30 April 2013

Kasihmu 28 i

“Assalamualaikum,” Luqman menyapa Aida yang tekun menaip di tablet.

“Waalaikumsalam.”

“Kami dari Al-Hamra. Semalam saya ada call Cik Aida,” Rayyan memperkenalkan diri.

“Oh ya Encik Rayyan kan,” Aida meneka.

Rayyan mengangguk. “Boleh kami jumpa Cik Shaheen,” Luqman menyuarakan tujuan kedatangan mereka.

“Ya boleh. Err.. tapi mana Tuan Haji Luqman. Tak datang ya,” soal Aida.
Luqman sudah senyum. Rayyan pula tidak dapat menahan ketawa. Aida terpinga-pinga melihat gelagat Rayyan. ‘Apa aku salah cakap kah,’ Aida menggaru kepala.

Sebaik sahaja Rayyan habis ketawa dia memperkenalkan Luqman kepada Aida. “Cik Aida ini lah Tuan Haji Luqman Hakim Bin Haji Halim.”

“Ya saya Luqman.”

Aida memerhati Luqman dengan pandangan tidak percaya. Di benaknya terpampang rupa seorang lelaki berumur separuh abad bila nama Tuan Haji Luqman Hakim menyapa telinga. Lama Aida mendiamkan diri.

“Cik Aida. Awak ok ke tak ni?” Luqman bertanya.

“Err saya ok. Sekejab ya saya maklumkan pada Cik Sha yang encik berdua telah sampai.”

Tak sampai dua minit, “Sila la masuk. Cik Sha ada di dalam.”

“Terima kasih.”

Rayyan dan Luqman melangkah masuk ke bilik kerja Shaheen. Ruangan pejabat yang menarik di mata Luqman. Hiasan berbentuk rama-rama banyak menghiasi pejabat Shaheen. Malah pepohon hiasan turut diselitkan rerama kecil. Cantik. Dengan sentuhan elemen semula jadi. Matanya tertancap pada jam dinding yang bermotifkan burung. Penuh nilai estetika. Indah di mata.


Rayyan juga teruja melihat hiasan dalaman di pejabat Shaheen dengan lanskap bertema tersendiri yang lebih menjurus kepada konsep Container Gardening. Di ruang menunggu di luar pejabat Shaheen, ruang dihiasi dengan pokok berdaun yang cantik dan menarik serta dijaga rapi. Suasana sejuk mata memandang terpancar di semua sudut. Segar.

“Assalamualaikum Cik Sha,” Luqman menyapa.

“Waalaikumsalam. Apa khabar Luq, Rayyan. Saya memang tunggu kedatangan awak berdua,” sapa Shaheen bila Luqman dan Rayyan melangkah masuk ke bilik kerjanya.

“Alhamdulillah kami sihat. Itu yang sampai ke sini,” Luqman senyum memerhati raut wajah Shaheen.

“Eh jemput duduk. Kenapa berdiri tercegat je kat situ Luq, Rayyan.”

“Sekejab ya I panggilkan Afzan,” ucap Shaheen lalu berjalan ke mejanya. Punat intercom ditekan.

“Aida tolong panggil Cik Afzan masuk ke bilik saya.”

Shaheen kembali ke arah sofa. Dia duduk di sebelah Luqman dan berhadapan dengan Rayyan.

“Cantik office you,” itu yang terlafaz dari bibir Rayyan.

“Hah! Tq” Shaheen senyum mendengar ulasan Rayyan.

“Macam mana business?” tanya Rayyan.

“Alhamdulillah. Biasa la naik turun dalam perniagaan ni. Syukur semuanya baik sahaja setakat ni,” balas Shaheen.

“Luqman pula bagaimana dengan pakej haji dan umrah tu,” giliran Shaheen bertanya.

Rayyan yang duduk berhadapan dengan Shaheen memerhati sahaja gerak geri Shaheen. Pandangannya juga menghala kepada Luqman. Terdetik di hatinya, ‘Adakah mereka berdua dilamun cinta?’ Shaheen yang malu-malu. Luqman yang dilihat mengawal tingkah lakunya. Jika di pejabat Luqman sangat banyak cakapnya. Ada sahaja isu yang diutarakannya. Di sini, Rayyan perhatikan Luqman seperti malu-malu kucing.

“Pakej umrah semakin banyak permintaan. Permintaan ni timbul bila semakin ramai umat Islam mula sedar akan sejarah Islam dan mula melakukan ziarah ke tempat-tempat yang ada peninggalan sejarah keagungan Islam. Pakej haji pula banyak bergantung kepada kuota yang diberikan oleh Tabung Haji dalam menguruskan jemaah haji Malaysia ni Cik Sha,” Luqman memberikan penjelasan.

Ketukan di pintu membuatkan Shaheen, Luqman dan Rayyan membuang pandang ke arah pintu bilik Shaheen.

“Afzan masuk la,” Shaheen menjemput Afzan masuk.

Di belakang Afzan, Aida masuk sambil menatang dulang dengan 4 biji mug dan sepiring chocolate cookies. Selepas meletakkan mug berisi air kopi panas dan chocolate chookies di atas meja, Aida berlalu pergi.

Sebaik sahaja Afzan terpandang Rayyan yang tadinya membelakangkannya, dia mencebik lalu duduk di sofa kosong di sebelah Rayyan. Shaheen yang terpandang reaksi Afzan menjadi pelik. ‘Apa yang tak kena dengan Rayyan dan Afzan ni?’

“Apa khabar Luqman?” sapa Afzan.

“Aik..tanya Luqman je? Saya, awak tak nak tanya?” Rayyan memandang Afzan yang baru menduduki sofa bersebelahan dengannya.

Afzan malas mahu menjawab pertanyaan Rayyan tadi.

“Alhamdulillah saya sihat. Rayyan pun sihat,” balas Luqman menjawab bagi pihak Rayyan juga. Dia sudah tahu mengapa Afzan dingin sahaja bila berhadapan dengan Rayyan.

“Dah lama sampai?” Afzan melontarkan pertanyaan.
 
“Baru sampai,” pintas Rayyan.

Shaheen sudah tersenyum melihat reaksi Rayyan dan Afzan. ‘Apa yang berlaku sebenarnya ni,’ pertanyaan itu yang berlegar-legar di minda Shaheen.

“Cik Perdana, eh maafkan saya. Cik Afzan awak masih marah pasal kes ari tu ke? Saya minta maaf. Saya tak sepatutnya buat macam tu,” Rayyan duduk mengadap Afzan.

‘Marah?? Apa maksud Rayyan ni. Tak faham aku. Kenapa Rayyan minta maaf? Apa yang dia dah buat pada sahabat baik aku ni? Kenapa Afzan tak bagi tau apa-apa pun,’ pening Shaheen memikirkannya. Begitu banyak persoalan yang bermain-main di dalam fikirannya.

“Kenapa baru sekarang nak minta maaf?” tanya Afzan berpaling ke arah Rayyan.

“Hold on. Kenapa ni Afzan, Rayyan? Cuba bawa berbincang. Jangan ikut perasaan,” Shaheen cuba meleraikan bunga-bunga kemarahan yang sebentar lagi jika tidak dibendung boleh merebak terbakar.

Rayyan dan Afzan sudah terdiam bila ditegur begitu oleh Shaheen.

“Afzan cuba cerita pada aku kenapa kau dengan Rayyan ni boleh jadi macam ni? Rayyan apa puncanya ni?” Shaheen sudah memandang wajah Afzan dan Rayyan silih berganti.

Luqman yang duduk di sebelah Shaheen tidak terkata apa-apa. Dia sedang memikirkan cara terbaik untuk meleraikan perselisihan faham di antara Afzan dan sahabatnya, Rayyan.

Afzan dan Rayyan masih membisu.

“Sebenarnya mereka ni ada salah faham sikit Sha. Rasanya dua-dua pun ada salah dan silapnya. Saya harap hari ini dapatlah kita perbetulkan hal ini agar tidak berpanjangan. Tak elok la kalau sampai masam-masam muka dan gaduh-gaduh macam ni. Sedih saya tengok kawan-kawan saya jadi macam ni,” akhirnya Luqman mengambil jalan tengah dengan menggunakan pendekatan psikologi untuk memperbaiki hubungan di antara Afzan dan Rayyan.

Shaheen masih belum nampak apa sebenarnya punca Afzan marah-marah. Dia juga tidak nampak apa yang telah dilakukan oleh Rayyan kepada Afzan.

“Rayyan baik kau ceritakan apa yang berlaku. Jadi daripada situ kita buang yang keruh ambil yang jernih. Tak baik gaduh-gaduh ni. Allah tak suka hambaNya memutuskan silaturrahim tau,” Luqman memberi nasihat secara berhemah. Kata-katanya itu memang betul.

Rayyan menarik nafas. Dia memikirkan kata-kata yang sesuai. “First of all saya minta maaf sebab marah awak. Saya marah sebab saya dah lambat untuk satu appointment. Lepas tu awak pula sampai kat situ pada masa yang salah dan tempat yang salah. Awak masuk ke tempat parking yang sepatutnya saya masuk. Saya ke depan sikit sebab saya nak reverse masuk ke kotak parking tu. Tiba-tiba awak masuk macam tu je. Macam mana saya tak marah. Saya dah tak ada masa nak pusing-pusing lagi untuk cari parking kosong. Jadi saya tak dapat fikir dengan baik bila dah marah. Itu yang saya block kereta awak.”

“Oh, jadi ini kisahnya. Kisah yang tak sempat kau cerita tu Ijan. Ni yang masa kita pergi office Cik Laila tu kan?” ucap Shaheen mula nampak punca sebenar kemarahan Afzan.

“Sekarang giliran Afzan pula untuk luahkan ketidakpuasan hati yang terpendam tu. Kita selesaikan hari ini. Lagi lama awak simpan, lagi buruk kesannya pada awak tau,” pujuk Luqman.

Shaheen memandang Luqman. Rasa hormat dan kagum dengan sikap yang dipamerkan oleh Luqman terbit di hatinya. ‘Lelaki ini,’ bisik hati kecil Shaheen.

“Saya jadi menyampah, geram dan marah sebab awak tiba-tiba marah saya macam tu. Kalau awak cakap baik-baik saya sedia undur keluar dari tempat parking tu untuk awak. Saya sungguh tak nampak kereta awak di depan tu sebab terlindung dengan kereta yang keluar dari kotak parking tu. Jadi itu sebab saya masuk ke situ. Kalau saya nampak awak lebih awal, saya tak akan ambil parking tu. Saya pun nak minta maaf juga,” ujar Afzan.

Luqman dan Shaheen lega mendengar pengakuan yang diucapkan oleh Afzan dan Rayyan. Mereka berdua senyum sambil berpandangan. Gembira kerana mereka sudah nampak ada jalan untuk menyelesaikan konflik salah faham sahabat mereka.

Luqman gembira kerana ada hikmahnya dia mengajak Rayyan ke Jati Holding. Dia berharap perselisihan faham di antara Afzan dan Rayyan selesai dengan baik.

“Izinkan saya untuk berkongsi sedikit tazkirah dengan kalian,” ucap Luqman sambil memandang mereka bertiga.

“Silakan,” balas Shaheen ringkas. Rasa kagum dan hormatnya kepada Luqman semakin bercambah.

“Sebagaimana firman Allah Subhanahu Wa Taala: (Tafsirnya:) ‘Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah di antara kedua saudara (kamu yang bertelingkah) itu’ (Surah Al-Hujurat: Ayat 10).

“Luq, boleh awak huraikan lagi maksudnya,” pinta Shaheen.

Luqman angguk sambil senyum. “Semua orang yang beriman itu bersaudara dan bertanggungjawab dalam mendamaikan saudaranya yang lain. Mendamaikan di antara dua pihak yang berselisih itu hendaklah dengan adil dan saksama dengan tidak menyebelahi mana-mana pihak yang berselisih. Ini seperti mana yang difirmankan Allah Subhanahu Wa Taala dalam ayat yang saya bacakan tafsirnya tadi.”

Afzan dan Rayyan terdiam bila mendengar apa yang disampaikan oleh Luqman. Mereka sedar tiada guna mereka berbalah hanya disebabkan perkara yang kecil seperti itu.

“Afzan saya minta maaf,” ucap Rayyan.

“Saya juga. Maafkan saya sebab bercakap kasar dengan awak. So kosong-kosong ya,” kata Afzan diiringi senyum di bibir.

“Ya kosong-kosong,” balas Rayyan.

“Alhamdulillah. Terima kasih pada Luqman yang bantu awak berdua berbaik. Kalau tak ada Luq, agaknya entah sampai bila la awak berdua ni akan terus bermusuhan, kan Luq,” Shaheen melirik ke arah Luqman.

Luqman malu dipuji begitu. Dia senyum lagi. “Yang baik itu dari Allah, yang serba kekurangan tu adalah daripada diri kita sendiri,” ujar Luqman.

“Nampaknya hari ni 2-in-1 la kan tujuan kedatangan wakil Al-Hamra ni,” kata Shaheen dengan nada ceria. “Oh lupa pula nak jemput minum. Jemput la minum Luq, Rayyan. For your information Choccolate Cookies ni Afzan yang buat.”

Mereka semua senyum mendengar kata-kata Shaheen.

“Ya ke ni? Hmm wajib rasa ni,” sambut Rayyan lalu mencapai sekeping biskut Chocolate Cookies. “Hmm sedap,” puji Rayyan.

“Betul ke ni atau awak saja cakap macam tu sebab nak ambil hati saya,” balas Afzan.

“Boleh buka kedai cookies ni. Sedap. Pandai awak buat,” Luqman pula memberikan komen.

Afzan senyum mendengar pujian yang diberi.

“Cik Sha pula pandai masak apa?” tanya Rayyan. Matanya menjeling ke arah Luqman. ‘Nak harap Luqman ni tanya, memang tak la jawabnya,’ guman Rayyan di dalam hati.

“Ha awak jangan tak tau Sha ni pandai buat cupcakes tau. Ingat tak cupcakes yang warna pink masa birthday kat rumah Prof. Hadif? Tu Sha yang buat. Tapi bila orang tanya mesti dia akan cakap dia beli la, ummi buat la,” Afzan menjawab bagi pihak Shaheen.

“Kenapa takut orang order cupcakes ke?” soal Luqman.

Serentak Afzan dan Rayyan ketawa. ‘Kenapa la soalan itu yang keluar dari mulut Luqman,’ Rayyan sekali lagi mengomel hanya di hati.

“Sha jangan tak tau, Luq ni suka tau makan cupcakes. Nanti boleh la awak buatkan cupcakes untuk Luqman,” cadang Rayyan.

Luqman sudah menjenggilkan mata ke arah Rayyan. Shaheen pula sudah menekur lantai. Wajahnya kemerahan menahan malu diusik begitu.

‘Bunga-bunga cinta sedang berputik nampaknya,’ Afzan memerhati reaksi malu-malu Shaheen dan Luqman. ‘Kena pakat dengan Rayyan ni macam mana nak satukan Shaheen dan Luqman,’ fikir Afzan merangka-rangka idea itu dalam kepalanya.

3 comments:

  1. Wah..best sangat n3 28 ni!!! Sy asyik gelak aje(tang haji luqman, cik perdana, malu2 kucing..hi2)..plus segar tengok gamabar2 tu..cantik sangat..senang nak bayang reka bentuk tu mcm mana..good job Sha!!!.X sabar tunggu next n3..apelah si rayyan dgn cik perdana tu nak buat...

    ps: rase mcm skjap jer baca..aik, dah habis n3 ni? hihi..puas hati

    ReplyDelete
  2. hihi tu la bila sebut haji luqman mesti dok fikir dia dah berumur kn... hihikk

    cik perdana nak komplot dgn rayyan..tunggu

    Cik Shiroe..sha rasa cam panjang je n3 tu..hihikk. tq suka membaca kisah hj luqman ni..

    tq Cik Shiroe...1 mei hari pekerja.. yeaa cuti..

    ReplyDelete

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim