06 April 2013

Kasihmu 24

“Ijan lately ni you look weird,” soalan Shaheen sebaik sahaja memasuki bilik kerja Afzan.

“Apa yang peliknya Sha. Aku biasa saja.”

“Kau nampak berseri-seri. Then suka senyum sorang-sorang. Buktinya masa aku depan pintu ni aku ketuk tiga empat kali, kau boleh tak dengar. Are you hiding something Ijan,” Shaheen berjalan menghampiri Afzan. Matanya memandang tepat ke wajah Afzan.

“Eh ya ke. Mana ada Sha. Kau je rasa macam tu.”

“Tengok tu masih nak sorokkan sesuatu ya. Dengan aku pun kau nak rahsiakan,” Shaheen memujuk Afzan.

“Aku segan nak cerita.”

“Segan. Hmm I can smell something fishy here. Come on Ijan. What is it?”

Afzan senyum lebar. Kedua-dua tangannya meraub wajah bujurnya. Afzan menongkat dagu dengan kedua-dua tangannya. Senyuman masih terukir di bibir.

“Ijan,” seru Shaheen.

“Sha aku nak bertunang,” luah Afzan.

“What! Oh really? Dengan siapa? Aku kenal ke orangnya? Bila kau kenal dia?” bertubi-tubi soalan meletus keluar dari bibir Shaheen.

“Abang Bai.”

“Abang Bai yang aku jumpa masa pergi rumah kau dulu,” tanya Shaheen.

“Ya betul. Itulah orangnya.”

“Tapi bukan kah dia sepupu sebelah bapa means waris kau kan Ijan,” Shaheen sedikit terkejut dengan berita itu.

Afzan senyum dan tenang sahaja. “Dia anak angkat pakcik aku Sha. Jadi tiada halangan.”

“Sejak bila kau bercinta ni Ijan. Aku tak pernah tau pun,” Shaheen teruja pula mendengar kata-kata Afzan tadi.

Since kami sekolah lagi. Parents kami pun tau. Cuma kami perlu tamatkan pengajian masing-masing. Then kerja dahulu. Baru boleh fikir pasal kahwin. Itu syarat yang kami kena ikut.”

“Wah dah lama la kiranya. Pandai kau simpan rahsia kan Ijan. Patut la kau tak pernah layan mana-mana lelaki di uni dulu. Jadi inilah sebabnya.”

“Ya Sha. Aku segan nak bagi tau kau pasal ni.”

“Kenapa nak segan? Aku gembira dengar berita ni. Bila majlis bertunangnya?”

“Sebulan lagi. Persiapannya mak dengan kakak aku sedang siapkan. Aku hanya hulurkan belanja saja.”

“Happy aku dengar berita ni.”

“Ijan ikut aku balik kampung. Teman aku nanti,” pinta Afzan

“Aku tak berani janji. Bulan depan kan sepatutnya Mesyuarat Pengurusan suku tahun kedua. Time tu busy la Ijan,” Shaheen sedikit hampa.

“Aku dah apply cuti. Apa-apa aku inform kau nanti ya Sha.”

“Oh ya ada apa kau menjenggah ke sini Sha?”

Shaheen menggeleng-gelengkan kepala sambil senyum simpul. ‘Sah kawan aku ni dah tak tau tengok jam agaknya,’ Shaheen membuat andaian sendiri.

“Ada projek barukah?

“Projek baru tu pun ya juga. Ni aku nak ajak kau pegi makan tengahari sebenarnya. Tu yang aku datang ke bilik kau ni Ijan. Jom,” ajak Shaheen.

“Ya Allah dah pukul 12 rupanya. Tak perasan pula aku,” Afzan melirik jam di tangan.

“Kita makan pizza hari ni,” Shaheen memberi cadangan.

“Ok juga tu. Kat mana?”

“Kita buat delivery je la. Tak payah la pergi jauh-jauh,” usul Shaheen.

“Ok juga tu. Then bleh discuss projek terbaru kau tu?”

“Afzan buka web Pizza Hut. Then kita pilih menu. So takde la amik masa nak call jab lagi.

“Ya betul tu. Ok jab,” Afzan menekan tetikus lalu menaip perkataan Pizza Hut di ruangan search di laman web Google.

Sebaik laman web Pizza Hut terpapar di skrin komputer, Afzan dan Shaheen menekan butang menu.

“Ok Sha kau nak pilih apa?”

“Apa kata kita ambil Combo Meal? Senang kan tak payah nak fikir apa nak pilih. Kalau ada nak tambah, add on je la,” Shaheen memberi kata putus.

“Ok Sha. So Combo for two ya?” tanya Afzan.

“Ijan pinjam phone jab. Aku nak call Aida. Nak minta dia bagi tau semua staf yang tengahari ni kita makan pizza.  Lunch hari ni is on me.”

“Betul ni. Ok thanks Sha."

Sesudah menyampaikan pesanan kepada Aida, Shaheen kembali mengadap monitor komputer. “OK done. Now kita pilih menu. Aku rasa better ambil dua set Combo Meal 3.”

Alright. Then we have two large pizza, two regular pizza, 16  pieces Garlic Breadstix, six coleslaw and two bottle of soft drinks. Anything else Sha, nak tambah?”

“Lama tak makan chicken wings kan, apa kata tambah Smoked Deli Wings. 12 pieces cukup tak?”

“Cukup tu Sha. Kita semua ada enam orang kan. What about the pizzas? Kita pilih Super Supreme and Hawaiian Supreme untuk large pizza. Then untuk dua lagi regular pizza kau pilih Sha,” pinta Afzan.

“Hmm kalau aku yang pilih for sure aku nak yang seafood ni. Apa kata kita ambil Island Supreme. Errm satu lagi apa ya?”

“Chicken or Masala,” Afzan memberi cadangan pilihan.

“Masala.”

Afzan senyum. Tangannya laju mencapai gagang telefon. Nombor Pizza Hut Delivery Service didail. Proses membuat pesanan mudah sahaja. Afzan juga lancar menyebut menu yang telah dipilih bersama Shaheen tadi.

“Aku dah pesan pada Aida supaya bagi tau Adelia, Kamarul dan Erna untuk tunggu di pantri. Staf lain dah keluar. So jom Ijan kita tunggu kat kaunter luar tu.”

Tak sampai 30 min seorang remaja lelaki tiba di kaunter pejabat Jati Holding. “Semua sekali RM171.10 kak,” ucap remaja lelaki bercermin mata itu.

Keep the change ya. Terima kasih dik,” ucap Shaheen dengan senyuman.

Afzan dan Shaheen mengangkat kesemua plastik berisi makanan tengahari mereka ke bilik pantri. Masa untuk menjamu selera.

“Terima kasih Sha,” ucap Afzan sambil mengangkat plastik pizza.

“Oh. It’s my pleasure Ijan.”

 Afzan dan Shaheen melangkah ke bilik pantri. Semua sudah ada di situ kecuali Erna.

“Erna ke tandas,” kata Adelia.

“Jom kita makan. Ok Kamarul tolong baca doa makan,” usul Afzan.

Kamarul dengan senang hati membacakan doa makan. Semua yang ada mengaminkan bacaan doa tadi.

“Ada sesiapa nak air panas?”

“Ha bagus tu. I sensitive air berkarbonat. Nanti cepat saja diserang sorethroat,” Adelia bersuara menjawab pertanyaan Aida.

“Air apa Adelia?”

“Apa-apa pun boleh. Janji O yer. Thanks Aida…hmm luv you,” pintas Adelia.

Luv you too,” balas Aida senyum.

“Jemput makan semua ya,” Shaheen mempelawa mereka semua menjamah hidangan di depan mata.

Afzan menuang air 7Up Revive ke dalam mug yang berisi ais  lalu dihulur kepada semua kecuali Adelia. Satu mug dengan teh o panas disambut oleh Adelia.

“Assalamualaikum,” Erna muncul dengan senyum berbunga. Semua yang ada menjawab salam serentak.

“Mari Erna. Sila-sila.”

Masing-masing makan dengan gembira, sambil makan mereka berbual kosong.

“Adelia, ada assistant Tuan Malik call awak,” tanya Shaheen sebelum mencapai mug di atas meja.

“Belum lagi Cik Sha. Mungkin dia masih di Terengganu.”

“Hmm kalau gitu, nanti awak cuba follow-up dengan PA Tuan Malik.”

“Ok roger,” balas Adelia. Tangannya menyuap chicken wing ke mulut.

“Cik Sha tahun ni apa plan untuk aktiviti staf?” tanya Erna.

Shaheen senyum. Di fikirannya telah ada perancangan. Cuma dia mahukan pendapat dan pandangan dari stafnya dahulu sebelum rancangannya dilaksanakan.

“Ya lah. Tak ada outing ke?”

Everything will be decided in the meeting soon. Tapi korang kena bagi cadangan. So boleh I bawa masuk ke Meeting Pengurusan nanti.”

“Ye ke Cik Sha? Kalau last year kita dah pergi ke Gambang, then tahun ni ke mana pula?”

“Beaches, theme park, nature or just an outing like bowling and cinema?” Shaheen memberikan pilihan kepada stafnya yang kelihatan teruja mendengar kata-katanya.

Beaches,” jerit mereka serentak. Shaheen sudah tergelak mendengar keterujaan stafnya.

Well tahun ni bukan tahun melawat Terengganu ke?” soal Kamarul yang diam sahaja dari tadi.

“Ya la.” Adelia segera memandang Shaheen sambil bibir tersenyum gembira. Matanya bersinar ceria.

“Sempurna Resort,” jerit Adelia dan Shaheen serentak. Mereka yang lain memandang Adelia dan Shaheen bersilih ganti.

“Amboi meriahnya. Ada kenduri ke ni. Sampai ke depan aku boleh dengar,” Fendy melangkah masuk ke bilik pantri.

“Bagus la kau datang ni Fendy. Kalau tak aku sorang je kumbang di sini,” kata Kamarul yang lebih banyak mendengar dari berkata-kata. Dia menghulurkan tangan bersalam dengan Fendy yang menghala ke arahnya. Mereka senyum mendengar kata-kata Kamarul.

“Fendy come in. Ni Cik Pengarah Urusan belanja. Langkah kanan awak tengahari ni,” Aida menyapa dalam senyuman.

“Aroma yang mengusik deria bau ini membawa aku ke mari,” Fendy menyanyi kecil seperti rentak lagu Tanya Sama Itu Hud-Hud nyanyian Datuk M. Nasir.

“Jemput makan Fendy,” ajak Shaheen.

“Oh ya ke? Terima kasih Cik Sha. Saya doakan Cik Sha sentiasa dirahmati Allah, diberi kesihatan terbaik, dipermudahkan urusan dan diberi rezeki melimpah ruah, aamiin,” ucap Fendy sambil meraup tangan ke muka. Tangannya mencapai sekeping pizza Super Supreme.

“Aamiin,” sahut semua yang ada di situ.

“Terima kasih Fendy. Saya juga doakan yang terbaik untuk awak dan semua,” ucap Shaheen. Dia sedikit terharu mendengar kata-kata Fendy yang merupakan salah seorang pemandu di Jati Holding.

“Apa yang kecoh-kecoh tadi tu. Borak apakah?” tanya Fendy sambil menyambut huluran mug minuman berkarbonat.

“Tengah fikirkan tahun ni nak ke mana, nak buat apa. Outing Staff la Fendy,” ulas Adelia.

“Ha menarik tu. Jom pergi Taman Negara. Tengok alam semula jadi.”

“Tapi tempat tu tak sesuai la bawa family?” Kamarul menyuarakan pendapatnya.

Meaning tahun ni kita nak organize Family Day ke?” tanya Erna.”

Shaheen angkat bahu bila Erna memandang kepadanya meminta kepastian.

“Menarik juga cadangan awak tu Fendy,” Afzan menyokong usul Fendy. Fendy senyum sambil mencapai chicken wing terakhir dari  bekasnya.

“Aida nanti fix a date for meeting with HOD by this week. I nak discuss about this. Then only I can bring out this proposal to the management meeting,” ucap Shaheen.

“Baik Cik Sha.”

3 comments:

  1. Meriahnya warga office diorang :)

    ps: ingatkan ijan dgn Rayyan...(wah2 ada noktah berpjgan tu..nk kn penjelasan..hihi)

    ReplyDelete
  2. meriah gitu baru la best kan bekerja..

    hihikk no..no..no rayyan & ijan..

    tunggu ya apa akan jadi pada
    Luq-Shaheen-Rayyan

    Cik Shiroe apa pendapat awak
    1. Luq & Sha
    atau
    2. Rayyan & Sha

    Secara dasarnya sha dah ada plot nya just not sure nak ambil yang mana satu..

    ReplyDelete
  3. Aah..best sgt..kalo suasana meriah br smgt nk g keje hari2

    Oh no no no adakah rayyan akn suka kat sha jgk?

    Sy nk
    1. Luq dgn sha
    2. Rayyan dgn ijan...

    Ahaks :)

    ReplyDelete

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim