15 September 2013

Kasihmu 39

“Eh Cik Afzan. Assalamualaikum,” tegur Aida sewaktu Afzan melintas di mejanya.
 
“Waalaikumsalam Aida. Awak apa khabar?” balas Afzan.
 
“Alhamdulillah sihat. Cik Afzan, saya ucapkan salam takziah di atas pemergian arwah tunang Cik Afzan. Maaf saya tak dapat pergi menziarah,” kata Aida.
 
Afzan senyum. “Tak apa. Terima kasih Aida,” ucap Afzan.
 
“Cik Afzan nak jumpa Cik Sha ya, dia dah sampai. Ada kat dalam,” Aida senyum.
 
Afzan menggangguk. “Oh ya saya ada bawa pulut manga. Jemput la rasa ya. Ajak yang lain-lain sama,” pesan Afzan.
 
“Wah dah lama juga tak rasa pulut mangga ni. Memang kebetulan saya terasa nak makan mangga. Hmm sekali dapat pulut mangga. Ini rezeki saya la nampaknya,” Aida bersuara dengan nada gembira.
 
“Alhamdulillah. Memang rezeki awak la,” Afzan senyum melihat reaksi Aida. “Saya masuk jumpa Cik Sha dulu,” kata Afzan sambil melangkah merapati pintu bilik Shaheen. Pintu diketuk beberapa kali. Dia memulas tombol sebaik sahaja Shaheen memberi kebenaran masuk.
 
“Assalamualaikum,” sapa Afzan.
 
“Ya Allah. Rindunya kat kau, bila kau sampai sini,” Shaheen sudah meluru ke arah Afzan.

“Kalau ya pun jawab la salam aku dulu,” Afzan mengingatkan Shaheen selepas sahabatnya itu melepaskan pelukannya.

“Oppps. Waalaikumsalam Ijan. Gembira nampak kau sampai lupa,”Shaheen senyum simpul.

“Malam tadi aku sampai,” jawab Afzan.
 
“Kenapa tak cuti je hari ni. Sure kau penat kan. Travel by bus the whole day,” saran Shaheen.
 
“Dah penat aku berehat. Aku rindu suasana office ni. Mesti banyak kan kerja yang bertimbun menunggu aku,” kata Afzan.

“Betul ke ni… ke rindu orang lain,” usik Shaheen.

“Mana ada. Eh ni aku ada bawa pulut mangga. Ayam goreng pun ada,” Afzan mengunjukkan bekas makanan di dalam plastik yang dijinjingnya. Segera Afzan menukar topik perbualan.

“Alhamdulillah. Rezeki. Tak payah la aku keluar makan pagi ni. Jom makan sama,” ajak Shaheen sudah menarik tangan Afzan duduk di sofa berwarna coklat.
 
Afzan mengeluarkan dua bekas makanan berisi pulut, buah mangga yang telah dipotong dadu. Satu lagi bekas berisi ayam goreng.
 
“Airnya mana?” Shaheen bertanya sambil tersenyum.
 
“Sha air kopi kau sedap la, dah lama tak rasa,” Afzan mengumpan Shaheen.

“Baiklah. Kau tunggu kejab. Aku ke pantri buat air kopi sedap ya,” Shaheen bangun menuju ke pantri.

“Sha nanti tolong bawakan sudu sekali,” Afzan mengingatkan Shaheen.
 
“Baik,” balas Shaheen.

Sementara menunggu Shaheen kembali dengan kopi sedapnya, Afzan menyusun hidangan di atas meja kopi. Aroma pulut sudah memenuhi ruang pejabat Shaheen. Bau ayam goreng juga menerawang sama. Perut jadi lapar tiba-tiba. Afzan senyum melihat makanan air tangannya terhidang di atas meja. Potongan buah mangga Harumanis mencuri tumpuan Afzan. Sepotong mangga yang dipotong dadu itu masuk ke mulut Afzan. ‘Hmmm…manis.’
 
“Thanks Aida,” ucap Shaheen tatkala pintu pejabatnya dibuka oleh Aida, memandangkan tangannya menatang dulang berisi satu teko kopi panas, dua biji mug porselin dan dua biji piring kecil. Sudu juga terletak elok dalam dulang.
 
“Aida mari makan sama,” ajak Afzan menyedari kelibat Aida di pintu pejabat Shaheen.
 
“Sila-sila. Bismillah Cik Afzan. Saya makan di pantri kejab lagi. Tak nak ganggu Cik berdua bergossip,” ucap Aida dengan tawa kecil.
 
“Mana ada gossip Aida. Ni sembang sahabat namanya,” balas Shaheen dengan senyuman.
 
“Baiklah Cik Sha. Jemput makan ya. Dari bau je saya dah tau sedap,” kata Aida seraya menutup pintu bilik Shaheen.
 
Shaheen dan Afzan senyum memandang Aida yang sedang menutup pintu.
 
“Hmm.. sedapnya bau. Kau masak semua ni?” tanya Shaheen.
 
Afzan angguk.
 
“Waa hebat. Hmm untung la bakal suami kau nanti. Dapat isteri pandai masak,” usik Shaheen. Tiba-tiba Shaheen menutup mulut. “Maaf aku tak sengaja.”
 
“Jangan risau Sha. Aku ok. Lagi pun life goes on kan,” jawab Afzan tenang.
 
Shaheen lega mendengar kata-kata Afzan. Namun dia perlu berhati-hati. Siapa tahu hati Afzan. Barangkali hatinya sedang menangis di dalam. Bibir kata ok. Dia tidak mahu mengguris hati sahabatnya gara-gara kata-katanya terlepas seperti tadi.
 
“Eh jom makan. Sedapnya bau. Tiba-tiba lapar pula perut ni,” Shaheen menghulurkan kopi panas kepada Afzan.
 
Shaheen menceduk pulut ke dalam piring. Selepas itu dia meletakkan mangga Harumanis diikuti dengan santan pekat. Piring tersebut dihulur kepada Afzan.
 
“Oh terima kasih Sha,” ucap Afzan.
 
“Sama-sama kasih Ijan,” balas Shaheen.
 
Afzan senyum.
 
“Aku nak makan pulut dengan ayam goreng dulu. Nampak menyelerakan betul ayam goreng ni. Mesti sedap kan,” puji Shaheen.
 
Shaheen menggangkat tangan. Diikuti dengan Afzan. Doa makan Shaheen baca. Usai bacaan doa makan, mereka berdua menikmati sarapan pagi. Hidangan yang jarang ditemui di gerai-gerai di waktu pagi.
 
“Sedapnya. Jarang dapat makan macam ni,” kata Shaheen.
 
“Makanlah Sha. Tengok la siapa yang masak. Sedap kan,” Afzan sengaja memuji diri sendiri.
 
“Memang sedap. Nanti kau ajar aku masak ya,” pinta Shaheen.
 
Afzan membulatkan matanya. Dia tahu Shaheen lebih rajin memasak.
 
“Yalah tu. Bila nak ajar aku buat cupcakes,” balas Afzan sambil menyuap pulut bersama mangga ke dalam mulut.
 
“Aha. Cupcakes ya. Boleh sangat kalau kau nak belajar. Nak buat kat rumah aku atau rumah kau, aku anytime ready. Kita beli bahan. Then taraaa…done,” ucap Shaheen dalam nada ceria.
 
Bersinar mata Afzan. Sudah lama dia mahu belajar membuat kek cawan. Namun belum ada kesempatan.

Shaheen memerhati Afzan. Dia faham sahabatnya itu masih lagi dirundung duka. Namun lara di hati seboleh mungkin disembunyikan. Dia kagum. Afzan kuat hadapi dugaan itu. Tabah.
 
“Alhamdulillah,” ucap Afzan.
 
“Terima kasih Ijan bawa breakfast pagi ni. Banyak kau masak. Pukul berapa kau bangun tadi?” Shaheen senyum.
 
“Sama-sama Sha. Sikit je tu. Cukup awal juga la sampai aku sempat masak semua ni and reached office on time,” kata Afzan sambil tersenyum.
 
“Kau tunggu sini ya. Since kau dah masak then let me clean up all this,” Shaheen menawarkan diri mengemas meja dan membersihkan bekas makanan.
 
“As you wish. Tapi biar aku tolong kau bawa semua ni ke pantri,” balas Afzan.

“Thanks Ijan,” ucap Shaheen.
 
Mereka berdua bangun dan berjalan sambil membawa bekas kosong serta mug dan teko bekas kopi tadi menuju ke pantri.
 
“Waa ramainya,” tegur Shaheen sebaik pintu pantri dikuak dari luar.
 
“Jemput makan Cik Sha,” Adelia menegur.
 
“Sila-sila. Saya baru je makan dengan Ijan tadi,” kata Shaheen.

“Ijan dah masuk office ya. Apa khabar dia?” soal Adelia.
 
“Saya sihat alhamdulillah,” sahut Afzan dari belakang Shaheen.
 
Adelia memandang Afzan berjalan menuju ke singki. Afzan kembali mengadap Adelia lalu menghulurkan tangan bersalaman.
 
“Rindu you all,” kata Afzan.
 
“Kita orang pun miss you tau,” Erna mencelah. Wafi yang sedang menyuap pulut mangga ke mulut turut mengangguk.
 
“Oh ya, thanks Ijan. Sedap pulut mangga ni. First time I rasa. I tak tau pulak pulut boleh makan macam ni,” Wafi mengucapkan terima kasih.
 
“Sama-sama. Actually ni makanan tradisi dari Thailand. Since Perlis dekat dengan Siam, so makanan ni dah jadi makanan tradisi di Perlis juga. Besides mangga Harumanis ni banyak ditanam di Perlis. Ni pun dah hujung-hujung musim mangga Harumanis,” kata Afzan.
 
“Aah Cik Ijan. Biasanya Nana makan pulut ni dengan serawa durian,” Erna menyambung kata-kata Wafi.
 
“Sama la,” Adelia turut mengakui kata-kata Erna.
 
“Rajin Cik Ijan. Sempat masak-masak. Dengan ayam goreng lagi. Dah boleh kahwin ni,” kata Erna mengusik.
 
“Ish kau ni Erna,” Adelia mencuit Erna.
 
“Insya Allah Erna. Sampai masa kahwin la saya,” ucap Afzan dengan wajah ceria. Tiada tanda dia terusik dengan kata-kata Erna tadi.
 
Shaheen sudah siap mencuci bekas makanan. Dia senyum melihat rakan-rakan sekerja yang sedang duduk di meja makan.
 
“Siapa lagi yang belum makan? Memang saya sediakan banyak untuk satu office,” Afzan senyum.
 
“Ikmal ke gudang dengan Fendy. Ikmal nak check perabot baru sampai,” jawab Aida. “Saya ada simpan untuk mereka.”
 
“Hmm ni perabot yang mana ya Aida?” soal Afzan.
 
“Yang ini set meja mesyuarat dan meja perbincangan. Ada satu set pergola dan juga perabot yang Tuan Malik order,” kata Aida.
 
“Oh dah sampai ya. Thanks Adelia,” sambut Afzan.
 
“Thanks for?” Adelia bertanya.
 
“Thanks sebab kau banyak berurusan dengan Sempurna Resort. Since aku cuti panjang, kau yang banyak deal dengan wakil Tuan Malik kan, thank you Adelia,” kata Afzan sambil memegang tangan Adelia.
 
“Oh no hal la Ijan. Nasib baik aku dapat makan pulut mangga ni. So ni kira upah la kan,” usik Adelia. “Kau jangan tak tau anak Tuan Malik tu cerewet. Kalah perempuan.”
 
Afzan tergelak kecil. “Biasa la Adelia. Dia nak yang terbaik untuk resort dia. Sesuai la dengan nama ‘sempurna’ tu kan,” Afzan membalas kata-kata Afzan.
 
Adelia dan Erna sudah ketawa. Wafi yang mahu menyuap pulut mangga ke mulut juga berhenti menyuap.
 
“Aida tolong remind saya nanti, discussion dengan Ikmal. Slot in hari ni atau esok ya. Saya nak tahu condition semua perabot yang diterima hari ni. Then minta dia buat dummy timetable untuk penghantaran kepada clients before delivery,” pesan Shaheen. “Saya masuk dulu. You all sambung la ya,” Shaheen berjalan ke pintu pantri. Sampai di muka pintu, Shaheen berpaling ke arah Afzan, “Err Ijan, bukan tadi kau ada perkara nak discuss dgn aku ke?”

*******

“Hai happy nampak sahabat aku ni,” tegur Rayyan.
 
“Mana ada, aku biasa saja,” balas Luqman.

“Dah lama juga aku tak tengok kau senyum macam tu. Hmm tu yang aku pelik,” Rayyan tidak puas hati dengan kata-kata Luqman.
 
“Ai since bila senyum pun tak boleh ni. Kan senyum tu sedekah,” balas Luqman.
 
“Yelah. Aku tau tu. Cuba kau cerita kat aku. Punca kau jadi macam ni,” pujuk Rayyan.
 
“Aku lunch dengan Shaheen semalam,” kata Luqman.
 
“Diam-diam je. Tau-tau dah lunch date,” usik Rayyan.

“Bukan date la. Aku terserempak dengan Shaheen di MidValley. Besides we had lunch with my parents,” Luqman menerangkan hal sebenar. “Then this weekend my parents and I akan ke rumah Shaheen. Memenuhi undangan tuan rumah.”

“What a great progress!” Rayyan senyum mengusik.
 
“Jangan la fikir bukan-bukan. Kebetulan masa tu time makan tengahari, tak salahkan ajak dia join lunch dengan Mama and Papa?” soal Luqman.

“Yer la tak fikir apa-apa. Tapi bila tengok kau la kan, macam mana aku tak fikir macam-macam. Kalau dah tak ada apa-apa, kenapa kau happy je aku tengok? Why?” soal Rayyan.

“Happykan lebih baik dari bersedih. Lagipun senyum dan happy akan keluarkan hormon positif. Baik untuk kesihatan. Awet muda,” kata Luqman.
 
“Sebut pasal hormon aku ada terbaca pasal hormon cinta,” Rayyan cuba mengingat kembali artikel yang pernah dibacanya.
 
“Hormon cinta?” Luqman mengulang perkataan itu. “Apa kaitan dengan happy? Aku?”
 
“Mestilah ada kaitan. Tambah-tambah dalam bab kau yang dah pandai senyum sorang-sorang ni,” tambah Rayyan.

“Sejak bila pula ni jadi ‘Doktor Cinta’ wahai sahabatku,” soal Luqman memandang tepat ke wajah Rayyan.

Rayyan sudah ketawa kecil. “Gini…bila seseorang jatuh cinta ada dua hormon penting yang mempengaruhi individu itu. Dopamin dan serotonin nilah yang akan membuatkan individu tu rasa happy, ceria dan ingin selalu melihat pasangannya. Bila hormon ini meningkat individu tersebut akan rasa bahagia. Itu yang boleh senyum sorang-sorang bila teringat pasangannya.
 
“Ada-ada saja,” balas Luqman.
 
“Aku petik kata-kata pakar daripada Universiti Rutger,USA iaitu ada tiga tahap dalam proses jatuh cinta,” Rayyan memberi penerangan.
 
“Really?,” Luqman sudah tersenyum.

“Yup. Aku yakin kau dah melepasi tahap pertama atau disebut juga sebagai nafsu. Hormon yang terlibat sudah tentu hormon testosteron. Rasanya tak perlu aku ulas pasal ni. Yang paling penting sekarang ni kau dah masuk tahap kedua,” kata Rayyan diiringi senyum.

“Baik. Sila teruskan,” balas Luqman.

“Masa kau jumpa Shaheen atau bertembung dengan dia, ada tak kau rasa panas, berpeluh-peluh, jantung berdegup kencang?” tanya Rayyan.

“Kalau ya pun jangan la serius sangat Rayyan. Takut pulak aku nak jawab,” gurau Luqman.

“Kalau ada maknanya hormon adrenalin kau sedang bekerja keras. Kau mungkin akan rasa cemas dan juga stress sebab kelajuan adrenalin serta kortisol berada pada tahap maksima,” Rayyan menyambung infomasi yang dibacanya.

“So what’s next?” tanya Luqman.

“Dalam fasa kedua ni, selain adrenalin dan kortisol, ada dua lagi hormon yang akan dirembeskan oleh otak sewaktu proses jatuh cinta ni berlaku. Waktu ni hormon dopamin akan membuatkan kau kurang rasa mengantuk, tak mudah rasa penat, energy level increase, in fact kau tak rasa lapar bila diserang rasa cinta ni. Betul tak?” kata Rayyan menebak emosi Luqman.

Luqman tidak berkata apa-apa. Dia masih tekun mendengar penerangan Rayyan. Kata-kata Rayyan cuba dicerna dengan tenang. ‘Aku jatuh cinta?’

“Besides dopamin mampu buat kau lebih fokus dan tenang in a relationship. Dopamin ni adalah ‘messenger’ di dalam otak,” sambung Rayyan.

“Messenger for what?” soal Luqman.

“Dopamin ni menghantar isyarat pada otak yang kau sedang angau, gila bayang. Macam kata orang-orang tua, ‘makan tak kenyang, mandi tak basah.’

“Oh macam tu ke? Interesting. Tadi kau kata ada satu lagi hormon yang terlibat. Apa?” Luqman menunjukkan minat untuk mengetahui lebih banyak lagi maklumat berkaitan hormon cinta.

“Serotonin. Hormon ni cepat berubah. Ikut mood individu tu. Lebih kepada menyeimbangkan pengeluaran dopamin. Bila kadar dopamine naik, kadar serotonin akan menurun. Ia mengawal serta mengatur tidur, nafsu makan, suhu badan dan banyak lagi. Seolah-olah serotonin ni anti dopamin. Tapi kalau serotonin ni terlalu rendah boleh menyebabkan individu tu depresi, migrain, cemas, perilaku antisosial dan sebagainya,” ucap Rayyan.

“Oh macam tu pulak. Patutlah ada kes-kes bunuh diri bila gagal bercinta, astaghfirullahal azim,” ucap Luqman mula faham peranan hormon-hormon yang disebut oleh Rayyan.
 
Ya Luq. Cinta boleh mengubah manusia,” balas Rayyan. “Penerangan aku sampai situ saja. Kalau kau nak tau lebih banyak pasal hormon cinta ni, aku sarankan kau tanya pada ‘makcik Google’ ya,” Rayyan sudah senyum saat dia mengatakan begitu.
 
“Baiklah. Thanks anyway Rayyan. Semua yang berlaku adalah daripadaNya jua. Hormon-hormon yang kau cakapkan tadi tu sebagai perantara sahaja,” kata Luqman tenang.

Rayyan mengangguk tanda setuju.

“Ni kau apa citer?” soal Luqman.
 
“Ha citer aku? Citer apa?” soal Rayyan kembali.

“Cik Perdana kau la,” balas Luqman.
 
Rayyan terdiam bila nama ‘Cik Perdana’ disebut oleh Luqman.
 
“Naper diam? Hormon mana yang sedang bekerja sekarang?” soal Luqman lagi.
 
Rayyan sudah ketawa besar. “Amboi sempat ya kau kenakan aku,” balas Rayyan bila tawanya mula reda.
 
******
“Sha,” Afzan memandang wajah Shaheen.
 
“Ya. Kenapa Ijan? Anything you wanna share?” soal Shaheen menunggu Afzan meneruskan kata-katanya.
 
“Kau rasa patut ke aku terima Rayyan?” soal Afzan dalam nada perlahan.
 
Shaheen terdiam. Dia tahu pandangannya mungkin menjadi penentu pilihan Afzan. Dia tidak mahu tersalah kata. Lama wajah Afzan direnungnya.
 
“Ijan kenapa kau tanya macam tu?” soal Shaheen. “Kau kena yakin Ijan. Rayyan lelaki yang baik. Apa kata hati kau?”
 
“Sebenarnya aku dah buat keputusan, gerak hati aku lebih banyak menjurus kepada Rayyan.” ujar Afzan.
 
“Ijan apa sahaja keputusan kau, aku akan sentiasa sokong kau. Aku percaya kau dah fikir semasak-masaknya. Pasti semuanya sudah ditentukan olehNya,” kata Shaheen.
 
“Bila kau nak bagi tau Rayyan? Mesti Rayyan sedang tunggu jawapan kau. Mesti macam tunggu buah yang tak gugur,” Shaheen membuat andaian.
 
Afzan tergelak mendengar kata-kata Shaheen. “Sha, entah mengapa aku jadi rindu pula dengan telatah Rayyan.”
 
“Orang-orang tua ada cakap, jangan terlalu benci, nanti jatuh sayang. Rindu tu tanda sayang tau,” usik Shaheen.

Afzan tersenyum malu.
 
“Eloklah kau bagi tau dia cepat-cepat. Jangan buat dia tertunggu-tunggu. Kesian dia Ijan,” Shaheen memberikan pendapatnya.
 
“Boleh kau teman aku?” tanya Afzan.
 
“Boleh,” jawab Shaheen ringkas.
 
“Aku harap keputusan aku ni adalah yang terbaik. Bukan hanya terbaik untuk aku, tapi terbaik untuk Rayyan juga,” luah Afzan.
 
“Insya Allah Afzan. Aku percaya setiap perkara yang berlaku ni sudah pun tertulis. Kita merancang. Allah juga merancang namun rancangan Allah lebih sempurna,” Shaheen berkata sambil matanya redup memandang wajah Afzan.

2 comments:

  1. cik sha...next entry plzzz..hari2 dok terjah nie..huhu

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas sokongan anda, hari-hari terjah ke sini, buat sha terharu..tq

    Sha dah upload next entry..selamat membaca

    ReplyDelete

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim