29 October 2013

Kasihmu 44

“Sha…Sha bangun,” Afzan mengejutkan Shaheen yang seperti orang mengigau.

Shaheen membuka matanya perlahan-lahan. Dia beristighfar. Mimpi itu lagi. Sudah dua malam dia bermimpi hal yang sama.

“Kenapa Sha?” soal Afzan. Dia terjaga apabila terdengar seperti orang bercakap.

“Aku bermimpi. Pelik. Dah dua malam aku bermimpi perkara yang sama,” kata Shaheen.


“Jangan dilayan sangat mimpi tu Sha. Elok kau bangun solat sunat. Mungkin kau lebih tenang lepas ni. Jom,” ajak Afzan.

“Pergi mana?” tanya Shaheen bila Afzan bangun dari katil.

“Pergi ambil wuduk,” jawab Afzan.

Shaheen senyum. Dia bangun mengekori Afzan ke bilik air.

Afzan membuka lampu di dapur. Dia masuk ke bilik air dahulu. Shaheen duduk di kerusi menunggu Afzan.

“Buat apa kat sini?” tiba-tiba Opah Halimah menegur sambil menuruni anak tangga perlahan-lahan.

“Sha tunggu Afzan kat bilik air. Opah nak ke bilik air jugakah?” tanya Shaheen.

“Opah nak minum. Dahaga pula tekak ni,” kata Opah Halimah.

“Opah duduk. Biar Sha ambilkan air untuk Opah,” kata Shaheen. Dia bangun mengambil gelas dan menuang air panas dari dalam flask air dan dicampur dengan air masak ke dalam gelas tadi. “Ni airnya Opah.”

“Terima kasih,” Opah Halimah menyambut gelas yang dihulurkan oleh Shaheen. Dia meneguk beberapa kali sehingga habis air di dalam gelas. “Opah masuk tidur dulu ya.”

“Baik Opah,” Shaheen mengambil gelas dari tangan Opah. Dia bawa gelas ke singki dan dicuci sebelum diletak semula ke rak pinggan.

Opah Halimah menaiki tangga dengan hati-hati.

‘Lama pula Afzan dalam ni,’ kata Shaheen di dalam hati. “Ijan kau ok ke kat dalam tu.”

“Aku ok. Kejab ya,” balas Afzan dari dalam bilik air. “Ok dah.”

“Lamanya. Kau tunggu aku ya,” kata Shaheen.

Afzan angguk. Dia lalu duduk di kerusi kayu di dapur.

“Dah jom naik atas,” ajak Shaheen selepas hampir 10 minit dia berada di dalam bilik air.

Afzan paling akhir. Jadi dia menutup lampu dapur. Mereka berdua kembali ke bilik.

“Eh tadi kata nak solat sunat. Kenapa baring balik?” tanya Shaheen.

“Cuti pula,” jawab Afzan.

“Oh patutlah lama sangat kat bilik air tadi,” kata Shaheen.

Shaheen mencapai telekung dan sejadah. Dihampar sejadah dan disarung telekung ke badan. Dia berdiri mengadap kiblat. Shaheen mengerjakan solat sunat dengan khusyuk. Suasana dinihari yang sunyi sepi membuatnya lebih tenang.

*******

“Ada Een call?” tanya Encik Suffian sambil duduk di bawah gazebo memerhati isterinya menyiram bunga-bunga anggerik.

Puan Asyiqin menoleh ke arah suaminya. “Ada pagi tadi. Abang dah keluar ke pasar masa tu. Ya Allah! Lupa Iqin Bang, Een sampaikan salam,” Puan Asyiqin menyentuh pipinya.

“Waalaikumsalam. Macam mana Een di sana? Keluarga Haji Luqman bagaimana?” soal Encik Suffian.

“Anak dara kita tu ceria aja bunyi suaranya. Katanya baru lepas tengok datuk dengan nenek Haji Luqman tu proses buah kekabu. Suka betul dia Bang,” ucap Puan Asyiqin.

Encik Suffian tertawa. “Macam tu la bila orang bandar masuk kampung.”

“Katanya datuk dengan nenek Haji Luqman tu baik. Layanan macam keluarga sendiri,” tambah Puan Asyiqin. “Een ada bagitau esok dia balik. Petang dia masuk pejabat.”

Encik Suffian angguk.

“Abang nak minum? Iqin ada buat kuih kaswi tadi,” kata Puan Asyiqin.

“Boleh juga. Petang-petang minum kat sini bagus juga. Berangin,” balas Encik Suffian.

Bunyi enjin kenderaan di luar pagar. Berhenti betul-betul di pintu pagar.

“Siapa yang datang tu Sayang?” soal Encik Suffian. Dia sudah bangun dari kerusi yang didudukinya. Kereta Vios putih itu diperhatinya. ‘Seperti pernah lihat kereta ni.’

“Assalamualaikum Pakcik, Makcik,” ucap Rayyan dari luar pagar. Dia datang bersama keluarga kakaknya.

“Waalaikumsalam Fitri. Jemput masuk,” Encik Suffian segera membuka pintu pagar. Puan Asyiqin segera menutup paip air. Laju dia berjalan menyambut tetamu yang datang.

“Apa khabar Pakcik, Makcik,” sapa Farah, kakak kepada Rayyan.

“Alhamdulillah kami baik-baik saja,” jawab Puan Asyiqin menyambut salam yang dihulur Farah. Mereka melagakan pipi.

“Salam Atuk dengan Nenek,” arah Encik Syamsul, suami kepada Farah.

Anak-anak buah Rayyan yang berumur sepuluh dan lapan tahun itu meluru ke arah Encik Suffian dan Puan Asyiqin. Mereka menghulur tangan untuk bersalaman.

“Siapa nama ni?” soal Puan Asyikin.

“Fahim,” jawab anak sulung Farah dan Syamsul sepatah.

“Adik nama apa?” soal Puan Asyiqin kepada anak comel yang sedang bersalam dengannya.

“Sarah.”

Encik Suffian senyum melihat kehadiran Rayyan dan Farah. Sudah besar anak-anak arwah Fandi dan Arwah Syahila. “Jemput masuk, kat dalam boleh kita sembang panjang,” kata Encik Suffian.

Puan Asyiqin berjalan berpimpin tangan dengan Sarah. Farah dan Rayyan berjalan seiring dengan Puan Asyqin. Syamsul sudah ke depan sambil berbual dengan Encik Suffian yang sudah pun sampai di ambang pintu.

Mereka duduk di ruang tamu.

“Masa Fitri bagitau Farah dia jumpa Pakcik dengan Makcik, seronok sangat. Dah bertahun kan tak jumpa,” ujar Farah.

“Itulah saya pun tak sangka. Kenal Een pun through business. Kalau saya tak singgah rumah Pakcik, memang saya tak akan jumpa Pakcik sekeluarga,” luah Rayyan.

“Kecil dunia ni. Berjumpa juga kita. Itulah sayangnya, Pakcik tak dapat jumpa arwah mak dengan ayah kamu,” kata Encik Suffian. Puan Asyiqin mengangguk.

“Berbual ya, Makcik ke dapur sekejab,” Puan Asyiqin bangun ke menuju dapur.

“Sarah nak pegi mana tu?” tegur Syamsul.

“Sarah nak ikut nenek,” jawabnya sambil memandang wajah ibunya.

“Jom ibu teman,” Farah memimpin tangan Sarah menuju ke dapur.

Di dapur Puan Asyiqin mengeluarkan biskut oatmeal lalu di susun ke dalam piring. “Eh Sarah nak tolong nenek ke?” tegur Puan Asyiqin bila Sarah menghampirinya. Sekeping biskut oatmeal dihulur kepada Sarah.

“Makcik buat apa ni, susah-susah je,” Farah sudah pun berdiri di sebelah Puan Asyiqin.

“Tak adalah susah. Semua dah ada ni,” kata Puan Asyiqin. Dia menuju ke peti sejuk lalu dikeluarkan kuih kaswi yang masih berada di dalam loyang. Plastik pembalut lekat dibuka. “Farah tolong Makcik potong kuih ni, Makcik nak buat air.”

“Baik Makcik,” Farah mengambil alih kerja memotong kuih kaswi dan seterusnya di susun ke dalam priring.

“Ibu, meow,” Sarah sudah menghampri sangkar Putih. Putih sudah bangun dan mengiau manja.

“Sarah memang suka kucing Makcik. Pantang nampak,” kata Farah.

“Itu kucing yang  Een jaga. Baru baik. Itu dah semakin baik,” balas Puan Asyiqin.

“Nenek, boleh Sarah main dengan kucing ni?” tanya Sarah memandang wajah Puan Asyiqin. “Nenek kenapa kucing ni tak ada bulu kat sini.”

“Bukalah sangkar tu. Putih namanya,” kata Puan Asyiqin. “Kucing tu sakit. So kena buang bulu kat belakang dia sebab senang nenek letak ubat.”

“Ala kesian kucing ni,” ucap Sarah sambil memeluk Putih. Putih diam sahaja di dalam dukungan Sarah.

“Sarah nanti letak balik kucing tu dalam sangkar ya,” pesan Farah kepada anaknya.

“Ya ibu,” jawab Sarah yang masih membelai Putih.

Puan Asyiqin menyiapkan minuman sejuk. Dulang di rak pinggan diambil. Dia susun gelas dan juga piring-piring kuih dan biskut ke dalam dulang.

“Biar Farah tolong angkat dulang tu,” Farah mengangkat dulang ke depan. “Sarah masukkan Putih dalam sangkar ya. Lepas tu kita ke depan.”

Sarah mendengar kata ibunya. “Bye Putih,” Sarah melambai ke arah Putih.

Puan Asyiqin senyum. Jug berisi air oren dan juga mangkuk berisi air untuk mencuci tangan diangkat sambil mengekori Farah. Sarah turut ikut berjalan ke ruang tamu.

 “Kuih aje ni,” kata Puan Asyiqin.

“Alhamdulillah. Lama saya tak rasa kuih ni Makcik,” kata Rayyan. Kuih traditional Melayu lama.

“Makanlah. Makcik buat tengahari tadi. Kalau ada Een dah habis ni,” kata Puan Asyiqin.

“Sebut Een, mana dia Makcik. Lama Farah tak jumpa dia,” ujar Farah.

“Een tak ada. Dia ke Sungai Besar,” kata Puan Asyiqin.

“Sungai Besar? Ada apa di sana?” tanya Rayyan. “Kalau tak salah kampung Luqman di Sungai Besar.”

“Betullah tu. Parents Haji Luqman mengajak Een ke sana. Dia ke sana dengan Ijan,” kata Encik Suffian.

“Oh ya ke,” Rayyan senyum.

Puan Sofi muncul di ruang tamu. Dia keluar dari bilik apabila terdengar suara ramai orang di luar.

“Kak Ngah kenal lagi tak ni?” tegur Puan Asyiqin.

“Maaflah, Kak Ngah tak cam,” kata Puan Sofi mengamati wajah-wajah tetamu yang bertandang.

“Kak Ngah ingat tak jiran Yan masa duduk di Kampung Pasir, Fandi dengan Syahila. Ni anak-anak mereka berdua. Dah bercucu pun,” Encik Suffian cuba mengembalikan ingatan Puan Sofi.

“Ya Allah. Dah besar. Tak kenal dah Mak Ngah. Fitri kan? Kawan baik si Een kecil-kecil dulu. Ini Farah ya,” Puan Sofi bersalaman dengan Farah. Fahim dan Sarah juga menghulur tangan mereka bersalaman dengan Puan Sofi.

“Betul Mak Ngah. Ni Farah. Yang sebelah Farah ni suami Farah, Syamsul. Ha yang kat sebelah Pakcik tu Fitri,” Farah memperkenalkan dirinya serta ahli keluarganya. “Yang comel ni Sarah dengan abangnya, Fahim.”

“Sarah mari duduk dekat nenek,” panggil Puan Sofi. Sarah malu-malu mendekati Puan Sofi.

“Kejab Iqin ke dapur ambil satu lagi cawan,” kata Puan Asyiqin.

“Mak Ngah apa khabar?” sapa Rayyan.

“Alhamdulillah. Sihat orang tua,” balas Puan Sofi. “Mak Ayah apa khabar?”

“Mak dengan Abah dah meninggal,” kata Rayyan sambil memandang kakaknya, Farah.

“Oh maafkan Makcik,” ucap Puan Sofi.

“Tak apa Makcik. Dah enam tahun mereka pergi,” kata Rayyan.

“Jemputlah makan kuih tu Syamsul,” kata Encik Suffian mengubah topik perbualan. “Kerja di mana?”

“Saya kerja di TNB Bangsar,” jawab Syamsul.

“Dah berapa lama kat sana?” soal Encik Suffian.

“Alhamdulillah tahun ni genap 10 tahun dengan TNB. Saya di Bahagian Kewangan,” Syamsul senyum.

“Lama juga tu. Baguslah,” balas Encik Suffian.

“Makan malam ni sini ya,” Puan Asyiqin memberi usul.

“Elok juga tu. Makan beramai-ramai seronok juga,” sambung Encik Suffian.

“Tak apalah Pakcik, Makcik. Buat susah-susah saja. Kami datang nak berziarah,” ucap Syamsul.

“Apa susahnya. Masak untuk makan malam sekejab je, kan Farah,” kata Puan Asyiqin. Farah senyum.

“Kalau dah gitu kata Makcik, Farah boleh tolong Makcik masak kejab lagi,” janji Farah.

Syamsul akur apabila Encik Suffian dan Puan Asyiqin bersungguh mahu mereka makan malam di situ. Musuh jangan dicari, rezeki jangan ditolak.

*******

“Assalamualaikum Luq,” sapa Rayyan di hujung talian.

“Waalaikumsalam Rayyan,” balas Luqman.

“Seronok balik kampung?” soal Rayyan. Dia sudah mengukir senyum.

“Mestilah. Balik kampung kan,” kata Luqman.

“Kau balik kampung tak ajak aku pun,” ucap Rayyan mahu mengusik Luqman. “Sha dengan Ijan kau ajak, aku?”

Luqman senyum. Walau pun Rayyan tidak nampak, dia tetap mengukir senyum. “Bukan tak nak ajak, tapi ni parents aku punya rancangan. Aku pun tak plan sebenarnya nak ajak Sha dengan Ijan tu. Sorry la buddy.”

“Aku tanya sikit boleh?” Rayyan menunggu jawaban Luqman.

“Tanyalah,” balas Luqman

Rayyan mencari kata-kata yang sesuai. Dia mahu semuanya berjalan dengan baik. “Macam mana keadaan Ijan?”

“Aku tengok dia ok saja. Kenapa? Kau rindu dia ya,” tebak Luqman.

“Rindulah. Hampir dua minggu juga kan dia di kampung. Dia balik sini, dah kau pula ajak dia balik kampung kau. Aku tak sempat jumpa dia. Lagi pun ada perkara yang aku nak bincang dengan dia Luq,” ucap Rayyan.

Luqman sudah tahu apa yang ingin Rayyan bincangkan dengan Afzan. Lamaran Rayyan yang masih belum dijawab oleh Afzan. Dia tidak mahu masuk campur hal itu. Biarlah Afzan membuat keputusannya sendiri. Keputusan dari hati. Ikhlas dan bukan dipaksa atau rasa terpaksa.

“Rayyan macam mana kau tau Ijan ada kat sini,” tanya Luqman.

“Petang tadi kakak aku nak jengguk parents Sha. Menyambung silaturrahim katanya. Kau pun tahu kan dulu kita orang duduk berjiran. Then bila abah aku kena transfer, so terputus hubungan. So ni bila dah jumpa balik eloklah pergi ziarah mereka," ujar Rayyan. "Aku tau pun sebab parents Sha yang cakap. So bila kau balik sini.”

“Insya Allah pagi esok. Aku balik bertiga la dengan Sha dan Afzan. Parents aku nak stay lama sikit di kampung. Balik sini lama-lama sekali. So bila dah ada kat sini, mereka nak spend more time dengan Tokki dan Opah. Esok aku masuk office sebelah petang ya,” kata Luqman.

“Ok. Luq hati-hati drive. Kau bawa dua orang anak dara orang tu,” Rayyan memberi pesanan.

Luqman sudah ketawa. “Yalah. Aku ingat.”

“Eh Luq ada Hadif call kau?” tanya Rayyan.

“Ada. Dia tanya pasal travelling backpacker tu. Jadi ke tak?” kata Luqman.

“Ha itu la. Hadif ada juga tanya aku hal tu. Macam mana jadi ke plan kau tu Luq. Travel entire Spain,” soal Rayyan.

“Plan aku kalau tahun ni nama aku tak naik untuk tugas sebagai mutawwif tu, insya Allah plan tu on macam yang aku bagi tau kau. If not then aku akan postpone sampai lepas musim haji. May be dalam bulan November,” balas Luqman.

“Kau tak nak ajak Sha ke Luq,” soal Rayyan lagi.

“Hmm tengok macam mana. Lagi pun aku risau la nak bawa anak gadis orang jalan jauh macam tu. Apa-apa hal kena bincang dengan Abi Sha dulu. Tak berani aku nak buat keputusan sendiri,” luah Luqman.

Rayyan setuju dengan kata-kata Luqman. Betul juga tu. Apa-apa nanti tanggungjawab terletak di bahu mereka untuk menjaga keselamatan Shaheen serta Afzan jika mereka turut serta dalam jelajah ke seluruh Sepanyol seperti yang dirancang bersama Luqman.

“Lama kan tak hang out dengan Hadif,” ujar Rayyan.

“Yup. Last kita jumpa dia masa birthday party Irfan dan Imran kan. Lepas tu contact through phone je. Nanti cuba kau call dia. Set time, we go for lunch may be,” usul Luqman. “Kalau dia nak bring along anak-anak and wife dia pun ok.”

“Ok la Luq, sampaikan salam aku pada semua. Esok ingat pandu hati-hati. Good night buddy. Assalamualaikum,” ucap Rayyan.

“Insya Allah. Thanks Rayyan, I will. Good night and waalaikumsalam,” balas Luqman menamatkan perbualan mereka.

5 comments:

  1. assalamualaikum, first best......kalau boleh santaikan lagi dialog kak biar lebih menarik

    (ecececeh, tegur orang, hang punye story bkn baguih sangat lg) hehehehe

    pendapat weeda je kak...ada typo...best :)

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam nurul...tq so much menyokong Kasihmu. Teguran nurul tu akan akak ambil perhatian... Kaau nurul tak tegur tentu akak tak perasan kelemahan atau kelebihan yang ada..akan diperbaiki lagi pada masa hadapan.. <3

    ReplyDelete
  3. bila nak ada bab 45..(-: tak sabar nak tau.. kisah sha, luq, afzan n rayyan seterusnya

    ReplyDelete
  4. Maaf buat awak tertunggu-tunggu. Kasihmu 45 dalam editting lagi.. insya Allah akan Sha post sehari dua ni...

    terima kasih kerana mengikuti kisah Kasihmu... ;)

    ReplyDelete

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim