02 October 2013

Keabadian Cinta

“Shakirana masuk bilik saya,” arah Puan Hani.

Shakirana yang sedang menaip laporan aktiviti yang telah dianjurkan oleh syarikatnya sepanjang suku tahun pertama berhenti menaip. Segera kerja-kerja yang ditaip disimpan. ‘Sekejab lagi sambung ya Kira,’ Shakirana mencapai buku nota kecilnya serta sebatang pen lalu berjalan ke bilik Puan Hani.

Pintu yang sedia terbuka diketuk. Puan Hani menggangkat kepala. Tangannya mengamit Shakirana agar masuk.

“Ya Puan,” sapa Shakirana.

“Petang ni I nak minta you attend perbincangan kerjasama dengan pegawai PDRM bagi pihak I, boleh? I kena attend urgent meeting.” Puan Hani memandang tepat ke wajah Shakirana.

“Pejabat Polis ke Puan Hani? Kira takut la. Pak polisi ni garang-garang. Tak ada orang lain ke Puan?” Shakirana mencari alasan agar dia dikecualikan daripada tugasan yang diminta oleh Puan Hani.


“Staf yang lain dah ada comitment lain. Setahu saya awak sedang uruskan program team building untuk Unit Kewangan kan. Program tu masih stage awal kan. So boleh ya Kirana,” pujuk Puan Hani.

“Baiklah Puan,” ujar Shakirana dengan senyum dalam terpaksa.

Puan Hani tersenyum lega. “Ini fail perbincangan I dengan pihak PDRM. You jumpa dengan Tuan Razzif dari Special Task Force Unit. All information is in this file ok,” Puan Hani menyerahkan sebuah fail biru kepada Shakirana.

Shakirana sudah berasa gerun mendengar sahaja nama unit yang terlibat. Dia berusaha menjadi lebih positif untuk menghadapi tugasan yang diberi.

*******

“Tuan Razzif, wakil dari Sunshine Resources dah sampai. Boleh saya bawa dia masuk?” tanya Encik Adiwira, pembantu peribadi Tuan Razzif.

Yes sure. Adi tolong bawakan fail perbincangan saya dengan Sunshine Resources. Thanks Adi,” balas Tuan Razzif sambil mencatitkan sesuatu di dalam kertas di hadapannya.

“Assalamualaikum,” sapa seorang gadis kecil molek sambil melangkah masuk ke ruangan kerja Razzif.

Razzif mengangkat muka. “Waalaikumsalam, have a seat, err Puan..” kata-kata Razzif tergantung di situ.

“Cik Shakirana.”

“Hmm Cik Shakirana. Shall i call you Cik Sha?” tanya Razzif sambil memandang tepat ke wajah Shakirana.

Yes sure. Saya wakilkan Puan Hani. Beliau tak dapat hadir. Ada urgent matter di pejabat,” Shakirana menerangkan mengapa dia berada di situ.

Shakirana sudah terdiam. Terasa sepasang mata di hadapannya sedang ralit menatap wajahnya. Saat dia bertembung mata dengan lelaki di hadapannya terasa dadanya dilanda getaran yang tidak dia fahami. Dia tidak mampu bertahan lama menentang sepasang mata milik Razzif. Pandangannya ditekur ke fail biru di tangan.

“Tuan..Tuan Razzif,” panggil Shakirana.

Suara Shakirana terasa seperti irama yang mengasyikkan di halwa telinga Razzif. Dia terpesona. Wajah di hadapannya ditatap lama.

Shakirana sudah tidak selesa. Lelaki yang segak dengan pakaian seragam Polis DiRaja Malaysia (PDRM) senyum memerhati reaksi malu-malu Shakirana. Wajah bujur sirih itu sungguh membuatnya terpaku. Sungguh indah ciptaan Ilahi. Teringat dia satu ungkapan ‘Seindah-indah hiasan itu adalah wanita solehah.’

“Tuan ini fail yang tuan minta,” kemunculan Adiwira sangat disyukuri oleh Shakirana. Suasana bisu sebentar tadi berjaya diakhiri.

Thanks Adi,” ucap Razzif. Wajahnya sengaja dibuat serius. Tanda dia mahu Adiwira beredar dari situ.

“Oh. Jika tuan perlu apa-apa lagi saya ada di luar,” Adiwira segera beredar bila menyedari isyarat yang diberikan oleh Razzif tadi.

Shakirana kembali resah ditinggalkan berdua dengan Tuan Razzif. ‘Bagaimana nak bincang ni kalau dia asyik menilik muka aku,’ guman Shakirana.

“Tuan boleh kita bincangkan kursus yang bos saya bincangkan dengan tuan sebelum ni.”

Razzif kembali berwajah serius. Tiada lagi senyuman terukir di wajahnya. Begitulah Razzif bila melibatkan soal kerja, segalanya diberi perhatian sepenuhnya.

“Puan Hani ada maklumkan pada saya yang dia mahu dapatkan khidmat perunding dari PDRM untuk kursus yang melibatkan hal-hal berkaitan keselamatan dan jenayah. Pihak PDRM sebetulnya mengalu-alukan orang awam datang untuk mendapatkan khidmat nasihat dari kami. Tetapi jika bertindak sebagai konsultan tetap di sesebuah organisasi swasta ianya menjadi satu halangan buat kami. Kami menjalankan tugas-tugas kami tanpa terikat dengan mana-mana pihak,” Razzif membuka mudimah perbincangan mereka.

Shakirana mengangguk sambil mencatat sesuatu di buku notanya. Pena berdakwat merah jambu menjadi pilihannya. “Jadi apa cadangan tuan,” Shakirana bertanya.

Razzif mengurut dagunya yang sedikit berlekuk. “Begini la Cik Sha, saya sarankan jika Puan Hani mahukan khidmat perunding dari PDRM, jemputan boleh dibuat atas dasar one-off. Insya Allah jika bersesuaian dengan topik yang diminta dan memang bidang kepakaran kami, pihak PDRM tiada halangan untuk penuhi jemputan tersebut.”

“Buat masa ini terdapat beberapa kursus yang akan kami anjurkan atas permintaan daripada sebuah IPTA yang topiknya menjurus kepada isu keselamatan dan jenayah di Malaysia. Memandangkan pihak kami tiada kepakaran tersebut, jadi besarlah harapan kami agar dapat bekerjasama dengan pihak PDRM bagi menjayakan program tersebut,” Shakirana menyampaikan maksud kedatangannya pada petang itu.

Razzif melihat usaha Sunshine Resources untuk bekerjasama dengan pihak PDRM adalah satu langkah yang baik. Kerjasama seperti ini akan membina hubungan erat di antara orang awam dan pihak polis.

“Bila program ini dijangka akan dilaksanakan,” tanya Razzif.

“Sekitar bulan Jun nanti. Kira-kira dua bulan dari sekarang,” jawab Shakirana tanpa memandang wajah Razzif. Matanya lebih banyak dilabuhkan ke buku notanya.

Razzif senyum sahaja melihat gadis di depan mata. Pemalu orangnya. Namun dia yakin gadis itu punya aura tersendiri yang mampu membuatnya memandang tanpa jemu. Wajah yang sedap mata memandang. Di fikirannya sudah terangka bagaimana mahu mengenali gadis itu lebih dekat. Namun semuanya tersangkut di kerongkong. Terasa sukar meluahkan kata hatinya. Bila tiba kepada soal hati, Razzif tergolong dalam kategori lelaki pemalu. Getaran luar biasa menjalar ke sanubarinya dibiarkan bersarang sementara dia memberi tumpuan kepada perbincangan penting ketika itu.

“Topik?” soal Razzif.

“Topik yang diminta berkaitan Pencegahan Jenayah Terhadap Wanita dan demo cara-cara mempertahankan diri daripada serangan penjenayah. Program ni, sasaran peserta adalah pelajar perempuan di IPTA tersebut. Bilangan yang dijangka terlibat hampir 500 orang. Mungkin juga akan dibuka kepada staf wanita di IPTA yang berkenaan. Selain itu ada juga permintaan untuk isu gangguan seksual di tempat kerja, panduan keselamatan jalan raya serta gangsterism.” Shakirana menyenaraikan beberapa isu yang menjadi perhatian ketika ini

Razzif angguk. Dia sedia maklum program seperti itu banyak dikendalikan oleh ASP Foo Chek Seng ASP Pusat Media, Bukit Aman. Namun permintaan dari rakan lamanya Hani tidak dapat ditolak begitu sahaja.

“Saya rasa tiada masalah. Cuma kes ni saya terpaksa serahkan pada ASP Foo. Beliau lebih pakar dalam hal ni. He actively involved in giving public talk on road safety, crime prevention and parenting issues. He attended many seminars, workshop, forums and also a spokeperson on TV. So he is the right person for your programme Cik Sha,” Razzif menyuarakan pendapatnya.

“Tuan Razzif tak terlibat dalam program seperti ASP Foo?” tanya Shakirana ingin tahu.

Razzif senyum. “Rescue operation.”

“Menyelamat? Macam bomba je,” tanya Shakirana.

Razzif senyum. “Cik Sha, ya sort of,  yet it is more on complicated cases.”

“Oh,” itu sahaja yang meletus keluar dari bibir Shakirana.

“Cik Sha please inform Puan Hani yang ASP Foo is also capable in handling motivation workshops and team building programmes for school leaders. He also covers topic on facing vandalism, drugs abuse, illegal racing and exam preparation.”

“Oh ya. Hmm meaning I have to contact him?”

No worry Cik Sha. I’ll do it for you. May i have your email or phone number may be. So that saya boleh update Cik Sha nanti,” pinta Razzif.

“Ini kad saya. Email address dan juga my phone number dalam tu. So apa-apa Tuan Razzif hubungi saya ok,” kata Shakirana sambil menghulurkan kad namanya. Razzif menyambutnya dengan senang hati.

“Tunggu email saya,” kata Razzif.

Shakirana angguk. “Ok saya harap perkara ni akan bring out good news ya. Saya tunggu update dari Tuan Razzif,” ucap Shakirana sambil bangun. “I have to go now. Hope to hear from you soon.

Razzif juga bangun sambil mengiringi Shakirana menuju ke pintu. ‘Hmm tak la tinggi orangnya,’ guman Raziff di dalam hati bila dia mengukur ketinggian Shakirana yang hanya separas bahunya sahaja.

“Saya pergi dulu. Terima kasih dan assalamualaikum,” ucap Shakirana berlalu keluar dari ruangan kerja Razzif.

“Ok sama-sama. Waalaikumsalam. Hati-hati di jalan raya,” balas Razzif.

Shakirana memusing ke belakang sambil tersenyum dan melambaikan tangan ke arah Razzif.

*******

From:Razzif<razzif@yahoo.com>;
To: kirana@gmail.com
Subject: Program PencegahanJenayah
Sent: Mon, Apr 22, 2013 1:30:08 PM

Asalamualaikum Cik Sha, 

Seperti yang saya janjikan tempoh hari, saya dah pun hubungi ASP Foo.Beliau tiada halangan untuk terlibat di dalam program yang akan Cik Sha laksanakan tu. Satu je permintaan beliau. Mohon Cik Sha sediakan surat rasmi dan majukan ke Pusat Media, Bukit Aman.

Itu sahaja buat masa ini .TC.

Regards,
Razzif

Shakirana senang hati menerima maklum balas daripada Tuan Razzif. Pagi tadi Puan Hani dah pun bertanya perkembangan perbincangan di antara dia dan Tuan Razzif tempoh hari. Senyum terukir di bibir. Teringat dia akan lelaki bernama Razzif. Orangnya nampak seperti sombong dengan raut wajah yang sedikit serius. Namun sesekali bila senyuman terukir di bibir lelaki itu, Shakirana senyum sendiri. ‘Kira tak senonoh betul. Sempat lagi perhatikan anak teruna idaman Malaya itu,’ usikan nakal terbit dari hati Shakirana. Rasa malu mula bertandang.

“Kira awat dok senyum ni. Ada urat senyum yang longgaq ka?” usik Luqman yang tiba-tiba sahaja berada di sisi meja Shakirana.

“Kus semangat. Luq awak ni buat Kira terperanjat je,” ucap Shakirana sambil mengurut dada.

“Berangan yer. Aku tengok hang dok senyum, tu dia baik punya. Aku dok gawang tangan kat hang pun hang tak layan. Apa cer?” Luqman yang berpewatakan sedikit lembut itu sudah melabuhkan punggung di kerusi berdekatan Shakirana.

“Mana ada. Awak salah tengok agaknya. Awak kan rabun,” Shakirana cuba menafikan kata-kata Luqman tadi.

“Ha la tu. Rabun sangat kan sampai aku dah depan hang pun, dok senyum tak habih lagi,” sanggah Luqman.

Shakirana sudah malas mahu memanjang-manjangkan kisah itu. “Awak dari mana ni?” tanya Shakirana mengubah topik perbualan.

“Dari kafe la. Mamam you,” jawab Luqman sambil membuat isyarat makan dengan tangan kanannya.

“Oh pegi makan tak ajak ya. Merajuk la gini,” Shakirana pura-pura berkecil hati demi mengalih tumpuan Luqman dari mencungkil sebab dia tersenyum tadi.

“Aku dari training room tadi. Baru habis morning session. Petang nanti sambung lagi. Then aku pegi kafe la cari my favourite chocolate muffin. This is for you,” hulur Luqman kepada Shakirana.

“Oh so sweet. Thanks Luq. Kau memang my best buddy tau,” ucap Shakirana.

“Mesti la aku ingat kat hang. Dari tadi hang dok melekat kat depan komputer ni apa cer? Mesti belum minum pagi kan,” tebak Luqman.

Shakirana hanya menggangguk. “Aku sibuk sikit la. Ni laporan suku tahun aktiviti tahun ni. Sepatutnya dah siap. Tapi Puan Hani minta aku ganti dia pegi jumpa pak polisi pulak. Sib baik handsome,” luah Shakirana. Chocolate muffin sudah digigit sedikit. Terasa keenakan coklat yang tersalut memenuhi permukaan mufin perisa coklat itu.

“Hah! Abang handsome. Eh..Kira story la. Apa cer?” pinta Luqman dengat semangat terujanya.

Sedang mahu Shakirana bercerita, terdengar Puan Hani memanggil namanya.

“Luq sorry. Next time aku cerita ya,” Shakirana lantas bangun menuju ke bilik Puan Hani. ‘Selamat aku,’ getus Shakirana mengurut dada.

*******

“Ya Puan Hani,” sapa Shakirana setelah duduk.

Puan Hani senyum memandang Shakirana. Melihat Shakirana dia teringat permintaan seorang rakan lama. “Kira hari ni awak tak ada apa-apa appointment kan?” tanya Puan Hani.

Shakirana sekadar mengangguk.

“I baru dapat call from a client. Unfortunately I can’t entertain this client. Will you be there on my behalf?”pinta Puan Hani.

“Ok,” ringkas sahaja jawapan Shakirana.

Puan Hani menulis sesuatu di atas post-it-note lalu diserahkan kepada Shakirana. “Ni tempatnya.”

“Puan betul ke kat sini?” tanya Shakirana sebaik sahaja matanya tertancap pada tulisan Puan Hani tadi.

Anggukan kecil Puan Hani mengesahkan pertanyaan Shakirana. “Ok I’ll be there.”

‘Sekarang dah pukul sepuluh. Ada dua jam sebelum pertemuan tu. Hope jalan clear la. Tak suka lewat bila kena jumpa client,’ Shakirana mengomel sendirian sewaktu melewati meja kerjanya. Tas tangan dicapai. Kunci kereta dikeluarkan. Post-it-note tadi dimasukkan ke dalan ruangan berzip tas tangannya.

Old Town Coffee, Giant Nilai, Negeri Sembilan, here I come,’ Shakirana melangkah laju ke tempat letak kereta.

*******

Shakirana memandu dengan kelajuan maksima di lebuhraya menghala ke selatan. Lebuhraya yang sedikit lengang melegakannya. Lagu Aishiteru dendangan Zivilia Band sedang berkumandang saat Shakirana memutarkan Radio Era. Lantas punat radio dikuatkan. Shakirana menyanyi-nyanyi kecil.

Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
Saat ku harus bersabar dan terus bersabar
Menantikan kehadiran dirimu
Entah sampai kapan aku harus menunggu


Sewaktu melepasi simpang susur ke Kajang, sebuah kenderaan Toyota Vios menghimpit keretanya yang berada di laluan tengah dengan kelajuan 110km per jam. Shaheen terkejut lalu menekan hon kenderaan sebanyak dua kali. Mulutnya terkumat-kamit memarahi pemandu yang cuai tadi. Dari cermin sisinya, dia nampak pemandu kenderaan tersebut. ‘Huh! Perempuan rupanya,’ dengus Shakirana sedikit geram.

Shaheen kembali menyanyi kecil bagi meredakan rasa geram yang bertandang. Lagu Aishiteru itu sangat digemarinya sejak dari pertama kali lagu itu didengarinya. Sambil menyanyi Shakirana menjeling ketiga-tiga cermin bagi memastikan dia berada dalam keadaan selamat di atas jalan raya

Sesuatu yang sangat sulit tuk ku jalani
Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
Kadang ku berpikir cari penggantimu
Saat kau jauh di sana


Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan a a a aku


Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan a a ai aishiteru


Gelisah sesaat saja tiada kabarmu ku curiga
Entah penantianku takkan sia-sia
Dan berikan satu jawaban pasti
Entah sampai kapan aku harus bertahan


Saat kau jauh di sana rasa cemburu
Merasuk ke dalam pikiranku melayang
Tak tentu arah tentang dirimu
Apakah sama yang kau rasakan


Satu sendiri pikiran melayang terbang
Perasaan resah gelisah
Jalani kenyataan hidup tanpa gairah
Oo.. uoo.. lupakan segala obsesi dan ambisimu
Akhiri semuanya cukup sampai di sini
Dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
Ku mohon kau kembali


Kimita tuokukitemo
Kiminoi shuaguaratala
Shiniteruyo shiniteruyo


Wo wo wo.. a a ai aishiteru

‘Ok masuk exit ni. Lepas ni gerak sampai Nilai New Town. Mana pulak sign board Alson Klana Hotel ni. Ha ok dah jumpa. Next land mark KFC. Ok dah nampak.’ Shakirana bermonolog seorang diri.

Shakirana memperlahankan kenderaan. Bimbang jika terlepas jalan. Terpaksa berpusing semula. Dia dahlah mengejar masa. Sebaik Shakirana ternampak papan tanda Old Town Coffee yang terletak di sebelah kanan di hujung jalan, dia senyum. Matanya memerhati kiri dan kanan mencari ruang pakir. Mujur ada sebuah kenderaan mahu keluar dari petak pakir betul-betul di hadapan Old Town Coffee. Kereta diberhentikan dengan isyarat kanan diberi, tanda dia mahu ke kanan terus memasuki pakir. Dia berhati-hati memasuki tempat meletak kenderaan sementelah terdapat pasu berdekatan di sebelah kirinya.

‘Tit..tit,’ bunyi pengera kereta Shakirana. Dia melangkah masuk ke dalam Old Town Coffee sebaik benar-benar yakin kereta telah dikunci. Matanya mencari-cari client yang dimaksudkan oleh Puan Hani.

Kata-kata Puan Hani melintas di mindanya, “Client tu pakai baju-T ‘glock’ dan jeans. Serba hitam.”

‘Mana la bad boy ni duduk,’ guman Shakirana. Matanya liar mencari client yang dimaksudkan oleh Puan Hani.

“Cik Sha,” sapa pelayan Old Town Coffee.

“Ya saya.”

This way please,” arah pelayan tinggi lampai itu.

Kehadiran Shakirana telah berjaya dikesan. Jadi dia meminta pelayan tinggi lampai tadi menjemput Shaheen ke meja nombor 15 yang berada di sebalik pokok palma.

Shakirana tiba di meja nombor 15. ‘Table for two.’

Assalamualaikum,” sapa Shakirana kepada client yang terselindung di sebalik surat khabar yang menutupi keseluruhan mukanya. Shakirana masih berdiri sewaktu salamnya dijawab. ‘Suara itu. Seperti pernah dengar,’ getus Shakirana.

Shakirana terdengar suara itu mengarahkannya duduk. Dia lantas duduk. Komputer riba diletakkan di atas meja. Dia cuba mengintai di sebalik surat khabar. Namun hampa.

“Kenapa lambat? Tak elok biarkan client tunggu awak,” kedengaran suara itu lagi.

Shakirana melirik ke arah lengan kanannya. Jam menunjukkan ke pukul 11.50 pagi. Masih ada 10 minit. Rasa geram mula berkumpul di dada. “Janji pukul 12 kan. Saya ada 10 minit lagi sebelum waktunya,” Shakirana bersuara membela diri. Geram pula bila dirasakan seolah-olah dia bercakap dengan sebongkah batu.

Pemilik suara yang duduk bertentangan dengan Shakirana menyelak halaman surat khabar di tangan. Shakirana cuba melihat wajah pemilik suara misteri itu. Tidak berjaya.

“Kita bincang di YM saja. I tak suka bising-bising. You bawa laptop?” tanya suara misteri itu.

“Hmm ya ada,” mujur Shaheen membawa sama komputer ribanya selepas diingatkan oleh Puan Hani sebelum dia bertolak tadi. Kalau tidak masak dia mahu menjawab dengan suara misteri ini. Dahinya sudah berkerut. Tertanya-tanya siapakah gerangan suara di sebalik ‘koran’ ini.

“Ok saya dah on YM saya. Boleh beri id YM anda,” pinta Shakirana menahan rasa geram yang semakin memuncak.

‘badboy@ rocketmail.com

Sebaik id nya diberikan kepada Shakirana dia menahan tawa di balik surat khabar. Tanda puas mengenakan Shakirana ketika itu.

‘Badboy.’ Shakirana terdiam. Tidak terduga dia. Nama yang dia panggil untuk client Puan Hani rupanya sama dengan id emel client itu.

Butang Contact ditekan. Terpapar drop-down menu. Shakirana memilih Add a Contact. Lalu terpapar pop-up menu Add to Messenger List. Shakirana menaip alamat emel yang diberikan ke dalam ruangan Enter a Messenger ID or email address. Seterusnya Shakirana menekan 2 kali butang Next. Akhir sekali butang Finish ditekan. Dia menunggu.

badboy@ rocketmail.com has been added to your Messenger List and Address Book, pending his or her response to your request.

Sebaik sahaja permohonannya telah diterima, terdapat nyalaan berkelip di sudut bawah komputer ribanya. Satu kotak terpapar di layar monitor dengan mesej berbunyi:

badboy: Salam...walau apa jadi lepas ni...please jgn bersuara...just taip

Berkerut dahi Shakirana membaca mesej yang terpapar. Dia semakin hilang sabar.

badboy: hi..saya razzif

Sebaik sahaja mesej itu masuk ke YM Shakirana, Razzif menurunkan surat khabar yang dipegangnya. Dilipat kemas lalu diletak di atas meja. Bibirnya menguntum senyum. Puas. Sambil senyum, Razzif membawa jari telunjuknya ke tengah bibir. Isyarat agar Shakirana tidak bersuara. Dia perasan Shakirana sudah terkejut besar waktu dia menurunkan surat khabar tadi.

“Tuan Razzif!”

Shakirana terpempan. Tidak langsung terjangka di mindanya bahawa suara misteri itu milik Tuan Razzif. Mulanya sudah terlintas suara itu milik Tuan Razzif. Namun cepat-cepat diusir telahan yang dibuat bila mengingatkan Tuan Razzif pasti sibuk di pejabat.

Bila sahaja matanya menangkap susuk tubuh Tuan Razzif di situ, rasa geram, marah serta malu bercampur baur. Apa harus dia buat sekarang. Pergi meninggalkan Tuan Razzif begitu sahaja. Tunggu penjelasan daripada Tuan Razzif. ‘Ya aku harus dengar dahulu penjelasannya sebelum aku mengambil sebarang keputusan,’ Shakirana menyabarkan hatinya yang sudah tidak keruan. Wajahnya sudah ditekur ke lantai. Renungan tajam Tuan Raziff tidak mampu dia lawan.

‘Pop’ Bunyi isyarat ada mesej masuk ke dalam YM Shakirana. Bertalu-talu. Shakirana membaca satu persatu mesej yang terpapar.

badboy: sha maafkan saya

badboy: mungkin saya keterlaluan..ini saja cara yg saya ada...sebenarnya saya ni pemalu

badboy: n please jgn salahkan puan hani ye

Shakirana menjeling Razzif yang duduk di hadapannya. Baru sahaja dia mahu membuka mulut, dia melihat Razzif menunjuk ke arah komputer ribanya. Menyuruhnya menaip di situ.

Razzif menunggu Shakirana membalas YM. Dia pasrah menunggu reaksi Shakirana. Lama baru dilihat gadis itu menaip sesuatu.

kirana: y u do this 2 me?

Sekali lagi Shakirana menjeling Razzif. Wajah Shakirana yang serius itu tetap menarik pada pandangan Razzif. Ayat yang telah disusun sebentar tadi hilang entah ke mana.

badboy: razzif  ermm...sebenarnya i suka kat u

badboy: jika i call..maybe u kata i gila...so ni saja cara yg i terfikir

kirana: apa hubungan u dengan pn hani, bos i?

badboy: memang betul pn hani tu kawan lama i...so i minta tolong dialah

badboy : please maafkan i k

badboy: kami kawan lama 1 sekolah..dia senior i

kirana: apa kaitan dengan i?

badboy: dgn u...i tertarik pada u..dan ingin berkenalan dgn u...adakah u sudi, jika tidak...just maafkan i

kirana: kenapa u tak cakap je terus terang... kenapa perlu buat semua ni.

badboy: sebb i malu..malu klu u tak sudi

badboy: apa2 pun sudi ke u maafkan i terlebih dulu? pleaseee sha maafkan i..

kirana: i boleh maafkn u..just kenapa perlu buat semua ni...

kirana: razzif i simple sahaja orgnya.. i tak marah sebenarnya. tapi i rasa tertipu bila i kena drive jauh2 macam ni..& then, this is what i get..

badboy : i buat semua ni sebab i tgh perhati sesuatu dalam cermin di seblah kiri u

Shakirana menoleh ke kiri. Tiada apa di sana. Hanya sebuah cermin besar. Di situ imej dirinya jelas terpapar.

kirana: kenapa dengan cemin tu??

badboy: ia mmg cermin. cermin memantulkan imej seorang gadis. gadis yg berjaya menawan hati i..sgt cantik di mata i. ikhlas...i cintakan gadis di dalam cermin tu....sudikah gadis itu terima cinta i?

Seperti  ada satu gelombang yang bergetar di sekeliling Shakirana saat dia membaca mesej YM yang dihantar oleh Razzif. Dia bagai jatuh cinta kali kedua dengan  Razzif.

Shakirana sudah terkedu. Debaran di dadanya semakin menyesakkan. Dia pandang Razzif dengan wajah seperti tidak percaya. Rasa marah yang meluap tadi segera menyusut. Sebaliknya rasa bahagia menyelinap masuk ke sudut hatinya. Tanpa sedar Shakirana mengukir senyuman. Shakirana menahan debar di dada. Ringan sahaja tangannya mahu menaip ‘yes i do’

badboy : shakirana...sudikah awak menerima cinta dari razzif?

badboy : sha..saya perlukan jawapan..jgn la hanya diam

badboy: ok lah klu u diam..i kira u tak sudi.

“Awak..” Shakirana sudah panik bila membaca mesej terakhir dari Razzif. Shakirana melihat Razzif menunjukkan isyarat menaip.

badboy: hmm u senyum adakah itu tanda "yes"

badboy: sha?

kirana: yes i do..razzif. i juga maaf kn u..

Shakirana berusaha menentang renungan Razzif. Riak gembira terlakar di wajah Razzif.

badboy: yes3...tq sha..seblom tu blh kita order...u nak mkn apa...just taip

kirana: i tak rasa nak makan..i masih terkejut dengan lamaran u tadi....

Razzif memetik jari tanda memanggil pelayan. Berlari-lari anak pelayan itu datang ke meja Razzif. Tadi tidak berani hampir kerana Razzif sudah pun menginggatkan agar mereka tidak diganggu sehingga dipanggil.

badboy : ok klu tak nak mkn ...oder minom utk hilangkan shock u...boleh?

Shakirana angguk.

kirana: u la order kan air untuk i..i dah x terfikir nak minum rite now...

Can i take your order now sir?” ucap pelayan tinggi lampai tadi.

Razzif membuat pesanan dengan perlahan-lahan memusingkan screen komputer ribanya kepada si pelayan dengan tujuan untuk memesan makanan dan minuman.

1 set oldtown special and 2 fresh orange

Pelayan Old Town Coffee membuat isyarat ‘good’ dengan ibu jarinya tanda faham. Shakirana memerhati sambil tertawa kecil. ‘Kelakar juga abang polis ni.’

Sedari awal kehadiran Shakirana, semua pelanggan di situ hanya memerhati pasangan yang dilihat tidak bercakap walau sepatah. Diam seribu bahasa. Hanya jari yg menaip serta bahasa badan sahaja sebagai medium komunikasi. ‘Bisu agaknya pasangan ni. Hmm kasihannya,” bisik mereka sesama sendiri.

Sementara menunggu hidangan mereka sampai, Shakirana menaip lagi di keyboardnya.

Razzif sudah senyum.

kirana: Sampai bila kena silent date ni razzif?

Shakirana mengangkat kening. Pantas Razzif menjawab melalui YMnya,

badboy: sampai selesai...i nak u kenang hari ini hari special kita

kirana: semua customer dah pandang kita tu...mesti mereka fikir you dgn i ni OKU sorang pekak sorang bisu..

badboy: ada i kesah?

badboy: yang bahagia kita bukan dia org

kirana: ya ini adalah date paling manis utk i kenang sampai akhir hayat i.

kirana: razzif terima kasih

badboy: sama2....tapi untuk apa sha?

kirana: terima kasih untuk kenangan ni

kirana: terima kasih juga kerana sudi meletakkan i di satu sudut istimewa di dalam hati u

badboy: terima kasih juga sbb u sudi terima i

kirana: razzif, hati i dah terbuka untuk u sejak pertama kali i jumpa u

Razzif hampir menjerit suka. Namun dikawal rasa gembiranya.

Shakirana sudah tunduk memandang lantai. Perasaan malu menjalar bila dia membuat pengakuan itu.

badboy: alhamdulillah..i tidak bertepuk sebelah tgn rupanya..

badboy: sorry i terpaksa buat mcm ini

kirana: it’s ok razzif. kalau u tak buat macam ni mungkin i sendiri tak akan ada kekuatan untuk meluahkan isi hati i pada u.

kirana: cinta yang dipendam itu bukan cinta namanya

badboy: klu bukan cinta...apa dia sha?

kirana: hanya impian

Razzif senyum...

badboy: ya u btul ia adalah impian

kirana: perasaan cinta itu untuk dikongsi. bukan untuk disimpan seorang diri

kirana: razzif, thanks sudi berkongsi rasa cinta ini dengan i

badboy: sudah terlanjur u ckp pasal kongsi...sudikah u berkongsi hidup dgn i jika kita ada jodoh kelak?

kirana: i tak boleh beri kata putus sekarang, i perempuan keputusan di tangan org tua i

kirana: jika benar ada jodoh antara kita, jumpa la parents i

badboy: insyaallah..

badboy: next date i promise u...kita tak guna lappy lagi

Sebaik ayat itu habis dibaca, Shakirana ketawa kecil. Razzif turut tersenyum menzahirkan rasa bahagia.

kirana: ah lega i...i ingat u nk guna lappy ni sepanjang tempoh perkenalan kita..

kirana: betul u nak hidup dengan i? bila u nak datang jumpa famili i?

kirana: boleh la i bgtau my parent. takut nanti mereka terkejut pula

badboy: yg tu razzif akan ckp sendiri..

badboy: i tak nak tunggu lama-lama..i tak nak buang masa dengan u..jadi yang terbaik elok kalau kita bina rumahtangga cepat-cepat..

Shakirana terdiam. Mindanya masih cuba mencari kebenaran kepada apa yang diucapkan oleh Razzif. ‘Benarkah dia mahu mengambil aku sebagai suri hidupnya?’

kirana: razzif tidak terlalu awalkah untuk kita bincangkan hal mendirikan rumahtangga?

badboy: y? u x pcaya..dah banyak i tgk bcinta bagai nk rak..akhirnya hub tu putus di tgh jln

badboy: kita bincang lagi hal ni ..next date..i jji.. 4 now i nak habiskan masa dgn u thru YM ni..lepas ni mungkin dah xder lagi silent date like this

Shakirana sudah tidak terkata apa-apa. Dia terharu mendengar pengakuan Razzif. Namun dia akur jika benar mereka ada jodoh, pasti perancangan menuju gerbang perkahwinan akan berjalan dengan baik.

5 comments:

  1. Bestttt bestttt......xde sambungan ke????

    ReplyDelete
  2. terima kasih Balqis singgah ke sini dan meninggalkan komen. sha masih dalam proses untuk sambung kisah ammara & zaim ni.. insya Allah cuma akan ambil masa sikit. Sha sedang memberi laluan & fokus kepada Kasihmu

    ReplyDelete
  3. harap dpat komen2 yg membina...ni rekaan @ real story?

    ReplyDelete
  4. :) balqis teruskan mengikuti kisah seterusnya, terima kasih

    ReplyDelete
  5. terima kasih sdr/i anonymous yang singgah dan sudi meninggalkan komen, kisah ni 80% berdasarkan kisah benar...

    ReplyDelete

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim