08 June 2013

Kasihmu 33

“Macam mana progress furniture tu?” tegur Hisyam semasa dia melewati bilik Cik Laila.
 
“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Big boss pun dah setuju,” balas Laila.
 
“Bila semuanya akan sampai?” tanya Hisyam masih berdiri di muka pintu.
 
“Encik Hisyam jemput masuk,” pelawa Laila. “Kurang dua bulan perabot tu akan sampai.”
 
Hisyam masuk lalu duduk di hadapan Laila. Satu keluhan terhambur keluar.

“Encik Hisyam are you ok?” soal Laila.
 
“I ok Laila. I dalam tempoh menyesuaikan diri,” kata Hisyam.
 
Laila angguk. Dia faham rakan sekerjanya itu mungkin dilanda tekanan. Maklumlah Hisyam perlu menanggung tugas ketua cawangan yang bercuti untuk menunaikan umrah.
 
“You nampak macam tak ok je Encik Hisyam,” teka Laila.
 
“I ok. Laila boleh I tanya you soalan?” tanya Hisyam.
 
“Tanya la,” balas Laila.
 
“Kalau you bertemu semula dengan bekas kekasih dan you masih ada hati dengan dia, apa you buat?” tanya Hisyam dan dia diam menunggu jawapan Laila.
 
Laila mengangkat kening. Dia tidak sangka soalan itu yang ditanya oleh Hisyam.
 
“Encik Hisyam siapa ex-girl you ni?” Laila tiba-tiba terasa ingin tahu.
 
“You jawab dulu soalan I,” pinta Hisyam.
 
Laila menatap wajah Hisyam yang sedikit keruh kala itu. Sangkanya Hisyam tertekan dengan hal-hal di pejabat. Rupanya soal hati yang membelenggu minda dan emosi jejaka tinggi lampai itu.
 
“I tak pasti sebab I tak lalui semua tu. Tapi kalau you mahukan pandangan I, ok,” Laila berjeda seketika. “Kalau I jadi you I akan cuba menangi semula hati dia. I tak akan lepaskan orang yang I sayang macam tu je.”
 
“But how? Dia macam semakin jauh dari I. Dan I dapat rasakan dia dah lupakan I,” luah Hisyam dengan kerutan di dahi.
 
“Hisyam don’t give up. You don’t even try yet. How do you know? Mungkin dia pun masih ingat kat you,” Laila menyampaikan pendapatnya. “Perempuan ni seperti kerak nasi. Lama-lama kalau you terus berusaha untuk menangi semula hatinya, mana tahu kan. Lembut hatinya untuk terima you semula."
 
Hisyam meraup wajahnya. Wajah Shaheen menjelma pada setiap sudut pandangannya.

“Hisyam bagi tau I siapa orangnya,” tanya Laila ingin tahu kisah cinta tidak kesampaian Hisyam. “Mungkin I boleh bantu you to win her heart again.”
 
Hisyam senyum sedikit. “She was my junior.”
 
Laila terdiam. Dia seperti sudah menjangkakan sesuatu. “Do I know her?”
 
Hisyam mengangguk lemah.
 
“What happen? If you don’t mind,” kata Laila menunggu Hisyam menceritakan kisah cintanya.
 
Hisyam mengeluh buat kali kedua. Dia membetulkan duduknya. Badan disandar agar lebih selesa.
 
“Semua tu salah I. I yang minta putus sebab I nak fokus pada kerjaya. I yakin boleh teruskan hidup I tanpa dia di sisi. Tapi I silap. Selepas dia pergi dari hidup I, baru I sedar dia begitu bermakna dalam hidup I. Baru I tahu, tanpa dia, I jadi nanar. I mula jadi perindu pada semua yang ada pada diri dia. Dia cukup sempurna untuk I. Just I don’t appreciate her present. I rasa menyesal Laila. Sungguh,” luah Hisyam.
 
Laila mendengar kata-kata Hisyam tanpa mahu mencelah sedikit pun. Dia mahu Hisyam meluahkan apa yang membelenggu hatinya selama ini. Tidak disangka pegawai muda itu punya rahsia hati yang tersimpan kemas. Wajah ceria lelaki itu mampu menyembunyikan lara di hati. Langsung dia teringat kata-kata seorang sahabatnya, “Jangan dengar apa yang orang tu kata, tapi dengarlah apa yang orang tu tak kata.”
 
“Puas I cari dia. I harap sangat akan jumpa dia semula. I bersyukur Laila. Allah mendengar rintihan I selama ini. Baru-baru ni I bertemu semula dengan dia. Yang buat I paling happy, she came to our office,” ucap Hisyam dengan senyuman di bibir.
 
“Really? Who?” tanya Laila inginkan kepastian daripada Hisyam.
 
“Shaheen.”
 
Laila diam. Dia sudah dapat menghidu hal itu semasa kunjungan Shaheen ke pejabatnya sebelum ini. Dia juga dapat meneka ada sesuatu di antara mereka berdua. Melihatkan cara pandangan Hisyam dan Shaheen yang sedikit resah ketika itu. Namun dia memuji sikap Shaheen yang sungguh tenang ketika itu. Kalau dia di tempat Shaheen, sudah lama dia angkat kaki. Tidak sanggup menatap wajah lelaki yang pernah bertakhta di hati dan lelaki itulah juga yang melukakan hatinya.
 
“Encik Hisyam, kalau betul you masih sayangkan Cik Sha, better you do something. Sekurang-kurangnya you sudah mencuba. Kalau you biarkan saja macam ni, rasa sesal you tu tak akan hilang sampai bila-bila. You tak akan dapat selesaikan kemelut hati you tu.”
 
“I malu sebenarnya. I yang tinggalkan dia. Bolehkah dia terima I semula?” tanya Hisyam.
 
“Encik Hisyam you kena cuba. Buang rasa malu you tu. Buang ego you. Kalau you fikir macam tu, sampai bila-bila pun you akan stuck kat sini. You can’t move forward. Perkara yang dah berlaku memang dah tak boleh diundur lagi. Life must go on. Kalau dah bertahun you masih ada perasaan tu, macam mana you nak teruskan hidup you. I percaya setiap yang berlaku tu ada sebabnya. Mungkin ini caranya you belajar menghargai insan di sekeliling you. Dengan cara you kehilangan gadis kesayangan you,” nasihat Laila.
 
“Sebenarnya kedatangan dia ke pejabat hari tu, adalah kali kedua I bertembung dengan dia Laila,” ucap Hisyam. Fikirannya mula mengenang kembali pertemuan pertamanya di rumah Mak Ngah Sofi.
 
“Encik Hisyam, I rasa itu petanda dari Allah untuk you mungkin. Peluang tak selalu datang. Better you grab it or you let it go,” kata Laila.
 
“Laila thanks sebab sudi dengar luahan hati I. I nak minta maaf juga ambil masa you untuk dengar semua ni,” Hisyam sedikit lega selepas apa yang tersimpan di hatinya dikongsi dengan orang lain.
 
“It’s my pleasure Encik Hisyam. Lagi pun kita di office ni dah macam keluarga kan. Kalau ada apa-apa masalah, you boleh aja share dengan I. Itu la gunanya kawan. Bukan hanya berkaitan kerja sahaja Encik Hisyam,” ucap Laila. “I senang dapat bantu you ringankan sedikit bebanan di hati you tu.”
 
“Thanks Laila.”
 
“Oh ya Encik Hisyam, boleh I tau bila first time you jumpa Cik Sha selepas sekian lama dia hilang dari hidup you.”
 
“Rumah Mak Ngah I. I sungguh tak sangka dia anak buah Mak Ngah I. I tak pernah tahu,” Hisyam senyum sedikit bila teringat kembali detik pertemuan semula mereka.
 
“Oh ya ker,” Laila sudah tersenyum gembira. “I ada satu cadangan.”
 
“Hmm apa dia?” Hisyam menunggu Laila menyampaikan buah fikirannya.
 
“Apa kata you jumpa Mak Ngah you and minta tolong dia. Jadi orang tengah untuk sambung semula hubungan you dengan Cik Sha,” usul Laila.
 
“Malu la I nak cakap dengan Mak Ngah I. Nanti apa katanya. I dah la lukakan hati anak saudara dia,” Hisyam sedikit keberatan dengan cadangan Laila.
 
“Then you ada cara lain?” tanya Laila.
 
“Tak ada,” balas Hisyam ringkas.
 
“So how? Let’s give a try,” pujuk Laila.
 
“You rasa Mak Ngah I marah tak kalau dia tau apa yang I dah buat ni?” tanya Hisyam pula.
 
“Hmm I rasa all depend on you. Kalau you betul-betul dah menyesal dan mahu perbetulkan keadaan, I rasa Mak Ngah you boleh terima. Mula tu mungkin juga dia marah. Tapi you pun anak saudara dia juga kan. I yakin dia akan faham,” kata Laila.
 
“Are you sure Mak Ngah I boleh tolong I?” Hisyam masih ragu-ragu.
 
“Encik Hisyam, you kena cuba. If not you’ll never know,” balas Laila.
 
Hisyam merenung ke lantai. Tangannya mengurut dagu. Masih cuba menyakinkan diri dengan cadangan Laila tadi.
 
“Encik Hisyam, you kena cuba. Selepas itu you tawakkal padaNya. Insya Allah I yakin semuanya akan menjadi lebih baik. Sekurang-kurangnya you akan lebih tenang selepas itu. Paling tidak you tahu where you stand. You juga akan tahu apa yang ada di dalam hati Cik Sha. I wish you good luck,” ucap Laila.
 
*******

“Sedapnya masak lemak Mak Ngah ni,” Hisyam menambah nasi ke pinggan.

“Kalau sedap tambah Syam. Banyak Mak Ngah masak,” kata Mak Ngah senang hati melihat Hisyam berselera makan hidangan tengahari itu.

Hisyam menjeling seraut wajah di hadapannya. Dia cuba membaca riak di wajah itu. Dia berasa sedikit gementar untuk menceritakan hajat kedatangannya kali ini. Dia berdoa agar Mak Ngahnya dapat membantu merapatkan semula hubungannya dengan Shaheen.
 
“Mak Ngah,” panggil Hisyam.
 
“Kenapa Syam?” soal Mak Ngah Sofi. Matanya menatap Hisyam yang sudah dianggap seperti anak sendiri.
 
“Syam ada perkara nak bincang dengan Mak Ngah. Lepas makan nanti Syam nak cakap sikit dengan Mak Ngah,” luah Hisyam.
 
“Macam berat saja bunyinya. Kenapa ni Syam. Kamu sakit ke?” Mak Ngah Sofi membuat telahan awal.
 
“Bukan Mak Ngah. Nanti Syam ceritakan semuanya,” Hisyam membuat janji.
 
“Hmm kalau gitu, Syam makan ya. Ni semua Mak Ngah masak untuk Syam. Lauk kegemaran Syam,” kata Mak Ngah Sofi. “Rindu pula Mak Ngah pada Sha. Ni ayam goreng, lauk kesukaan dia ni.”
 
Hisyam sudah tersedak mendengar nama Shaheen disebut oleh Mak Ngahnya.
 
“Ya Allah Syam, kenapa ni? Elok-elok makan. Ni minum air,” segelas air suam dihulur kepada Hisyam.
 
Hisyam menyambut gelas berisi air kosong. Air diteguk perlahan. Perit terasa menjalar di kerongkongnya. Nasi yang masih berbaki di pinggan disuap perlahan.
 
*******
 
Di ruang tamu Hisyam duduk diam menunggu Mak Ngahnya. Tadi katanya mahu membuat kopi. Tidak lama kemudian Mak Ngah Sofi muncul dari arah dapur. Tangannya menatang dulang berisi satu teko dan dua cawan.
 
Mak Ngah Sofi melatakkan dulang di atas meja kecil di hadapannya. Hisyam membantu Mak Ngahnya menuang air ke dalam cawan.
 
“Minum Mak Ngah,” jemput Hisyam.
 
“Eh patutnya Mak Ngah yang jemput kamu Syam,” ucap Mak Ngah Sofi dengan senyum di bibir.
 
“Oh tak apa Mak Ngah. Syam bukannya tak biasa kat rumah Mak Ngah ni,” balas Hisyam.
 
“Yalah Syam. Tadi kata ada hal yang nak bincang dengan Mak Ngah. Apa bendanya,” tanya Mak Ngah Sofi selepas menghirup kopi panas. Aroma kopi yang harum menerawang ke seluruh ruang tamu.
 
Hisyam menarik nafas dalam-dalam. Perasaan malu sudah diletak ke tepi. Rasa takut juga sudah diusir jauh. Berbekalkan semangat dan kekuatan emosi yang ada, Hisyam mula menceritakan kisahnya bersama Shaheen. Pertemuan pertama mereka hinggalah ke saat Shaheen tidak muncul lagi di dalam hidupnya, semuanya diceritakan kepada Mak Ngahnya.
 
Sesekali berkerut juga wajah Mak Ngah Sofi mendengar pengakuan Hisyam. Ada masanya Mak Ngah Sofi mengangguk-anggukkan kepala. Mak Ngah Sofi mendengar sahaja pengakuan Hisyam. Dia mahu jadi pendengar yang baik.
 
“Betulkah apa yang kamu cakap ni Hisyam?” tanya Mak Ngah Sofi seperti tidak percaya.
 
“Ya Mak Ngah. Syam menyesal. Syam nak perbetulkan kesilapan Syam,” Hisyam melepaskan kesal di hati.
 
“Mak Ngah tak pasti macam mana Mak Ngah boleh tolong kamu Syam,” ucap Mak Ngah Sofi.
 
“Mak Ngah tolong hantar rombongan merisik. Kalau boleh Syam nak bertunang dengan dia Mak Ngah. Syam nak hidup bersamanya dengan ikatan yang sah,” luah Hisyam.
 
“Tapi Syam,” Mak Ngah Sofi masih ragu-ragu dengan permintaan Hisyam.
 
“Tolong Syam Mak Ngah. Bertahun-tahun Syam hidup dengan bayangan dia. Puas Syam cari dia. Pertemuan di rumah Mak Ngah dulu cukup melegakan hati Syam. Tolong Syam Mak Ngah,” Hisyam bersungguh-sungguh memujuk ibu saudaranya.
 
“Syam Mak Ngah harap Syam bersabar. Perkara ni bukannya boleh dibuat begitu sahaja. Kena ada perancangan dan persediaan. Lagi pun Mak Ngah fikir, bukan Mak Ngah yang sepatutnya membuka mulut dalam hal ni. Elok Syam hantar kedua-dua orang tua Syam. Lebih manis begitu,” nasihat Mak Ngah Sofi.
 
“Tapi Syam nak sangat kalau Mak Ngah sama-sama jumpa keluarga dia nanti,” pinta Hisyam
 
Mak Ngah Sofi mengangguk perlahan. Dia terbayang wajah Shaheen. Anak itu tabah hadapi semuanya seorang diri. Tidak pernah Shaheen mengadu apa-apa setiap kali dia berkunjung ke rumahnya. Mak Ngah Sofi sedikit kesal kerana tidak peka dengan emosi anak itu. Sungguh Shaheen berjaya menyembunyikan duka di hati. Senyuman sentiasa terukir. Tiada langsung riak kecewa, gagal dalam hubungan cintanya.
 
“Syam jangan berharap sangat ya. Mak Ngah tak mahu Syam kecewa nanti. Lagi pun dah bertahun hal ni berlalu,” pinta Mak Ngah Sofi.
 
Hisyam mengangguk lemah. Dia akui semuanya silap diri sendiri. Jika dulu dia bersabar sedikit, pasti hubungannya dengan Shaheen masih boleh diselamatkan. Namun semuanya sudah pun berlaku. Dia mahu mencuba untuk kali terakhir. Jika benar Shaheen bukan jodohnya, dia sedia undur diri. Dia mahu melihat Shaheen hidup bahagia. Jika bukan bersama dengannya, dia yakin ada sinar bahagia buat Shaheen dengan insan lain.
 
“Syam,” panggil Mak Ngah.
 
“Ya Mak Ngah,” Hisyam menatap wajah Mak Ngah Sofi.
 
“Syam dah bincang hal ni dengan Sha?” soal Mak Ngah.
 
Hisyam terdiam. Dia menggeleng-gelengkan kepala bagi menjawab soalan Mak Ngah Sofi.
 
“Mak Ngah rasa elok Syam jumpa Sha. Duduk berbincang baik-baik. Dengar dulu apa yang Sha nak cakap. Mak Ngah tak mahu hal ini memalukan kedua orang tua kamu Syam. Mak Ngah yakin Sha ada hak untuk menentukan masa hadapan dia. Kedua orang tua Sha juga tentu akan serahkan hal ni kepada Sha untuk memberi kata putus. Jadi kamu jumpa Sha dulu sebelum kamu hantar rombongan ke rumah Sha nanti,” cadang Mak Ngah Sofi.
 
Hisyam akui kata-kata Mak Ngahnya ada betul dan logiknya. Tapi mampukah dia memujuk Shaheen setelah apa yang telah dia lakukan sebelum ini. Mahukah gadis itu menerima cintanya kembali. Banyak persoalan bermain di fikirannya. Dia menarik nafas.
 
Hisyam teringat kembali perbualannya dengan Laila minggu lepas. Cuba. Ya itulah yang perlu dia lakukan. Jika benar sudah jodohnya dengan Shaheen, pasti ada jalan untuknya merebut kembali cinta Shaheen. Hisyam berkira-kira sendiri apa yang perlu dia lakukan. Dia sedar bukan mudah untuk dia menambat hati Shaheen. Dia kenal gadis itu. Orangnya nampak manja dan lembut namun Hisyam sedar Shaheen tegas orangnya.
 
Di dalam hati, Hisyam berdoa agar urusannya dipermudahkan. Dia mahu semuanya berjalan dengan baik. Insya Allah dengan izinNya.

2 comments:

  1. Adoyai..Hisyam dh mula bertindak..better dia jumpa Shaheen dulu sebelum hantar rombongan merisik kalau tak...adeh, tak sanggup pikir...Haji Luqman belom bertindak apa2 dia dah sibuk dulu nk hanto rombongan merisik..sabo ajelah dgn si Hisyam ni...haha..membebel di pg hari

    ReplyDelete
  2. Ha itu la..ni Shaheen belum tau Hisyam sedang menyusun langkah.

    Kita tunggu dan tengok apa yang Haji Luqman akan buat selepas ni..

    ReplyDelete

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim