28 August 2013

Kasihmu 38

“Apa khabar Mama, Papa?” Luqman mencium tangan kedua orang tuanya.
 
“Alhamdulillah kami sihat Luq. Mama ni kangan sama kamu Luq,” balas Haji Halim sambil menjeling Bu Kartika.
 
“Aku juga,” balas Luqman manja. Bu Kartika dipeluknya penuh kasih. “Ayuh Ma, Pa. Kita langsung pulang. Pasti capek kan,” ajak Luqman sambil menyorong troli bagasi Haji Halim dan Bu Kartika.

“Gi mana kamu di sini,” tanya Bu Kartika sebaik sahaja Honda CR-V Luqman meluncur meninggalkan perkarangan tempat letak kenderaan.
 
“Biasa aja Ma. Ke kantor pulang ke rumah. Kembali ke kantor besoknya. Ya itu aja Ma,” balas Luqman.
 
“Kelihatannya boring deh. Besok bisa ngak bawa Mama wisata Kuala Lumpur,” pinta Bu Kartika.
 
“Kalo untuk Mama, apa pun bisa Ma,” ucap Luqman sambil menjeling sekilas ke arah Mamanya melalui cermin pandang belakang.
 
Haji Halim tersenyum sahaja. Dia menjamu mata dengan pemandangan di kanan dan kiri jalan. Malaysia yang lama ditinggalkan. Setelah berkahwin dengan Bu Kartika, Haji Halim mengambil keputusan menetap di Indonesia, sementelah dia masih bekerja di Kedutaan Malaysia ketika itu. Namun setiap tahun dia pasti kembali menyambut hari lebaran bersama keluarga di kampung halaman. Rindu sungguh dia kepada kedua orang tuanya yang masih ada. Selama ini hanya panggilan telefon pengubat rindu.
 
“Luq ada kamu melawat Aki sama Opah?” soal Haji Halim.
 
“Ada Pa. Baru minggu lepas Luq balik rumah Opah,” jawab Luqman.
 
“Apa khabar mereka berdua Luq?” Bu Kartika pula bertanya.
 
“Alhamdulillah Ma. Mereka sihat-sihat sahaja. Sekarang Opah lagi sibuk Ma,” kata Luqman.
 
“Sibuk? Buat apa?” Haji Halim mencelah.
 
“Musim kekabu Pa,” balas Luqman.
 
Haji Halim terkenang zaman kanak-kanaknya. Bila tiba musim pokok kekabu berbuah sekitar bulan Januari dan Jun, dia pasti akan menghabiskan masanya mengutip buah-buah kekabu yang gugur di laman rumah. Dia juga akan membantu ibunya memproses semua buah kekabu yang telah dikumpul. Pantas dia mengupas kulit dan mengasingkan biji kekabu. Rupa kekabu yang sudah dikupas tidak ubah seperti buah koko. Haji Halim masih ingat bila tiba musim memproses kekabu, hampir 100 ringgit berjaya dia kutip sebagai upah membantu ibunya. Duit itu disimpan di dalam tabung buluh yang dibuat oleh ayahnya. Dengan duit itu juga dia berjaya menampung persekolahannya. Sungguh manis kenangan itu. Dia tersenyum.
 
“Pa, kok senyum sendiri,” tegur Bu Kartika.
 
“Ini Ma. Papa lagi ingat kenangan Papa di zaman kecil. Musim kekabu itu waktu Papa kumpul uang. Jualan kekabu,” kata Haji Halim.
 
“Oh ya. Wah tentu seronok kan Pa. Nanti Luq pun nak cuba la. Minggu lepas Luq balik tengok daun-daunnya dah luruh. Macam pokok nak mati. Tapi kata Opah, memang macam tu. Nanti lepas habis musimnya, tumbuh balik la daun-daun tu. Betul ke Pa?” tanya Luqman.
 
“Betul la tu Luq,” balas Haji Halim.
 
“Gimana perusahaan kamu Luq,” soal Bu Kartika.
 
“Semuanya baik-baik aja Ma. Lagian Rayyan sama-sama bantu in aku Ma,” kata Luqman.
 
“Apa khabar Rayyan? Lama juga Papa tak dengar khabar Rayyan,” Haji Halim bertanya.
 
“Alhamdulillah. Dia sihat Pa. Rayyan kirim salam pada Papa dan juga Mama,” ucap Luqman.
 
“Waalaikumsalam,” jawab Haji Halim dan Bu Kartika serentak.
 
“Pa, Ma kita pergi makan dulu atau mahu terus pulang?”
 
“Mana-mana pun boleh. Papa rasa elok juga kita pergi makan dulu. Nanti balik rumah Luq tak perlu nak masak kan,” kata Haji Halim memberi kata putus.
 
“Benar juga ya,” Bu Kartika menyokong.
 
“Elok juga tu. Luq pun belum makan tengahari Ma, Pa. Tadi buru-buru mau jemput Mama sama Papa. Langsung lupa mau makan,” kata Luqman.
 
“Kok makan aja bisa lupa Luq. Jangan gitu ya. Mama ngak mau kamu sakit,” Bu Kartika menyatakan kebimbangannya.
 
“Ngak la Ma. Aku lagi excited mau ketemu Mama. Jadinya aku langsung lupa. Aku janji akan selalu ingat pesan Mama. Usah khuatir ya,” janji Luqman sambil mengangkat tangan kirinya separas bahu.
 
“Ya udah. Mama percaya kata-kata kamu,” ucap Bu Kartika.

*******
 
“Mama mau keluar jalan-jalan sekitar kota?” tanya Luqman selepas makan malam.
 
“Ngak la. Mama udah capek ni. Besok aja gimana?” cadang Bu Kartika.
 
“Ya juga tu Luq. Papa pun dah letih. Penat berjalan di Putrajaya tadi,” sambung Haji Luqman.
 
“Mama kagum sekali lihat Putrajaya. Sepertinya sangat organized. Pertama kali Mama ke sana Mama langsung tertarik sama lanskapnya. Bagus kan Pa,” ucap Bu Kartika.
 
“Ma Putrajaya itu pusat administrasi. Perdana Menteri Malaysia tinggal di sana. Boleh katakan hampir semua bangunan administrasinya di sana Ma,” kata Luqman.
 
“Mama juga senang sekali dengan kuliner siang tadi. Apa ya namanya,” tanya Bu Kartika. Dia masih terbayang keenakan hidangan yang dinikmatinya tadi, ayam grill bersama cheese.
 
“Padi House Ma.”
 
“Betul kata Mama. Papa pun suka nasi goreng tu. Macam lasagna pun ada bila nasi goreng tu diletak cheese. Paling Papa enjoy Cappucino kat situ. Memang kena dengan selera Papa.”
 
“Alhamdulillah. Luq pernah ke sana sekali je Pa, Ma. Pergi dengan clients. Business disscussion. Discuss on pakej umrah.”
 
“Decoration juga cantik,” tambah Haji Halim.
 
“Ya Pa. Padi House itu konsepnya Malaysian Variety Cafe Restaurant. Menu yang bermacam-macam ditambah dengan susunan meja dan perabot yang menarik, memang selesa makan di sana,” tambah Luqman.
 
“Mama suka sama susunan pohon kecilnya. Diletak dalam pasu kecil seperti itu, Mama pikir bagus idenya. Enak dilihat. Lebih tenang sambil nikmati juadahnya,” komen Bu Kartika.

“Besides Malaysia Cuisine, Padi House ada juga offer Western Food. Jadi lebih banyak pilihan. Itu yang Luq suka,” kata Luqman dalam senyum.
 
“Mama udah tau. Luq suka bangat sama seafood. Pasti Nasi Goreng Seafood itu favourite kamu, iya kan,” balas Bu Kartika.
 
“Ya Ma. Mama tau aja kan kesukaan aku,” kata Luqman.
 
“Pasti tau. Kamu itu anak Mama. Jadi Mama pasti tau apa aja kesukaan kamu. Usah bohong in Mama,” kata Bu Kartika sambil mengoyang-goyangkan jari telunjuknya.
 
“Cuma aku elergi sama ikan. Pasti lebih enak kalo bisa nikmati ikan dori ya Ma,” ucap Luqman.
 
“Luq apa-apaan. Usah kamu coba makan ikan. Kamu tau kan efeknya. Mama ngak mau kamu lagi di rumah sakit kerna elergi kamu,” Bu Kartika memberi nasihat.
 
“Ngak la Ma. Sepertinya enak ya makan ikan,” kata Luqman. Mindanya teringat kepada Shaheen. Ikan merupakan makanan kegemaran Shaheen. Sewaktu dia terserempak dengan Shaheen dan Afzan di Cozy Corner, gadis itu sedang menikmati hidangan Fish and Chips. Dia mahu berkongsi rasa bersama gadis itu. Namun hatinya belum cukup kuat mahu meluahkan isi hatinya.
 
“Luq,” panggil Bu Kartika.
 
“Ya Ma,” Luqman menyahut panggilan Bu Kartika.
 
“Lagi mikirin apa. Mama teriak nama kamu baru dengar in,” tanya Bu Kartika.
 
“Ngak ada apa-apa Ma,” balas Luqman. Bibirnya menguntum senyum. Lega kerana ibunya tidak bertanya lebih lanjut.

“Ini kopinya,” Bu Kartika menghulur secawan kopi kepada Luqman.

“Luq baik minum masa masih panas gini. Dah sejuk nanti tak sedap. Bukan selalu Luq dapat minum kopi Mama ni,” kata Haji Halim.
 
“Benar tu Pa. Kopi Mama paling enak di dunia,” ucap Luqman sambil mencicip sedikit kopi di dalam cawan.
 
“Ma cheese cake tadi masih ada bakinya?” tanya Haji Halim.
 
“Ya ada. Mau?” tanya Bu Kartika.
 
Haji Halim mengangguk.
 
“Ngak apa Ma. Biar aku aja,” Luqman sudah bangun menuju ke dapur. Kek keju yang dibeli dari Padi House petang tadi disimpan di dalam peti sejuk. Luqman turut mengambil tiga biji piring kecil serta tiga sudu kecil. Luqman kembali ke ruang tamu.
 
Haji Halim yang kurang suka kek keju awalnya, tidak dapat menolak pujukan isterinya untuk merasai kesedapan rasa kek keju. Sudahnya Haji Halim membeli sebiji kek keju untuk dibawa pulang.
 
“Papa aneh. Bukan Papa tak suka cheese cake?” soal Luqman.
 

“No doubt. Papa tak dapat nafikan kek yang ini menambat selera Papa. Memang Papa tak berapa suka. Tapi yang ini,” kata-kata Haji Halim terhenti di situ bila suapan kek keju dimasukkan ke mulut. Terasa kek yang dimakan mencair di dalam mulut.
 
“Besok Mama mahu ke mana?” tanya Luqman.
 
*******
 
“Sha, apa awak buat kat sini?” tegur Luqman.
 
“Luq,” Shaheen terkejut ditegur Luqman di dalam kesibukan pengunjung di Mid Valley Megamall tengahari itu.
 
“Tak sangka jumpa awak kat sini,” luah Luqman.
 
“Saya dari MPH tadi. Ini nak ke Food Court. Lapar pulak,” kata Shaheen.
 
“Kalau gitu, join saya makan. Kita ke Bumbu Desa. Parents saya menunggu di sana,” ajak Luqman.
 
“Tak apa la Luq. Tak nak la ganggu awak dan parents awak,” luah Shaheen yang segan untuk menyertai Luqman sekeluarga.
 
“Jangan la gitu. Tak la, mana ada ganggu. Lagi ramai lagi best. Jom. Mesti Mama suka jumpa awak,” pujuk Luqman.
 
Shaheen tidak jadi hendak berdalih lagi. Melihat Luqman yang masih menunggu, dia anggukkan kepala bersetuju menyertai makan tengahari bersama Luqman dan kedua orang tuanya.
 
“Selalu ke awak datang sini Sha?” soal Luqman sewaktu beriringan menaiki eskalator ke tingkat dua.

"Selalu juga. Sebulan sekali saya mesti ke sini. Saya akan ke MPH. Saya suka dikelilingi buku. Berjam-jam pun tak apa di dalam MPH tu,” jawab Shaheen.

“Oh ya. Next time boleh la kita pergi sama-sama,” usul Luqman.

“Boleh je. Insya Allah,” kata Shaheen.

Sampai di pintu masuk Bumbu Desa, Shaheen menarik nafas. Terasa sedikit gementar. Apa agaknya tanggapan kedua orang tua Luqman agaknya. Perkara itu berlegar di fikiran Shaheen. Perasaan segan yang sudah pun dirasainya sejak tadi seperti semakin meruap. Namun langkah diteruskan juga. Alang-alang sudah sampai di situ. Luqman juga sudah berpaling ke belakang menunggu Shaheen melangkah seiring dengannya. Tiada pilihan lagi. Shaheen memberikan senyuman buat Luqman. Luqman merenung Shaheen yang melangkah ke arahnya. Dia tak akan pernah lupa dengan seulas senyuman itu.
 
“Ayuh, mereka di sana,” ajak Luqman apabila Shaheen sudah betul-betul berada di sisinya.
 
Dari meja Bu Kartika dia sudah nampak kelibat Luqman. Cuma matanya masih belum dapat meneka siapa yang berjalan di sisi anaknya. Segera dia mencuit suaminya.
 
“Papa, coba lihat siapa yang sama-sama Luq itu. Sepertinya Mama kenal orangnya,” Bu Kartika meluahkan apa yang berada di mindanya.
 
“Shaheen,” ucap Haji Halim.
 
“Biar benar ni Pa. Apa benar Luq udah jadian sama Shaheen?” tanya Bu Kartika sambil tersenyum penuh makna.
 
“Papa ngak tau Ma. Mama nanya aja sama Luq. Jika benar, Papa turut happy Ma. Papa mahu Luq segera melupakan arwah Alisa. Bina hidup baru. Papa fikir Shaheen itu calon terbaik buat Luqman,” Haji Halim menyuarakan pendapatnya.
 
“Ya Pa. Mama juga setuju. Mama senang bangat sama Shaheen. Mama udah suka sama dia kali pertama Mama ketemu dia di rumah kita sebelumnya Pa,” Bu Kartika menyokong pendapat suaminya.
 
“Assalamualaikum Ma, Pa. Maaf Luq sedikit telat. Lost and found,” ucap Luqman dalam senyuman.

“Lost and found?” berkerut wajah Bu Kartika.
 
“Mama lihat siapa ini, kenal ngak?” tanya Luqman.
 
“Assalamualaikum Pakcik Halim, Bu Kartika,” Shaheen menegur sambil bersalaman dengan Bu Kartika. Pipi wanita itu diciumnya.
 
“Pasti kenal,” balas Bu Kartika dalam nada gembira.
 
“Shaheen, duduklah,” pelawa Haji Halim.
 
“Terima kasih Pakcik. Maaflah kalau saya menganggu Pakcik sekeluarga makan di sini. Kebetulan saya terserempak dengan Luqman di bawah tadi,” ucap Shaheen tidak mahu ibu bapa Luqman tersalah anggap.
 
“Ngak la. Tante lagi suka. The more the merrier,” kata Bu Kartika.
 
Luqman menarik kerusi untuk Shaheen duduk. Luqman duduk di sebelah Shaheen.
 
“Mama sama Papa udah order makanannya?” tanya Luqman.
 
“Ya udah,” balas Bu Kartika. “Sha bisa kan sama masakan Padang juga Sunda di sini.”
 
Shaheen senyum. Dia tidak banyak kerenah dalam soal makan. “Bisa Bu.”
 
Bu Kartika sudah tersenyum mendengar jawapan Shaheen. “Sha panggil aja ‘tante’. Sepertinya lebih akrab.”

Shaheen senyum lagi lalu matanya melirik ke arah Haji Halim yang mengangguk perlahan.

“Sha, harap awak tak kisah ya makan makanan Indonesia dengan kami sekeluarga,” Luqman bersuara perlahan di tepi Shaheen.
 
“Saya ok saja,” balas Shaheen sedaya upaya menyembunyikan debar di dada.
 
Hidangan yang dipesan dibawa ke meja mereka. Ada Gado-gado, Ayam Bumbu Desa, Ikan Talapia Goreng, Udang Masak Sambal Cili, Cumi Goreng, Gulai Daun Singkong dan juga minuman.
 
“Awak nak minum apa? Mahu cuba Blended Ice Cucumber With Lime Juice?” cadang Luqman. “Sejukkan badan.”
 
“Boleh juga,” Shaheen setuju dengan pilihan Luqman.
 
Luqman minta tambahan minuman dan juga satu set pinggan dan sudu garfu buat Shaheen. Sebaik air minuman Shaheen tiba, Luqman mengangkat tangan lalu membacakan doa makan. Usai bacaan doa makan, mereka mula menikmati hidangan makan tengahari.
 
Bu Kartika menyendukkan nasi putih ke pinggan suaminya. Kemudian dia menyendukkan pula nasi ke pinggannya sendiri. Namun pinggan yang sudah diisi nasi dihulur kepada Luqman. Luqman menyambut huluran pinggan berisi nasi. Pinggan di depan Luqman bertukar tempat. Sesudah menyenduk nasi ke pinggan, sekali lagi Bu Kartika menghulurkannya pula kepada Shaheen.
 
Perasaan segan semakin bercambah di hati Shaheen dilayan begitu oleh Bu Kartika. Dia dapat merasakan begitu besar sifat keibuan yang dimiliki oleh Bu Kartika. Langsung dia teringat Uminya di rumah. Mereka berdua tak jauh bezanya.
 
“Luq apa yang lost and found tadi?” Haji Halim bertanya.

“Oh Pa. Tadi Luq tersalah laluan sewaktu singgah ke toilet. Dalam tersesat tu ternampak Sha di tingkat bawah tadi. Itu yang lost and found tu Pa,” jawab Luqman.
 
Bu Kartika sudah tersenyum lebar. ‘Seperti berjodoh saja,’ bisik hati kecil Bu Kartika.
 
Shaheen menjeling ke arah Luqman. Dia turut tersenyum mendengar penjelasan Luqman.
 
“Sha buat apa di sini? Seorang saja?” tanya Haji Halim.
 
“Saya singgah ke MPH. Memang dah jadi habit saya untuk singgah ke MPH sebulan sekali. Saya cari buku-buku bacaan ilmiah. Biasanya saya ke sini dengan Afzan. Tapi Afzan di kampung lagi, masih bercuti,” jawab Shaheen.

 “Siapa penulis kegemaran Sha?” tanya Haji Halim lagi.

“Lately ni saya membaca hasil tulisan Syed Alwi Al Attas. Itu pun selepas saya membaca sinopsis buku tulisan beliau Senyumlah Apapun Masalahmu Ia Pasti Akan Berlalu. Cuma saya belum bertemu buku pertama beliau. Dah habis stok,” luah Shaheen. “Saya tertarik dengan gaya penulisan beliau. Banyak diselitkan kisah-kisah benar dan juga ada intisari tafsir Al-Quran dan hadis terpilih dalam setiap bab.”
 
“Oh bagus buku tu. Pakcik dah baca. Tapi maaflah buku itu di Jakarta. Kalau nak baca nanti Pakcik poskan,” kata Haji Halim.

“Tak apalah Pakcik. Jangan susah-susah,” Shaheen sedikit segan bila Haji Halim bersungguh mahu mengirimkan buku yang dicarinya.

“Tak ada susahnya. Pakcik dah habis baca pun. Dari buku itu terperuk sahaja di rak buku, baik Pakcik hadiahkan pada Sha. Sekurang-kurangnya ilmu di dalam buku itu turut tersebar,” luah Haji Halim.

Shaheen tidak mampu menegah lagi bila Haji Halim sudah berkata seperti itu. “Terima kasih Pakcik.”
 
Haji Halim mengangguk. Dia meneruskan suapan nasi ke mulut.

“Maksud awak buku Bila Allah Menduga Kita,” Luqman mencelah apabila buku yang dicari Shaheen terbayang di ruang matanya.
 
Shaheen mengangguk.

“Kebetulan. Saya ada membeli buku tu. Awak ambillah. Saya dah habis membacanya,” kata Luqman.
 
“Betul ni. Alhamdulillah. Mulanya saya dah nak buat tempahan. Tapi saya fikir elok saya habiskan dahulu membaca buku ketiga tulisan beliau, Mudahkan Jangan Susahkan,” kata Shaheen gembira.
 
“Bagus gitu. Kamu berdua cocok sekali. Luqman ini ulat buku. Kalo udah ke toko buku, berjam-jam dia di sana,” celah Bu Kartika yang tadinya diam mendengar perbualan di antara suaminya dan Shaheen sambil menikmati hidangan.

“Cuba awak rasa ni,” Luqman mencedok sedikit kuah berwarna kekuningan dengan isinya ke dalam pinggan Shaheen. Sengaja Luqman mencedok pucuk ubi ke dalam pinggan Shaheen. Bukan dia tidak tahu Shaheen tidak gemar makan sayuran atau ulam-ulaman.

“Apa nama masakan ni? Sedap rasanya,” komen Shaheen.

“Ini namanya Gulai Daun Singkong,” jawab Bu Kartika.
 
“Macam pucuk ubi,” komen Shaheen lagi.
 
“Betullah tu Sha. Ini memang pucuk ubi. Ini masakan Sunda,” balas Haji Halim.
 
“Oh baru saya tau singkong itu maksudnya pucuk ubi,” luah Shaheen sambil senyum.

“Pernah dengar lagu Anak Singkong? Liriknya macam ni, Kau bilang cinta padaku, aku bilang fikir dulu, selera kita terlalu jauh berbeda,” spontan Luqman menyanyikan lagu itu.

Shahaeen sudah tergelak kecil. Dia tidak sangka langsung Luqman akan menyanyi di hadapannya. Haji Halim dan Bu Kartika juga sudah tersenyum. Bu Kartika yakin Shaheen sudah berjaya membawa Luqman keluar dari kesedihan yang bersarang di hatinya. Selepas pemergian arwah Alisa, Luqman berubah. DIa sudah jarang mahu bergurau. Dia lebih banyak berdiam diri. Melihat perilaku anaknya tadi, dia yakin Luqman Hakim anaknya yang ceria sudah kembali. Segera dia mengucap syukur pada Ilahi kerana menemukan anaknya dan Shaheen. Semasa hayatnya arwah Alisa, begitulah sikap Luqman. Sama seperti mana dia menunjukkan sikapnya di hadapan Shaheen.
 
“Sha apa aktivitas kamu weekend ini?” tanya Bu Kartika.

“Biasanya saya di rumah saja. Berehat. Teman Umi di rumah,” balas Bu kartika.
 
“Mau ngak ikut Tante pulang ke desa. Temu in Omanya Luqman,” ajak Bu Kartika.
 
“Saya tanya Abi dengan Umi dulu. Kemudian saya beri jawapan boleh Tante?” jawab Shaheen tidak mahu mengecilkan hati Bu Kartika.
 
“Gi mana kalo Tante jemput Sha sama orang tua ke rumah kami. Kita makan malam bersama,” cadang Bu Kartika.
 
“Insya Allah Tante. Nanti saya bagi tau Abi dan Umi,” balas Shaheen.
 
“Luq nanti kasi address rumah kamu sama Shaheen,” kata bu Kartika.

“Segan pula saya. Bagaimana kalau Pakcik sekeluarga datang ke rumah saya. Lagi pun Luqman pernah sampai ke rumah saya. Masih ingat nak ke sana Luq?” tanya Shaheen. “Tante sama Pakcik kan tetamu di sini. Dulu masa saya ke Jakarta, Pakcik sekeluarga dah layan saya dengan baik. Jadi kali ini, biar saya pula layan Pakcik sekeluarga.”

Luqman senyum mendengar cadangan Shaheen.
 
“Biasa saja Sha. Lagipun waktu itu Sha ke sana tak kenal sesiapa kan. Jadi tanggungjawab Pakcik tengokkan Sha di Jakarta. Masakan Pakcik nak biarkan orang Malaysia terkontang-kanting di sana,” kata Haji Halim.

“Sekejab Pa, Ma, Sha. Aku ke depan sebentar,” Luqman bangun mahu melangsaikan bayaran makanan mereka.

Shaheen ditinggalkan bersama Haji Halim dan Bu Kartika. Sementara menunggu Luqman kembali, Shaheen berbual kosong dengan kedua orang tua Luqman.

“Bila Pakcik dan Tante sampai sini,” soal Shaheen.

“Kami sampai semalam Sha,” jawab Haji Halim.

“Dah berjalan ke mana?” soal Shaheen lagi.

“Kelmarin Tante udah jalan-jalan sekitar Putrajaya. Sampei capek lalu malamnya istirehat. Continue siang tadi Tante ke Orchid Garden. Emangnya itu lokasi paling Tante suka. Jalan-jalan lihat bunganya. Kalo Tante tau mau ketemu sama kamu, pasti kita bisa ke sana sama-sama,” kata Bu Kartika sedikit ralat.

“Insya Allah. Mungkin satu hari nanti,” ucap Shaheen. “Oh ya Pakcik sekeluarga jemput datang ke rumah. Boleh kenal dengan Abi dan Umi saya.”

“Insya Allah. Panjang umur sampailah kami ke sana,” kata Haji Halim.

"Pakcik, Tante saya kena gerak dulu. Insya Allah kita jumpa lagi lain kali,” ucap Shaheen sambil menghulur tangan bersalaman dengan Bu Kartika. “Luqman terima kasih belanja saya makan hari ini.”

Luqman memberikan senyuman, “Kasihmu kuterima Sha.”

Shaheen terdiam. ‘Relaks Sha,’ kata Shaheen di dalam hati.

“Hati-hati di jalanan ya Sha. Sampaikan salam buat kedua orang tuamu,” pesan Bu Kartika.

“Insya Allah Tante. Assalamualaikum,” ucap Shaheen.

“Waalaikumsalam Sha,” balas mereka serentak.

2 comments:

  1. Tqqqq....dah ada persamaan depa 2 ni :)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Sdri Ezlin sudi singgah ke sini.

    :) gitulah nampaknya

    ReplyDelete

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim