“Ok Cik Sha, saya akan inform
Puan Adelia. Errm tak apa. Kejab lagi saya ada ‘date’. Cik Sha, have
a great day ok,” balas Aida sambil mengenyit mata kepada Shaheen.
“Kalau gitu, kami pergi dulu ya,”
ucap Luqman dengan senyuman.
Aida mengangguk sahaja. Dia
memerhati Shaheen dan Luqman yang berjalan seiring. ‘Sama padan je mereka
berdua ni,’ bisik Aida perlahan.
Sampai di tempat meletak
kenderaan, Afzan dan Rayyan sudah pun menunggu. Shaheen dan Luqman segera
menghampiri mereka berdua.
Dengan warna ‘hijau epal’ melatari seluruh bangunan, Shaheen rasa tenang. Dia yakin warna itu sahaja sudah cukup untuk mencuri tumpuan pelanggan untuk singgah. Pasti warnanya yang ceria ini lebih menyerlah di waktu malam.
“Lambatnya jalan,” usik Afzan.
“Sorry. Tinggalkan pesanan
pada Adelia. Kan sepatutnya ada discussion dengan dia pagi ni.”
“Oh ya la Sha. Lupa pula hal tu,”
kata Afzan memegang kepalanya.
Shaheen senyum. ‘Dah jumpa Rayyan
semua pun lupa ya,’ getus Shaheen. Kata-kata itu hanya berlegar di dalam
fikirannya sahaja.
“Sorry la. Disebabkan
saya, awak cancel meeting tu,” Rayyan berasa bersalah mengambil masa
kedua-dua gadis di depan mata.
“Oh tak apa Rayyan. Ini lebih
kepada progress meeting, projek syarikat di Terengganu,” kata Shaheen
tidak mahu Rayyan rasa bersalah.
“Hmm kalau gitu shall we,” ajak
Luqman yang tadi hanya diam sahaja.
“Cozy Corner, Ampang kan?” tanya
Rayyan.
“Wait..rasanya kalau time macam
ni mungkin agak sibuk di sana. You know la kan Ampang. Why not kita cuba
something dekat-dekat sini,” cadang Afzan.
“Saya ikut sahaja,” balas Rayyan.
Shaheen dan Luqman juga
mengangguk setuju.
“Rayyan, perasan tak masa kita
nak ke sini tadi kan kita lalu depan Giant. Nampak tak satu kedai yang colour
hijau tu. Ceria betul. Kalau tak salah saya Ice Room nama kedai tu. Tak jauh
dari sini,” Luqman memberi cadangan.
“Ya ada nampak, yang dekat
dengan Restoran Sekinchan Ikan Bakar tu kan. So ladies apa kata kita ke sana
boleh?” tanya Rayyan.
“OK juga tu. Kami yang dekat sini
pun tak pernah ke sana,” kata Afzan.
“Boleh juga,” Shaheen juga
menyatakan persetujuannya.
“Kereta saya je la. Nak jalan
tengah-tengah rembang ni masak saya,”
usul Rayyan.
Afzan dan Shaheen senyum sahaja.
Mereka bertiga mengekori Rayyan ke arah kereta Vios nya di tempat letak
kenderaan di sisi bangunan.
Tiba-tiba Rayyan bertanya, “Cik
Perdana parking kat mana?”
Afzan dan Shaheen saling
berpandangan. ‘Siapa yang nak jawab soalan Rayyan ni.’
“Rayyan, for your information
kereta Perdana tu kepunyaan Cik Sha ya. Kereta saya yang ini,”
Afzan menunjuk kepada kereta MyVi nya yang betul-betul dipakir di sebelah
kereta Rayyan.
“Oh ya ke?” Rayyan sudah
tersenyum memandang Shaheen. “Tapi saya akan tetap panggil awak Cik Perdana ya Afzan.
Kalau panggil Cik MyVi, saya akan blur kejab tak ingat siapa tu Cik
MyVi. Tapi kalau sebut Cik Perdana, automatic I’ll remember it was you
Afzan.”
Luqman dan Shaheen sudah ketawa.
Kata-kata Rayyan tu membuatkan Afzan sudah muncung diusik begitu.
“Rayyan,” jerit Afzan sedikit
geram.
“Ok sekarang kita ke Ice Room ya.
Kasi Afzan sejuk sikit,” ucap Luqman mahu meredakan ketegangan yang bakal
bermula jika dibiarkan.
Sebaik memasuki kereta dan enjin
dihidupkan, “Arah mana ya? Saya tak berapa familiar lagi dengan kawasan ni,”
kata Rayyan.
“Jalan straight dari sini. Hujung
Jalan tu belok kiri,” Shaheen memberi panduan. “Kat simpang empat tu pun terus.
Lepas simpang empat yang ketiga, straight depan sikit and di T-junction tu
ambil kanan.”
“Oh roger,” balas Rayyan
memandu dalam kelajuan sederhana. Rayyan mengikut jalan yang dituju seperti
yang dipandu oleh Shaheen. Masuk sahaja ke Jalan PJU5/19, Rayyan sudah nampak
bangunan Ice Room.
Sebaik Rayyan memakir Viosnya,
mereka berempat segera keluar dan memasuki ruang kedai yang nyata sungguh
ceria. Shaheen mendongak memandang papan tanda nama kedai.
ice
room
there’s
always room for good food & fun
Dengan warna ‘hijau epal’ melatari seluruh bangunan, Shaheen rasa tenang. Dia yakin warna itu sahaja sudah cukup untuk mencuri tumpuan pelanggan untuk singgah. Pasti warnanya yang ceria ini lebih menyerlah di waktu malam.
“Jom,” ajak Luqman. Afzan dan Rayyan
sudah maju ke hadapan.
“Ok.”
Mata dijamu dengan suasana seperti
berada di sebuah restoran mewah. Berkonsepkan café keluarga, nyata Ice Room
menitik beratkan keceriaan, santai, mesra pelanggan dan keselesaan untuk semua
pengunjung yang bersifat kekeluargaan.
“Kat atas boleh tak? Kat bawah ni cam
full je,” cadang Afzan.
Shaheen mengekori langkah Afzan. Keluar
dari pintu lif di tingkat dua seluruh
ruang diperhatikan dengan rasa kagum.
“Wah siap ada playground. Ruang untuk organize
birthday party pun ada,” ucap Afzan.
Shaheen perhatikan satu sudut yang
telah pun siap dihiasi dengan dekorasi untuk majlis sambutan hari jadi. Memang
benar-benar sesuai untuk perjumpaan keluarga atau pun perjumpaan rakan-rakan lama.
“Ni mesti Adif tak tau. Kalau tak confirm
dia akan buat kat sini,” Rayyan membuat andaian.
Akhirnya mereka berempat memilih meja
yang betul-betul mengadap Pasaraya Besar Giant. Sebaik mereka duduk, pelayan
restoran datang membawa menu dan meninggalkan mereka untuk membuat pilihan
pesanan. Di atas meja sudah tersedia kertas pesanan dan sebatang pensil.
“Tak sangka pula ada hidangan
western,’Chinese-style’ dan bermacam-macam makanan tempatan, kuih-muih
traditional Malay and Chinese,” ucap Rayyan semasa dia membaca menu di tangan.
“Ya la. Rasanya hampir 30 hidangan
disediakan di sini. Bukan aiskrim je,” Shaheen pula bersuara.
“Kenapa ya kita tak pernah datang
sini. Walhal dekat juga dengan office kita kan Sha,” kata Afzan menyambung
perbualan mereka.
“Itu la tu. Ada Japanese Food juga.
Hmm menarik. ” balas Shaheen.
“Awak nak makan apa Afzan? Saya tanda
untuk awak,” Rayyan menawarkan diri menanda pesanan.
Shaheen dan Luqman memerhati sahaja
tindakan Rayyan. Seperti ada satu ikatan kimia yang serasi di antara Rayyan dan
Afzan. Mujur juga mereka telah berbaik. Jika tidak mungkin sahaja salah faham
yang berlaku sebelum ini terus berpanjangan dan sukar mahu melihat mereka berbaik
seperti ini, fikir Shaheen.
“Kejab saya pilih,” balas Afzan masih
tidak menyedari tingkahnya menjadi perhatian Shaheen dan Luqman.
Rayyan seolah-olah lupa kewujudan
Luqman di sisi dan Shaheen yang duduk bertentangan. Fokusnya lebih tertumpu
pada Afzan yang duduk di hadapannya.
“Rayyan awak tak nak ambil order kita
orang ke,” Shaheen bersuara bila Afzan mengambil masa untuk memilih pesanan.
“Sorry Sha. Err.. Luq tolong tanda
untuk Sha tu,” kata Rayyan sambil menyiku Luqman di sebelahnya. Kertas pesanan
juga sudah diunjukkan ke hadapan Luqman.
Luqman malas mahu melayan kerenah
Rayyan. Dia terus menanda pilihan makanannya di atas kertas pilihan tempahan.
“Sha nak apa?”
“Sha nak Fish Fillet with Thousand
Island.”
Afzan sahaja yang belum memilih
makanan. Luqman menunggu Afzan membuat keputusan.
“Ok saya punya Mushroom Soup dan roti
bakar.”
“Ya Allah itu saja. Punya lama belek
menu, itu je yang awak pilih?” soal Rayyan.
Afzan angguk sambil tersenyum. Saya
tak ada selera sebenarnya. Sakit tekak,” kata Afzan menjawab pertanyaan Rayyan.
“OK. Kita pilih minuman dan aiskrim
pulak, boleh?” Shaheen bertanya.
“Sha pilih Fresh Lemon Juice and
Tropikal Mixed Fruit Snow Ice.”
“Saya nak Orange plus Apple Juice dan
Deep Fried Durian Tempura.”
Selepas semua sudah memilih makanan
dan minuman masing-masing, Luqman mengamit seorang pelayan yang berdiri
berdekatan.
“Saya bacakan semula ya order yang
dipilih,” kata pelayan tersebut sebelum berlalu.
Sambil menunggu hidangan tiba, Rayyan
bersuara, “Tadi ada mention pasal projek di Terengganu. Projek apa tu?”
“Waktu lunch pun nak discuss pasal
kerja ke?” Afzan sudah menjeling Rayyan.
“Eh tak boleh ke?” pintas Rayyan.
“Bukan tak boleh. Just nak take a
break kejab.”
“Excuse me,” sapa pelayan sopan.
Hidangan yang dipesan telah pun sampai.
“Wah uniknya mushroom soup dalam teko
gini,” Afzan jadi teruja melihat ‘persembahan’ makanan yang diminta. Deep Fried
Durian Tempura juga diletakkan di sebelah kiri teko mushroom soup.
“Yang ini apa?” tanya Rayyan.
“Ini Asam Pedas dengan Nasi.”
Rayyan senyum melihat hidangannya
diletakkan di dalam ruas buluh. Dengan asam pedas yang dihidang panas, terbuka
selera makannya.
“Yang ini Black Pepper Chicken Chop and
Blueberry Snow Ice.”
“Tentu ni cik punya, Fish Fillet with Thousand
Island,” pelayan meletakkan hidangan di depan Shaheen.
Selepas semua hidangan sampai,
Rayyan mengambil tindakan sebagai pembaca doa makan. Sesudah diaminkan, mereka
berempat mula menikmati rezeki di depan mata.
“Sedap durian tempura ni. Lagi
sedap daripada durian creep,” ucap Afzan selepas selesai satu suapan ditelan.
“Eh awak pun suka durian ke? Sama
la. Saya order aiskrim durian ni. Awak nak rasa,” Rayyan menghulurkan mangkuk
aiskrim kepada Afzan.
“Memang suka tapi hari ni
terpaksa berpantang aiskrim. Saya sakit tekak ni,” ucap Afzan sedikit kecewa.
Malu sebenarnya mahu berkongsi aiskrim dengan Rayyan.
“Hmm ok la lain kali ya,” pujuk
Rayyan.
Aksi Rayyan dan Afzan
diperhatikan oleh Luqman dan Shaheen. Mereka tidak pula bercadang mahu menegur
hal itu. Mereka mengambil langkah tunggu dan lihat akan perkembangan hubungan
Rayyan dan Afzan. Jika ada ‘sesuatu’ tentu kerana semuanya sudah disuratkan
olehNya.
Mereka berempat makan dengan
tertib. Rezeki yang dikurniakan olehNya dinikmati sepenuhnya. Mereka tidak
banyak berbual. Masing-masing meneruskan suapan. Bak kata orang tua-tua, ‘waktu
makan jangan bercakap, tak baik makan sambil bercakap.’
“Ok juga makanan kat sini. Lain
kali boleh la saya lunch date dengan awak kat sini lagi,” ucap Rayyan.
Matanya lebih tertumpu kepada Afzan yang sedang mengelap bibir. Afzan hanya
diam tidak membalas kata-kata Rayyan.
“Saya ke Ladies Room
sekejap,” pinta Shaheen.
“Saya juga.” Afzan bingkas bangun
mengikut Shaheen dari belakang.
Sebaik Afzan dan Shaheen berlalu
ke tandas, Luqman menegur Rayyan, “Wah baik punya plan.”
“Plan apa,” ujar Rayyan pura-pura
tidak faham.
“Dah jangan nak buat muka comel
tu kat sini. Aku tahu la plan kau nak pikat Cik Perdana kau tu,” balas Luqman.
“Obvious sangat ke?” tanya
Rayyan.
Luqman tidak menjawab pertanyaan
Rayyan. Hanya tawa yang meletus.
“Apa yang suka sangat tu Luq,”
tegur Afzan bila dia sampai di meja.
“Ya lah. Dari jauh dengar suara
awak,” sambung Shaheen pula.
“Ni si Rayyan tengah..,” terhenti
kata-kata Luqman bila Rayyan menyiku Luqman buat kali kedua pada hari itu.
“Emm tak ada apa-apa la. Shall
we,” kata Rayyan mahu melarikan diri.
“Apa yang kau cari tu Rayyan?”
tanya Luqman.
“Bil..”
Luqman mengangkat tangan kanannya
dan bil terselit di jari-jarinya. “On me ok.”
“Jom.”
Luqman berlalu ke kaunter
pembayaran di tingkat bawah. Mereka yang lain sudah berjalan menuju ke kereta.
“Bagaimana mana hidangan anda?”
sapa seorang lelaki yang ramah menegur Luqman. Lelaki yang menegur Luqman
senyum sambil menghulurkan tangan.
“Dato’ Razali, pemilik Ice Room
ni.”
Luqman menyambut huluran tangan
lelaki itu. “Luqman. Alhamdulillah semuanya sedap. Tahniah juga dari segi presentation
hidangan. Sungguh unik. Environment pun menarik,” puji Luqman.
“Terima kasih. Ini pertama kali
ke sini,” tanya Dato’ Razali.
“Ya first time.”
“Oh kalau macam tu, saya berikan
diskaun 10 percent untuk hidangan hari ini. Dan yang ni Kad Loyalty,”
Dato’ Razali menghulurkan kad tersebut kepada Luqman selepas dia menandatangani
di ruang pertama kad tersebut. “Datang lagi ya.”
“Insya Allah Dato’. Terima kasih.
Saya pergi dulu. Assalamualaikum,” Luqman meninggalkan kaunter pembayaran
sebaik sahaja selesai urusan pembayaran.
Dato Razali membalas salam Luqman
dengan senyuman.
“Siapa perempuan yang bercakap
dengan awak semua tadi?” tanya Luqman bila dia sudah masuk ke dalam kereta.
“Oh, itu isteri pemilik restoran
ni. Datin Faridah.”
“Peramah pasangan ni rupanya.
Tadi masa di kaunter pembayaran, suaminya ada di situ. Ni Dato’ Razali bagi Loyalty
Card untuk kau Rayyan, katanya boleh datang lagi untuk lunch date,”
usik Luqman.
“Hah.. mana dia tahu?” Rayyan
sudah berkerut dahi memandang sekilas ke arah
Luqman.
Hanya bunyi ketawa yang memenuhi
ruang di dalam kereta. Shaheen turut ketawa mendengar kata-kata Rayyan tadi.
“Eh..eh kejab. Diam kejab. Mak
saya call ni.
“Assalamualaikum Mak. Ya. Apa!
Bila?” serta merta air mata mengalir ke pipi. Afzan tidak dapat menyembunyikan
rasa walang hatinya.
“Kenapa ni Ijan?” Shaheen
bertanya bila Afzan sudah memeluk dirinya.
Rayyan memberhentikan keretanya
di kiri jalan. DIa memandang ke tempat duduk penumpang. “Kenapa ni awak?”
“Abang Bai kemalangan.” Raungan
kecil Azan sudah tidak dapat ditahan lagi. “Aku kena balik ke Arau juga hari
ni.”
Shaheen terdiam. Begitu juga
Rayyan dan Luqman. Arau bukannya dekat. Memandu begini dalam keadaan Afzan yang
beremosi kurang stabil. Tidak sama sekali.
“Biar saya hantar awak balik,”
cadang Rayyan.
Afzan terus berhenti menangis.
Wajah Rayyan dipandang dengan linangan air mata yang masih menuruni pipi.
“Saya tak nak susahkan awak Rayyan. Awak
hantar saya ke Pudu. Dari sana saya naik bas sahaja,” Afzan membuat keputusan.
“Afzan saya rasa ada baiknya
Rayyan hantar awak. Kami juga akan temankan awak,” putus Luqman.
“Ya Ijan. Aku risau la kalau kau
balik seorang diri. Biar kami temankan kau,” pujuk Shaheen pula.
Afzan sudah tidak mampu
memikirkan apa-apa lagi. Dia mengangguk sudahnya. Hatinya sudah kembali ke
Arau. Mindanya hanya memikirkan keadaan Abang Bai. ‘Ya Allah selamatkan lah
dia,’ doa Afzan sepanjang perjalanan.
Ya Allah..kreatifnya presentation hidangan2 tu...sha..sy rase lapaq tetibe..hi3..serius rase nk g try sume mknan kat situ lebih2 lg yg asam pedas tu..comel sgt..hu2
ReplyDeleteSuka bc betapa concern nya rayyan kat afzan...nk afzan dgn rayyan tp sesih jgk dgn musibah yg menimpa abg bai...
*sedih
Deletehmm menarik kan..hmm yang paling best aiskrim tu..macam2 perisa almost 17 flavour..makanan pun ada lebih 70 sajian..hmm pilih2..di m'sia ada 8 cawangan ice room
ReplyDeleteitu la malang tidak berbau..apa pun tunggu n3 seterusnya.. dalam pembikinan..cewah..
dlm pembikinan?? hi2 i like!!!!!!!!!!
ReplyDeletesemangat tu :)
ps:serius kena cari ice room ni...nk try sendiri..insyaAllah :) Tq kenalkan sy dgn dia <3
ur wc Cik Shiroe..dah pegi ice room nanti roger2 sha k..jgn lupa amik pic jg..hmm best nyer..dlm fikiran dok fikir nak mkn aiskrim ni..
ReplyDeletekalau dulu sha suka pegi Chicken Hutz di Sunway Pyramid..mkn aiskrim, kat situ byr je RM25 (berapa ntah skrg) then masuk makan la apa saja sampai kenyang...so much of food..variety to choose..hmm sgt heaven..yum2..
sha suka aiskrim2 ni..just x leh nak excited sgt sbb sha ni alah dgn ais..huhu..
jgn sedih ya Cik Shiroe..cian juga dgn nasib Afzan..moga sinar bahagia kembali menjenguk dirinya..amin..
ReplyDeletehihikk cam wujud saja Cik Perdana itu..