24 October 2013

Keabadian Cinta 2

“Sha, I harap you faham tugas I. Tak kira masa.”

Shakirana masih ingat kata-kata Razzif sewaktu dia mahu pulang dari janji temu bisu mereka. Tugas Razzif ada kalanya tiada penghujung. Jika tidak di pejabat, Razzif pasti akan ke luar kawasan. Shakirana sudah faham itu. Mereka berkomunikasi di alam maya. Bertemu di alam maya lebih kerap berbanding pertemuan empat mata. Mujur juga adanya teknologi terkini. Dapat juga mereka berhubung melalui WhatsApp.

Telefon gengam HTC Shakirana berkelip-kelip. Ada panggilan masuk. Pantas Shakirana menekan butang Answer. Terus dia senyum bila mendengar suara pemanggil.

“Assalamualaikum Sunshine,” sapa Razzif.

Waalaikumsalam. You kat mana ni?” tanya Shakirana bila dia terdengar bunyi bising di dalam perbualan mereka.

“I dah on the way ke Ipoh,” jawab Razzif.

“Hah! Ipoh! Buat apa you kat sana?” soal Shakirana.

“I kena hantar students latihan industri,” jawab Razzif. “My boss tiba-tiba je petik nama I this morning masa taklimat pagi tadi. So sorry. Tak sempat inform you lebih awal.”

“Hmm ok la. Nak buat macam mana kan,” luah Shakirana. “You hati-hati ya. Take care.”

“Baik bos,” balas Razzif. Terdengar tawa Razzif di hujung talian.

Shakirana sudah senyum. Begitulah jawaban Razzif bila dia memesan agar Razzif memandu dengan hati-hati.


“I berhenti sekejab je ni di R&R Simpang Pulai,” kata Razzif memaklumkan lokasinya ketika itu.

“Bila you balik sini?” tanya Shakirana.

“Depend. May be petang ni atau esok pagi. Why? You miss me?” soal Razzif pula.

Shakirana terdiam. Namun bibirnya mengukir senyum. “Mana you tahu?”

“I tahu la. Semua tu dalam kocek I tau,” balas Razzif.

Shakirana tersenyum lagi. Terasa seperti darah naik ke muka. Walaupun hanya di talian, rasa malu masih juga terasa.

“Hmm dah blushing la tu,” usik Razzif. “You nampak cute sangat bila macam tu.”

“Err… mana ada,” balas Shakirana.

“Tak nak ngaku ya. Tak apa. Dengar suara you tu pun I dah tau,” kata Razzif yakin.

Shakirana senyum. Dia sedar sukar dia nak sembunyikan perasaannya bila bercakap dengan Razzif. Lelaki itu seolah-olah tahu sahaja apa yang dia rasa, apa yang dia fikirkan. ‘Seperti nujum pula Razzif ni,’ omel Shakirana di dalam hati.

“You jangan tak tau, I ni ada sixth sense,” kata Razzif di hujung sana dalam gelak kecil. “Oklah Sunshine, I kena gerak dulu ni. Nanti dah sampai sana I WhatsApp you ya,” janji Razzif.

“Baik. You hati-hati drive. Take care,” ulang Shakirana pesanan yang sama dia ucapkan tadi.

“I will dear. You too Sunshine. Kalau hari hujan, careful ya. Drive elok-elok,” giliran Razzif pula memberi pesanan kepada Shakirana.

“Baik. Sha akan ingat pesan you tu,” kata Shakirana.

“Good girl. I gerak dulu. Daa… assalamualaikum,” ucap Razzif sebelum menamatkan perbualan mereka.

“Waalaikumsalam,” balas Shakirana.

Walau pun baru dua bulan usia perkenalan mereka, Shakirana sudah faham benar dengan jadual kerja Razzif yang tidak menentu masa. Kadang-kadang hujung minggu lelaki itu bekerja juga. Namun jauh di dalam hatinya, dia bangga dengan tugas Razzif. Tugas yang berat pastinya. Tugas seorang anggota polis yang menjaga keamanan negara. Lelaki itu meletakkan negara di tempat pertama di dalam keutamaan hidupnya. Bukan tugas mudah. Bergadai nyawa mempertahankan kedaulatan negara. Demi negara, lelaki itu menggalas tugasnya dengan penuh dedikasi dan bersemangat sekali.

“Kita mungkin akan jarang berjumpa. Tugas I ni buatkan masa I terhad untuk bertemu dengan you selalu. I harap you faham.”

Itulah pesanan pertama daripada Razzif dulu selepas pertemuan mereka di Old Town Coffee. Dia masih ingat.

Shakira tersenyum bila mengenangkan Razzif. Nampak sahaja serius air mukanya, tetapi sungguh lelaki itu sentiasa sahaja membuatnya tersenyum. Hari-harinya dipenuhi dengan gurau- senda. Ada sahaja celoteh Razif yang akan mengundang senyum di bibirnya. Malah mampu meledak tawanya bila Razzif tanpa terduga olehnya membuat lawak.

*******


Suasana Bilik Mesyuarat Matahari sepi. Hanya kedengaran suara Puan Hani yang bertanya itu ini kepada staf di bawah seliaannya. Shakirana ralit menilik senarai semak buat terakhir kalinya untuk program pencegahan Jenayah Terhadap Wanita yang akan diadakan esok.

“Kirana, program esok apa status terkini?” tegur Puan Hani.

Shakirana mengangkat muka. Bibirnya tersenyum. Manis. “Semuanya dah siap saya uruskan. ASP Foo dah pun sahkan kehadiran beliau semalam. Hand out pun beliau dah serahkan. Saya dah pun serahkan pada Wani untuk buat fotocopy. Slide untuk esok pun dah ready dalam laptop ni.”

“Good job Kirana,” Puan Hani lega mendengar makluman status program yang akan diadakan di Universiti Putra Malaysia (UPM). Walau pun ini bukan kali pertama Puan Hani mendapat tugasan di UPM, reputasi dan nama baik Sunshine Resouces haruslah dijaga. Dia tidak mahu program yang dianjurkan nanti kelam kabut. Apa yang dia mahu, program esok berjalan lancar. “Kenderaan dah book?”

“Dah Puan. Kebetulan esok kenderaan free. So Pak Mat pun dah stand by untuk program esok," kata Encik Syukri.

Kedengaran nada dering Ajari Aku berkumandang. Makin lama makin kuat. Shakirana tidak mengendahkan telefon bimbitnya yang menjerit nyaring. Dia sudah tahu siapa pemanggilnya.

“Maaf,” ucap Shakirana cepat-cepat mematikan telefon bimbitnya. Dia tahu dia yang salah. ‘Macam mana boleh lupa nak silent mode handphone tadi.’

"Please make sure everything is ok. Luqman sila ikut sama esok," arah Puan Hani. Kedengaran nadanya serius.

"Baik Puan," jawab Luqman yang duduk di sebelah Shakirana.

“Logistik dan tempat untuk esok macam mana?” soal Puan Hani.

“Dua hari lepas saya dah pun buat inspection tempat di Auditorium Jurutera di Fakulti Kejuruteraan. Dewan tu kapasitinya lebih kurang 400 seats. Selesa. Ruang legar pun luas. Kemudahan audio visual pun dalam keadaan baik. Surau, tandas juga dekat dengan dewan. Tempat letak kereta juga dah pun diuruskan oleh pihak Urusetia UPM,” Luqman memberikan laporannya.

Puan Hani mengangguk. “Luq I nak esok you bertindak sebagai Liaison Officer, iring ASP Foo. Make sure tempat letak kenderaan, persediaan ketibaan, pergerakan ke dewan, kepulangan ASP Foo lancar. Lain-lain Shakirana akan uruskan.”

Luqman angguk tanda faham. Shakirana menulis sesuatu di buku notanya.

“How about signage?”

“Signage akan diuruskan oleh pihak UPM. Peserta juga diuruskan oleh mereka. Kelengkapan di dalam dewan juga. Jadi kita hanya perlu pastikan kehadiran ASP Foo esok, bahan edaran serta cenderahati untuk para peserta. Lebih kurang 500 unit,” kata Farzana yang menguruskan logistik.

“Good Zana,” kata Puan Hani.

Perbincangan mereka pagi itu tamat setelah hampir dua jam mereka duduk di dalam bilik mesyuarat. Shakirana masih lagi membuat semakan untuk memastikan tiada perkara yang tertinggal.

Sedang dia leka menyemak senarai tugas dan senarai semak, Luqman menegur. “Kira, awat hang cam lain je lately ni.”

“Lain apanya,” balas Shakirana.

Sebelum ni tak pernah lupa silent handphone kalau masuk meeting room. Hari ni boleh pula melalak Anuar Zain kat dalam tu,” kata Luqman yang sudah pun menepek di tepi meja Shakirana.

“Ala sesekali aku pun ada gak terbuat salah kan. No body perfect tau,” Shakirana menjawab pantas.

“Ha yang ni aku perasan. Lately ni kau suka sangat senyum. Pastu handphone tak lekang dari tangan. Kejab-kejab bunyi mesej masuk. Pastu kau mesti senyum. Ada apa-apa ke yang aku tak tau,” soal Luqman mahu mengorek rahsia.

“Ya ke? Mana ada?” nafi Shakirana.

“Ya la,” tiba-tiba Anita mencelah. “Akak pun perasan juga hal tu. Kira sekarang asyik senyum je. Muka pun berseri je. Apa rahsianya?”

Shakirana sudah senyum. Nampaknya perilakunya sekitar dua bulan ini sudah mendapat perhatian rakan-rakan di pejabat. Dia senyum melihat Anita. Dia tahu Anita yang digelar wartawan oleh staf lain sedang cuba mencungkil rahsianya. Dia tidak mahu hal peribadinya dijaja ke sana ke mari. ‘Aku kena hati-hati ni.’

“Dah lama Akak nak tegur Kira. Tapi tak tertegur. Akak tengok makin putih berseri kau sekarang ni Kira. Kau pakai produk apa?” Anita sudah mendekati meja Shakirana. Luqman juga sudah tersengih.

“Akak Kira pakai Garnier. Macam Lisa Surihani tu. Cantik tak?” Soal Shakirana sambil meletakkan tangannya di bawah dagu dengan aksi manjanya.

“Eh.. Akak pun pakai Garnier juga. Ni krim yang letak bawah mata tu,” akui Anita.

“Oh… Akak patut pakai Garnier Light macam saya. Dalam dua minggu sehingga dua tona kulit lebih cerah, ukurlah sendiri, Garnier Light. Take care, Garnier,” aksi Shakirana seperti Lisa Surihani di dalam iklan Garnier. Siap letak pembaris di pipi.

Sudahnya Luqman dan Anita berdekah ketawa melihat aksi Shakirana begitu.

“Kejab ya, Kira kena jawab phone call ni,” Shakirana sudah bangun dari kerusinya. Dia berjalan menjauh dari mejanya. Jauh sedikit daripada Luqman dan Anita. Luqman dan Anita sudah mengangkat kening masing-masing.

*******


Cahaya hijau berkelip. Ada mesej masuk. Cepat sahaja Shakirana mengaktifkan telefon bimbitnya. Paparan mesej WhatsApp rupanya. Jari runcing Shakirana menyentuh ikon WhatsApp. Senyum dia membaca mesej dari Razif.

Tghari esok kt lunch sama
                                         9.26pm
                                         esok Sha kn uruskan kursus @ UPM
                                                                                           9.27pm √/

hmm ok la tu. I esok ada meeting di IPD Putrajaya. Lepas meeting I singgah sana
                     9.28pm
nk mkn kt mana?
                     9.28pm

         area sri serdang byk tempat mkn esk kt decide boleh
                                                                                           9.30pm √/
kita borak di ym
                        9.31pm
                                                                                        baik
                                                                                           9.31pm√/ 
                                                
Shakirana segera mencapai komputer ribanya. Segera dihidupkan. Sementara menunggu sambungan internet Shakirana mencapai mug berisi air milo panasnya tadi. Dihirup perlahan. Panas ni. ‘Ok dah boleh sambung.’

Shakirana menekan dua kali ikon Yahoo! Messenger di Desktop komputernya. Segera dia masukkan kata nama dan kata laluan. Razzif sudah pun menunggunya di sana.

Sebaik sahaja YMnya aktif, ‘Pop’ bunyi isyarat mesej masuk ke dalam YM Shakirana. Daripada Razif pastinya.

badboy: lamanya..

Razif rasakan seperti lama dia menunggu. Dia ingin selalu bersama dengan gadis kesayangannya. Biar pun hanya di talian atau pun di ruangan maya. Jika di pejabat dia sibuk dengan tugas-tugas rutin hariannya.


kirana: sorry tenet slow
badboy: u dh mkn mlm?
kirana: x mkn pun kenyang la.
badboy: ops lupa dh mkn mcd tadi ek
kirana:  yup
kirana: tangki kecik..x boleh mkn byk2
badboy: hihihih
kirana: u dinner aper?
badboy: mkn kat rumah.. wat nasi goreng je

Shakirana sudah maklum Razzif pandai memasak. Lelaki itu kerap memasak untuk sarapan pagi. Seterusnya masakan tadi dibawa ke pejabat. Dia tidak malu membawa bekal ke pejabat. Shakirana kagum dengan sikap Razzif yang satu itu. Sememangnya dia sukakan lelaki yang pandai memasak. Itu salah satu kriteria lelaki idamannya. Satu tanda lulus untuk Razzif di dalam senarai semak Shakirana. 

badboy: u bt apa tu?
kirana: tgk tv...u mlm ni ader x-men
kirana: hmm memang lambat la sha tidur
badboy: chanel apa?
kirana: tv3
badboy: ok
kirana: u
badboy: yer u
kirana: anak2 u buat aper?

Satu lagi yang Shakirana suka tentang Razzif adalah sikap penyayangnya pada haiwan. Di rumah, Razzif membela seekor kucing Parsi. Shakirana sudah gelak besar apabila Razzif memanggil kucingnya Noni. Noni sudah ada dua ekor anak yang sungguh comel. Meski pun Shakirana tidak pernah melihat sendiri Noni dan anak-anaknya, dia tahu kucing tiga beranak itu memang comel. Razzif pernah memuat turun gambar Noni dan anak-anaknya di WhatsApp. 

badboy: tido kot...
badboy: tak tgok pun
kirana: mak dia?
badboy: tak npk...
kirana: hmm
badboy: klu mak dia ada dah bunyi nak masuk sangkar

Shakirana teringat satu artikel yang dibacanya di blog http://nurrcahaya.blogspot.com. Perihal lapan cara mengenalpasti lelaki penyayang. Lelaki yang suka haiwan berada di tangga teratas. Shakirana senyum bila teringat akan Razzif yang suka akan kucing. ‘Nanti nak baca balik la blog tu,” sempat lagi Shakirana bermonolog sendirian.

badboy: tv3 sal politik kat johor lak..hmmm
kirana: ha tu la pasal..
kirana: politik2 aje mjelang pru
badboy: yup..
badboy: sha sok lepas kita lunch I kena ke mersing... ni nk persiap barang ke mersing
kirana: oh ya, then sempat ke u nak lunch dengan sha
badboy: insya Allah lepas abis meeting tu I jemput u...mana dok side arm hoster i ek
kirana: erkk mn u simpan?
badboy: puas cari kat loker tak jumpa
badboy: ni la dok pikir
kirana: u salah letak ker?
kirana: x per..ada masa lg u nk cari..
badboy: ok
kirana: nanti u jumpa la tu..
kirana: u
badboy: byk kenangan brg tu
badboy: huhuhuh waaaa
badboy: yer u
kirana: naper kena bawak senjata api?
badboy: diarahkan u
badboy: kn la bawak
badboy: keadaan skg tak cm dulu2
kirana: oh
badboy: napa ni risau ea

Sejujurnya Shakirana sentiasa diserbu rasa khuatir apabila Razzif perlu bertugas di luar kawasan. Rasa bimbangnya tidak dapat dihalang. Dia tahu tugas Razzif yang selalu berdepan dengan bahaya. Itu yang membuatkannya jadi risau.

kirana: wife yg husband dorang pegi operasi mesti sentiasa dalam keadaan risau kn
badboy: mesti la
badboy: u yg bukan wife pun risau apa lagi dia org
kirana: erk..
Shakirana sudah rasa berbahang wajahnya. Malu bila Razzif berkata begitu. Namun dia akui kata-kata Razzif itu memang benar.
badboy: salah ea i ckp
kirana: risau la u..
kirana: even sha baru kenal u..sha tetap risau
badboy: u tak perlu risau k

Razzif tahu Shakirana mengambil berat akan dirinya. Namun dia jadi tidak senang hati bila gadis itu melahirkan rasa risau akan keselamatannya setiap kali dia perlu berpergian jauh. Dia jadi berat hati mahu pergi bertugas.

badboy: i dah biasa
kirana: u dh biasa..sha x biasa
badboy: klu u risau nnt i ssh nk wat keje
Razzif sedaya upaya cuba memujuk Shakirana agar tidak terlalu bimbang akan dirinya. 
kirana: ala jgn la camtu...
kirana: sorry
badboy: it's ok
badboy: cm u kata u tak biasa..
badboy: klu dulu u kenal i lagi la u takut agaknya
kirana: ok2 sha kena & akan biasakn diri dgn tugas u
badboy: dulu...fire arm sentiasa ada kat badan..2 sekali bawak
kirana: uit
badboy: 1 pcs vector....1pcs .38 s/western
badboy: dating pun kn bawak u
kirana: auto?
badboy: ha takut tak?
badboy: yup auto
kirana: make sure sha tak tau kalau kluar dating dgn u

Shakirana tidak dapat membayangkan bagaimana rupa senjata api yang dikatakan oleh Razif. Cepat sahaja tangannya menekan ikon Google. Sebaik sahaja nama senjata yang dicari diklik di ruangan imej, terpapar rupa bentuk pistol yang biasanya dia lihat di dalam filem-filem seperti filem James Bond atau pun Mission Impossible. Ngeri pula dia rasakan.

badboy: tu dulu
badboy: la tak dah
kirana: hmm ok
badboy: ada masa mustahak baru bawak
badboy: cam masa BERSIH 1..2..3
badboy: ha tu mmg kena
kirana: hmm
badboy: keje kami mmg terdedah bahaya
kirana: masa pru kenapa ada weapon?
badboy: bila2 masa leh kena
badboy: keganasan skg dah tak terkawal sebenarnya
kirana: yup
kirana: masa mula2 u join polis...parents u tak bising ke
kirana: mcmana u hadapi semua tu...dah bertahun kn..
badboy: tak...bila i join feild force arwah mak je marah

Shakirana cuba meletakkan dirinya dalam situasi Razzif. Bekerja di dalam suasana penuh bahaya. Ibu mana yang tidak bimbang kan. Dia faham perasaan arwah ibu Razzif. Dia juga sering berasa bimbang. Namun dia segera memanjatkan doa pada Ilahi agar Razzif sentiasa berada di dalam lindunganNya walau di mana sahaja Razzif berada. Itulah doanya setiap kali Razzif bertugas di luar kawasan. Tidak pernah dia lupa. Hanya doa yang mampu dia lakukan untuk lelaki yang menghuni hatinya kini. 

kirana: u suka tgk bintang x?
badboy: suka
kirana: good..
kirana: sha nak buat 1 bilik utk rumah sha nanti atap dia cermin..
badboy: biasa dok kat balkoni atas..mmg tgok bintang
kirana: so sha boleh baring kat situ & tgk bintang
badboy: hati2
badboy: bahaya
kirana: naper?
badboy: u tido dah la buka lampu....nnt ada alien skodeng u tau

Shakirana sudah ketawa. Ada sahaja idea Razzif yang membuatnya ketawa. Dia bahagia. Sejak mengenali Razzif, hidupnya sentiasa ceria. Kata-kata Razzif mampu membuatnya ketawa riang.

kirana: alien...hihikkk
kirana: gatal lak alien tu
badboy: dah u tgok bintang dia
badboy: i ni klu gurau...mmg selambak je muka i u
kirana: hmm tau..
badboy: tak kesah kn...dh biasa kan
kirana: aah dah biasa dgn u
badboy: nasib la u dpt bf yg senget cam i ni
kirana: ok apa..
kirana: ceria je...asyik gelak..
badboy: tu yg u asik senyum sengsorang kat opis ea....hani g tau
kirana: hah...mn dia tau sha senyum sorang2
badboy: yg tu i reka je
kirana: hihikk
badboy: ok per walau jauh i leh wat u senyum
kirana: terima kasih
badboy: sama2

Shakirana bersyukur bertemu lelaki seperti Razzif yang selalu sahaja mahu membuatnya bahagia. Senyum Shakirana. Wajah bersahaja Razzif terlayar di matanya. Dia senyum lagi.

kirana: esok u dah nak pegi mersing kn..
badboy: ha ah esok
badboy: dont worry
badboy: i igt jji i
kirana: ok

Satu lagi sikap Razzif yang sangat Shakirana suka adalah sikap menepati janji. Jika Razzif mengatakan dia akan menghubunginya pada sekian-sekian waktu, ya memang benar lelaki itu tidak pernah gagal untuk mengotakan janjinya. Dia masih ingat Razzif pernah berjanji untuk menghubunginya sebelum dia bertolak keluar kawasan. Ya memang benar. Razzif tetap menghubunginya biar pun ketika itu dia sudah kesuntukan masa. Satu lagi tanda lulus dalam senarai semak Shakirana. Dia senyum.

badboy: i pesan apa tadi klu u rindu kat i?
kirana: sebut nama u 3x
badboy: pandaiii
kirana: klau x hilang juga?
badboy: klu tak ilang gak
badboy: u drive dtg mersing...setel
kirana: hmmm mn boleh..nanti ganggu u buat keje
badboy: sha
kirana: ya u
badboy: dah lewat 2 min ni
badboy: better sha masuk tidur...esok nak bangun awal kn
kirana: yup...dh u cakap mcm tu tak jadi sha nk tgk  x-men.
kirana: daaa...
badboy: daa syg good night, mimpi manis k hihihih
badboy: assalamualaikum dear
kirana: gud nite waalaikumsalam 

Senyuman terukir di bibir Shakirana. Segera dia menutup komputer ribanya. Dia senyum lagi bila teringat tengahari esok dia akan makan bersama Razzif. 

Sebaik dia melangkah masuk ke bilik, telefon di dalam gengamannya berkelip. Pesanan dari Razzif.

jangan lupa ya lunch date kita
                                                11.05pm
 
                                                       can’t wait for tomorow
                                                                                         11.05pm √/
elok2 tidur ya jgn x boleh tidur pula mlm ni
                                                                   11.07pm

esk ada la panda comel jumpa i hahahah
                                                                 11.07pm
 
                                                         Panda pun u syg kan
                                                                                         11.10pm √/

hahaha my lovely panda
                                      11.11pm

Shakirana sudah gelak kecil membaca mesej terakhir dari Razzif. Tadi dah berbual panjang di YM. Ni sambung di WhatsApp pula. ‘Bila nak tidur ni?’

OK sha baik u tidur ya
                                    11.12pm
                                      mcmana sha nak tidur u yang kacau sha
                                                                                      11.13pm√/
OK good night dear
                                11.13pm
                                                                          gud nite
                                                                                     11.13pm √/
 
*******

“Puan Hani pagi ni Kira drive sendiri. Tengahari ada hal sikit,” kata Shakirana.

“Hmm saya dah tau hal sikit awak tu Kira. Baru je cik abang awak call minta permission,” dengan senyuman Puan Hani memaklumkan kepada Shakirana.

“Oh ya ke? Kira baru ingat nak minta kebenaran Puan excuse awal sikit tengahari ni,” luah Shakirana.

“Saya benarkan. Nasib baik la Razzif tu junior I. If not...,” Puan Hani menggoyang-goyangkan jari telunjuknya sebagai isyarat tidak kepada Shakirana. “Lagi pun Luqman dan Anita ikut sama. Jadi I tak risau sangat bila Kira tak ada nanti.”

“Terima kasih Puan,” ucap Shakirana.

Selepas membantu Luqman dan Anita menyusun semua keperluan kursus ke dalam kenderaan syarikat, Shakirana memandu keretanya dengan hati-hati menuju ke UPM. Razzif sudah pun menghantar SMS kepadanya awal-awal pagi lagi. Memberi pesanan agar dia memandu dengan hati-hati dan juga mengingatkannya akan janji temu mereka tengahari itu.

‘Kenapa pula rasa berdebar-debar,’ omel Shakirana di dalam hati. Adakah kerana menunggu panggilan dari Razzif membuatkan jantungnya bekerja keras pagi itu.

Sepanjang berada di dewan, Shakirana tidak dapat menumpukan perhatian penuh kepada apa yang disampaikan oleh ASP Foo di atas pentas. Matanya sekejab-sekejab mengerling ke telefon bimbit yang sentiasa dalam gengamannya. Bersedia kalau-kalau Razzif menghubunginya.

Masa seolah-olah cepat benar berlalu. Jam di dinding dewan dilirik. 20 minit lagi ke pukul 12 tengahari. Dilirik pula jam di tangan kanannya. Sama.

“Kira, awat hang macam kucing nak beranak ni?” tegur Luqman yang sedari tadi memerhati gelagat Shakirana. “Kejab-kejab tengok jam. Kejab-kejab tengok handphone. Awat ni?”

“Mana ada,” nafi Shakirana.

Luqman kembali memberi tumpuan kepada penceramah di pentas.

“Kejab ya, aku jawab call ni dulu. Urgent,” kata Shakirana lantas bangun dari tempat duduk menuju ke luar dewan. 

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam Sha. I baru lepas tol UPM ni. I rasa elok you gerak sekarang,” suara Razzif di hujung talian.

“Baik. You tunggu Sha di Masjid UPM. Jab lagi Sha sampai. Dari Fakulti Kejuruteraan ni tak jauh dengan masjid,” balas Shakirana.

Talian dimatikan. Shakirana menghantar pesanan ringkas kepada Puan Hani yang berada di barisan hadapan di dalam dewan. Dia masuk semula ke dalam dewan lalu mengambil tas tangannya. “Luq I have to go. I dah bagi tau Puan Hani,” Shakirana bersuara separuh berbisik kepada Luqman. Tidak mahu mengganggu peserta kursus.

“Pergi mana?” Luqman juga bercakap dalam nada berbisik.

“Pergi makan. Dengan kawan Kira,” balas Shakirana masih berbisik.

“Kira hang nak pi makan kat mana?” soal Luqman.

“Kat Hentian Serdang je,” balas Shakirana. Luqman mengangguk dan membuat isyarat ok dengan tangan kanannya.

Shakirana segera mengeluarkan kunci kereta dari tas tangannya. Di melangkah berhati-hati menuruni anak-anak tangga dewan. Di luar panas terik. Kecil mata Shakirana menahan sinar mentari yang membahang. Segera dia menekan punat kawalan. Pintu kereta dibuka. Dia segera menghidupkan enjin. Sebelum kereta diundur keluar dari petak parkir, Shakirana menjeling cermin sisi dan cermin pandang belakang. Dia juga memandang kiri dan kanan. Takut juga andai ada pejalan kaki atau kenderaan lain yang melintas tiba-tiba. ‘OK clear.’

Shakirana memandu sedikit laju menuju ke Masjid UPM. Jalan yang lurus memudahkan pemanduan Shakirana keluar dari kawasan Fakulti Kejuruteraan. Lebih kurang 500 meter dia tiba di pos pengawal. Shakirana mengangkat tangan. Bibirnya mengukir senyum.

Sampai di simpang jalan, yakin tiada kereta yang lalu di situ, Shakirana membelok ke kiri. Tidak sampai 100 meter Shakirana membelok ke kanan memasuki perkarangan Masjid UPM. Dia mencari kereta Razzif. Dia memberhentikan keretanya di sebelah kiri laluan kereta berdekatan gazebo di hadapan masjid. Isyarat kiri dinyalakan tanda dia berhenti sebentar di situ.

“Mana ni,” Shakirana tercari-cari kelibat Razzif. Tangannya teraba-raba telefon bimbit di dalam tas tangan. Segera dia dail nombor talian Razzif sebaik sahaja telefon bimbitnya dalam gengaman.

“Assalamualaikum, you kat mana?”

“Waalaikumsalam. I kat hujung tempat parking ni,” jawab Razzif.

‘Hujung tempat parkir? Hujung sebelah mana ni?’ Shakirana mengomel sendiri. Matanya tercari-cari kereta Razzif. “Kat mana? Sha tak nampak pun,” balas Shakirana.

“Ni i tengah reverse kereta. Nampak tak?” soal Razzif.

Sebuah kereta Honda Accord warna hitam sedang mengundur keluar.

“You kereta WRS ni ker?” Shakirana menunggu Razzif menjawab soalannya.

“WRS mana pula? Kereta I warna silver. Nampak tak I tengah undur kereta I ni?” soal Razzif sekali lagi.

Kebetulan pula sebuah kereta berwarna perak sedang mengundur.

“You bawa Vios ke hari ni?” Shakirana memerhati kereta Toyota Vios tersebut keluar dari ruangan parkir.

“Bukan la. Sha kereta I kat hujung sekali. Waja WUR. Ha ni ada satu kereta nak keluar. Kereta warna hitam sebelah I,” Razzif memberi isyarat.

Shakirana tersenyum. Dia sudah nampak kedudukan sebenar Razzif. “Oh OK. Sha dah nampak.” Ada tawa di hujung talian. “Since sebelah tu kosong, then Sha parking sebelah you la.”

Shakirana mematikan talian. Dia memberi isyarat kanan. Minyak ditekan perlahan. Meluncur Saga FLX Shakirana memasuki petak parkir di sebelah kiri kereta Razzif. Enjin dan penghawa dingin dimatikan. Segera dia mencapai tas tangan dan membuka pintu lalu keluar. Dia mengetuk cermin kereta Razzif.

“Assalamualaikum,” sapa Shakirana lantas masuk ke dalam kereta.

“Waalaikumsalam. Macam mana you boleh tak nampak kereta I. Kan you tau plat kereta I,” Razzif sudah membebel.

Shakirana tersenyum. Sengaja dia membiarkan Razzif meluahkan kata-kata. “Sorry Sha tak perasan kereta you kat hujung ni. Sha kat sebelah sana tadi.”

Razzif tidak jadi marah. Senyuman dan kata maaf yang diucapkan oleh Shakirana menyejukkan hatinya. ‘Comel pula bila dia buat muka tak bersalah dia tu.’

“Kita nak makan kat mana?” soal Razzif.

“Makan di R & R Serdang boleh?” cadang Shakirana. “Dekat je kat depan tu.”

“Baik,” Razzif setuju. “ Kawan-kawan Sha tak tanya mana you nak pergi ni?”

“Mestilah tanya,” jawab Shakirana.

“So Sha cakap apa?” tanya Razzif lagi.

“Sha cakap Sha nak pegi makan di Hentian Rehat Serdang,” balas Shakirana.

“Hmm kalau macam tu kita pergi makan di R&R Serdang tapi arah selatan, boleh?” soal Razzif.

“Kenapa nak ke sana?” Shakirana menoleh ke arah Razzif yang sedang mengundur keretanya.

“I yakin tak akan jumpa kawan Sha kat situ,” ujar Razzif. “Ok Sha tolong bagi arah mana I nak lalu ni, keluar dari sini.”


“You hati-hati. Laluan keluar masjid ni bahaya sikit. Tak nampak kereta dari arah sana. Ni nanti ke kiri,” Shakirana menjadi pemandu arah.

“Ok clear,” Razzif membelok ke kiri. “ Lepas ni ke mana?”

“You terus. Di roundabout tu you ambil nombor 12. Then straight sampai ke traffic light depan sana tu,” jawab Shakirana. “You ambil lane kanan. Yang kiri ni jalannya tak rata.”

Razzif memandu dengan tenang. Dia mengikut saranan Shakirana.

“OK tak yah tunggu lama. Lampu dah hijau tu. You masuk kanan. Dah sampai,” kata Shakirana.

“Bukan yang ni la Sha, I nak pegi Hentian Serdang yang arah selatan. Bukan yang ni. I tak tau nak ikut mana ni sebenarnya,” kata Razzif.

“Oh kalau yang itu, you duduk lane kiri. Sebelum traffic light tu you masuk simpang kiri. Kalau straight tu you akan masuk tol UPM semula,” Shakirana memberi arahan. “Ni laluan nak ke Mines. You stay di lane tengah ni ya,” kata Shakirana.


Mereka melepasi stesyen minyak Petronas yang terletak di kiri mereka.

“Ni la Hentian Serdang. Bukan you nak makan kat sini?” soal Shakirana. Dia bertanya begitu bila dilihatnya Razzif tidak memperlahankan kenderaan apatah lagi berhenti di Hentian Serdang.

“Bukan yang ini. I cam hentian tu. Bukan kat sini. You perasan tak ada hentian rehat yang menghala ke arah selatan,” kata Razzif.

“Ada ker?” Shakirana tidak pasti. “Sha tak pasti la. Yang Sha tau yang ini jer.”

“Ada la. You perasan tak kalau nak ke selatan, selepas tol tu ada R&R sebelah kiri tu,” Razzif memberitahu Shakirana kedudukan sebenar hentian yang ingin dia pergi.

“Ni dah sampai komuter Serdang dah. You nak ke R&R arah selatan, then you kena u-turn la nampaknya. You!!!” Shakirana sudah terjerit bila tiba-tiba sebuah teksi keluar dengan lajunya memasuki lorong kereta Razzif. Mujur Razzif cekap mengelak. “You ikut kereta kuning tu. Kita u-turn kat depan tu. Nanti you ambil sebelah kanan. Then kita akan keluar ke tol UPM balik.”

“Sha I rasa bukan ni laluannya. Sha you tau tak hala ke mana kita ni,” soal Razzif ragu-ragu dengan kata-kata Shakirana. Kenderaan banyak di hadapan mahu ke persimpangan kanan menuju ke The Mines dan persimpangan kiri menuju ke Seri Kembangan.

“You R&R tu selepas Mint Hotel ke sebelum Mint Hotel?” soal Shakirana pantas.

“Kalau dari arah KL, selepas,” jawab Razzif. “Then ada tol. Lepas tu baru jumpa R&R tu.”

Shakirana mula berfikir dengan pantas. Masa semakin suntuk untuk dia membuat keputusan.

“Kita nak ke kanan ke kiri ni Sha?” Kereta yang dipandu Razzif sudah pun berada betul-betul di tengah-tengah simpang.

“Kiri.”

Pon! Pon! Tiba-tiba sebuah kereta Wira warna buah manggis memberi hon.

“Ai Wira nak hon Waja,” kata Razzif memerhati kereta yang membunyikan hon tadi. “Dia pakai baju terbalik la Sha.”

“Amboi nak jalan, jalan la. Tak yah nak jeling-jeling sangat,” luah Shakirana dari dalam kereta kepada pemandu wanita yang sempat menjeling ke arahnya sebelum memotong kereta yang dipandu oleh Razzif dari sebelah kiri.“Dia tak tau ni kereta polis. Kalau tak mesti dia tak hon you tadi,” sambung Shakirana

“Sha marah I jeling you, Sha. Ok I tak jeling,” kata Razzif dalam nada seperti orang merajuk.

“Alooloor.” Shakirana tiba-tiba ketawa. Lucu dia melihat wajah Razzif. Lucu juga bila mengenangkan mereka boleh bergaduh gara-gara mahu menuju ke Hentian Rehat Serdang arah selatan.

“Ha dah kenapa ni?” soal Razzif. Dikerling Shakirana dari ekor matanya.

“Ni ha kelakar pulak. Kita macam orang bergaduh dalam kereta. Siap gawang tangan kiri kanan. Tapi yang bestnya kita boleh gelak-gelak lagi,” kata Shakirana.

“Gaduh-gaduh manja namanya tu. Mesti orang kat luar sana pelik tengok kita. Ni bergaduh ke apa. Gaduh tapi gelak,” balas Razzif sambil senyum. Meletus tawa Shakirana.

Walaupun mereka jarang berjumpa, namun kemesraan tetap ada. Mana taknya kalau dah hari-hari berhubung di YM, WhatsApp dan panggilan telefon.

“Ha you ikut kereta merah tu masuk kanan kat traffic light tu. Laluan tu boleh tembus sampai Mint Hotel. Sha tak pasti la kalau laluan kiri tu buka ke tak,” luah Shakirana.

“Sha betul ke ni laluannya,” soal Razzif.

“Yup. Sha pasti,” Shakirana menjawab dengan pantas.

“Oppps... sorry,” kata Razzif sewaktu dia hampir-hampir melanggar bonggol di laluan di hadapan South City Plaza menuju ke lampu isyarat berdekatan Hotel Mint yang telah pun ditukar namanya kepada Hotel Nouvelle.

“Nasib baik,” ucap Shakirana sedikit ke depan apabila Razzif menekan brek dengan tiba-tiba. “Laluan ni memang banyak bumper. So you jangan laju-laju sangat.”

“Baik bos,” ucap Razzif.

“You ni, Sha cubit nanti,” kata Shakirana.

“Mana boleh cubit. Permit cubit belum lulus,” balas Razzif. “Tapi kalau nak gigit boleh.” Razzif menghulurkan lengan kirinya untuk Shakirana gigit. Razzif ketawa melihat wajah Shakirana yang sudah merona merah.

“Tak nak la,” Shakirana sudah malu-malu alam. Sempat juga dia menjeling Razzif di sisi kanannya.

“Ha tau tak nak,” usik Razzif lagi. Dia gelak sahaja melihat jelingan Shakirana sebentar tadi.

“Kat traffic light ni masuk ke kiri. You perlahan sikit. Sha takut laluan tu tutup. So kena la terus,” Shakirana mengingatkan Razzif. “Yeaaa... nasib baik buka. Ha kan betul boleh lalu sini. Betul kan laluan ni. You akan jumpa Mint Hotel ni. Then terus dari sini you akan sampai tol kan. Lepas ni baru jumpa R&R tu,” Shakirana senyum.

“Yup. Ni la laluan ke R&R tu. Ha baru lega I,” luah Razzif.

Sebaik membelok ke kiri memasuki Lebuhraya Utara Selatan, kereta yang dipandu Razzif tiba di Plaza Tol Sungai Besi.

“Nak thumb print dengan jari ke?” kata Shakirana apabila dia lihat Razzif mengeluarkan tangan dari tingkap.

“Aah,” jawab Razzif lalu meletakkan ibu jarinya di kotak Touch & Go.

Kebetulan dan tepat pada masanya petugas di plaza tol mengeluarkan kad transit untuk diserahkan kepada Razzif.

Shakirana sudah ketawa.

“Ha power tak jari I. Touch saja dapat kad transit ni,” kata Razzif sambil menayang ibu jari kanannya kepada Shakirana.

Terkekeh-kekeh Shakirana ketawa. Razzif turut ketawa.

Razzif memperlahankan kelajuan keretanya. Dia menyusur ke kiri memasuki kawasan Hentian Rehat Dan Rawat Serdang.

“Kat depan tu ada parking kosong. Kat pokok tu, redup sikit,” Shakirana menunjukkan tempat meletak kenderaan di sebelah kanan. Razzif tidak membantah. Dia memasuki petak parkir dengan mudah.

“I nak singgah gerai kawan I. Dia dah bersara tapi buka bisnes kat sini,” ujar Razzif. “Tolong-tolong kawan.”

“Oh meaning dulu dia keje sebagai anggota polis la ya,” kata Shakirana. “Apa menu best,”

“Sha ok ke kalau lunch time kita makan mihun sup?” tanya Razzif.

“Sha ok je. Best juga tu,” balas Shakirana.

“Ok jom,” ajak Razzif sambil membuka pintu kereta.

“Sha tak nak bawa semua. Bawa purse dengan handphone je boleh tak?” soal Shakirana. Tangannya sudah mengeluarkan dompet dan telefon bimbitnya.

Razzif angguk. Sebaik Shakirana keluar dari perut kereta, Razzif menekan butang kawalan kereta. Shakirana mengekori Razzif. Dia berjalan di sisi Razzif.

“Alahai. Pakcik tu tak buka pulak gerainya. Nampaknya tak ada rezeki kita nak makan mihun sup,” kata Razzif yang sedang berdiri betul-betul di hadapan gerai yang dimaksudkan.

Shakirana senyum.

“Kita ke sana,” ajak Razzif. Mereka menyusuri gerai makan yang berada di situ. Sampai di gerai kedua dari hujung, Razzif berhenti. “Kita makan nasi boleh?”

“Sha ok je,” balas Shakirana.

“Pilih-pilih,” kata peniaga yang nampaknya muda sedikit dari emak Shakirana.

“Makcik saya nak nasi separuh saja. Lauk ayam goreng dengan masak lemak kobis,” Shakirana cepat membuat pilihan makanan tengaharinya.

“Saya pun nasi juga Makcik. Lauk kijang, ikan keli goreng. Tu sup daging ke Makcik?” tanya Razzif.

“Ya sup daging.”

“Letak dalam mangkuk ya Makcik, sup tu,” Razzif siap memilih menu.

“Air kat gerai sebelah ya nak,” ucap Makcik itu.

“Baik Makcik. Terima kasih.”

“Sha you nak minum apa?” soal Razzif.

Shakirana senyum bila Razzif bertanya seperti itu. Dia rasa tersentuh apabila Razzif pergi ke gerai minuman, membuat tempahan air dan mengambil minuman untuknya. Dia jadi segan pula.

“Sha ni air untuk you,” kata Razzif sambil meletakkan gelas dan sebotol air mineral. Air teh O panas untuk dirinya sendiri.

Shakirana kembali menatap wajah Razzif yang sedang meletakkan sudu ke dalam pinggannya.“You tunggu kejab ya, Sha nak cuci tangan,” kata Shakirana lalu bangun mahu menuju ke sinki.

“I dah ambil sudu dan garfu untuk you Sha,” Razzif menggunjukkan sudu dan garfu kepada Shakirana.

Thanks dear. Tak apa Sha guna tangan,” ucap Shakirana. Dia risau kalau dia menggunakan sudu dan garfu, takut terbang pula ayam goreng dari pinggannya ke atas meja. Malu. Mana mahu disorokkan mukanya nanti. Siap mencuci tangan, Shakirana kembali dan duduk berhadapan dengan Razzif.

“Napa you senyum tadi?” tanya Razzif.

“Oh Sha tengok anak kucing tu. Comel. Dia dok kejar rama-rama tadi. Itu dah penat agaknya. Anak kucing tu duduk berehat bawah troli,” jawab Shakirana.

Razzif memandang ke arah anak kucing berbulu putih dan hitam yang sedang berbaring di bawah troli. “Suka la tu baring atas lantai, sejuk.”

Shakirana menjeling lagi ke arah anak kucing comel yang sedang berehat. Tiba-tiba, troli yang penuh pinggan dan gelas kotor ditarik laju. Shakirana terjerit kecil. Dia mengurut dada.“Nasib baik sempat elak.”

Razzif turut memandang ke arah pekerja Bangladesh yang menarik troli sambil menunjuk ke bawah troli. Faham dengan isyarat Razzif pekerja Bangladesh tadi senyum sedikit. Sekali lagi Razzif membuat isyarat potong leher ke arah pekerja Bangladesh. Maksudnya, "Nasib baik tak kena anak kucing tu..kalau tak mesti mati kena gilis."

Anak kucing tadi sudah berlari jauh ke tepi longkang. Terkejut barangkali. Pekerja Bangladesh tadi berlalu sambil menolak troli.

Shakirana masih memerhati si anak kucing.Lega melihat anak kucing comel itu selamat.Razzif memandang Shakirana di hadapannya. Dia lalu menadah tangan membacakan doa makan. Usai bacaan doa makan, “Jemput makan.”

Shakirana mencubit sedikit ayam goreng sebelum disuap ke mulut. Dia mengambil sayur kobis dan sedikit nasi. Disuap lagi ke mulut.

“So apa citer? I tak nampak panda hari ni,” ucap Razzif dengan senyuman. “Tidur lena malam tadi?”

“Sha dah antar panda balik China.Balik kampung,” kata Shakirana faham usikan Razzif tadi.

Razzif mencedok sup daging. Dihirup kuah sup. Matanya memerhati Shakirana yang tunduk menyuap nasi ke mulut. Razzif senyum.

“You, kenapa you panggil nangka tu kijang? First time Sha dengar,” tanya Shakirana.

Razzif senyum sambil mengunyah daging di dalam mulut.“Oh Sha tak tau ya. Orang Jawa cakap nangka ni kijang.”

But why?” soal Shakirana lagi.

“Kita biasakan tengok nangka,” kata Razzif. Shakirana angguk. “Jadi tak semua orang pandai masak nangka ni. So kalau kena gaya masaknya, rasa nangka tu macam daging kijang.”

“Oh macam tu ke. Baru Sha tau,” kata Shakirana sambil mengangguk perlahan-lahan. “Lepas ni you terus gerak ke Mersing. Berapa hari you kat sana?”

“Sampai hujung minggu ni, on paper. Kalau habis cepat, awal la I balik sini,” kata Razzif.

“Sha, you pandai buat muffin chocolate?” tiba-tiba soalan itu ditanya oleh Razzif.

Terdiam Shakirana. Seumur hidupnya dia tidak pernah membuat kek apatah lagi kek cawan hatta muffin sekali pun. “Err..tak pernah buat dan tak pandai buat. Kenapa?”

“I suka,” ringkas sahaja jawapan Razzif.

‘Apa motif dia bagi tahu aku dia suka muffin? Dia nak suruh aku buat ke?’ omel Shakirana di dalam hati. Keningnya terangkat sedikit.

“Baru je I ingat nak minta you buatkan untuk I. Dah you tak tahu, tak apalah,” Razzif bersuara perlahan.

“Eh tak apa. Nanti Sha try buatkan muffin tu untuk you,” janji Shakirana. Selepas keluar kata-kata itu dari mulutnya, baru Shakirana terasa seperti lidahnya sengaja menempah penyakit. Dia mana tahu macam mana nak buat. Tiba-tiba cepat pula dia berjanji mahu buatkan muffin untuk Razzif. ‘Mama tolong Kira,’ jerit Shakirana di dalam hati.

“Betul ni you nak buat untuk I? I tuntut nanti,” kata Razzif suka hati.

“Insya Allah. Kalau ada rezeki you,” ujar Shakirana.

Next time kita pergi picnic you buatkan muffin chocolate untuk I, boleh?” pinta Razzif.

Menarik tu. Shakirana senyum. Sudah lama juga tidak berkelah. Tentu seronok. ‘Yang tak seronoknya macam mana nak buat muffin ni,’ guman Shakirana.

“Kalau time picnic, you suka menu apa?” soal Shakirana.

“I suka sandwich. Tuna of course. And muffin chocolate,” jawab Razzif ceria.

Shakirana dapat rasakan Razzif seorang lelaki yang ringkas. Dia senang bila berada di sisi lelaki itu.

Drinks?” soal Shakirana lagi.

Fruit juice,” kata Razzif.

“Insya Allah one sweet day dear. Kita picnic sama-sama,” ucap Shakirana sambil nasi disuap ke mulut. Masih ada sepertiga lagi nasi di pinggan Shakirana.

You,” panggil Shakirana.

“Ya Sha.”

“You janganlah makan laju sangat. Nanti you dah habis makan, Sha tak abis lagi,” kata Shakirana.

“Ok I minum sup dulu,” kata Razzif.

Shakirana senyum. Dia meneruskan suapan. “Hmm you makan la nanti hilang pula mood makan you,” kata Shakirana bila Razzif merenung wajahnya. Dia pula tidak selesa. Malu pun ada. Takut nanti nasi yang disuap tidak masuk ke mulut.

“Boleh la ni I sambung makan sekarang?” soal Razzif dalam senyuman.

Shakirana angguk. Razzif menyambung menyuap nasi. Diselang-selikan dengan sup daging ke mulut.

“You,” panggil Shakirana.

“Ya Sha.”

“Boleh tak Sha tak habiskan yang ini,” Shakirana menunjukkan ke arah nasi yang masih berbaki di pinggan.“Tak boleh masuk lagi. Dah kenyang.”

Razzif angguk.“Boleh.”

“Sha pegi cuci tangan dulu,” kata Shakirana. Tidak sampai lima minit Shakirana sudah kembali. Kertas tisu di atas meja diambil lalu dilap tangannya yang basah.

“Pukul berapa you nak gerak ke Mersing?” soal  Shakirana.

“I tunggu my bos call. Then I ambil dia di rumah di Bukit Mahkota,” jawab Razzif.

“Hati-hatilah masa memandu nanti,” pesan Shakirana.

“Insya Allah, I will,” ujar Razzif.

“You terima kasih spend time dengan Sha hari ni,” ucap Shakirana.

“Sama-sama Sha,”balas Razzif.“Program hari ni sampai petang ke?”

“Oh tak half day saja,” Shakirana senyum.

“Lepas ni Sha balik office terus la ya?” soal Razzif lagi.

“Aah Sha kena balik office,” balas Shakirana.

“Dah hampir pukul dua ni,” kata Razzif.

“Cepatnya masa berlalu,” ulas Shakirana.

“Kalau gitu eloklah I hantar Sha ke masjid semula.Nanti bising pula bos Sha,” ujar Razzif merujuk kepada Puan Hani.

Shakirana angguk. Dia bangun perlahan-lahan mengekori Razzif ke kereta. Razzif menekan alat kawalan kunci kereta. Mereka sama-sama masuk ke dalam kereta. Tiada sepatah perkataan pun keluar dari bibir masing-masing. Tadi bukan main lagi, pertemuan mereka dipenuhi gelak ketawa, gurau senda serta usik mengusik. Kini kedua-duanya diam membisu. Dah kenapa pula ni?

Razzif menghidupkan enjin Wajanya. Dikerling Shakirana di sisi. “Diam je.”

“Terasa sekejab sahaja masa berlalu. Lepas ni seminggu juga kan you outstation,” balas Shakirana.

Fahamlah Razzif mengapa Shakirana diam. Sedang melayan sedih mahu berjauhan rupanya.“Sha jangan risau ya. Kalau ada line kat sana, I akan YM you. I janji .If you miss me, then what should you do?” soal Razzif memandang tepat ke mata Shakirana.

Shakirana senyum.

“Ha…kan manis macam tu. Bila Sha senyum, I senang hati. You’re my sunshine,” luah Razzif.

Tersipu Shakirana mendengar kata-kata Razzif.

Razzif menolak gear satu, mengundur sedikit sebelum minyak ditekan perlahan lalu keluar dari petak parkir. Razzif memandu dengan berhati-hati. Tambahan lagi dia memandu ditemani gadis yang disayanginya.Dia tidak mahu perkara kurang baik berlaku jika dia memandu laju. Nyawa hanya satu. Tiada gantinya. Perjalanan mereka menghampiri Plaza tol UPM.Razzif mengambil susur keluar kiri.

“Kat sini thumb you boleh guna tak?” tiba-tiba Shakirana bersuara.

Razzif sudah ketawa. Shakirana ikut ketawa.

“Mestilah boleh. Sha tengok ya nanti,” kata Razzif di hujung tawanya.

Cermin kereta diturunkan. Satu slip merah jambu bersama kad transit diserahkan kepada petugas plaza tol tersebut. Razzif menjeling ke arah Shakirana. Dia menyentuh panel Touch N Go dengan ibu jarinya. Palang di hadapan terangkat sebaik sahaja Razzif mengangkat ibu jarinya. “Ha kan I dah kata boleh.”

Shakirana tersenyum. “Kenapa ada slip pink tadi?”

“Slip tu untuk tugas rasmi. Gunakanlah dengan bijak ya,” ucap Razzif dalam senyuman.

“You, ada lebih ke? Sha nak juga,” kata Shakirana diiringi senyuman manis.

“Maaflah dear. Walau pun senyum you menawan hati I, slip pink ni I tak boleh bagi,” kata Razzif seraya matanya mengenyit nakal.

“Sha gurau je,” kata Shakirana. “You ambil lane kiri ni and masuk simpang kiri ni.”

Razzif akur. “Cantiknya kawasan ni. Macam kat oversea. Pokok-pokok pain ni. Nanti kita ambil gambar pre-wedding kita di sini ya,” ucap Razzif sambil menoleh Shakirana di sisi.

Shakirana tersenyum. Tidak langsung dia sangka Razzif akan berkata begitu.

“Kenapa blushing ni?” tegur Razzif.

“Mana ada,” nafi Shakirana sambil melempar pandangan ke luar tingkap.

Razzif berhenti di lampu isyarat merah. Dia memerhati kiri dan kanan jalan. Sejuk mata memandang dengan alam yang hijau di sekelilingnya. Dia rasa tenang. Sebaik lampu isyarat bertukar hijau, Razzif memandu keretanya mendekati satu lagi lampu isyarat berdekatan Masjid UPM. Dia membelok ke kanan dan seterusnya membelok ke kiri pula. Dia memberhentikan keretanya betul-betul di belakang kereta Shakirana. “Ok dah sampai.”

“You, terima kasih ya, bawa Sha pegi lunch tadi,” ucap Shakirana.

“Sama-sama. Kasihmu kuterima. Take care ya,” ujar Razzif.

“Baik,” jawab Shakirana. “You too take care.”

“Ya I will dear,” balas Razzif. Kunci pintu automatik dibuka. Shakirana membuka pintu.Dia berjalan ke arah keretanya.

“Sha,” panggil Razzif.Shakirana menoleh.

“Sha hati-hati drive balik pejabat,” pesan Razzif. Shakirana angguk sambil melambai tangannya.

Shakirana membuka pintu keretanya selepas alat kawalan kereta ditekan.Dari cermin pandang belakang dia lihat Razzif mengundur keretanya. Sebaik Razzif berlalu dari pandangannya, Shakirana menghidupkan enjin. Punat penghawa dingin dipusing. Hawa sejuk berlegar di dalam kereta Shakirana. Selepas itu dia menukar gear P kepada R. Brek tangan diturunkan dan Saga FLXnya diundur perlahan-lahan. Brek kaki ditekan sebelum Shakirana menukar gear R kepada D. Dia menekan minyak lalu meluncur keluar dari perkarangan masjid. Dia menghala ke arah MARDI menuju ke Puchong.Dari situ dia mengambil laluan ke Kelana Jaya. “Hope tak jammed la di depan Sri Pentas tu,” ucap Shakirana pada dirinya sendiri. Punat radio ditekan. Lagu Dgyta, Kerna Kusayang Kamu sedang berkumandang. Segera ingatannya kembali teringatkan Razzif yang sedang memandu ke selatan tanah air. Kehadiran Razzif tetap dirasai biar pun lelaki itu tiada di sisinya kini. Yang tinggal bersamanya adalah rindu dan kenangan manis menikmati makan tengahari bersama Razzif tadi. Dia mengukir senyum.

4 comments:

  1. Akak Kirana ni penulis novel ke? Tingginya imaginasi akak! Teruskan menulis! Tak sabar nak baca lagi! <3

    ReplyDelete
  2. Nur Azwa Edora, Sha baru cuba-cuba menulis. Belum boleh dipanggil penulis novel.

    Terima kasih singgah ke sini dan meninggalkan komen. In shaa Allah akan ada kisah seterusnya...

    ReplyDelete

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim