17 February 2013

Kasihmu 20

Hey buddy. Apa mimpi sampai rumah aku ni,” tegur Luqman saat membuka pintu. Tangan menggenggam salam yang dihulur Rayyan. “Duduk la dulu.”

Rayyan masuk lalu duduk di sofa di ruang tamu. Luqman berlalu ke dapur.

“Bosan pula kat rumah. Kakak aku dok bebel kat anak-anak dia. Aku pulak jadi rimas. ASTRO pun tak ada yang best.”

Luqman dari dapur dengan dua mug air mangga di tangan. Satu dihulur kepada Rayyan. Luqman duduk di sisi kanan Rayyan.




“Aku rasa kau kena cari orang rumah ni. Suri yang akan jaga makan pakai kau nanti. Wanita yang akan jadi isteri, teman, sahabat, musuh dan juga ibu kepada anak-anak kau nanti Rayyan.”

Rayyan senyum mendengar ulasan Luqman. Minuman di tangan diteguk sedikit.

“Luq kau cakap aku kan. Ni aku nak pulangkan ayat-ayat sama pada kau pula.”

“Hahaha,” Luqman sudah ketawa melihat lagak Rayyan yang seperti aksi Naruto Shippuden. “Aku lain Rayyan. Arwah belum dapat aku lupakan.”

Rayyan terdiam. Dia tahu kejadian sedih yang menimpa sahabatnya itu cukup meninggalkan kesan kepada Luqman. Rasa sedih itu beluh terubat. Hati Luqman masih setia bersama arwah Alisa. Pintu hatinya masih tertutup kemas.

“Luq yang pergi tetap pergi. Kita yang hidup ni kena teruskan hidup.”

“Aku tahu tu Rayyan. Tapi aku belum jumpa sesiapa yang boleh buat aku lupakan arwah.”

“Hmm Luq kau tak cuba. Luq, life is too short to waste so start living it now.”

“Amboi pandai advice aku. Kau pun apa kurangnya. Apa kisah gadis pujaan kau tu. Dah jumpa Een?”

“Aku hilang punca. Tak dapat kesan jejak Een. Tak sangka aku lepas berpindah dari Kampung Pasir, aku tak pernah lagi tahu di mana dia. Aku ada juga pegi ke rumah lama tu. Keluarga dia pun dah pindah dan orang kiri kanan rumah tu tak tahu pula mereka pindah ke mana.”

“Kau masih simpan lukisan tu?”

“Mestila bro. Gila aku nak buang.”

“Hahaha, Rayyan. Tapi sampai bila kau nak tunggu dia. Dia kat mana pun kau tak tahu kan.”

“Itu la sebabnya kalau ada pameran lukisan sekitar KL ni aku mesti akan pergi. Boleh kata hampir semua galeri lukisan aku pergi Luq. Mana tau boleh terserempak dengan Een”

“Rayyan bila kau sebut lukisan, aku teringat arwah juga minat melukis dan pandai melukis. Arwah buka galeri lukisan di Jakarta. Sekarang ni galeri tu dah pun dijual. Sedih sangat bila aku balik Jakarta. Aku singgah ke sana. Lukisan-lukisan hasil tangan arwah Alisa dah banyak yang dijual. Ada satu saja yang aku tak benarkan pemilik galeri tu jual. Gambar yang berlatarkan arwah Alisa di tingkap rumah aku dengan wajahnya memandang ke arah aku.”

Rayyan diam. Dia faham perasaan Luqman. Dia melihat sendiri keserasian Luqman dan arwah Alisa semasa bercuti ke Jakarta pada cuti semester tahun kedua mereka. Dia turut melihat kesedihan Luqman setelah ketiadaan arwah yang pergi akibat kemalangan jalan raya.

Rayyan terkenangkan Een. Gadis kecil itu adalah jirannya. Mereka juga pergi ke sekolah rendah yang sama. Beza umur mereka hanyalah empat tahun. Ada kalanya dia akan menumpang kereta Encik Suffian jika ayahnya tidak dapat menghantarnya ke sekolah. Begitu juga lah sebaliknya jika Encik Suffian tiada, Een akan menumpang kereta ayahnya.

Rayyan juga teringat hari dia dan keluarga akan berpindah. Een memberikan separuh dari lukisan berbentuk rama-rama dengan teknik kolaj kekacang. Lukisan itu masih disimpan dengan baik.

“Awak ambil la separuh rama-rama ni. Jangan lupakan saya ya,” ucap Een sayu.

“Terima kasih. Cantik rama-rama ni. Saya akan ingat awak. Nanti saya akan tulis surat kat awak dan bagi alamat saya di sana,” janji Rayyan.

“Rayyan, sempat pula berangan sahabat aku ni.” Luqman memetik jari di hadapan wajah Rayyan. Mengembalikan Rayyan ke alam sedarnya.

“Aku teringat Een. Parents Een tu selalu sibuk. So bila mereka outstation mak dia akan tinggalkan pesan pada mak aku. Time tu mak aku akan ajak dia makan di rumah aku.”

“Rapat juga hubungan keluarga kau dan Een ni kan. Patut la kau penasaran sampai sekarang.”

Rayyan tidak terkata apa-apa. Sungguh selama ini dia menyimpan rindu pada gadis itu. ‘Di manakah awak sekarang ni.’

“Rayyan minggu depan majlis kat rumah Adif jangan lupa.”

“Ok thanks Luq remind aku.”

By the way let’s find something. Takkan nak lenggang kangkung je pergi rumah dia kan,” cadang Luqman.

“Betul juga tu. Jom.”

*******

Afzan dan Shaheen berjalan keluar dari Mid Valley Megamall menuju ke tempat letak kereta.

“Sha ingat tak set meja yang boleh lipat tadi tu?”

“Ya kenapa?” tanya Shaheen kembali.

“Ini pendapat aku sahaja. Meja dengan konsep seperti itu sesuai juga diletakkan di bilik mesyuarat pejabat. Berguna bila libatkan ramai ahli dalam mesyuarat tu. So what do you think?”

“Aku rasa tak ada masalah. Cadangan ni mungkin kau boleh visualize in picture then kita submit to Cik Laila.”

Ok consider done,” ucap Afzan dalam senyuman.

Shaheen senang bekerja dengan Afzan. Dia cepat bertindak dan sangat memahami kehendak pelanggan. Afzan juga seperti dapat membaca apa yang Shaheen fikirkan. Kerja menjadi mudah bila ada persefahaman. Sementelah mereka telah berkawan lama. Sudah kenal hati budi masing-masing.

“Aku suka set meja empat segi tepat yang kau design kat office tadi. Dengan empat kerusi di setiap bucu. Yang menarik aku suka konsep penggunaan ruang tu. Sungguh bijak. Aku fikir konsep tu sesuai diletakkan di ruangan bilik menunggu untuk Bank Islam tu.”

“Ya Sha aku pun suka meja tu. Jimat ruang.”

“Mana kau dapat idea tu Ijan?” Shaheen bertanya.

“Idea tu dari katalog IKEA Sha.”

“Oh ya. Aku suka la idea tu Ijan.”

“Kau rasa Cik Laila suka tak?”

“Hmm kita kena cuba dulu baru tau Ijan. Kau ikut aku masa pembentangan tu nanti. Boleh?”

“InsyaAllah.”

“Design untuk Projek Taman Megah tu apa cerita?”

“Sha aku dah siapkan design untuk meja dan kerusi dalam taman. Then lanskap aku tengah tunggu raw sketch dari Farid. So baru aku senang nak synchronize design and landscape tu. Baru nampak seirama Sha.”

“Tak sia-sia kau ambil PJJ Rekabentuk dan Senibina. Bertepatan sekali bila  Abi letak kau di Unit  Kreatif Dan Promosi. I’m proud of you Ijan. Aku pun terasa mahu sambung belajar juga la.”

“Bagus juga tu Sha. Selain pengalaman, kelayakan akademik ni penting juga. Tapi bab drawing aku memang tak boleh lawan kau Sha.”

“Biasa je Ijan. Alhamdulillah tu semua anugerah dariNya Ijan.”

*******

Shaheen memandu ke Apartment Makmur di Sunway. Dia mahu menjemput Afzan untuk sama-sama ke rumah Prof. Dr. Hadif. Meraikan majlis doa selamat masuk rumah baru pada pukul sepuluh pagi dan juga majlis hari lahir Imran dan Irfan lepas zuhur.

Masa masih awal. Sengaja Shaheen dan Afzan mahu tiba awal. ‘Membantu apa yang patut,’ fikir Shaheen.

“Sha cantik jubah kau pakai ni. Ini yang beli kat Thamrin City tu kan,” teka Afzan.

“Ya betul la tu,” balas Shaheen. Mata difokuskan ke jalan raya.

Jalan sedikit lenggang sementelah hari itu hari Sabtu. Awal pagi seperti itu tidak ramai yang berada atas jalan raya. ‘Syukur,’ ucap Shaheen kerana pemanduannya lancar pagi itu.

“Mana  lagi dekat ke arah Bukit Jelutong. Lalu Federal Highway atau ikut Subang Jaya then potong ikut Shah Alam Sha?”

“Both pun lebih kurang je jauhnya Ijan. Aku lagi selesa lalu ikut SKVE.”

“Tu highway baru kan.”

“Yup Ijan. Sekarang ni tak ramai lagi yang guna laluan tu, so perjalanan lancar je ikut situ. Tu yang aku suka.”

“Ok kalau gitu ikut kau la Sha. Aku co-pilot ikut je,” gurau Afzan.

Shaheen senyum. Pemanduan yang berhati-hati. Walaupun tidak banyak kenderaan, Shaheen masih memikirkan keselamatan di jalan raya. Tiada apa yang ingin dikejarkan. Masa masih awal untuk sampai ke rumah Prof. Dr. Hadif.

Hampir satu jam juga jauhnya perjalanan dari Sunway ke Bukit Jelutong. Itu pun dengan keadaan jalan yang tidak banyak kenderaan.

“Ijan tolong tengok Jalan Bidai. Then house number 6,” pinta Shaheen.

“Waa Sha ni banglo mewah. Agak-agak berapa la ya kos rumah kat sini?”

“Juta ria ni Ijan,” kata Shaheen sambil matanya meliar mencari Jalan Bidai.

“Sha yang sebelah kanan tu Jalan Bidai,” ucap Afzan agak kuat.

Shaheen membelok kereta ke kanan. Shaheen memandu dengan kelajuan yang perlahan. Dia tidak mahu terlepas rumah dan terpaksa berpatah semula.

“Ok sampai.”

Afzan dan Shaheen nampak dua khemah telah pun dipasang di sisi kiri banglo semi-D dua tingkat itu. Meja dan kerusi juga telah pun siap disusun. Dengan tema warna putih, lavender dan pink yang melatari hampir keseluruhan ruang. Sebaik Perdananya diparkir di bahu jalan, Shaheen dan Afzan mengeluarkan kotak-kotak cup cakes.

“Jom,” ajak Shaheen menuju ke pintu pagar yang sedia terbuka.

Ruang hadapan rumah telah pun dikosongkan. Ruang yang luas itu diletakkan sofa yang disusun kemas. Beberapa orang lelaki muda duduk berbual di situ. Afzan dan Shaheen berlagak tenang bila menyedari kehadiran mereka diperhatikan.

“Assalamualaikum,” Afzan memberi salam.

“Waalaikumsalam. Jemput masuk,” jemput salah seorang lelaki muda berbaju melayu warna biru nila.

Di ruang tamu seorang wanita mengandung sedang berbual dengan seorang lagi wanita yang mendukung bayi. Mereka senyum dan bersalaman dengan Afzan dan Shaheen. Beberapa orang wanita sebaya Umi duduk bersimpuh sambil berbual. ‘Jiran barangkali,’ andaian Shaheen di dalam hati. Afzan dan Shaheen berjalan ke kelompok wanita tersebut lalu menghulurkan salam. Senyuman berbalas antara mereka.

“Kawan Almira ya,” tegur wanita bakal bergelar ibu itu ramah. “Dia kat dapur.”

Afzan dan Shaheen melangkah masuk. Muncul Puan Almira yang cantik berbaju kurung Pahang dari arah dapur. Nyata warna hijau lumut itu secocok dengan kulitnya yang putih kuning.

“Jemput masuk Sha,” sapa Puan Almira. Senyuman terukir di bibir menyambut Afzan dan Shaheen. “Student Abang Hadif juga ya,” teka Puan Almira menyapa Afzan. Anggukan Afzan mengiakan tekaan Puan Almira.

“Jadi inilah orangnya, kembar Sha,” Puan Almira berkata sambil bersalaman.

“Ini Afzan. Afzan ini isteri Prof. Puan Almira,” Shaheen memperkenalkan Puan Almira kepada Afzan selepas bersalam-salaman sesama mereka.

“Sha, Afzan jemput duduk dulu. Ni apa yg berkotak-kotak ni. Buat susah-susah sahaja,” tegur Prof. Dr. Hadif  bila sahaja dilihatnya Shaheen menyerahkan tiga kotak sederhana besar kepada isterinya. Dia muncul dari tingkat atas dengan songkok di tangan. Segak berbaju melayu teluk belanga yang warnanya sedondon dengan Puan Almira.

“Tak ada la susah-susah Prof.,” balas Shaheen .

“Cup cakes. Tentu Imran dan Irfan suka ni kan bang,” kata Puan Almira.

Shaheen senyum mendengar kata-kata Puan Almira. Matanya mencari kelibat sepasang kembar itu.

“Imran dan Irfan ada kat atas dengan my mum Sha. Sedang bersiap. Nak berbaju melayu pula dua beradik tu.

“Duduk la dulu Sha dan Afzan. Saya ke dapur sekejab. Tengah siapkan pulut kacau.”

“Pulut kacau, apa tu?” bisik Shaheen ke telinga Afzan.

“Wajik la Sha nama glamour dia, atau ada juga orang panggil nasi manis” pintas Afzan dalam senyum.

“Oh. Eh jom ke dapur. Tengok apa yang boleh kita tolong."

Afzan dan Shaheen menuju ke dapur.

“Ya Allah. Sha, Afzan jangan susah-susah. Duduk saja kat depan. Semua dah siap. Just pulut kacau ni je.”

“Masak sendiri?” tegur Afzan.

“Ya masak sendiri.  My mum-in-law la ni. Dia nak masak. Nasib baik juga adik-beradik Abang Hadif selinsing tangan membantu. Semua kat luar tu. Abang Hadif adik beradik semua lelaki. Jadi kerja-kerja berat serah pada mereka.

“Maknanya yang ramai-ramai kat depan tu adik beradik Prof. Hadif,” Afzan seperti tidak percaya.

Puan Almira mengangguk. Tangannya mengacau pulut di dalam periuk.

“Along, orang surau dah sampai,” wanita berbadan dua tadi menghampiri Puan Almira. Pandangan matanya berlaga dengan Afzan dan Shaheen sekali lagi.

“Sha, Afzan ni adik saya, Amirah. Kami dua beradik sahaja,” Puan Almira memperkenalkan adiknya. “Mira tengokkan pulut ni. Dah boleh angkat ni. Along dah tutup api pun. Tolong masukkan dalam bekas ni ya. Along nak ke depan  tengokkan Abang Long kejab. Jemput orang surau masuk.” Puan Almira berlalu ke ruang depan.

“Biar saya tolong,” Afzan menawarkan diri membantu. Bakal ibu muda itu akur.

“Aunty Sha,” jerit Imran dan Irfan serentak.

Shaheen berpaling melihat sepasang kembar itu berlari menuju ke arahnya. Kedua beradik itu menghulur tangan untuk bersalaman dengan Shaheen.’Comel sungguh,’ komen Shaheen.

Puan Almira kembali ke dapur bersama Datin Husna, ibu mertuanya.

“Mari Sha, Afzan kita ke depan. Malu lah saya tetamu kat dapur,” ajak Puan Almira.

Afzan dan Shaheen berlalu ke ruang hadapan bersama Puan Almira dan Datin Husna. Imran dan Irfan di kiri dan kanan Shaheen. Masing-masing memegang tangan Shaheen.

Afzan dan Shaheen duduk bersimpuh bersama-sama tetamu yang lain. Jam di dinding rumah dilirik pantas. Tiga puluh minit lagi pukul sepuluh. Dengan kehadiran ahli surau dari surau berdekatan, majlis tahlil dan bacaan doa selamat akan dimulakan sebentar sahaja lagi. Seorang lelaki yang agak berusia dengan kopiah di kepala mendapatkan tuan rumah. Beliau membisikkan sesuatu. Hanya anggukan dan senyuman yang terukir di bibir Prof. Dr. Hadif.

‘Apa yang Pak Imam tu bisikkan pada Prof. Hadif tu agaknya? Erm Pak Imam ke yang itu?’ tanya Shaheen di dalam hatinya.

“Assalamualaikum buat semua yang hadir. Pertama-tamanya saya ingin mengucapkan terima kasih di atas kehadiran tuan puan semua ke majlis saya ini. Memandangkan masa baru menginjak ke pukul 9.30 pagi, Pak Imam mencadangkan agar majlis ni kita mulakan dengan solat sunat Dhuha dahulu. Selepas itu baru lah kita teruskan dengan bacaan tahlil dah doa selamat. Jadi elok la kita ke bilik solat di sebelah  kanan ruang makan. Jemput semua untuk berjamaah sama-sama,” Prof. Dr. Hadif melangkah memimpin semua tetamunya ke bilik solat.

Alhamdulillah bilik solat tersebut boleh memuatkan hampir 30 orang jemaah. Seusai solat sunat Dhuha dua rakaat yang diimamkan oleh Prof. Dr. Hadif sendiri, majlis diserahkan kembali kepada Pak Iman untuk memimpin bacaan yassin, tahlil dan doa selamat. Majlis diteruskan di bilik solat tersebut.

Pak imam yang mengepalai bacaan yassin, tahlil dan doa selamat membaca dengan lancar. Beliau juga membacakan ayat Kursi. Pak Imam mengulangi membaca ayat Kursi berulang-ulang kali sebanyak sepuluh kali.

Majlis yang bemula pada pukul sepuluh pagi tamat sekitar pukul sebelas setengah pagi. Pak Imam turut memberikan tazkirah berkenaan bacaan ayat Kursi. Katanya Rasulullah SAW pernah bersabda bahawasa sesiapa yang membaca ayat Kursi sesudah solat farhu Allah akan memeliharanya sehingga ke solat fardu yang seterunya. Dan sesiapa yang membaca ayat Kursi sebelum tidur, Allah akan menghantar dua malaikat untuk menjaganya sepanjang malam sehingga dia bangkit di pagi keesokkannya.

Sebaik sahaja majlis tahlil dan bacaan doa selamat selesai, Prof. Dr. Hadif menjemput semua tetamu yang terdiri dari jiran tetangga, rakan-rakan pejabat serta ahli keluarganya untuk menjamu selera. Hidangan telah pun disiapkan dan berada di khemah yang disediakan. Sebelum tetamu pulang, Puan Almira dan juga ahli keluarganya menjemput semua yang hadir ke majlis sambutan hari lahir anak kembar mereka pada pukul tiga petang nanti.

“Alhamdulillah. Majlis berjalan lancar. Makanan pun tak berlebih-lebih. Elok-elok cukup untuk jiran-jiran bawa balik sedikit sebanyak makanan yang ada tu,” ucap Datin Husna.

“Mak masak sedap la. Hmm sampai menjilat jari kan sayang,” Prof. Dr. Hadir memuji ibunya sambil diperhatikan oleh Puan Almira.

*******

(Dua puluh minit sebelum majlis tahlil dan doa selamat dimulakan di rumah Prof. Dr. Hadif Mirza)

“Eih Luq. Kereta ni,” kata Rayyan apabila dia berselisih dengan kereta Perdana hitam yang diparkir di luar rumah Prof. Dr. Hadif.

Luqman memandang kereta yang dikatakan oleh Rayyan. Tiada apa yang pelik padanya. Kereta Proton Perdana hitam, fikir Luqman.

“Kau ingat tak aku ada bagi  tau kau pasal kereta yang berebut parking dengan aku minggu lepas kat area Bank Islam KL tu?”

Luqman seperti acuh tak acuh sahaja dengan pertanyaan Rayyan. “Hmm kenapa dengan kereta tu?”

“Ini lah kereta tu Luq. Aku ingat lagi kereta tu ada kotak tisu dengan design kangaro dari Australia tu. Aku yakin ni kereta tu,” Rayyan meninjau ke dalam kereta tersebut.

“Ish kau ni jangan la buat gitu. Nanti orang fikir ‘kita’ nak curi kereta pula,” pesan Luqman.

“Luq kau ni ke situ pula.”

“Yelah yang kau terintai-intai dalam kereta tu buat apa. Dah la jom masuk. Majlis dah nak mula kejab je lagi.”

Rayyan masih tidak puas hati. Lambat-lambat dia mengekori Luqman yang telah pun melewati pintu pagar rumah banglo sahabat baiknya. ‘Tak sabar aku mahu bersua muka dengan Cik Perdana tu,’ getus Rayyan.

“Luqman, Rayyan sampai juga kan kat teratak kecil aku ni,” sapa Prof. Dr. Hadif sebaik kelibat dua orang sahabat baiknya muncul di muka pintu.

“Banyak la kau punya teratak kecil. Dah ala-ala istana aku tengok,” balas Luqman sambil menghulurkan salam. Prof. Dr. Hadif menyambut huluran tangan Luqman. Sahabatnya itu dipeluk seperti tradisi orang Arab. Mesra sekali. Prof. Dr. Hadif turut melakukan hal yang sama kepada Rayyan.

“Adif apa khabar my buddy. Lama juga aku tak jumpa kau.” Rayyan menegur tuan rumah yang juga sahabatnya.

“Alhamdulillah aku baik-baik saja. Eih jemput masuk Luq, Rayyan. Kejab lagi orang surau sampai la ni,” balas Prof. Dr. Hadif.

“Itu la. Kau sibuk dengan kerja, aku pun sibuk dengan kelas aku. Tu yang kita dah jarang jumpa kan. Luq rajin juga calling-calling aku. Kau tu langsung tak ingat aku. Sibuk dengar marka kah?” duga Prof. Dr. Hadif.

Serentak Luqman dan Rayyan ketawa.

“Eih mari masuk. Awat sembang di luaq ni. Hadif ajak depa masuk,” tegur Datuk Mokhtar.

“Terima kasih uncle. Kami borak-borak kosong je ni,” balas Luqman.

“Adif kau kenal tak sapa empunya Perdana hitam kat luar tu,” tanya Rayyan tidak dapat menahan rasa ingin tahunya. Dia yakin itulah kereta yang telah menghalang laluannya tempoh hari.

“Kau ni yakin sangat. Mana tahu kau salah orang Rayyan,” Luqman cuba mententeramkan keadaan.

Prof. Dr. Hadif yang tidak tahu apa-apa sekadar menggangkat kening. “May be jiran aku agaknya.”

Rayyan masih tidak puas hati. Matanya masih lagi memerhati kereta Perdana hitam itu.

2 comments:

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim