25 March 2013

Kasihmu 22

(Seminggu sebelumnya..)

“Assalamualaikum Aida. Apa khabar pagi ni?”

“Waalaikumsalam Cik Sha. Alhamdulillah saya baik-baik saja. Cik Sha nampak ceria sahaja pagi ni. Ada apa-apa kah?

Shaheen tersenyum mendengar pertanyaan Aida. Dia sudah masak dengan sikap Aida yang gemar mengusiknya.

“Ceria itu wajib untuk memulakan hari yang baru Aida. Baru semangat mahu buat kerja tau,” balas Shaheen masih berdiri di hadapan meja kerja Aida. Shaheen menyambung, “Kalau ada ‘apa-apakah’ tu bagaimana Aida?” Giliran Shaheen pula mahu mengusik Aida.



“Oh pasti saya orang paling gembira Cik Sha.”

“Kenapa?” Shaheen pelik mendengar jawapan daripada Aida.

Aida senyum sambil berkata, “Dapat la kad jemputan khas daripada Cik Sha. Jemput makan nasi minyak.”

Shaheen tidak dapat menahan tawanya. Dia sudah acapkali diusik begitu oleh Aida, pembantu peribadinya yang sentiasa tampil bergaya. Hari ini Aida dengan long suitnya. Warna unggu menjadi pilihan sesuai dengan aura hari Selasa.

“Insya Allah Aida. Sampai masa saya akan jemput awak. Siap duduk sama di meja makan beradap lagi,” usik Shaheen dalam senyuman.

“Aamiin. OK saya tunggu.” Aida senyum menadah tangan mendengar kata-kata Shaheen.

“Aida hari ni ada apa-apa yang penting untuk saya,” tanya Shaheen tidak mahu memanjang-manjangkan sesi usikan di pagi itu.

Aida kembali menatap galaxy tab di atas meja. Matanya cepat sahaja memerhati waktu-waktu penting yang telah dicatatnya.

“Pagi ni ada appointment dengan Tuan Malik dari Sempurna Resort. Beliau mahu bincangkan berkenaan perabot kayu untuk resort dia. Then tengahari Cik Sha free. Petang Cik Sha ada meeting with client di Bank Islam tu dengan Cik Laila.”

Meeting dengan Cik Laila tu please remind Cik Afzan untuk ikut serta.”

“Baik Cik Sha. Ada apa-apa lagi kah?”

“Panggil Adelia masuk bilik saya. Bagi saya 30 minit untuk saya uruskan perkara-perkara urgent dulu ya,” pesan Shaheen sebelum berlalu masuk ke bilik kerjanya.

*******

Shaheen menekan intercom yang berkelip-kelip. “Ya Aida.”

“Cik Sha, Tuan Malik dah sampai.”

“Ok silakan dia masuk Aida,” jawab Shaheen.

Muncul Tuan Malik dengan wajah yang agak serius. Dengan misai tebalnya, tampak seperti garang sahaja orangnya. Shaheeen dan juga Adelia bangun menuju ke arah Tuan Malik. Shaheen menjemput Tuan Malik duduk di sofa di sudut bilik.

“Apa khabar Tuan?” sapa Shaheen sewaktu melabuhkan punggung di sofa bertentangan dengan Tuan Malik. Katalog rekaan perabut diletakkan di atas meja.

“Saya bagus. Alhamdulillah.” Tuan Malik memerhati Adelia.

“Oh maaf lupa saya kenalkan ini Adelia. Puan Adelia,” Shaheen memperkenalkan Adelia. Sengaja dia menekankan perkataan ‘puan’ agar Tuan Malik tidak salah faham akan status pegawai pereka di Jati Holding.

Tuan Malik hanya mengangguk kecil. Adelia membalas senyuman Tuan Malik.

“Saya dimaklumkan Tuan Malik sedang mengembangkan resort di pantai timur. Jadi apa yang boleh pihak kami bantu,” Shaheen memulakan perbincangan mereka.

“Sebenarnya I sedang mencari vendor yang boleh bekalkan perabot untuk semua resort I. Jadi I mahu bila orang sampai ke resort I orang akan dapat kaitkan dengan trademark ‘This is Sempurna Resort’. Meaning to say all the furniture adalah sama, hiasan yang digunakan juga sama, theme colors too. Besides I juga mahu ciri-ciri tradisi melayu dikekalkan.”

Sounds interesting. Lagi pun dengan usaha Tuan Malik ni saya yakin khazanah tradisi melayu akan dapat dikekalkan. Insya Allah pihak kami akan cuba yang terbaik. Do what it takes to ensure project ni berjalan lancar. By the way project ni akan diselia oleh Puan Adelia. Saya harap kerjasama ini akan berjalan seperti mana request Tuan tadi.”

Good I suka bekerjasama dengan orang muda seperti both of u. Besides I know your father. We used to be schoolmates.”

Oh really. Tuan kenal Abi saya,” Shaheen terkejut mendengar kata-kata Tuan Malik. Tuan Malik senyum sambil menganggukkan kepalanya.

“Bagi pihak I, my assistant akan brief you more on what we had discussed. I dah ada guideline for those furnitures and all necessary items and design yang I mahu. My assistant di Terengganu right now. Monitor final touch on the building itself. He’ll be in KL in two or three days lagi.”

“Ok kalau begitu mungkin pihak kami akan pergi melihat resort Tuan Malik. So that we can figure out what design yang sesuai untuk rangkaian resort Tuan Malik nanti.”

Aha I like the idea. So datang la bila-bila masa. I akan reserve rooms for you. Lebih mudah untuk you buat kerja di sana nanti. Just inform my front desk officer you are from Jati Holding. She will take it from there,” Tuan Malik mengalu-alukan kedatangan pegawai dan staf Shaheen yang akan berurusan dengan pihaknya nanti.

Aida masuk sambil membawa 3 mug minuman di dalam dulang. Berhati-hati ketiga-tiga mug bercorak abstrak itu diletakkan di meja sisi bersebelahan Tuan Malik. Aida meminta diri selepas menjemput tetamu majikannya minum.

“Tuan Malik terima kasih for your courtesy. It is an honour to give our best services.”

It’s my pleasure. Oh ya jangan la panggil I ‘tuan’. Just call me Uncle Malik. Tak perlu la nak formal sangat ya. I tak nak ada gap between us. Lebih selesa kan buat kerja.”

“Erm baik lah Uncle Malik. Jemput minum.”

Thanks. Macam mana tau ni favourite drink I,” ujar Tuan Malik sewaktu dia mencicip sedikit hot chocholate yang disediakan oleh Aida tadi.

Shaheen senyum. Dia sangat yakin Aida telah menghubungi setiausaha Tuan Malik dan bertanyakan minuman kegemaran Tuan Malik.

Credit to my assistant uncle,” Shaheen menjawab sambil menghirup milo panas di dalam mug.

Adelia yang berada di sebelah Shaheen diam sahaja sambil mengikuti perbincangan tanpa mencelah sedikit pun. Tangannya mencatit semua butiran yang dibincangkan. Mug berisi milo panas disambut dari tangan Shaheen. Sesekali dia senyum bila pandangan matanya bertembung dengan Tuan Malik.

“Selain perabot adakah uncle mahukan hiasan dalaman turut disediakan oleh pihak kami?” Shaheen bertanya lebih lanjut.

“Err rasanya lebih elok begitu. Uncle percaya sentuhan Jati Holding tak akan mengecewakan. Uncle dah perhatikan dari pintu masuk tadi hingga ke dalam bilik ni uncle puas hati. Hiasan yang minima tapi ada nilai-nilai estetika.”

“Sebenarnya uncle pihak kami hanya menyediakan perabot. Hiasan dalaman tu bukan lah bidang kami di Jati Holding.”

“Shaheen elok rasanya you pertimbangkan untuk expand your business kepada hiasan dalaman juga. So I rasa you akan lebih success dengan mengadakan pakej perabot dan hiasan dalaman. Both of it is like walking side by side,” cadang Tuan Malik.

“Elok juga cadangan uncle tu. Just let me have more discussion on it with my advisor. Anyway thank you uncle for the suggestion. I’ll take it into our consideration.”

“Ok Shaheen. Bila perniagaan sedia ada ini kita kembangkan baru lah lebih berdaya saing. Membuka ruang kepada niche market yang lebih besar.”

“Kalau begitu lepas pihak kami lihat resort uncle nanti, we’ll come out with the layout. Any admendment we’ll discuss it later with your assistant.” Shaheen dengan yakin memberi cadangan.

“Baik I setuju.” Tuan Malik sudah bangun. Sebelum meninggalkan bilik Shaheen, “Sampaikan salam I pada ayah you ya Cik Sha.”

“Insya Allah uncle.”

*******

“Ijan semua drawing dah masuk dalam ni?” Shaheen bertanya meminta kepastian.

“Ya dah Sha. Hope everything berjalan lancar ok.”

“Insya Allah.”

Perjalanan yang bergerak lancar menenangkan hati Shaheen. Serabut fikirannya jika terkandas dalam kesesakan jalan raya. Mujur juga Afzan ada. Sekurang-kurangnya dia ada teman berbual sepanjang perjalanan jika tersangkut dalam kesesakan lalu lintas.

“Sha aku rasa elok aku turunkan kau kat sini. Kau naik dulu. Biar aku pergi parking. Jab lagi aku join kau ya,” Afzan memberhentikan kereta di hadapan Menara Bank Islam.

Sebaik Shaheen turun Afzan memandu ke ruang letak kereta di basement Menara Bank Islam. ‘Ha ada pun space parking,’ Afzan senyum melihat sebuah kereta mengundur keluar dari petak parkir. Afzan sabar menunggu. Petak parkir yang berdekatan dengan pintu masuk ke Menara Bank Islam sangat strategik bagi Afzan. Tak perlu nak jalan jauh nanti.

‘Pon! Pon! Pon!’ Bunyi hon kuat bergema di pendengaran Afzan. ‘Apasal kereta ni park kat belakang kereta aku. Siap hon sekuat hati pulak tu,’ getus Afzan sedikit gusar. Afzan teragak-agak untuk keluar dari kereta.

‘Tok..tok..tok.’ Ketukan di tingkap memeranjatkan Afzan. Wajah pemuda yang berdiri di tepi tingkap itu serius sahaja.

“Ya ada apa?”

“Hello… ada apa awak cakap. Awak tak nampak ke saya dah bagi signal nak masuk parking ni. Dah dua kali saya pusing dalam basement ni. Senang-senang je awak masuk. Saya nak reverse masuk parking ni tadi. Sekali baikkk punya, awak masuk. Saya dah la lambat ni. Baik. Dah awak nak sangat parking kat sini kan, saya ok saja,” bebel si pemuda sekali nafas. Laju sahaja dia berjalan masuk ke dalam bangunan menuju ke pintu lif.

“Eh encik. Encik..” Afzan sudah melaung menjerit memangil pemuda tinggi lampai yang berjalan laju meninggalkan Afzan terkebil-kebil seorang diri. Afzan memerhati keretanya yang dihalang dengan kereta Toyota Vios milik pemuda itu. ‘Macam mana ni,’ Afzan segera mengunci Perdana Shaheen lalu berlari mengejar pemuda tadi. Sampai di ruang legar Menara Bank Islam, Afzan hampa. Kelibat pemuda tadi sudah tiada. Hilang jejak.

Dengan rasa geram Afzan masuk ke dalam perut lif menuju ke pejabat Cik Laila di tingkat 32. Sebaik pintu lif terbuka, Afzan melangkah laju mencari Shaheen.

“Kenapa lama sangat pergi parking?” tanya Shaheen.

“Aku jumpa orang gila tadi,” Afzan menjawab dengan wajah tidak puas hati.

“Hah! Orang gila! Eh.. kau ok ke tak ni. Apa orang gila tu buat kat kau,” Shaheen dengan nada cemas memerhati Afzan.

“Relaks la Sha. Aku ok. Eee..geram sangat. Hope aku tak jumpa lagi mamat tak betul tu. Harap muka je handsome, perangai hanya Allah yang tahu,” luah Afzan.

Shaheen yang risau akan keadaan sahabatnya itu kembali tenang. “Apa yang jadi sebenarnya?”

Afzan mahu menceritakan perihal pertemuannya dengan seorang pemuda yang berebut tempat meletak kenderaan dengannya sebentar tadi. Namun kisah yang mengundang rasa geram di hati Afzan terpaksa disimpan dek kehadiran Cik Laila.

“Sha nanti aku cerita ya.”

Shaheen angguk. Hatinya meronta ingin tahu kisah sebenar tetapi disabarkan hati. Pertemuan dengan Cik Laila lebih penting. Kejadian yang berlaku pada Afzan juga penting. Namun dia harus mengutamakan apa yang utama terlebih dahulu. Fokusnya kembali kepada tujuan asalnya bertemu Cik Laila.

“Apa khabar Cik Laila. Saya kenalkan my very best friend, Afzan. And Afzan ini Cik Laila,” Shaheen memperkenalkan mereka berdua.

“I baik-baik saja. Hi  Miss Afzan. Nice to meet you.” Mereka bersalaman.

Nice to meet you,” balas Afzan. Wajahnya dilembutkan. Peristiwa yang berlaku sebentar tadi segera diusir jauh-jauh. Tumpuannya kini pada pembentangan penting dengan pelanggan Jati Holding.

Come this way. Kita discuss di holding room. More comfortable kan,” ajak Cik Laila.

Afzan dan Shaheen melangkah penuh yakin mengikuti Cik Laila ke satu bilik perbincangan.

“Hari ni Hisyam tak dapat join. He’s in JB. Ada kursus kat sana. Tak lama lagi naik pangkat la tu. Kursus persediaan for top managers.”

Oh really,” Shaheen lega. Dia selesa dengan situasi itu.

Shaheen menyerahkan beberapa cadangan design yang telah pun Afzan sediakan. Folio bergambar itu bertukar tangan. Cik Laila memerhati dari satu rekaan ke satu rekaan. Wajahnya seolah-olah tiada perasaan. Hanya matanya ligat memerhati semua rekaan di depan mata.

Fantastic, itu yang I boleh cakap,” tiba-tiba sahaja Cik Laila bersuara. Matanya bersinar ceria.

“Jadi Cik Laila setuju dengan design ni?” Shaheen bertanya untuk menggesahkan penerimaan Cik Laila.

“Yup. 90 percent I like this idea. Awesome. Just the color.”

Another ten percent and what about the color?”

“Secara dasarnya Cik Afzan, I dah puas hati dengan idea ni. Yang sepuluh peratus lagi ni depend on the approval from my boss and color tu can we make it totally maroon as the room will be painted with white. Meja mesyuarat tu perfect. I suka konsep sliding tu. Brilliant!”

Afzan dan Shaheen tersenyum lega mendengar komen Cik Laila. Tidak cerewet orangnya. Senang bekerjasama. Kalau begini lah semua pelanggan, alangkah senangnya bekerja di dunia ini.

How soon I boleh dapat the final design or layout. I need to present it to my boss dulu. Lepas tu baru I boleh bagi green light, proceed this project kan,”

The lattest by noon esok, is it ok with you?”

Perfect.” Senyuman terukir di bibir merah Cik Laila.

Perbincangan yang berjalan dengan baik itu berakhir dalam masa yang singkat sahaja. Kedua-dua pihak berpuas hati. Afzan lebih-lebih lagi, Cik Laila tanpa banyak bicara senang hati bersetuju dengan rekaan yang dihasilkan.

“I dengar you baru balik dari Jakarta?”

“Ya betul. Oh sebelum I lupa, this is for you. Ole-ole dari seberang,” Shaheen mengunjukkan satu kotak kecil kepada Cik Laila.

What a lovely bracelet! You macam tau-tau je I suka warna merah. Thanks Cik Sha,” ucap Cik Laila sambil mengacukan gelang tangan dari batu akik merah ke tangannya. Langsung disarungkan ke tangan kanannya.

“You are welcome Cik Laila,” balas Shaheen. “Nampaknya elok kami gerak dulu. Anything do not hesitate to contact us.”

“Ok Cik Sha, Cik Afzan. Thanks again. Jumpa lagi.”

“Assalamualaikum,” ucap Afzan dan Shaheen serentak. Mereka meninggalkan pejabat Cik Laila dengan perasaan yang gembira dan puas hati.

6 comments:

  1. Busy memanjang sha dgn afzan tp die ttp rileks n wat keje dgn lancar..suke dgn care die bekerja

    Haha..cengitu rupenyer kejadian rayyan n cik perdana..best2..looking for more

    Sha (yg ni rujuk pd penulis) hihi..ur penulisan semakin baik :) tahniah...sy tggu next n3

    ReplyDelete
  2. gitu la Cik Shiroe kalau bisnes sendiri..komitmen pada kerja sebelum komitmen pada famili sampai..

    kes kereta block kereta ni selalu berlaku kalau parking ni reserved parking hihikk nasib la..

    TQ Cik Shiroe..masih banyak kekurangan sebenarnya..sha nak belajar dengan Cik Shiroe la..ayat2 Cik Shiroe lebih relaks & bersahaja..tulisan sha ada kalanya nampak monotonous.. hihikk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aiyarkk sha..malu sy..sm la sy pun msh byk kkrgn masih br lg..ayat jd mcm tu sbb krg rujukan kehidupan..hihi

      Mcm sha lain penulisan yg dibuat berdasarkn kajian itu yg sy ckp citer ni byk info n pengajaran sha..sgt bgs utk dikongsi..citer sy tu semua angan2 mat jenin..fantasi semata-mata...tp xsalah kita berkongsi mklumat n pndgn..dpt pahala lg :)

      Delete
  3. Terima kasih Cik Shiroe ..semangat sha nak menulis…

    sha mahu jadi penulis berilmu. Selain menulis untuk kepuasan diri menulis juga untuk sebarkan ilmu dari pembacaan, pengalaman/interview dgn orang lain..insyaAllah

    ReplyDelete
  4. teruja menerima komen Cik Shiroe.. TQSM

    ReplyDelete

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim