“Waalaikumsalam
Aida. Maaf ganggu awak waktu ni,” kata Shaheen.
“Oh tak
apa. Saya belum tidur lagi pun,” balas Aida.
Shaheen
serba salah sebenarnya. Bimbang jika dia menelefon pada masa yang tidak sesuai.
“Begini Aida, saya nak inform awak esok saya tak masuk office sebelah pagi. Mungkin
selepas sarapan, baru saya gerak balik dari Sungai Besar. Petang saya ada,
insya Allah.”
“Ok noted.
Ada apa-apa lagi Cik Sha?” soal Aida.
“Aida,
maaf saya nak minta bantuan awak semak jadual saya esok,” pinta Shaheen.
“Sekejab
ya Cik Sha. Semua info tu dalam galaxy tab saya. Tunggu sekejab ya,” Aida
berlalu ke arah meja di sisi katilnya. Telefon bimbitnya masih melekap di
telingga. Segera dia membuka planner yang tersimpan semua jadual Shaheen. “Esok
sepanjang hari tak ada sebarang janji temu. Lagipun Cik Sha dah remind saya
untuk block tarikh, dua hari sebelum mesyuarat dengan Lembaga Pengarah Khamis
ni.”
“Terima
kasih Aida. Satu lagi tolong letak semua fail untuk meeting tu. Petang esok
saya semak. Termasuk slaid powerpoint,” kata Shaheen mengingatkan Aida.
“Cik Sha
saya nak kirim mangga boleh tak? Kat sana mangga banyak dijual kat tepi-tepi
jalan tu,” Aida membuat permintaan.
“Insya
Allah Aida, untuk awak pokok mangga pun saya boleh belikan,” gurau Shaheen.
Aida sudah
ketawa di hujung sana. “Terima kasih Cik Sha."
“Sama-sama
Aida. Maaf ganggu awak Aida malam-malam ni. Good night Aida. Assalamualaikum,”
ucap Shaheen mematikan talian.
“Waalaikumsalam
Cik Sha. Good night.”
*******
“Akim hati-hati bawa kereta, dah sampai nanti telefon Opah ya,” kata Opah Halimah sewaktu Luqman bersalaman dengannya. Pipi Luqman dicium kiri dan kanan. Tubuh cucunya didakap.
“Baik Opah,” balas Luqman.
Luqman
menuju ke arah Tokki lalu bersalaman. Tubuh Tokki dia peluk erat.
“Ingat
pesan Opah tu. Jangan laju-laju sangat memandu tu,” Tokki Ibrahim pula memberi
pesanan.
“Ya Akim
ingat Tokki,” kata Luqman.
Bu Kartika
dan Haji Halim senyum. Mereka berdua tidak ikut bersama. Mereka mahu
menghabiskan masa bersama kedua orang tua dan juga menziarahi sanak-saudara
yang lain. Kesempatan yang ada harus diambil sementelah mereka jarang pulang ke
kampung. Jarak memisahkan mereka. Apabila sudah menjejakkan kaki ke kampung,
inilah masanya mereka mengukuhkan lagi ikatan silaturrahim sesama ahli keluarga
yang lain.
“Mama,
Papa,” Luqman menghampiri mereka. Salam dihulur kepada keduanya. Tangan mereka
dikucup lama. Bu Kartika memeluk dan mencium kedua-dua pipi Luqman. Haji Halim
turut memeluk Luqman.
Giliran
Afzan dan Shaheen bersalaman dengan Opah Halimah dan Bu Kartika. Lama Opah
Halimah menatap wajah Shaheen. Tangan Shaheen yang di dalam gengamannya
dipegang lama. Sungguh dia akan rindu. “Kalau senang datanglah lagi ke rumah
Opah ni. Bulan depan dah nak puasa. Raya nanti datanglah jengguk Opah. Bawa mak
ayah sekali,” pesan Opah Halimah yang masih lagi tidak melepaskan tangan
Shaheen. Tubuh Shaheen dirangkul lama. Selepas itu dia mencium kedua-dua pipi
Shaheen.
“Insya Allah
Opah,” Shaheen senyum. Terharu dia mahu meninggalkan Opah Halimah. Walau pun
hanya tiga hari berada bersama keluarga Luqman, seperti keluarga sendiri
suasananya. Dia gembira.
“Opah jangan risau, Akim akan pastikan Sha akan selalu datang jengguk Opah nanti,” ucap Luqman. Dia senang hati melihat kemesraan Opahnya dan Shaheen. Matanya ralit memerhati Shaheen. Dia berasa senang melihat hubungan mesra yang sudah terjalin di antara Opah dan Tokkinya dengan Afzan dan Shaheen.
“Kalau tak
dapat menjengah pun, telefonlah kami di sini,” Tokki pula memberi pesanan.
“Insya
Allah Tokki,” dalam senyuman Shaheen membalas.
“Afzan
juga. Datanglah lagi rumah Opah. Jangan malu. Jangan serik ya,” Opah Halimah
turut memberi pesanan yang sama kepada Afzan. Dia turut memeluk dan mencium
pipi Afzan.
“Insya
Allah Opah,” kata Afzan sambil mengukir senyum.
“Terima
kasih ya. Udah sampai ke sini, ikut Tante,” ucap Bu Kartika kepada Shaheen.
“Seharusnya
Sha yang ucap terima kasih pada Tante. Sudi menjemput Sha ke sini. Sha suka
suasana kat sini,” balas Shaheen sewaktu dia bersalaman dengan Bu Kartika.
“Kalau
suka kena datang lagi tu,” Haji Halim mencelah.
Mereka
semua sudah ketawa bersama.
Bersalam
sudah. Pesan memesan sudah. Masa untuk berangkat.
“Ijan kau
duduk depan ya,” kata Shaheen kepada Afzan.
“Maaflah hari
ni aku nak jadi Puan Besar,” balas Afzan sambil menjongket kening. Tangannya
terlebih dahulu membuka pintu di tempat duduk belakang. Dia masuk dan duduk
dengan selesanya. Bibirnya menguntum senyum.
Pintu kereta
sudah pun dibukakan. Tentunya Luqman yang berbuat begitu. Shaheen membulatkan
matanya ke arah Afzan. Dia tiada pilihan. Mahu tidak mahu dia masuk juga ke
dalam kereta di tempat duduk di hadapan. Di sisi Luqman tentunya. Shaheen
mengawal debar di dada. Ini kali pertama dia duduk bersebelahan dengan Luqman.
Sukar dia gambarkan rasa hatinya. ‘Tenanglah hati,’ bisik Shaheen.
“Kami gerak
dulu. Assalamualaikum,” ucap Luqman lalu menekan minyak perlahan-lahan. Dia
melambai tangan ke arah Opah dan Tokki serta Mama dan Papanya. Afzan dan
Shaheen turut melambai. Semakin lama semakin laju CR-V milik Luqman berlalu
meninggalkan Parit 1 Barat, Sungai Besar.
“Sha, awak
ada 300 ringgit?” tanya Luqman tiba-tiba sebaik sahaja CR-V putih itu memasuki
jalan besar.
“Ada,” jawab
Shaheen pelik. ‘Dia nak pinjam duit aku ke?’
“Sekarang...ada?”
tanya Luqman lagi.
Shaheen
angguk perlahan-lahan. Dia jadi semakin pelik. Afzan di tempat duduk belakang
hanya menjadi pendengar.
“Kalau ada bagus.
Stand-by ya. Kalau kena tahan polis boleh bayar saman sebab awak tak
pakai seat belt,” kata Luqman.
Afzan di
tempat duduk belakang sudah ketawa besar. Ditekan perut menahan tawa. Luqman
sekadar senyum simpul. Matanya dihala ke depan.
Shaheen
terdiam. Dia tidak sangka Luqman akan mengenakan dia dengan bersahaja. Akhirnya
dia tersenyum juga. Cepat-cepat dia menarik tali pinggang keledar.
“Cik Ijan
suka nampak. Yang duduk belakang pun tak terkecuali,” kata Luqman sambil
memandang Afzan dari cermin pandang belakang. Dia senyum melihat wajah Afzan.
Giliran
Shaheen pula ketawa besar. Afzan segera memakai tali pinggang keledar. Tawanya
tadi mati begitu sahaja.
“Oh ya
sebelum terlupa, Rayyan kirim salam pada awak berdua,” Luqman menjeling ke sisi
dan juga membuang pandang ke cermin pandang belakang.
“Waalaikumsalam,”
balas Afzan dan Shaheen serentak. Shaheen memaling ke belakang memandang wajah
Afzan. Dia senyum.
“Mana dia
tahu kami berada di kampung?” soal Shaheen.
Luqman
senyum. “Dia ke rumah awak. Kakak dia pun ikut sama,” ujar Luqman.
“Oh ya,” kata
Shaheen. “Wah seronoknya. Lama Sha tak jumpa Kak Farah. Apa khabar agaknya
dia,” Shaheen teruja. Dia lupa dia berada di sebelah Luqman. Luqman menoleh
sekilas ke arah Shaheen.
“Kak Farah dah kahwin. Dah dua anaknya," kata Luqman.
"Oh ya. Mesti comel anak-anak Kak Farah," komen Shaheen.
"Kenapa diam je tu Ijan?” tanya Luqman bila Afzan hanya diam sahaja di tempat duduk belakang.
"Oh ya. Mesti comel anak-anak Kak Farah," komen Shaheen.
"Kenapa diam je tu Ijan?” tanya Luqman bila Afzan hanya diam sahaja di tempat duduk belakang.
“Ijan dah
kena sawan diam bila dengar nama Rayyan,” usik Shaheen. Dia senyum sambil
menoleh Afzan.
“Amboi suka
eih korang berdua. Sawan diam bagai. Nanti saya ngadu dengan Rayyan,” kata
Afzan seperti satu amaran kepada Shaheen dan Luqman.
Shaheen dan
Luqman sudah ketawa. Sedikit pun tidak gentar dengan kata-kata Afzan. “Nak
mengadu dengan cik abang ya,” usik Luqman pula.
“Opps... dah
pecah rahsia,” Shaheen giat menyakat Afzan.
Afzan menutup
mulut. Dia sedar dia sudah terlepas kata. Namun sudah terlambat untuk dia
sembunyikan lagi keputusan dan perasaannya terhadap Rayyan.
“Baguslah tu
Ijan. Kalau dah suka katakan suka. Jangan biar cik abang awak tu menunggu. Lagi
pun perkara yang baik tak elok dilengah-lengahkan,” nasihat Luqman.
“Wah
kebetulan pula,” kata Shaheen bila stesen Sinar FM memutarkan lagu dari
kumpulan Sweet Charity yang bertajuk Jangan Tunggu Lama Lama. “Ijan aku tujukan
lagu ni untuk kau ya.”
Afzan sudah
mencebik. Dia tahu, tiada gunanya dia membalas usikan Shaheen. Dia tidak akan
menang. Manakan tidak, Luqman turut sama menyokong Shaheen. Dua lawan satu. Dia
senyum akhirnya. ‘Lain kali giliran korang pula. Tak apa, ada ubi ada batas’
kata Afzan di dalam hati. Dia diam sambil menghayati bait-bait lirik lagu yang
popular sekitar penghujung tahun 70-an.
‘Jangan fikir lama-lama
Nanti lama-lama
Dia diambil orang’
“Luq sampai Sekinchan nanti boleh berhenti sekejab?
Nak beli mangga,” kata Shaheen.
“Baik,” balas Luqman. Dia tidak banyak bercakap. Tumpuannya
lebih kepada pemanduan.
“Banyaknya kerepek kat sini,” kata Afzan tiba-tiba.
Sepanjang perjalanan ada macam-macam yang dijual di tepi jalan. Afzan jadi
teruja melihat banyak gerai yang menjual kerepek dan kuih di kiri kanan jalan.
“Nanti saya bawa awak ke satu tempat. Boleh borong
kerepek dan juga kuih bahulu. Kat sana ada banyak pilihan. Kerepek yang dijual
ada banyak perisa,” ucap Luqman.
Afzan senyum. Shaheen di sebelah Luqman hanya diam.
Matanya lebih terarah ke luar tingkap. Sawah padi yang terhampar menghijau
menarik perhatiannya. “Subhanallah.”
“Awak cakap apa Sha?” tegur Luqman. Dia seperti
terdengar Shaheen berkata sesuatu. Sesuatu yang kurang jelas di pendengarannya.
“Kalau awak berdua nak tahu, drama Nur Kasih membuat
pengambaran di sini. Menggunakan latar lokasi sawah padi yang indah dan suasana
kampung yang permai lagi damai ni,” kata Luqman dengan rasa bangga.
“Oh ya,” Afzan menjawab ringkas.
“Hebatkan drama Nur Kasih tu. Dinobatkan sebagai Drama
Rantaian Terbaik. Kalau tak salah itu drama bertemakan Islamik yang pertama
yang mendapat rating tertinggi,” sambung Shaheen.
“Memang hebat. Sampai dibuat filem dan filem Nur Kasih
tetap meletup. Suka sangat. Akan adakah kisah cinta macam kisah cinta Nur Amina
- Adam dan Aidil - Alya,” ucap Afzan.
“Insya Allah ada. Semua tu bergantung kepada diri kita
sendiri,” balas Luqman. “Kita yang bertanggungjawab dalam mengemudi rumahtangga
kita ke arah yang diredai olehNya.”
Afzan dan Shaheen mengangguk tanda setuju.
“Proses menuju keluarga bahagia berlandaskan Islam
bermula dari awal lagi,” Luqman memberikan pendapatnya.
“Maksud awak?” soal Shaheen.
“Islam menitik-beratkan hal-hal berkaitan membina
keluarga. Bagaimana kita menentukan siapa pasangan kita? Bagaimana proses
perkenalan yang menepati syariat Islam? Semuanya ada panduan. Islam agama yang
syumul. Lengkap semuanya tentang kehidupan manusia.
Afzan dan Shaheen tekun mendengar. “Ya teruskan.”
Shaheen menunggu Luqman menyambung perbincangan mereka.
Luqman menarik nafas. Dia cuba mengingatkan kembali
hadis sahih yang pernah dia baca berkaitan panduan pemilihan calon isteri dan
calon suami. “Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya, “Seorang wanita
dinikahi kerana empat perkara iaitu hartanya, keturunannya, kecantikannya dan
agamanya. Maka pilihlah wanita yang mempunyai agama, kamu akan beroleh
keuntungan.” (HR. Bukhari dan Muslim)
“Ya pernah dengar hadis ni,” Afzan berkata sambil
merapatkan diri ke depan. Mahu mendengar kata-kata Luqman dengan lebih jelas.
“Ada satu lagi hadis yang boleh dijadikan panduan di
dalam memilih bakal suami,” kata Luqman sambil senyum sedikit. “Apabila datang
kepada kalian seorang laki-laki yang kalian redai agama dan akhlaknya, maka
nikahkanlah dia, dan jika tidak, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan
kerosakan yang besar.” (HR Tirmidzi, Ibn Maah dan Al-Hakim)
“Luq boleh Ijan tanya something?” soal Afzan.
“Boleh. Tanyalah,” balas Luqman.
“Luqman, di mana awak belajar mengenai Islam? Saya
kagum mendengar awak mampu berhujah dengan baik. Awak mampu kaitan isu yang
dibincangkan dengan hadis atau Al-Quran,” kata Afzan.
“Ijan, ilmu yang saya ada tu sangat sedikit jika
dibandingkan dengan ilmu Allah,” kata Luqman merendah diri. “Cuba bayangkan
kalau jari kita dicelup ke dalam laut. Air yang melekat di jari kita tu umpama
ilmu yang ada pada kita, sedangkan ilmu Allah itu seluas lautan.”
Shaheen mendengar kata-kata Luqman. Rasa kagum terbit
di hatinya. Dia yakin Luqman mampu menjadi imam keluarga yang baik.
“Sebenarnya Sha, Ijan saya bukanlah tiba-tiba sahaja
penuh ilmu di dada. Ilmu yang saya ada ni saya belajar berperingkat-peringkat,”
luah Luqman.
“Apa maksud awak berperingkat-peringkat?” tanya
Shaheen.
Luqman memandang sekilas ke arah Shaheen. “Selepas
arwah tiada, saya membawa diri ke Malaysia. Saya tinggal dengan Opah dan Tokki.
Hanya kesedihan dan rasa kehilangan dalam dada. Alhamdulillah Tokki tidak
pernah gagal membawa saya berjamaah di surau berdekatan. Saya punya kesempatan
mengikuti kuliah subuh atau maghrib. Berada di dalam majlis ilmu seperti itu
membuatkan saya jadi tenang.”
“Alhamdulillah. Majlis ilmukan umpama taman syurga,”
kata Shaheen.
“Ya betul. Menuntut ilmu itu fardhu ain kepada semua
orang seperti mana yang terdapat di dalam hadis baginda Rasulullah SAW yang
bermaksud;
“Menuntut ilmu adalah fardhu bagi tiap-tiap Muslim,
baik laki-laki mahu pun perempuan.” (HR Ibn Abdulbari)
Afzan dan Shaheen mengangguk.
“Hari demi hari, jiwa saya yang sebelumnya dipenuhi
dengan kekosongan, kesedihan mula dipenuhi dengan ilmu. Saya jadi lebih tenang
dan reda menerima ketentuan dariNya. Alhamdulillah rezeki saya menunaikan haji
itu dipermudahkan olehNya. Proses pembelajaran itu perlu berterusan,” sambung
Luqman.
“Ilmu itu sungguh luas. Adakalanya kita rasa kita
sudah cukup ilmu, tapi rupanya ada lagi yang kita belum tahu,” Afzan memberikan
pandangannya.
Perbualan mereka bertiga semakin rancak. Paling
penting tiada lagi kebisuan sepanjang perjalanan. Shaheen sungguh bersyukur
ditemukan dengan Luqman Hakim. Lelaki itu benar-benar menarik perhatiannya. Dia
bersyukur berada di dalam kalangan kawan-kawan yang baik.
“Ok kita dah sampai,” kata Luqman.
Afzan dan Shaheen memerhati bangunan berwarna jingga
yang tersergam. Tertera perkataan ‘Wisma Masri’ di puncak bangunan. Mendongak
Afzan dan Shaheen. Luqman menunggu Afzan dan Shaheen di pintu masuk.
“Jom masuk,” ajak Shaheen.
Melangkah masuk ke dalam Pusat Jualan Masri, Afzan dan
Shaheen sudah teruja.
“Pilih la ya mana yang berkenan,” ujar Luqman memasuki
ruang yang tersusun kemas dengan pelbagai kerepek dan juga kuih-kuih tradisi
seperti bahulu, kuih bangkit, kuih ros dan dodol. Luqman hilang di balik
rak-rak makanan ringan di situ.
“Wah banyaknya. Rambang mata,” kata Afzan.
“Yalah Ijan. Pilih mana yang kau suka. Jangan membazir,”
jawab Shaheen. Tangannya sudah memegang satu plastik berisi kerepek ubi
berperisa lada hitam. Dimasukkan ke dalam raga. Dicapai pula kerepek pisang, ‘
Umi suka kerepek pisang ni.’
Afzan senyum. Dia turut memilih beberapa jenis kerepek
dan bahulu cermai.
“Sha tak abis lagi ke?” soal Afzan.
“Ni aku nak bawa ke office sikit. Tolong pilihkan
boleh?” pinta Shaheen.
Luqman yang sudah siap memilih memerhati sahaja Afzan
dan Shaheen.
“Ok cukup la ni,” kata Shaheen apabila raga yang
dipegangnya penuh dengan kerepek dan bahulu.
Afzan mengekori Shaheen menuju ke kaunter pembayaran. Selesai
membuat bayaran, mereka menuju ke arah Luqman yang sedang bersandar elok di
CR-Vnya.
“Banyaknya borong,” tegur Luqman.
“Untuk kawan-kawan pejabat ni,” balas Afzan.
“Oh patutlah banyak. Lepas ni boleh la kita singgah
kat mana-mana gerai yang jual mangga. Sha awak nak beli mangga kan?” Luqman memandang
Shaheen yang sedang membetulkan tali pinggang keledarnya.
“Ya untuk Aida. Semalam dia pesan nak mangga
Sekinchan,” kata Shaheen.
“Oklah kalau gitu. Kat sepanjang jalan di Sekinchan ni
banyak orang jual mangga,” kata Luqman.
*******
“Terima kasih Luq. Hantar Ijan sampai office.
Elok-elok hantar Sha. Make sure sampai rumah tau,” sengaja Afzan mengusik
Luqman.
“Ya sama-sama Cik Ijan. Kan saya dah janji dengan Abi
Sha. Saya akan jaga awak berdua dengan baik. Lepas ni saya akan hantar Sha
terus ke rumah. Tak ada melencong ke mana-mana. Saya janji,” kata Luqman sambil
mengangkat tangan kanannya separas bahu.
Afzan sudah senyum.
“Ijan jumpa petang ni kat office ya,” kata Shaheen.
Afzan mengangguk sambil membuat isyarat bagus.
“Kami gerak dulu,” kata Luqman. “Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam,’ balas Afzan.
Dari The Strands, Kota Damansara, Luqman memandu
keluar ke arah Lebuhraya Persekutuan. Dia mahu menghantar Shaheen pulang.
Perjalanan ke Shah Alam lancar. Tiada banyak kereta ketika itu.
“Awak,” serentak Shaheen dan Luqman bersuara.
“Hmm awak cakap dulu. Lady first,” kata Luqman.
Shaheen senyum. Dia jadi malu. “Saya nak ucapkan
terima kasih Luq. Keluarga awak layan saya dan Ijan dengan baik. Saya happy
tinggal di kampung awak.”
“Kasihmu...ku terima,” balas Luqman.
Merona merah wajah Shaheen. Dia melarikan wajahnya ke
luar tingkap. “Your turn.”
Luqman menarik nafas. “Sha, awak dah berpunya?”
“Hah!” Shaheen langsung menoleh ke sisi kanan. Dia
memandang tepat ke wajah Luqman. “Kenapa awak tanya macam tu?”
“Awak jawab dulu,” pinta Luqman.
“Saya kepunyaan Abi dan Umi,” jawab Shaheen.
Luqman tersenyum. Dia faham kata-kata Shaheen. “Kalau
begitu saya nak datang merisik awak.”
“Hah!” sekali lagi Shaheen dikejutkan dengan kata-kata
Luqman. Jantungnya berdegup laju.
“Kalau awak setuju saya akan bincang hal ni dengan Mama
dan Papa saya. Dan mereka akan berbincang dengan Abi dan Umi awak,” sambung
Luqman.
Shaheen kelu. Perasaan malu dan terkejut bercampur
baur. Dia tidak dapat berfikir dengan baik ketika itu. Dia tidak tahu jawaban
bagaimana harus dia berikan.
“Kalau awak nak fikir dulu, ambillah masa awak. Saya
akan tunggu jawaban awak,” kata Luqman. Dia tenang sahaja memandu menghala ke
Shah Alam.
Shaheen hanya mengangguk. Segera dia teringat kembali
mimpi yang dia alami sejak dua hari lepas. Shaheen cuba mengaitkan Rayyan yang
berada di dalam mimpinya dan Luqman yang berada di sisinya kini. Adakah mimpi
itu bakal menjadi jawaban kepada persoalan yang ditimbulkan oleh Luqman tadi.
p.s.: Maaf ya kawan-kawan yang mengikut Kasihmu, atas kelewatan entry baru. Enjoy reading ya...tq
p.s.: Maaf ya kawan-kawan yang mengikut Kasihmu, atas kelewatan entry baru. Enjoy reading ya...tq
Hi blog hopping here!
ReplyDeletetrbaik la kak..konsisten sgt kak sha menulis..all da best ya
ReplyDeleteTerima kasih Athiqi...
ReplyDeleteAlhamdulillah bila ada masa terluang tu bolehlah menulis di sini..
sha pernah tulis novel dah ke?
ReplyDeletemasih baru dalam bidang penulisan ni..sedang menulis novel..belum ada dalam versi cetak...semuanya di dalam blog sahaja buat masa ini..in sha Allah doakan ya..
ReplyDeletetq Athiqi singgah ke sini..