30 December 2013

Mr. Right Forever 2

Puan Ruziah sudah meluru ke muka pintu sebaik sahaja dia mendengar bunyi deruman enjin memasuki kawasan garaj rumah. Cepat-cepat dia buka pintu rumah yang berkunci.
 
“Assalamualaikum Mak,” sapa Rifqi yang berada di muka pintu. Kasut yang tersarung kemas tadi dibuka tergesa-gesa. Tangan emaknya dicium laju. “Mana abah, mak?”

Wajah keruh emaknya membuatkan Rifqi tidak senang hati. Wajah emaknya masih bersisa air mata. “Waalaikumsalam Iqi. Abah ada di dapur. Mak tak bagi abah gerak. Banyak darah keluar. Mak takut abah pengsan.”
Rifqi sudah berjalan laju menuju ke dapur. Rifqi sedia maklum abahnya mabuk darah. Pantang terlihat darah, pasti abahnya seperti mahu pitam. Bimbang juga andai abahnya jatuh pengsan ketika dia tiada di rumah. Pasti emaknya bertambah risau. Dia apatah lagi. Bimbang dia akan kesihatan abahnya. Di usia sudah melebihi separuh abad, abahnya menghidap penyakit darah tinggi. Dia tidak mahu abahnya diserang strok pula.
“Abah, macam mana keadaan abah,” tegur Rifqi sambil mendekati abahnya. Matanya melorot ke kaki abahnya. “Ya Allah abah, teruk juga luka ni. Jom kita ke klinik.”
“Tak usah, abah tak apa-apa. Sikit je ni,” Encik Qamaruzzaman memang takut mahu ke klinik. Ada sahaja alasannya.
Rifqi meneliti luka di jari kaki abahnya. Kesan pendarahan dalaman jelas di kuku ibu jari kaki abahnya. Bahagian kuku sudah lebam. Ibu jari kaki abahnya pecah sedikit. Itulah sebabnya luka dan keluar darah dengan banyaknya. Perasaan risau menjalar di hatinya. Rifqi sekali lagi memujuk abahnya, “ Abah, Iqi bawa abah ke klinik ya. Kita buat x-tray sekali. Sekurang-kurangnya kita tahu luka abah ni tak teruk.”
“Mak kamu dah letak minyak gamat tadi,” Encik Qamaruzzaman masih berdegil tidak mahu ke klinik.
Puan Ruziah yang duduk di kerusi di sisi suaminya memberikan isyarat mata kepada Rifqi. Isyarat jangan lagi memaksa abahnya. Rifqi akur.
“Abah duduk kejab ya. Iqi ambil kotak first aid,” kata Rifqi bangun menuju ke biliknya.
Tidak sampai lima minit Rifqi kembali. Peti kecemasan cemas diletak di lantai berdekatan kaki abahnya. Dia melipat lengan baju kemejanya hingga ke paras siku. “Abah tunggu ya, Iqi nak cuci tangan dulu. Tak nak ada infection pula nanti.”
Encik Qamaruzzaman hanya mengangguk. Puan Ruziah sekadar memerhati. Tangannya mengusap bahu suaminya. Memberi semangat dan juga usaha mahu meredakan rasa gusar di hati suaminya.
Rifqi kembali dengan langkah yang besar-besar. Di tangannya dia membawa semangkuk air. Dia segera duduk bersila di hujung kaki abahnya. “Abah tahan sikit ya. Iqi nak bersihkan luka abah. Lepas tu Iqi letak bandage ya. Elakkan kuman masuk ke luka abah tu.”
Encik Qamaruzzaman tidak terkata apa-apa. Dia berserah sahaja. Apa sahaja yang akan Rifqi buat nanti, dia terima. Itu lebih baik daripada dia dibawa ke klinik, fikir Encik Qamaruzzaman.
*******
                “Apa satu jam kau tunggu dia tak datang,” seperti petir suara Raina.
 
                Sarah sudah tersengih mendengar suara Raina yang meninggi itu. Dia hanya mengangguk.
                “Mana kau kenal lelaki tu. Entah-entah dia penipu. Kau pun percaya semua yang dia cakap,” Raina sudah membuat andaian sendiri. Di kepalanya penuh dengan prasangka. Bimbang dia jika Sarah menjadi mangsa lelaki penipu.
“Aku tak fikir macam tu la Raina. Aku yakin mesti ada sebab kenapa dia tak datang,” Sarah membela Rifqi yang sudah dipandang serong oleh Raina. ‘Eh macam mana boleh serong pulak, jumpa pun belum,’ Sarah senyum sendiri.
“Kau mana tau Sarah. Kalau dia tak dapat datang at least call la. Paling-paling SMS. Susah sangat ke?” Raina sudah berapi-api marahkan Rifqi. Dia bukan apa, bimbangkan keselamatan Sarah. Lelaki sekarang bukan boleh dipercayai sangat. Macam-macam kisah buruk berlaku, telah dilaporkan di surat khabar, televisyen serta media sosial dewasa ini. Dia tidak mahu Sarah berada di dalam kelompok kisah buruk itu.
Sekali lagi Sarah tersengih. “Raina jangan la marah. Rifqi memang tak ada nombor telefon aku. Itu yang dia tak dapat bagi tau aku yang dia tak datang.”
Raina sudah pejam celik matanya. Seperti tidak percaya. “Then how both of you communicate all this while?”
“Apa yang complicated sangat ni Raina. Email ada, YM ada and chatbox di blog pun ada,” kata Sarah tenang.
Raina sudah menggaru kepala yang tiba-tiba terasa gatal. “Meaning selama ni no phone call at all?”
Sarah hanya angguk dengan senyuman di bibir.
“Aku pun tak tau la macam mana kau boleh percaya mamat tu,” luah Raina. “Ni kalau Faris tau, mesti dia marah aku. Dia akan cakap aku tak pandai jaga kau.”
“Raina, Faris tak akan tahu kalau bukan kau bagi tahu dia. Betulkan?” duga Sarah.
Raina tersenyum kelat.

4 comments:

  1. :) terima kasih Suha yang sudi menjengguk Iqi :)

    ReplyDelete
  2. Tggu updAte next episod ni... excited nk bce.. hee... :)

    ReplyDelete
  3. terima kasih Fara mengikuti cerita ini... in shaa Allah...nantikan entry seterusnya :)

    ReplyDelete

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim