Luqman berdiri di luar rumah melihat sahaja gelagat Alisa.
Alisa berjalan mengelilingi kereta Toyota Prius.
“Tante, Om makasih. Ini seperti mimpi aja.”
“Iya sama-sama Al. Bisa drive ke gallery tiap hari. Cuma Om mau Al hati-hati kok. ”
“Baik Om. Promise,” janji Alisa sambil mengangkat tangan kanannya separas bahu.
“Cantik mobilnya. Bisa ngak bawa aku jalan-jalan sekitar kota?”
“Bisa aja.Tante sama Om mau ikut?
“Ngak usah. Kamu berdua aja. “
“Kalau gitu aku pergi sama Luq ya Tante.”
“Hati-hati di jalanan. Luq tengokkan Alisa ya.”
“Baik Papa.”
Alisa sungguh gembira.  Senyuman terukir di bibir refleksi hati dan jiwa bahagia.
“Al ini malam celebrate berdua yuk. Aku mau kamu pakei gown tadi.”
“Kringggg….”
Luqman tersedar. Dia beristighfar perlahan. Deringan telefon yang berbunyi mengembalikan Luqman ke alam realiti. Cepat-cepat gagang telefon diangkat.
“Tuan Haji.. Encik Firdaus dah sampai,” Maria memaklumkan kehadiran Pegawai Perhubungan Awam Bank Islam.
“Ok.”
Sebaik Luqman meletak gagang telefon, pintu bilik Luqman terbuka. Encik Firdaus Fahmi melangkah masuk dengan gaya penuh yakin. Luqman bangun menuju ke sofa 4-seat selepas berjabat tangan dengan wakil Bank Islam.
“Assalamualaikum Tuan Haji. Apa khabar?”
“Waalaikumsalam. Saya baik-baik saja alhamdulillah. Sila-sila duduk. Encik Firdaus panggil saja Luqman,” pinta Luqman.
“Encik Luqman seperti yang kita bincangkan di telefon sebelum ni, saya datang untuk bincangkan dengan lebih detail lagi pakej umrah dan ziarah yang bakal kami anjurkan,” Encik Firdaus menyatakan sekali lagi tujuan kedatangannya walaupun Luqman telah dimaklumkan lebih awal.
“Baik. Siapa dan berapa ramai ahli rombongan yang akan ikut serta dalam pakej ni, Encik Firdaus?”
“Elok saya terangkan juga serba sedikit history behind this idea of umrah and ziarah. Sebenarnya projek ni lebih kepada cara organisasi show our appreciation kepada staf yang menunjukkan prestasi kerja yang membanggakan sepanjang tahun lepas. Jadi instead of beri hadiah fizikal seperti jam atau wang tunai, pihak pengurusan telah come out with this idea. Ini akan jadi acara tahunan buat menghargai usaha dan kerja keras staf kami.”
“Alhamdulillah. Saya yakin ini merupakan hadiah paling baik dan akan diingati oleh staf yang bakal mengikuti pakej umrah dan ziarah ni, insyaAllah. Ada cadangan tarikh?”
“Pihak kami cadangkan jika boleh tarikh yang hampir dengan Hari Raya Aidil Adha atau Aidil Fitri. Jadi mereka dapat merasa pengalaman menjalani ibadah pada musim haji itu sendiri serta merasai detik berpuasa di sana.”
“Saya kena check dulu availability hotel di sana, pengangkutan dari sini dan di sana serta makanan. Ada a few things yang saya perlu semak dulu. Selain tu jika boleh saya dapat bilangan atau nama staf yang berkenaan lebih awal. My partner, Rayyan akan uruskan semuanya dari sini. Segala urusan visa, passport dan dokumen perjalanan juga. Lebih mudah jika Encik Firdaus kumpul semua passport ahli rombongan dan pihak kami yang akan uruskan semuanya di Imigresen dan juga tiket penerbangan.”
“Baik. Urusan mengikuti kelas yang disediakan oleh Tabung Haji tu pihak kami akan berurusan terus dengan Tabung Haji. Mana Encik Rayyan?”
“Baiklah kalau gitu. Selepas ini Encik Rayyan yang akan berurusan dengan Encik Firdaus. Beliau masih di Tanah Suci. InsyaAllah akan kembali ke Malaysia pada minggu ini.”
“Oh ya. Patut la saya cuba hubungi Encik Rayyan tapi tak dapat. Ya saya ingat ada Encik Rayyan inform saya tapi saya yang lupa.”
Perbincangan Luqman dan Encik Firdaus berjalan selama hampir satu jam. Selain berbincang hal-hal pakej umrah dan ziarah, Encik Firdaus turut bertanyakan pengalaman Luqman sewaktu di Tanah Suci. Luqman yang tidak lokek, bercerita serba sedikit pengalamannya mengerjakan haji tiga tahun yang lepas.

4 comments:

  1. teringat Tuan Ray.tetibe..haha..jgn marah Sha ;)

    ReplyDelete
  2. hihikkk me too miss tuan ray & qila juga..

    ReplyDelete
  3. Hihi t.ray dgn qila krm slm..moh le kite trs berangan mcm diorg tu btol2 wujud..hihihi

    ReplyDelete
  4. angan-angan dan impian adakalanya menjadi kenyataan..mungkin insan seperti Tn Ray dan Qila wujud..just kita belum bertemu mereka di real world...

    ReplyDelete

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim